Siapa Mutalib M.D.? Bhg 4

Jadilah penulis yang punya harga diri, Editor Sabahkini selalu diperkudakan oleh orang lain?




Surat terbuka ini saya tujukan kepada Mutalib MD, Editor Sabahkini.net.
Terima kasih atas semua tohmahan yang anda lakukan untuk cuba mengaibkan saya, sebelum saya meneruskan tulisan saya, ingin saya memohon maaf jika ada diantara tulisan saya yang menyingung mana-mana individu.


Saya menjadi seorang penulis Blog hanyalah sekadar membuat peneguran dan menyampaikan kepada yang terlibat diatas kesilapannya, saya tak ada niat pun untuk menjatuhkan nama seseorang atau mengaibkan seseorang individu.

Apa yang cuba dilontarkan Mutalib, Editor Sabahkini terhadap diri saya pada keluaran di Sabahkini hari ini, dalam tajuk Blog nya, (Editor Sabahkini menerima kes ugut) nama sahaja Editor, tak tahu menilai, yang mana satu pertanyaan dan yang mana satu ugutan, seperti penulis Bacul, dia hanyalah semata-mata untuk mengaibkan diri saya, saya bersedia menjawab segala soalan dari mana-mana pihak untuk mempertahan tuduhan yang dilemparkan oleh penulis Bacul Sabahkini untuk tujuan memburukan diri saya, keluarga saya dan Pihak Polis Kunak




Untuk pengetahuan Saudara Mutalib MD, jika anda bermaksud mengaitkan keluarga saya menerusi artikel yang disiarkan oleh Sabahkini, saya tetap mengikuti keputusan Mahkamah sehinggah habis perbicaraan berhubung kes tertentu itu. Anda tidak sepatutnya mengaitkan secara terang dan terus seolah-olah seseorang itu belum disabitkan kesalahan di Mahkamah.
Jika sebelum ini, Sabahkini banyak menyiarkan berkaitan kes-kes tertentu dalam portal itu dan kononnya berslogan mempertahankan kejujuran konon - tetapi ia banyak menyimpang dari slogan Sabahkini. Dan mungkin sesuai cuba memporak-perandakan??




Sebagai orang yang dikenali ramai atas nama seorang Editor Sabahkini, dan sebagai seorang pengarang buku, sayang sekali selalu diperkudakan oleh orang lain tanpa mengetahui kesahihan tuduhan tersebut.

Atas tulisannya yang lalu, juga banyak memburuk-burukkan pihak Polis, Peguam Negara dan Pesuruhjaya Polis Sabah, seolah-olah dia (Mutalib) menganggap dirinya Penulis Blog yang paling terhebat di seluruh Malaysia.

Pembaca saentero tidak hairan melihat artikel-artikel yang disiarkan oleh Sabahkini.net.
Syabas dan tahniah atas perjuangan anda untuk menjadi penulis terkenal di Malaysia.

Dari: http://suarakeramat1.blogspot.com/2010/03/jadilah-penulis-yang-punya-harga-diri.html?zx=8106b1df158e1a5f

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog