SAPP Putatan Sokong Mutalib M.D.

Sapdal Krew Putatan

Pejabat SAPP di Putatan Square telah lama terbiar tanpa penghuni. Telefon talian tetap pejabat juga telah diputuskan perkhidmatannya  


PUTATAN 10 MEI: SAPP memerlukan Mutalib M.D. untuk memberikan nafas baru kepada  parti, mengikut aktivis dari Putatan yang merupakan orang kanan Ketua Perhubungan SAPP Putatan, En. Donny & Marie.

Aktivis yang menghubungi melalui laman facebook "Sapdal Problog" memperkenalkan diri sebagai Ahmad Hj Lin mengatakan Mutalib sesuai kerana 'Sang Juara IC Palsu'  berkenaan setiap segar dengan idea baru dan sentiasa berada hadapan dalam perjuangannya. Katanya, "Sebahagian besar 500 orang pengunjung tetap Sabahkini adalah terdiri daripada ahli-ahli SAPP termasuk ketua SAPP Putatan yakni boss saya sendiri". Selain itu Ahmad mengakui Donny mengalami kesukaran berhubung dengan pekerja-pekerja kanan parti di Ibupejabat kerana tidak mampu bertutur dengan baik dalam bahasa cina.

Usaha Sapdal Krew Putatan untuk mendapatkan pengesahan sendiri dari mulut Donny  telah gagal kerana mendapati pejabat SAPP di Putatan Square seolah-olah telah lama terbiar tanpa penghuni. Telefon talian tetap ke pejabat berkenaan juga telah diputuskan perkhidmatannya - Sapdal Krew

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog