Padah Buta Inggeris, Mutalib M.D. Disaman Rais

Mohd Yatim Suhaili kepada Sapdal Krew (emel)


Kerana tidak faham bahasa Inggeris, Mutalib M.D. terima akibat kena saman oleh Rais.

Kali ini Sapdal Krew menyiarkan emel kiriman seorang yang mendakwa dirinya bernama Mohd Yatim Suhaili. Pengirim emel juga mendakwa sebagai penulis di Sabahkini dan merupakan teman rapat kepada Mutalib M.D.


Antara lain, Mohd. Yatim mengatakan bahawa sebenarnya Mutalib M.D. amat menyesal kerana mengaibkan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim di Sabahkini. Mutalib mengaku sebenarnya tidak  faham  maksud tulisan Rocky Bru yang bertajuk "Maid Rape: ..." kerana ia disiar dalam bahasa inggeris. Tetapi pada masa itu Sabahkini mengalami kekurangan artikel jadi apa-apa pun mesti siarkan saja. Hanya setelah  blog wartamaya mula menokok tambah cerita, barulah Mutalib menambah lagi dengan cerita-cerita yang berkaitan.

Seterusnya mengikut Mohd. Yatim, Mutalib juga mengakui salah perkiraan di dalam hal Rais. Selama ini dia boleh mengutuk sesuka hati ke atas semua ahli politik Sabah terutamanya YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman dan YB Dato' Seri Hj Mohd. Shafie Hj Apdal. Mutalib tahu dia tidak akan dikenakan apa-apa tindakan kerana semua pemimpin di sana mengenalinya sebagai penulis untuk disewa dan tidak mempunyai kredibliti untuk dipertahankan.

Memandangkan dia menganggap Rais juga akan membiarkannya maka kali ini dia telah melakukan silap besar. Namun bak kata orang "terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata buruk padahnya". Sekarang walaupun sudah salah tingkah, Mutalib mesti meneruskan lakonan konsisten mengutuk Rais demi  menjaga periuk nasinya. Adalah difahamkan sudah setahun lebih dia mencari nafkah menggunakan Sabahkini sebagai sumber pendapatan. Teruskan bersama Sapdal Krew untuk lebih banyak perkembangan menarik.

1 comments:

Anonymous at: 7 May 2011 at 20:00 said...

he..ha..ha.. enda faham englishkah, lain kali suruh dia belajar dari google laaaaaa

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog