Shafie Pemimpin Sabah Nombor Satu

Rakyat Sabah melihat Shafie sebagai bayang-bayang Najib

Nombor 1... 1Najib & 1Shafie

Potensi Datuk Shafie Apdal sebagai pemimpin nombor satu negeri Sabah memang tidak dapat disangkal. Malahan pada hemat saya, sesiapa pun jua adalah berpotensi untuk menduduki kerusi itu, hanyasanya dukungan dan sokongan dari rakyat jelata. 


Berkenaan dengan sambutan luarbiasa yang disifatkan oleh Musli Oli dalam blognya sekali ketuk terhadap Naib presiden UMNO dari pantai timur itu, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan, kerana sebagai pemimpin yang boleh dikategorikan sebagai pemimpin ketiga negara, tentunya Datuk Shafie dilihat oleh rakyat sebagai 'bayangan' Najib di Sabah, walaupun masih ada yang menganggapnya itu sebagai satu muslihat politik. Kerana orang-orang sebegini lebih berkecenderungan untuk meletakkan Musa Aman dikedudukan itu, apatah lagi kerana Datuk Musa Aman adalah KETUA MENTERI Sabah hingga saat ini. 

Sokongan rakyat Sabah kepada Datuk Shafie Apdal, terserlah disegenap majlis yang dihadiri oleh Datuk Shafie. Baik di Kota Belud, ketika sambutan Hari Raya, tahun lepas, kunjungan Datuk Shafie begitu memukau rakyat Kota Belud. Walaupun sudah ada desas-desus ketika itu bahawa adanya arahan atasan untuk membiokot majlis berkenaan. Begitu juga dengan majlis di Kimanis yang juga menyaksikan gelombang sokongan rakyat yang tidak putus-putus-Kelapa Mawar.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog