Amde adalah BN 'Reject'?

Semua sahabatnya pemimpin BN Sabah, Sapp Sipitang sah tiada pejabat
Komen Pembaca(Disusun semula oleh Gen. CroXo)

Saudara Sapdal,
Terima kasih kerana membantu mempopularkan Sapp Sipitang. Daerah ini adalah di antara bahagian yang paling aktif dalam perjuangan parti.


'Hamlee Sidik' saya yakin adalah merujuk kepada Tn. Hj. Amde Sidik, Timbalan Presiden dan Ketua Sapp Sipitang dan saya kenal benar dengan beliau. Seorang aktivis sosial masyarakat kadayan yang kekar dan begitu cekal sejak 1990-an, selain merupakan penulis aktif di suratkhabar, blog serta telah menghasilkan beberapa buah buku.


Beliau mempunyai ramai kenalan di kalangan para pemimpin BN lama sebelum memutuskan untuk berkecimpung ke arena politik bersama-sama Datuk Yong Teck Lee.  Sekadar menyebutkan beberapa nama kenalan baiknya termasuklah Datuk Musa Aman, Datuk Shafie Apdal, Datuk Anifah Aman, Datuk Pairin Kitangan, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan Datuk Joseph Kurup.

Pendekatannya sentiasa berterus terang berlandaskan 'gentleman politics'. Mencipta cerita rekaan dan  menabur fitnah bukan gaya perjuangan beliau setakat yang saya tahu. 

Kembali kepada soal pembelian tanah, saya percaya dia telah membuat pertimbangan mendalam sebelum nekad membawa hal tersebut kepada umum. Dengan sedikit kesabaran untuk kita menunggu,  penghujung sebenar cerita ini akan diketahui masyarakat tidak lama lagi. 

Sapp Sipitang memang tidak menyewa sebarang premis pada masa ini. Tetapi cerita yang saya terima ada sedikit berbeza dari apa yang telah dipaparkan di blog saudara. Mengikut sumber, terdapat tekanan dari pihak tertentu yang menyebabkan pemilik premis terbabit akur untuk menamatkan penyewaan. Namun,  sebagai 'gentlemen' Amde dan rakan-rakan memutuskan untuk tidak memanjangkan hal ini. Ia hanyalah urusan kecil penyewaan sebuah premis dan di pekan ini masih terdapat banyak lagi ruang sesuai boleh disewa pada bila-bila masa nanti. 

Orang Lama Sapp, Luyang.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog