Hentikanlah Gelak Ketawa, Zahid Hamidi Pula Janganlah Melawak Lagi

0 comments





shahbudindotcom





Perhimpunan Agung UMNO tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kali ini perhimpunan tahunan parti terbesar orang-orang Melayu itu diadakan dalam suasana beberapa negeri mengalami banjir besar dan puluhan ribu rakyat terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing serta tinggal di pusat-pusat pemindahan yang disediakan.



Negeri-negeri yang paling teruk mengalami banjir tahun ini ialah Terengganu, Kelantan, Johor dan Pahang.



Namun demikian, sebagaimana lazim dan sudah menjadi kebiasaan sejak dulu lagi, Perhimpunan Agung UMNO adalah umpama hari raya bagi orang-orang UMNO. Di sinilah mereka bergembira, bertemu kawan-kawan lama daripada serata negeri, berbual-bual dan ketawa dengan penuh suka.



Bagi mereka daripada luar Kuala Lumpur pula, ada juga yang seperti "lembu baru lepas dari kandang" setiap kali tibanya perhimpunan tahunan ini. Sepanjang perhimpunan UMNO berlangsung, Kuala Lumpur macam orang UMNO yang punya, di mana ada kelibat mereka dan dapat didengar suaranya.



Jika yang menjadi pemerhati sibuk berkeliaran, berbual-bual dan bertemu rakan di sekitar PWTC ini, para perwakilan yang berada di dalam Dewan Merdeka pula begitu asyik mendengar ucapan-ucapan perbahasan sepanjang tiga hari perhimpunan ini diadakan.



Perwakilan yang berpeluang berucap biasanya akan mengambil peluang ini menonjolkan kehebatan pidato masing-masing sambil membangkitkan pelbagai isu semasa yang sedang berlaku. Ada yang memuji pemimpin, mengecam pihak pembangkang, mempertikaikan peranan parti-parti komponen dalam BN serta menyerang kaum-kaum lain.



Di sebalik semua itu, biasanya akan diselitkan juga dengan lawak jenaka, gurau senda dan usik-mengusik kepada pemimpin tertentu. Sebagaimana biasa, tahun ini juga tidak terkecuali perkara yang sama turut berlaku. Dewan Merdeka sering kali bergema dengan hilai ketawa dan tepuk sorak apabila sesuatu isu yang dibangkitkan itu menyentap urat ketawa masing-masing.



Tambahan pula, Perhimpunan Agung UMNO tahun ini merupakan perhimpinan pasca pilihanraya dan pemilihan UMNO. Jadi tiada lagi perkara-perkara yang boleh menyebabkan stress dan ketegangan. Yang menang pilihanraya, yang dapat jawatan dan yang menang pemilihan UMNO, semuanya sedang bergembira sekarang manakala yang kalah dan kecundang pula, sebahagian besarnya sudah dapat menerima hakikat kekalahan itu.



Mereka juga turut bergembira dalam perhimpunan kali ini, walaupun mungkin tidak segembira pihak yang menang dan sedang dijulang.



Namun dalam semua perwakilan, pemerhati dan pembahas bergembira dalam perhimpunan UMNO kali ini, sewajarnya mereka mengingati insan lain yang sedang berduka dan tidak dapat bergembira kerana ditimpa musibah banjir ini. Pemidato yang berucap hendaklah mengurangkan cerita-cerita lucu dan lucah yang membangkitkan berderainya ketawa para perwakilan.



Oleh kerana memang mustahil untuk menunda perhimpunan yang sudah lama dirancang, maka tumpukanlah sepenuhnya perbasasan kepada isu-isu yang membina dan untuk kepentingan bersama. Tahun ini bukanlah perhimpunan untuk bergelak ketawa dan berlawak jenaka kerana adanya manusia lain yang sebangsa, seagama dan sewarganegara sedang bergelut dan berjuang untuk memastikan keselamatan anggota keluarga serta harta benda.



Pemerhati pula, dalam riang berjumpa kawan lama dan mencari kawan baru, ingatlah juga rakan-rakan yang sedang ditimpa banjir ini. Berpada-padalah dalam mahu ketawa dan bergembira.



Kepada pemimpin, perwakilan dan pemerhati daripada negeri-negeri yang sedang ditimpa banjir, kalau boleh kembalilah segera ke tempat masing-masing dan bersama-samalah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Sekadar duduk dalam Dewan Merdeka yang dingin sambil mendengar ucapan, lebih baiklah dipeluk dingin air hujan yang sedang turun tidak henti-henti di beberapa negeri sambil menghulurkan bantuan apa yang patut kepada mangsa banjir.



Dan esok ketika ucapan penggulungan nanti, janganlah ada pemimpin yang berucap berlebih-lebih dalam melawak dan membuat para perwakilan ketawa. Jika semalam Najib terpaksa meninggalkan perhimpunan dan hari ini pula Muhyiddin berbuat demikian, janganlah di majlis penutup dan ucapan penggulungan petang esok, berlebih-lebih ketawa dan membuat lawak jenaka.



Tunjukkanlah simpati yang berterusan kepada mangsa banjir ini. Ketawa dan bergembira tentu saja boleh menyinggung perasaan mereka yang sedang bersedih meninggalkan rumah dan terpaksa tidur di pusat-pusat pemindahan.



Kalau dalam perhimpunan sebelum ini, pemimpin yang paling banyak membuat orang ketawa dan suka melawak ialah Zahid Hamidi yang baru saja menang Naib Presiden UMNO dua kali berturut-turut dengan undi terbanyak. Semua orang diusik dan dijadikannya bahan ketawa, dari perwakilan, pemerhati, orang hidup, orang mati, Shafie Apdal yang berketurunan Bajau Laut, Hishammuddin yang berketurunan Turki sehinggalah kepada Najib pun diusiknya.



Tetapi untuk tahun ini diharap Zahid tidak lagi membawa cerita-cerita lawak dan jenaka untuk menghiburkan warga UMNO yang mendengar ucapannya. Selain orangramai ingin melihat beliau bercakap tentang perkara-perkara yang penting dan tegas dalam pelbagai isu yang sedang berlaku berkaitan fungsi kementerian yang sedang diterajuinya, beliau juga seharusnya menunjukkan rasa simpati dan bersama-sama memahami penderitaan dan kesusahan yang sedang ditanggung oleh puluhan ribu mangsa banjir ini.



Kalau ada cerita-cerita lawak yang sudah disiapkannya, simpanlah untuk tahun depan. Kalau ada juga niat untuk mengusik mana-mana pemimpin UMNO dalam ucapan penggulungannya, batalkan sajalah hasrat itu. Lagi pula seorang rakan status qounya dalam Naib Presiden, Hishammuddin sedang terlantar di hospital kerana baru saja menjalani pembedahan arterinya yang tersumbat.



Jadi, memang tidak sesuai untuk bergelak ketawa dan membuat lawak jenaka. Tahun ini bukanlah perhimpunan untuk berhari raya sepertimana tahun-tahun sebelumnya.



SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/12/hentikanlah-gelak-ketawa-zahid-hamidi.html
Read more »

Perhimpunan Umno abai isu keselamatan negara

0 comments

KEADILAN DAILY




KUALA LUMPUR : Perhimpunan Agung Umno 2013 lebih banyak membahaskan mengenai pemusatan habuan ekonomi serta pengekalan kuasa berbanding isu keselamatan negara, kata Naib Presiden KEADLAN, Nurul Izzah Anwar.

Beliau merujuk pendedahan bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim tentang sogokan wang melibatkan Peguam Negara.



“Isu ini melibatkan pencabulan kedaulatan negara kita oleh rakyat kita sendiri,” kata Nurul Izzah dalam kenyataan.



Mat Zain dalam perakuan bersumpahnya mendedahkan Peguam Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail menerima sogokan wang sehingga keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak memihak kepada Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh pada 2007.



PAU



Nurul Izzah turut membangkitkan ancaman penjajahan baru dalam bentuk Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), pencerobohan dan penculikan di Sabah selain pemberian kad pengenalan biru kepada warga asing.



“Negara asing seperti Amerika Syarikat dan Singapura sedang aktif mengintip Malaysia bukan sahaja perlu dibahaskan, malah dikecam sekeras-kerasnya,” kata Nurul Izzah.



“Umno tidak boleh lari daripada memenuhi tuntutan-tuntutan tersebut.



“Buktikan parti yang berumur 25 tahun itu bukan hanya menumpukan kepada pemusatan habuan ekonomi serta pengekalan kuasa kepada golongan-golongan terpilih sahaja,” kata Nurul Izzah.



SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/12/perhimpunan-umno-abai-isu-keselamatan.html
Read more »

Sejak bila umno bukan parti rakyat jelata?

0 comments









O leh A Kadir Jasin

TAJUK berita akhbar The Star pada 3 Disember berbunyi "Najib: We must be the people's party". Dalam bahasa Melayu "Najib: Kita wajib menjadi parti rakyat". "Kita" dalam ayat di atas merujuk kepada Umno



Soalnya, sejak bila pula Umno bukan parti rakyat? Atau, jadi benarlah seperti didakwa oleh sesetengah pihak bahawa Umno sudah menjadi parti orang bangsawan, parti "warlords" dan parti laki-bini.



Ataupun Mohd Najib Abdul Razak sebagai Presiden Umno mengakui selama ini parti itu tidak cukup mengutamakan rakyat jelata, terutamanya orang Melayu dan Bumiputera?



Itulah yang terserlah ketika Pilihan Raya Umum (PRU) 5 Mei lalu apabila Mohd Najib begitu menguar-uarkan undi Cina dan India sebagai pemangkin kemenangan Barisan Nasional (BN).



Tetapi yang akhirnya menyelamatkan beliau daripada dihanyutkan oleh tsunami Cina adalah oran

g Melayu dan Bumiputera di kampung-kampung.

Umno Dahulukan Rakyat?



Berita Harian pula, pada hari yang sama, memetik beliau sebagai berkata kepemimpinan parti "perlu beri isyarat jelas bahawa Umno sentiasa dahulukan rakyat."



Dalam Mohd Najib berikrar, berjanji mendahulukan rakyat, muka depan The Star memuatkan berita bertajuk "Painful but necessary" (sakit tapi diperlukan) yang merujuk kepada kenaikan 14.89 peratus tarif elektrik bagi Semenanjung dan 16.9 peratus bagi Sabah mulai 1 Januari ini.



Tarif tidak naik di Sarawak kerana negara itu memilih untuk melaksanakan autonominya dengan tidak menurut jejak kerajaan pusat. Sarawak menjana dan mengedarkan sendiri keperluan elektriknya.



BN Sarawak pun tidak serupa dengan BN pusat. Ia terdiri sepenuhnya daripada parti-parti politik negeri. Baru-baru ini, Johor pun menggunakan juga autonominya yang terhad untuk mengembalikan cuti hujung minggu daripada Sabtu dan Ahad kepada Jumaat dan Sabtu.



Apakah perhimpunan Umno akan menutup mata kepada keingkaran sivil yang sedang dipamerkan oleh negeri-negeri, termasuk yang diperintah oleh BN, terhadap kuasa kerajaan pusat?



Negeri-negeri jelas tambah berani mengambil kesempatan daripada kelemahan kerajaan pusat berikutan PRU 5 Mei lalu untuk melakukan hal-hal yang mereka tidak berani lakukan sebelum ini.

Berubah atau business as usual?



Soalnya, adakah para pembesar Umno dan perwakilan yang berhimpun di PWTC untuk persidangan tahunan parti itu sekarang sedar akan perubahan yang sedang melanda mereka atau bagi mereka, "it's business as usual"?



Apakah slogan rakyat didahulukan akan terus menjadi pemanis kata dan perwakilan akan memberi ‘standing ovation" kepada setiap patah perkataan yang Presiden ucapkan?



Kalau benar seperti kata Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin bahawa persidangan Pemuda Umno perlu memberi fokus kepada isu rakyat dan kepada peranan kerajaan, melalui agensinya untuk menangani masalah rakyat serta kepentingan Melayu, adakah beliau tahu apakah isu-isu yang mengacau fikiran rakyat?



Adakah Pemuda sedang menyusuri laluan yang sama dengan Wanita?



Adakah beliau, seorang yang pandai dan memimpin pergerakan yang ramai orang cerdik, berani bercakap dan bertindak isu-isu rakyat seperti beliau ikrarkan?



Adakah beliau berani bertindak membanteras rasuah, penyalahgunaan kuasa, pembaziran serta kefoya-foyaan pembesar Umno, anak bini dan konco-konco mereka?



Adakah beliau berani menghurai mengapa 1MDB, sebuah syarikat milik negara menghantar RM7 bilion ke syurga cukai (tax haven) Cayman Islands sedangkan kita mempunyai tax haven sendiri di Labuan?



Atau adakah Khairy juga sudah disedut ke dalam lubang hitam (black hole) politik yang tidak ada jalan keluar melainkan kemusnahan dan Pemuda Umno sedang menyusuri laluan yang sama yang menjadikan Pergerakan Wanita bahan senda kawan dan lawan?



Dan adakah Pergerakan Puteri sekadar penyeri majlis sahaja atau menjadi suara lantang generasi baru wanita Malaysia?



Adakah isu mendesak seperti inflasi, pengangguran graduan, rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang diilhamkan oleh Amerika, ekonomi Bumiputera yang makin terumbang-ambing dan diskriminasi sektor swasta terhadap pekerja Bumiputera akan mendapat tempat dalam perbahasan?



Cintakan Bangsa, Agama dan Negara atau Cintakan PM?



Atau ia akan terus menjadi pentas memuji memuja ala "I love PM" atau menunjukkan kehebatan berlawak jenaka ala Raja Lawak?



Wallahuaklam



SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/12/sejak-bila-umno-bukan-parti-rakyat.html
Read more »

EU, Sabah launch RM16 mln forest management

0 comments
KOTA KINABALU: The European Union (EU) and Sabah Forestry Department yesterday launched a RM16 million programme to work [...]



SUMBER: http://www.mysarawak.org/2013/12/eu-sabah-launch-rm16-mln-forest-management.html
Read more »

Shell perhebat kerjasama dengan media

0 comments
MIRI: Shell Malaysia akan memperhebatkan kerjasama dengan pihak media di kedua-dua negeri Sarawak dan Sabah melalui penganjuran pelbagai [...]



SUMBER: http://www.mysarawak.org/2013/12/shell-perhebat-kerjasama-dengan-media.html
Read more »

Sabah ruggers trounce Sarawak in Agong’s Cup qualifier

0 comments
SIBU: Sarawak Rugby Union (SRU) team returned from their Sabah trip heavily battered and bruised after losing to [...]



SUMBER: http://www.mysarawak.org/2013/12/sabah-ruggers-trounce-sarawak-in-agongs-cup-qualifier.html
Read more »

BN Menang, Tarif Elektrik Pun Naik 15%

0 comments









KELAB GREENBOC



Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 15 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen.



Harga sebelum ini 33.54 sen sekilowatt.



Di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 5sen.



Sebelum ini, Tenaga Nasional Bhd meminta dagangan sekuritinya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd digantung mulai 2.30 petang hingga 5 petang hari ini.



Penggantungan dua jam setengah itu ialah sementara menunggu pengumuman utama syarikat tersebut hari ini, kata gergasi utiliti itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, lapor Bernama. -mk



LAPORAN SEBELUM INI




Menteri: Peningkatan tarif elektrik munasabah





KUALA LUMPUR - Malaysia mungkin menaikkan tarif bekalan elektrik antara enam dan tujuh sen bagi satu kilowatt tahun depan, kata Menteri Tenaga. Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili.



Bagaimanapun, Ongkili berkata kerajaan akan memastikan kenaikan tarif tidak menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah.



"Kerajaan masih mengkaji kadarnya. Ia mungkin antara 10 peratus dan 20 peratus," katanya dan menambah angka di bawah 20 peratus adalah munasabah.



"Kadarnya adalah munasabah. Ia merupakan semakan minimum bagi Tenaga Nasional Bhd yang memastikan ia mencerminkan kos modal, pengurusan dan gaji," katanya kepada pemberita, semalam.



Ongkili membayangkan kerajaan akan mengekalkan struktur semasa dengan pengguna yang menggunakan 300 kWh sebulan atau kurang, tidak dikenakan tarif baharu itu.



Oleh itu, tiada kenaikan tarif dijangkakan untuk 75 peratus pengguna isi rumah (4.4 juta pengguna), pengguna 'lifeline' (3.3 juta pengguna) dan pengguna 201-300 kWh (1.1 juta pengguna).



Ongkili menambah, kadar itu juga bergantung kepada sejauh mana kerajaan mahu mengurangkan subsidi dan menyalurkannya kepada pembangunan sosioekonomi.



Beliau berkata, kerajaan sentiasa memberi isyarat bahawa subsidi akan dikurangkan dan ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.



Tambahnya lagi, kerajaan membelanjakan kira-kira RM130 juta untuk subsidi setiap tahun untuk tarif manakala selebihnya ditanggung oleh Petronas kira-kira RM8 bilion hingga RM10 bilion setahun untuk sektor tenaga.



Berbanding tarif semasa negara anggota Asean, Ongkili berkata Malaysia lebih rendah berbanding Thailand dan Filipina, namun tinggi berbanding Indonesia memandangkan republik itu merupakan negara yang paling banyak memberi subsidi kepada sektor tenaga.



"Kami (menteri kabinet) akan bermesyuarat minggu ini. Kami akan mengkajinya," katanya.



Kali terakhir tarif elektrik dinafikan pada Jun 2011 apabila harga gas subsidi dinaikkan kepada RM13.70 (mmbtu) daripada RM10.70 mmbtu sebelumnya. - Bernama





SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/12/bn-menang-tarif-elektrik-pun-naik-15.html
Read more »

Youths sign up for night safari ‘fun’

0 comments
KOTA KINABALU: Forced to live without electricity and their handphones, five participants of the one-night safari at Sabah [...]



SUMBER: http://www.mysarawak.org/2013/12/youths-sign-up-for-night-safari-fun.html
Read more »

RAFIZI DAKWA AHLI PKR RAMAI YANG TAK TAHAN KLIMAKS!!!

0 comments



Pergh!!! Mudah sungguh dia nak melabelkan ahli - ahli PKR yang keluar parti tu sebagai golongan orang yang tak tau nak bersabar na cepat letih ye tak.



Padahal, selama hari ni orang yang keluar dari parti tu dah lama berjuang untuk parti dan mempertahankan pemimpin macam Si Ketua Penipu tu. Pun tak de orang hargai ke?



Nampak sangat la PKR ni sebuah parti yang memang tak nak akui Kebenaran. Diorang ni jenis manusia yang tak mampu nak terima Realiti sebenarnya.



Maka sebab itulah diorang ni suka sangat buat dakwaan yang bukan - bukan. Macam - macam andaian dibuat hanya untuk menutup keGAGALan parti tu sendiri.



Jika sebelum ini, Si Rafizi tu dengan mudah menuduh UMNO menjadi dalang disebalik tindakan ahli - ahli PKR yang keluar parti secara beramai - ramai dikawasan dia.



Dia buat tuduhan kononnya ahli PKR tu semua keluar parti hanya merupakan sandiwara UMNO semata - mata. Tapi bila semakin ramai ahli yang keluar, terus dia terdiam.



Selepas insiden di Pandan, dua orang ADUN mereka di Sabah bertindak meninggalkan parti tersebut dan diikuti oleh beberapa orang Ketua Cabang yang lain.



Yang turut serta meninggalkan parti tu juga terdiri dari beberapa orang Ahli Jawatankuasa Cabang. Semuanya sebab hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR sendiri.



Itulah sebab sebenarnya. Mereka yang bertindak keluar dari parti tu bukan sebab diorang letih atau kurang sabar seperti mana yang didakwa oleh Si Rafizi tu.



Tapi sebab diorang dah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan yang kerap kali menjadikan mereka sebagai tebusan semata - mata. Diorang hanya jadi alat kepada pemimpin atasan.



Sebagai balasan, tak de apa pun yang pemimpin atasan tu buat untuk membantu mereka dibawah seperti mana yang dijanjikan sebelum ini. Maka, apa lagi tindakan yang mereka harus lakukan?



Nak bersuara, tak de orang pun nak dengar. Nak tulis surat, semuanya masuk dalam bakul sampah. Jadi, macam mana lagi caranya diorang nak meluahkan perasaan diorang?



Kesimpulannya, tak perlu la Si Rafizi tu nak menyalahkan orang lain diatas keLEMAHan dan keGAGALan parti dia sendiri. Belajar la untuk mengakui keSILAPan. Jangan suka sangat nak menyalahkan orang tak tentu arah!!!





SUMBER: http://semuthitam80.blogspot.com/2013/12/rafizi-dakwa-ahli-pkr-ramai-yang-tak.html
Read more »

KPN…

0 comments

KPN beri amaran kepada kolumnis Mariam Mokhtar




Berilah rating artikel ini


(1 Undi)








KOTA KINABALU - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada kolumnis freemalaysiatoday.com Mariam Mokhtar supaya tidak menulis artikel yang boleh disifatkan sebagai berbaur hasutan.



Beliau tidak senang dengan artikel tulisan Mariam bertajuk 'One Ideology, Two Reactions', dalam portal berita itu semalam yang mempertikai layanan berbeza kerajaan berhubung kepulangan dua anggota radikal komunis kelahiran Malaysia -- abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dari Bangkok, Thailand dan Siti Aishah Abdul Wahab, yang terpengaruh dengan ideologi politik komunis serta didakwa dijadikan hamba di London selama 30 tahun.



"Lebih baik dia (Mariam) berhati-hati, jika tidak kami akan mengambil tindakan terhadapnya.



"(Artikel) Ini amat berbaur hasutan. Jangan siarkan semata-mata kerana hendak menarik orang melawat laman web kamu. Ia juga boleh mengundang kami (polis) untuk datang menangkap kamu," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam di sini hari ini.



Seminar itu dirasmikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.



Khalid kecewa kerana kolumnis itu tidak dapat membezakan tahap kesalahan yang dilakukan Siti Aishah dan Chin Peng.



"Orang yang tak ada pelajaran pun faham kenapa kerajaan membenarkan Siti Aishah pulang ke tanah air dan menghalang abu mayat Chin Peng dibawa balik. Ini bukan kerana seorang Melayu dan seorang lagi, Cina.



"Chin Peng terlibat dengan perjuangan bersenjata, manakala Siti Aishah hanya menganut ideologi berhaluan kiri. Beritahu saya berapa ramai orang yang telah dibunuhnya (Siti Aishah)?" tanya beliau.



Khalid berkata tindakan tidak akan diambil terhadap Siti Aishah sekiranya dia pulang ke Malaysia atas alasan wanita itu sudah berusia 69 tahun dan dia melakukan kesalahan berkenaan berpuluh tahun lalu.



Mengenai kerakyatan Siti Aishah, beliau berkata polis masih menunggu laporan daripada United Kingdom sama ada wanita berkenaan telah melepaskan taraf kerakyatan Malaysia dalam tempoh 45 tahun dia berada di negara Eropah itu.



Siti Aishah, yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan, meninggalkan negara ini pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School of Economics di United Kingdom, tetapi mengabaikan pelajarannya setelah terpengaruh dengan ideologi berhaluan kiri. - BERNAMA








SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/12/kpn-beri-amaran-kepada-kolumnis-mariam.html
Read more »

Sekali Lagi Mukhriz Dipinggirkan Oleh Najib

0 comments

shahbudindotcom.





Selain perlantikan pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias sebagai ahli MT UMNO yang menjadi perbualan hangat, tercicirnya nama Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dalam senarai perlantikan turut juga menjadi persoalan ramai kalangan dalam UMNO. Ustaz Kazim dipertikaikan kerana dilantik tetapi Mahathir pula dipersoalkan kenapa beliau tidak dilantik.

Dalam pemilihan UMNO pada Oktober lalu, Mukhriz yang dilihat sebagai antara calon popular untuk memenangi kerusi Naib Presiden UMNO, sebaliknya hanya mampu mendapat tempat keempat dengan 93 undi, ketinggalan di belakang Zahid Hamidi yang mendapat 188 undi, Shafie Apdal 177 undi dan Hishammuddin Hussein 101 undi.



Antara sebab kekalahan Mukhriz ialah kerana beliau bukanlah calon pilihan Najib yang nyata lebih selesa mengekalkan status quo dan percaturan Najib dalam hal ini terbukti apabila Mukhriz tidak mendapat walau satu undi daripada 14 bahagian di Pahang, selain beberapa orang kanan Najib juga didapati berkempen agar ketiga-tiga penyandang dikekalkan. Semua bahagian di Pahang didapati sepakat memberi undi hanya kepada penyandang yang dikenali sebagai "orang-orang kepercayaan Najib" iaitu Zahid, Shafie dan Hishammuddin dan ini tidak dapat ditolak daripada hakikat adanya "mainan halus" daripada Najib sendiri.



Mahathir sendiri meluahkan kekecewaannya atas kekalahan Mukhriz itu dan menegaskan punca utama kekalahannya ialah kerana tidak menjadi calon pilihan Perdana Menteri dengan mengambil contoh ketika beliau menjadi Perdana Menteri, tiada seorang pun yang dilihat sebagai penentangnya mampu memenangi jawatan kanan dalam UMNO.



Namun demikian katanya, Mukhriz bertanding kerana ingin membawa perubahan kepada UMNO tetapi malangnya tidak semua menerima dengan baik hasratnya itu.



Mukhriz pula, sebaik kekalahannya, berharap agar Najib menimbang untuk melantiknya menduduki kerusi MT kerana beliau mempunyai beberapa idea dan perancangan untuk dikongsi bersama demi kebaikan dan masa depan UMNO.



Malangnya, setelah beliau digagalkan oleh "permainan" Najib dalam pemilihan Naib Presiden UMNO yang lalu, kali ini sekali lagi beliau dipinggirkan untuk dilantik sebagai ahli MT UMNO.



Dalam perlantikan MT minggu lalu, Najib mengumumkan Naib Ketua Wanita UMNO, Azizah Mohd Dun dan Penolong Setiausaha Wanita, Rosni Sohar, Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri, Zahida Zarik Khan sebagai anggota MT yang mewakili sayap-sayap parti itu.



Dalam perlantikan dua hari lalu yang diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor, mereka yang dilantik pula ialah Nazri Aziz, Sharkar Shamsuddin, Hamzah Zainudin, Irmohizam Ibrahim, Johari Abdul Ghani, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Dr Asraf Wajdi Dusuki, Prof Ibrahim Abu Shah dan Ustaz Kazim Elias.



Dengan tercicirnya nama Mukhriz dalam senarai perlantikan ini, bermakna kedudukannya dalam MT hanyalah sebagai ahli yang turut hadir saja, bersama beberapa Menteri Besar dan Ketua Menteri yang tidak bertanding dalam pemilihan lalu. Walaupun turut dijemput dalam setiap mesyuarat MT, kedudukannya tidak sama dengan ahli MT yang dipilih atau dilantik kerana kedudukan sebagai ahli yang turut hadir tidak dikira sebagai korum, tidak boleh bersuara kecuali diminta dan tidak boleh mengundi.



Dalam erti kata lain, kedudukan Mukhriz dalam MT hanyalah sebagai ahli "kelas kedua" saja.



Tindakan Najib tidak melantik Mukhriz dipersoalkan oleh ramai ahli UMNO kerana beliau disifatkan sebagai pemimpin yang boleh membawa perubahan, mempunyai watak yang dipercayai boleh menarik lebih sokongan rakyat kepada UMNO dan antara ramuan terbaik dalam melakukan transformasi serta peremajaan parti dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.



Lebih dari itu, dengan hanya kalah tipis kepada Hishammdin bagi merebut jawatan Naib Presiden UMNO walaupun pertama kali bertanding, Mukhriz juga telah membuktikan bahawa beliau mempunyai penyokong dan pengaruh yang agak besar dalam UMNO. Dan ini menunjukkan kedudukannya tidak wajar diketepikan begitu saja.



Tambahan lagi, Mukhriz juga secara berterus-terang meminta kepada Najib agar beliau dipertimbangkan untuk dilantik sebagai ahli MT UMNO.



Ramai yang sebenarnya mengharapkan agar anak bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu dilantik sebagai ahli MT, sekurang-kurangnya ia menunjukkan sikap budiman dan tolak ansur Najib terhadap percaturannya yang mahu mengekallan status qou Naib Presiden dalam pemilihan lalu.



Namun, dengan mencicirkan nama Menteri Besar Kedah itu, Najib dilihat seperti meminggirkannya sekali lagi.



Dengan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin sudah berusia 66 tahun, Zahid Hamidi yang mendapat undi tertinggi Naib Presiden berusia 62 tahun manakala Shafie Apdal dari Sabah, tindakan Najib terus meletakkan Mukhriz "di kelas kedua" dalam barisan MT, tidak syak lagi bahawa beliau kini sedang menyulam benang-benang merah untuk dijadikan permaidani bagi dihamparkan sebagai laluan kepada sepupunya, Hishammuddin untuk mengambil alih tempatnya suatu hari nanti.



Dalam hal ini, terlihat bahawa agenda membawa perubahan dan memperkuat UMNO tidaklah sepenting agenda peribadinya.



SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/12/sekali-lagi-mukhriz-dipinggirkan-oleh.html
Read more »

Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo tumpu kawasan kerap kemalangan

0 comments
LIMBANG: Kerajaan mem­beri tumpuan terhadap usaha menangani semua kawasan berisiko tinggi berlakunya kemalangan di Sabah dan Sarawak di [...]



SUMBER: http://www.mysarawak.org/2013/12/pembinaan-lebuh-raya-pan-borneo-tumpu-kawasan-kerap-kemalangan.html
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog