Japril kecewa tidak dapat kontrak ubahsuai
Saudara Sapdal,
Selepas urusan mengumpul tandatangan menubuhkan RCI terbantut walaupun aktivis dilaporkan telah sain balik-balik supaya 50,000 tandatangan dapat dikumpulkan, Sapp kini tiba lagi dengan satu gimik baru yang memalukan penduduk Kundasang sendiri.
Japiril Suhaimin aktivis Sapp cuba menganjurkan demo mini ala 'Bersih' dengan tema "Kembalikan bentuk asal War Memorial" tetapi malangnya tiada sambutan kerana tidak ada makanan percuma disediakan pada hari itu. Dilaporkan ia menjadi majlis piknik main-main kerana cuma adik-beradik, sepupu dan pekerja kebun kubisnya yang ikut serta. Selain itu tiada seorang wartawan pun turut hadir kerana takut dimanipulasi oleh Japiril.
Menurut seorang pemimpin Pemuda Umno Kundasang, "Apabila projek pembangunan membina dan membesarkan pekan Kundasang dengan blok-blok kedai sedang pesat dijalankan sekarang, tidak pula mereka berdemo supaya hanya dua blok kedai lama yang penuh sampah sarap ini saja dikekalkan sampai bila-bila dan tidak perlu pembangunan tambahan. Besar kemungkinan Japrili kecewa kerana tidak mendapat kontrak pengubahsuaian War Memorial berkenaan."
buzz **** gmail.com
0 comments:
Post a Comment