EKSKLUSIF: Jaga Etika Journalisme

Tulisan TSH harus disiar tanpa diedit atau diselewengkan.

Berikut ini merupakan temuramah pertama yang dibuat bersiri oleh General CroXo, Commander-In-Chief Sapdal Krew (SKw) bersama YBhg. Tan Sri 'H' (TSH), penyumbang berprofil tinggi di  'Sabah News by Sapdal Krew' untuk ruangannya sendiri 'Singkap-Tan Sri H'.


SKw: Boleh terangkan serba sedikit latarbelakang TSH untuk para pembaca SKw?

TSH: Saya berkelulusan sains politik. Pernah aktif dalam arena politik dan menjadi Yang Berhormat selama beberapa penggal. Sekarang menjadi pemerhati politik dan menulis buku dan artikel-artikel berkenaan politik tanahair.


SKw: Kenapa TSH bersetuju menjadi penyumbang blog SKw?

TSH: Tiada sebab tertentu. SKw yang menghubungi saya dan konsep SKw mungkin ada unsur 'crowd puller' untuk bertapak dengan baik dalam masa terdekat. Dalam usia lanjut ini ada banyak masa terluang dan hanya di internet yang terdapat banyak kesempatan bergaul dengan orang-orang muda. Seseorang perlu memberi panduan supaya SKw tidak sesat jalan.

SKw: Bagaimana bentuk kerjasama yang TSH persetujui bersama SKw?

TSH: Tulisan saya harus disiar seadanya tanpa diedit atau diselewengkan. SKw harus menerima  ada masanya mungkin akan bersetuju atau membantah dengan apa yang saya katakan kerana ia adalah perspektif hasil perjalanan hidup yang panjang. Pengalaman amat berharga dan tidak akan dapat diselewengkan. Juga ini adalah obligasi sosial dan saya menyumbang semula sebahagian yang telah diberikan oleh negara.

SKw: Apakah objektif yang TSH harap boleh capai bersama SKw?

TSH: Keadaan menang-menang. SKw mencari 'crowd' dan saya menyalurkan perspektif kepada 'crowd' berkenaan. Saya tidak mengenali individu disebalik SKw dan akan menulis atas dasar hormat menghormati.

SKw: Jangkaan dan harapan TSH keatas SKw?

TSH: SKw mesti menjaga etika asas journalisme. Menulis satu hal, beretika pula suatu hal yang lain.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog