Mutalib mencadangkan nama 'Muhammad Kifli' kepada Yong
Muhammad Kifli |
LUYANG 12 Jun: Sesi percambahan fikiran CLC parti SAPP pada hari Khamis lepas mengemukakan cadangan drastik supaya presiden parti Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee memeluk agama Islam untuk melonjakkan imej parti yang semakin malap sejak kebelakangan ini.
Difahamkan cadangan diutarakan oleh 'kumpulan pemikir' CLC Islam parti termasuklah Hj Amde Sidik, Jaafar Hj Ismail, Mulkaseh Hj Renda dan Dullie Marie juga merupakan amanat terakhir pemimpin veteren parti Hj Madri Akong yang telah meninggal dunia awal tahun ini. Pemilik portal sesawang Sabahkini yang mempunyai 350 pengunjung harian dan disebut-sebut telah menyertai parti SAPP sejak bulan lepas dilaporkan terlibat sama. Seperti biasa blogger tidak ternama yang baru sahaja melancarkan e-book lucah itu mengemukakan kejutan bernas dengan mencadangkan nama baru 'Muhammad Kifli' kerana sebutan "kif lee" kedengaran hampir dengan nama Yong sekarang. Langkah itu diharap dapat meningkatkan sokongan masyarakat bumiputera yang masih menjauhkan diri dari parti sekaligus mengikis imej cina totok yang melekat dikalangan penduduk.
Dalam perkembangan lain, para pemerhati politik berpendapat langkah seumpamanya bukan perkara baru dan telah banyak kali berlaku di negeri Sabah. Diantaranya termasuklah Tun Donald (Muhammad Fuad) Stephens bekas Ketua Menteri dan TYT Yang Dipertua Negeri, Tun Thomas (Ahmad) Koroh mantan TYT Yang Dipertua Negeri dan adiknya Tan Sri Stephen (Sufian) Koroh bekas menteri kabinet. Yong dilaporkan berfikiran terbuka mengenainya namun dijangka menghadapi masalah untuk dilaksanakan kerana isteri beliau, Datin Seri Stella Kong Yin Kiun merupakan penganut kristian katholik yang taat-Sapdal Krew.

1 comments:
Syukur alhamdulilah, semoga jd kenyataan. Masa tu barulah Musa Aman & Shafie Apdal lugai2 gigit jari sbb teda lagi isu negatif utk Sapp...
Post a Comment