Mutalib M.D. Belum Bayar Hutang Suntikan Botox?

Suntikan Botox merupakan trend separuh gila manusiawi alaf baru untuk kelihatan segak, bergaya dan terampil. Rawatan ini melibatkan suntikan ejen pengeras kulit setiap empat bulan sekali dan memakan belanja RM700 - RM10,000 setiap kali bergantunglah tempat rawatan dan banyak suntikan yang dibuat ke atas anggota badan.
Adalah difahamkan bahawa pemilik portal Sabahkini.net Mutalib M.D. tidak ketinggalan mendapatkan rawatan ini.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh pemilik pusat kecantikan yang selalu dikunjunginya supaya kelihatan muda berkenaan. Pakar kecantikan yang hanya mahu dikenali dengan nama Olivia bertindak membongkar perkara ini kepada krew kami kerana dakwanya Mutalib M.D. enggan menjelaskan hutang dua sesi rawatan suntikan Botox di pusat kecantikan beliau yang bernilai RM2,500.00 setiap kali dan kini telah mencecah RM5,000.00.

Apabila ditanya lebih lanjut, Olivia menyatakan pendapatnya bahawa tidak salah untuk sesiapa yang ingin kelihatan muda dan bergaya mendapatkan rawatan suntikan Botox. Mengikutnya lagi, beliau tidak ambil tahu soal salah atau tidak pengambilan botox di kalangan orang Islam kerana selain dari Mutalib dia juga mempunyai ramai pelanggan Islam yang lain.

"Namun saya kesal kerana sudah berkali-kali menagih hutang rawatan akan tetapi dia sentiasa memberi berbagai-bagai alasan agar tidak membayar sedangkan menurutnya sendiri, dia mendapat banyak wang hasil jualan buku-buku dan kegiatan internet", rungut Olivia.


Setelah membuat sedikit analisa, krew kami mendapati memang mendapat perbezaan ketara di antara wajah Mutalib pada tahun 2008 dan gambar terbaru yang dipaparkan di atas. Kulit mukanya kelihatan lebih cerah dan tiada kedutan dimukanya pada gambar terbaru berkenaan. Akan tetapi fesyen rambut terbaru beliau saling tak tumpah seperti Tan Sri Samy Vellu.

"Botox atau rawatan apa sekali pun adalah hak masing-masing, tepuk dada tanya selera. Namun begitu menjadi adat jika ada hutang mestilah dibayar dengan segara. Amat memalukan jika cakap bukan main tinggi, tapi RM5,000.00 pun tidak terbayar" kata Olivia mengakhiri temubual.

3 comments:

Daud at: 6 May 2011 at 08:35 said...

muakakakakk... byr la hutang tu oii... bkin malu saja mo nampak cantik, byr ndak mau la pla

Anonymous at: 6 May 2011 at 13:32 said...

rambut samy vellu lagi class ler hahaha

Anonymous at: 12 May 2011 at 00:32 said...

ini kes jelous bah ni..hihi. dia tu cukur kumis dan janggut saja tu, buduhnya kurang ndak tahu tinguk ka? baru bini muda lagi tu mimang la dia tambah muda. kalo jeles ikut bah,hikhikhik!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog