Edarkan Buku IC Palsu kepada semua ahli

Emel Pembaca

Buku IC Palsu perlu supaya ahli Sapp faham konsep 'Sabah for Sabahan'

Saudara Sapdal,

Mengenai pengedaran buku IC Palsu karangan seorang penulis lucah kepada 500 aktivis parti, saya ahli SAPP dari Kundasang berharap ia diedarkan juga kepada kepada semua ahli. Takkanlah parti tidak mampu membagi-bagi buku itu kepada kami yang bekerja mati-matian untuk parti.

Dengan itu ahli-ahli kita boleh memahami konsep "Sabah for Sabahans" dengan sebenar-benarnya dan  akan membantu mencari tambahan tandatangan seterusnya mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya menyiasat PTI di negeri Sabah. Kami faham Sapp mesti berjimat dan sudah sedaya upaya membantu parti ke arah itu. Daripada 50,000  tandatangan yang dikumpul lebih separuh kami sain sendiri di rumah En. Japiril Suhaimin dan kami masak makanan sendiri semasa di sana supaya menjimatkan kos.

Rancangan mengumpul tandatangan sudah terbantut  di Kundasang sekarang kerana sebagai ahli politik pembangkang kecil-kecilan, Japiril terpaksa membagi-bagi masa diantara mengumpul tandatangan atau mengurus kebun kubisnya juga sebab parti tidak menyediakan apa-apa elaun sarahidup.

Sekian.

 ailin_*****@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog