Syed Saifuddin - Ikan Mula Busuk Di Kepala ....


Hari Sabtu ini jam 3 petang bertempat di De Palma Hotel akan diadakan satu pertemuan antara rakyat dengan Tun Mahathir anjuran Umno cawangan Taman Cempaka , Bahagian Pandan. 

Mkini ada menemuramah wakil penganjur, Syed Saifuddin bagi mendapatkan penjelasan beliau kenapa majlis itu diadakan -

- Program bukan bermatlamat memburukkan negara atau sebarang niat jahat baik kepada parti maupun negara

- perlu diperbetulkan keadaan di peringkat dalaman Umno 

- ramai orang tidak faham akan ungkapan - IKAN MULA BUSUK DARIPADA KEPALA, BUKAN DARIPADA EKOR

- satu perjuangan berat yang memerlukan hati yang cekal

- betulkan Umno supaya dapat diterima semula oleh masyarakat





"Tiada lagi cawangan ketika dalam keadaan krisis masalah politik, kepimpinan dan sebagainya yang betul-betul berani ke depan. Saya ambil inisiatif ini dengan menjadi cawangan pertama untuk adakan program seperti ini dan beri peluang kepada tokoh negarawan seperti Tun (Mahathir) untuk beri penjelasan kepada rakyat. Beliau adalah ikon kepada Umno.

"Suka atau tidak, populariti Tun masih lagi hebat di kalangan anak muda dan pemimpin akar umbi," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Program ini akan bermula jam 3 petang. Kapasiti dewan boleh muat sehingga 600 orang. Sekarang dah lebih 400 orang beli tiket, cuma tinggal seratus lebih tiket sahaja. Kalau ada yang mahu, kena cepat. Kalau dah maksimum, kita tak terima dah.

- Saya tak ada sebab (nak takut). Adakah saya lakukan kesalahan terhadap Umno atau masalah disiplin? Saya tak langgar peraturan, tak langgar perlembagaan. Saya bukan jemput pembangkang.

- "Kita dah dengar penjelasan daripada perdana menteri, dah dengar daripada menteri kabinet dan Umno di peringkat atasan. Jadi kita bagi ahli kita yang tinggal di Ampang dan Pandan untuk hadir bertemu beliau dan dengar penjelasan dan berdialog dengan beliau.

"Bukan dengan apa yang dia cakap itu kita seratus peratus terima, tetapi kita buat penilaian dengan apa dia cakap dan dengan apa kepimpinan Umno cakap. Sebagai rakyat dan ahli kita buat penilaian dan dapatkan jawapan yang efektif dan berkesan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Umno," katanya.


Ini pula statement yang dikirim beliau sendiri kepada saya melalui Watsapp -

Jangan biarkan Tun Mahathir keseorangan dalam perjuangan Fisabilillah beliau menegakkan Kebenaran. Tun sepatutnya diberi sokongan padu dan bertali arus oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengenal sempadan agama, bangsa dan budaya.

                                            ************************************

Seterusnya pada 5 hb Oktober, Tun Mahathir akan berkunjung ke Tawau Sabah untuk program Bicara Negarawan Edisi Sabah pula.




SUMBER: http://ift.tt/1FJFKuy

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog