Shafie Bakal Ketua Menteri Sabah

Tidak perlu disembunyikan, perkara ini tidak disangkal lagi.


Potensi Datuk Shafie Apdal sebagai pemimpin nombor satu negeri Sabah memang tidak dapat disangkal. Malahan pada hemat saya, sesiapa pun jua adalah berpotensi untuk menduduki kerusi itu, hanyasanya dukungan dan sokongan dari rakyat jelata. 



Berkenaan dengan sambutan luarbiasa yang disifatkan oleh Musli Oli dalam blognya sekali ketuk terhadap Naib presiden UMNO dari pantai timur itu, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan, kerana sebagai pemimpin yang boleh dikategorikan sebagai pemimpin ketiga negara, tentunya Datuk Shafie dilihat oleh rakyat sebagai 'bayangan' Najib di Sabah, walaupun masih ada yang menganggapnya itu sebagai satu muslihat politik. Kerana orang-orang sebegini lebih berkecenderungan untuk meletakkan Musa Aman dikedudukan itu, apatah lagi kerana Datuk Musa Aman adalah KETUA MENTERI Sabah hingga saat ini. Kelapa Mawar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog