Persatuan Blogger Sabah adalah Pertubuhan Haram

Koresponden Guaman Sapdal kepada Sapdal Krew: EDISI SIASAT


Mutalib dan semua 238 orang ahli-ahli PBS boleh didakwa Akta Pertubuhan 1966 



Persatuan Bloger Sabah (PBS) yang diterajui oleh Abdul Mutalib Muhamad Daud adalah merupakan satu persatuan haram yang tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Mutalib mengenai PBS,

"PERSATUAN BLOGGER SABAH (PBS) adalah pertubuhan secara TRUST atau Pemegang Amanah yang pada dasarnya tidak perlu didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan melainkan jika ingin menjalankan aktiviti secara fizikal"


Mengikut Ms. Z Koresponden Guaman Sapdal yang berpengkalan di Kota Kinabalu, "kenyataan ini adalah mengelirukan dan boleh disifatkan sebagai menipu orang ramai". Pendapatnya ini dikemukakan atas beberapa sebab. Pertama, fakta bahawa PBS tidak didaftarkan dalam mana-mana undang-undang yang berkaitan di Malaysia menunjukkan bahawa ia merupakan pertubuhan haram. Kedua, jika PBS merupakan sebuah TRUST atau Pemegang Amanah di negara ini ia wajiblah didaftar  sama ada dalam Akta Pemegang Amanah 1952 (Semakan 1981) (Semenanjung) atau Trustees (Incorporation) Ordinance Cap. 148 1952 (Sabah). 

Ketiga, tiada peruntukan di dalam Akta Pertubuhan menyatakan sesebuah persatuan hanya perlu didaftar kerana jika menjalankan aktiviti bersifat fizikal. Ertinya semua persatuan harus didaftarkan untuk membolehkannya bergerak secara sah disisi undang undang. Keempat, aktiviti memungut yuran keahlian yang dipungut oleh PBS ke atas ahli-ahlinya yang berjumlah 238 setiap tahun ini adalah merupakan aktiviti fizikal yang nyata.

"Mutalib boleh didakwa kerana menipu"

Berdasarkan sebab-sebab di atas  Ms. Z menyimpulkan Mutalib dan semua 238 orang ahli-ahli PBS boleh didakwa mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966, Seksyen 41(1)(b) kerana menyertai pertubuhan yang tidak berdaftar dan Seksyen 42 Akta Pertubuhan 1966 kerana memegang jawatan dalam pertubuhan yang menyalahi undang-undang. Mutalib juga boleh didakwa dibawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah iaitu kesalahan menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


Ms. Z menyeru semua anggota masyarakat supaya menjauhi  mana-mana pertubuhan haram  demi mengelak dari sebarang masalah yang tidak diingini kemudian hari. Ahli-ahli PBS juga mesti merujuk hak-hak mereka dengan lebih lanjut kepada peguam. Disamping itu beliau juga menyarankan mereka membaca serba sedikit mengenai Akta Pertubuhan di laman ros.gov.my.

-----------------------------------------
Ms. Z merupakan pengamal bidang guaman yang berpejabat di Kota Kinabalu.

1 comments:

korou at: 20 May 2011 at 22:25 said...

Bro, betulkah tidak ni? Kalau betul aku menyesal join PBS jadi ahli seumur hidip lagi tuh. Aku bukn blogger politik & x mau terlibat bermasalah dgn pihak berkuasa.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog