Mutalib M.D. Masuk SAPP?

SAPP mendapat keutamaan tinggi untuk disiarkan setiap hari di Sabahkini


LUYANG, 8 Mei: Adalah difahamkan Mutalib M.D. telah dengan rasminya menyertai parti yang dipimpin oleh Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee iaitu Sabah Action Progressive Party atau ringkasnya SAPP bermula hari Jumaat lepas 05 Mei 2011. Beliau menyerahkan sendiri borang permohonan keahlian kepada presiden  dalam satu majlis ringkas di ibupejabat parti SAPP Luyang.

Maklumat ini diterima oleh Sapdal Krew dari seseorang yang rapat dengan Ketua Pemuda SAPP, Edward Dagul. Ketika dihubungi beliau mengatakan bahawa rundingan untuk membawa Mutalib ke pangkuan SAPP telah dilakukan sejak selepas pilihanraya kecil Batu Sapi.

Berdasarkan keputusan pilihanraya berkenaan yang amat mengecewakan, pucuk pimpinan SAPP telah memutuskan mencari media dan personaliti yang bersesuaian untuk menyalurkan publisiti secukupnya bagi kepentingan parti. Jika semua berjalan lancar, Mutalib dijangka akan mengambil alih kepimpinan SAPP Lahad Datu yang ketika ini tidak begitu aktif dan hampir tinggal nama sahaja.

Kemasukan Mutalib ke dalam Parti SAPP ini sekaligus menamatkan desas desus Sabahkini memang mempunyai pertalian dengan Yong Teck Lee di mana liputan mengenai SAPP sentiasa mendapat keutamaan yang tinggi untuk disiarkan setiap hari - Sapdal Krew.

2 comments:

Anonymous at: 8 May 2011 at 09:10 said...

Apa mcm SAPP bulih kna tipu oleh ini Ular besar???? Website dia 500 pengunjung harian sj pun mau dilantik jd pengerusi SAPP Lhd Datu.... SAPP butl2 x sokongann

Anonymous at: 8 May 2011 at 09:12 said...

Kc jd ketua pemudalah.. ganti Edward Dugul boroi... Apa ni Edward, rahsia parti pn ko kc cerita sm public, tutup skt mulut ba

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog