Komplot Jeffrey Memisahkan Sabah Dari Malaysia

Menghasut dan membakar semangat orang Sabah dengan tuntutan demi tuntutan Hak Sabah

Sumbangsih oleh YBhg. Tan Sri 'H' untuk Sapdal Krew: 'SINGKAP-Tan Sri H'

Dalang Gerakan Pemisah '90?

Mengimbas kembali 'Operasi Talkak' 1990-1991

Operasi Talkak merupakan kisah kejayaan serba tangkas pihak Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terpaksa dilakukan oleh kerajaan demi untuk mempertahankan kedaulatan negara kita. Ia adalah satu siri tangkapan melibatkan segolongan pemimpin di Sabah kerana berkomplot hendak membawa Sabah keluar dari Malaysia. Akhirnya tujuh daripada lapan orang yang ditangkap telah ditahan di bawah Internal Security Act (ISA).

Semua mereka adalah pemimpin atau ahli menonjol Persatuan Kebudayaan Kadazan (KCA), Institut Kajian Dasar Sabah (IDS), Yayasan Sabah dan parti pembangkang pada masa itu Parti Bersatu Sabah (PBS) dan telah ditempatkan di bawah perintah penahanan dua tahun.

Ditahan kerana berkomplot mahu keluar dari Malaysia

1. Jeffrey Kitingan

2.    Wencelous Damit Undikai
3.    Albinus Yudah
4.    Benedict Topin
5.    Vincent Chung
6.    Abdul Rahman Ahma
7.    Ariffin Hj. Hamid
8.    Maximus Ongkili*  dibebaskan dua bulan kemudian.

Operasi Talkak melibatkan penahanan yang berlangsung dengan ringkas seperti berikut. Wencelous Damit Undikai, 54, aktivis PBS dan bekas pegawai  polis Cawangan Khas ditangkap oleh pasukan polis Cawangan Khas pada tarikh 18 Mei 1990 kerana dipercayai merancang untuk memisahkan Sabah dari persekutuan Malaysia. Ini diikuti dengan tangkapan ke atas rakan-rakan subahatnya Albinus Yudah, 41, Ketua keselamatan di Borneo Rest House, ahli PBS dan KCA; Benedict Topin, 37, seorang bekas anggota polis aktivis PBS dan Setiausaha Eksekutif KCA, ditangkap pada 25 Mei tahun yang sama. Pihak PDRM mendakwa telah memantau Topin selama lebih 3 tahun sejak 1987. Tangkapan berikutnya adalah Abdul Rahman Ahmad, 51, Asisten Superintenden Polis di Sabah yang telah ditangkap pada 7 Julai 1990.

Vincent Chung, pengurus pentadbiran dan kakitangan Yayasan Sabah ditangkap pada tarikh 19 Januari  1991 dan orang yang dianggap 'dalang', Jeffrey Kitingan pada tarikh 13 Mei tahun yang sama. Susulan terakhir tangkapan adalah melibatkan seorang ahli perniagaan Arifin Hj Hamid, 37, pada 19 Julai atas tuduhan mengancam keselamatan negara dan bersekongkol di dalam komplot pemisahan. Maximus Ongkili, pengkaji kanan dan timbalan pengarah eksekutif IDS yang juga anak buah Jeffrey Kitingan serta merupakan setiausaha akhbar pilihanraya kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Joseph Pairin Kitingan telah ditangkap pada 3 Januari 1990. Dia dilepaskan tanpa syarat dua bulan kemudian iaitu pada tarikh 2 Mac 1991.

Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mengakui komplot ini termasuk pembinaan suatu kem latihan ketenteraan dan menyangkal keras bahawa penahanan Jeffrey adalah bermotif politik-TSH.


-----------------------
YBhg. Tan Sri 'H' seorang bekas ahli politik berprofil tinggi sekarang menjadi penganalisa politik dan  sejarawan  telah bersetuju bekerjasama  dengan Sapdal Krew dan akan menyumbang buah fikiran dan pendapat bila-bila masa diperlukan untuk memenuhi kolum beliau sendiri  'Singkap-Tan Sri H' di blog ini. Beliau menganggap ini sebagai memenuhi tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat Sabah.



Anda juga mungkin mahu membaca lebih lanjut lagi mengenai Dr. Jeffrey Kitingan













Kuasa Asing Terlibat Di belakang Komplot Militan 1990
UBF Adalah Rancangan Fasa Kedua Jeffrey Kitingan
Jeffrey Kitingan Adalah Duri Dalam Politik Sabah

19 comments:

Anonymous at: 26 May 2011 at 14:47 said...

argghhh...
baru aku tahu pula ini cerita...
tp admin sapdalkrew minta bantuan ada supaya mengkritik post:
http://www.sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=7242:skandal-seks-ahli-parlimen-sabah&catid=35:berita-sabah&Itemid=27
Saya bimbang post ini akan mengucar kacirkan sukukaum Sabah yang pelbagai anutan AGAMA ni..minta jasa baik dari admin sapdalkrew untuk menegur isu ini. Terima Kasih.

Sapdal Krew at: 26 May 2011 at 18:02 said...

Anon,
Sapdal Krew telah maklum mengenai perkara ini & koresponden kita di Kudat berjanji utk memaparkan hasil tinjauannnya di blog kita lusa 28 Mei 2011. Jangan lupa berkunjung lagi. Terima kasih.

General CroXo
SAPDAL COMMANDER-IN-CHIEF.

Sapdal Krew, Kudat at: 26 May 2011 at 18:21 said...

Yep, baru jg lps chat dgn Gen. CroXo. Terimakasih krn mmberi kpercayaan kpd Koresponden Sapdal Kudat untuk misi sulung kami. Sebelum pukul 11 lusa hasil tinjauan akan kami hantar.... xoxo teruskn brsama sapdal.

{ Sapdal Krew, Kudat } at: 28 May 2011 at 18:17 said...

Hasil tinjauan kami sudah dipaparkan seperti berikut sbg yg menjadi punca knp laporan sedemikian disiarkan di sabahkini, hrp maklum

http://sapdalkrew.blogspot.com/2011/05/pemilik-sabahkini-ketagih-seks.html

TSH at: 28 May 2011 at 18:31 said...

Anonymous on 14:47,

Brgkali sdr. terlalu muda untk memahami. Dlm fikiran ramai orang Sabah ketika itu, Jeffrey Kitingan bagi orang kadazan adalah sama spt Ibrahim Ali bagi org2 melayu pd masa ini.. kalau ada masa akan sy kupas dgn lebih lanjut.

TSH.

Sapp Die-hard at: 28 May 2011 at 19:37 said...

TSH, I try to read btween the line of the above posting. Are you the remnant of BN's divide-and-rule policy of the yesteryear, if I may ask?

{ adenan wasli } at: 2 October 2012 at 12:12 said...

Setiap orang berhak utk menentukan nasib sendiri. Persekutuan Malaysia bukannya agama.. Ketidak-adilan telah lama berlaku.. Umno telah mengambil kesempatan ke atas pengaruh politiknya yg kuat bila ada bnyak kerusi parlimen.. Umno perlu ditentang habis-habisan oleh rakyat drpd semua kaum yg rela bersatu tanpa menindas mana-mana kaum atau agama...Allahuakbar...!!!

{ MosePA } at: 7 March 2013 at 01:05 said...

Lucu juga sya baca ni... Sama ada Dr.Jeffrey mau bawa Sabah untuk tidak lagi bersekutu dengan Malaya merupakan hak mutlak Sabah sebab hubungan Sabah dengan Malaya hanyalah berupa "Rakan Kongsi"! Persekutuan Malaysia yang sebenar sudah tidak wujud lagi setelah Malaya mengeluarkan Singapore daripada Persekutuan ini. Satu bentuk Perjanjian Baru perlu diwujudkan kerana Perjanjian yang ditandatangi di London pada July 9,1963 masih mempunyai nama Singapore. Wakil Commonwealth daripada London juga sendiri sudah mengesahkan bahawa Persekutuan Malaysia sudah tidak SAH lagi. Maka, kami sebagai Rakyat Sabah, Bangsa Sabah yang Merdeka dan Berdaulat menuntuk untuk tidak mahu lagi bersekutu dalam Persekutuan yang HARAM!!! Kami menuntut untuk berkerajaan sendiri sebagai sebuah Negara yang benar-benar MERDEKA dan BERDAULAT!!!

Anonymous at: 7 March 2013 at 08:01 said...

Ini cerita orang yang tidak bertanggungjawab. Siap dengan gambar-gambar yang kena edit. Pereka cerita ini layak menerima segala sumpah yang yang mampu diucapkan oleh segala makhluk yang menghuni alam semesta....Orang Sabah jangan jadi bodoh dengan mempercayai cerita karut ini....Mari bebaskan Sabah dari cengkeman Agenda Malaya! Inikalilah!

Anonymous at: 7 March 2013 at 10:16 said...

Salah ks Sabahan mentadbir sendiri!? Kenapa mesti brgantung nyawa kpd parti Malaya?!

Anonymous at: 7 March 2013 at 16:03 said...

Tapi yg terang terangan mengaku memberi IC kpd PTI, tak tangkap pun....hehehe!!!....undang2 aku yg pegang....

{ butu } at: 9 March 2013 at 10:07 said...

ini terrorist punya blog....shapie apdal????...huh...

Anonymous at: 22 March 2013 at 16:12 said...

Taknak bersama dalam Malaysia bermakna kena pulangkan balik peruntukan perbelanjaan kerajaan Persekutuan yg Sabah dapat sejak mula menyertai Malaysia. Cukup ke duit?

Anonymous at: 24 April 2013 at 16:27 said...

Anonymous at: 22 March 2013 16:12 said...

Itu peruntukan yang kau cakap mau kasih balik sama malaya tu pun dapat dari mana.... Sabah lah Bodoh bahlul tiada utak

{ Hmon } at: 30 October 2017 at 08:57 said...

sampah punya cerita ni gaman 😁

{ Unknown } at: 29 September 2018 at 19:17 said...

PALUI INI BLOG BUAT CERITA FITNAH...BODOH...

{ Unknown } at: 14 January 2019 at 23:27 said...

Teda guna punya blog ni.

{ joeritche } at: 21 February 2019 at 00:44 said...

buduh pnya blog yg 200bilion hasil kna ambil tda pulak npk palui sdh ber puluh tahun msi buta.. akal jadi kayu.

{ Sahumin } at: 9 August 2020 at 06:23 said...

Dan sekarang ini telah wujud sebuah pertubuhan yang didaftarkan di salah sebuah negara komonwel yang bertajuk NEGARA SABAH REPUBLIK 2030 "SAFRE". Salah seorang talibarut bernama Maslan Maginda orang KDMR tinggal di Pintasan KB dan penasihat adalah DDJK. Mereka beroperasi dan berpejabat di negara luar itu dan memulakan kempen mintak simpati dari negara-negara sahabat. Rancangan mereka menyasarkan 10 tahun untuk mencapai kejayaan bermatlamat pada tahun 2030 Sabah mesti keluar dari persekutuan dan menjadi sebuah negara REPUBLIK. Menjadikan Sabah sebuah negara yang mengandungi 7 Residensi dengan seorang Presiden sebagai ketua Republik dan di bawahnya seorang Governor atau Ketua Menteri. Penubuhan ini sinonim dengan menifesto STAR yang mahu menjadikan Sabah sebuah Negara dalam Persekutuan dengan 7 buah residensi. Setiap Residensi akan ditadbir oleh seorang Ketua Menteri dengan DDJK menjadi Perdana Menteri. Sebab itulah rancangan DDJK terhadap pemegang kad burung2 dan kad banci, mereka boleh dibantu menjadikan mereka WNM atau PR.

Begitulah rancangan seorang pemimpin KDM yang bernafsu besar dan gila kuasa.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog