Kuasa Asing Dibelakang Komplot Militan 1990

Berkomplot memisahkan Sabah dari Malaysia
Merancang membina kem latihan ketenteraan

Sumbangsih oleh YBhg. Tan Sri 'H'


Pada bulan Mac 1991, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamed Haniff Omar mengatakan bahawa pihak berkuasa masih menyoalsiasat tahanan Sabah tentang komplot untuk memisahkan Sabah dari persekutuan Malaysia.

Dia mengatakan bahawa komplot bertindak di bawah kumpulan disebut Pertubuhan Pembebasan Rakyat Sabah (Sabah People's Liberation Organization) dan bahawa polis terus menyiasat komplot ini sehingga ke akar umbi. Dia mengatakan penyiasatan tidak mudah kerana penglibatan "kuasa asing".

Sebelumnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri mengumumkan bahawa komplotan untuk melepaskan diri dari Malaysia dibantu oleh suatu "kuasa asing" termasuk rangkaian pembinaan kem latihan ketenteraan dilokasi yang dirahsiakan. Walaupun tidak menyebutkan nama negara berkenaan untuk menjaga hubungan baik diperingkat antarabangsa perkara ini mungkin ada benarnya kerana pihak luar tertentu amat menghebokannya termasuklah Amnesty International, UNHCR dan pihak NGO Kristian antarabangsa.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog