Moral Kronik Anwar

Pemimpin paling kurang mesti ada moral ikutan

Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah melakukan pelbagai kesalahan sepanjang beliau berkecimpung dalam politik tanah air. Akibatnya, satu persatu pengikut dan sahabat setia beliau bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional.

Antara kesalahan yang dilakukan oleh beliau termasuklah penyalahgunaan kuasa, politik wang, kronisme dan masalah moral yang kronik (seks luar tabii).Terkini beliau dikaitkan pula dengan satu lagi kesalahan seks iaitu melanggan pelacur di hotel sebuah negara jiran. Isu ini sedang hangat dan telah menjadi kes polis apabila ianya telah didedahkan oleh kumpulan Datuk “ T ” (Tan Sri Rahim Tamby Chik, Datuk Eskay Abdullah dan Shuib Lazim).
Aspek moral sangat dititik beratkan dalam ajaran Islam apatah lagi jika melibatkan seorang pemimpin kerana masalah kepimpinan adalah bersangkut paut dengan ibadat. Pemimpin diibaratkan sebagai seorang imam yang memimpin makmum melakukan ibadat kepada Allah SWT. Jika salah imam memimpin maka rosaklah makmum yang dipimpin. Jika buruk perangai imam maka buruklah akibat yang akan diperolehi oleh makmum. Hakikatnya umat Islam sepatutnya menjadi umat contoh kepada umat lain. Maka amat tidak wajar jika orang yang menawarkan diri sebagai pemimpin mempunyai masalah moral yang teruk.

Sebagai agama yang sesuai untuk sepanjang zaman,keadaan dan masyarakat, maka sifat-sifat universal ada pada agama Islam. Demikian, jika isu moral menjadi perkiraan penting dalam Islam, begitu jugalah dalam agama-agama lain yang juga mahukan pemimpin bermoral tinggi dan berperibadi mulia.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog