Jangan Tukar Edward Dagul

Emel Pembaca

Kalau hanya pembaca Sabahkini yang berjumlah 500 orang  jadi sandaran, bertanding pilihanraya nanti Mutalib masih 'lost deposit'


Saudara Sapdal,

Bagi ahli-ahli SAPP  Kundasang berita kemasukan Mutalib Muhamad Daud ini kami terima baik kerana sudah aturan politik, lagi ramai lebih baik.

Tetapi bagi saya untuk beliau terus-terus menggantikan Ketua Pemuda SAPP Pusat Edward Dagul ini adalah terlalu mendadak. Parti SAPP mempunyai  aturan sendiri untuk setiap ahli baru dimana mesti mengikut kurusus-kursus tertentu sebelum diterima.


Walaupun tujuannya untuk menyerlahkan SAPP sebagai parti berbilang bangsa, perlu juga kita bertanya apakah jasa Mutalib kepada masyarakat selama ini. Kalau cuma pembaca Sabahkini yang berjumlah 500 orang itu jadi sandaran, kalau betul-betul sudah bertanding pilihanraya bukankah Mutalib masih 'lost deposit'.

Kalaupun Mutalib berguna kerana pengalamannya berblog, pada pandangan saya peringkat permulaan ini biarlah dia menyertai AJK IT Pusat saja tanpa memegang jawatan penting kerana yang perlu ialah sama-sama menjadi penyumbang kepada parti.

Jika Dagul ditukar kerana Mutalib masuk, maka sudah tentu pemimpin-pemimpin SAPP lain merasa terancam juga kerana bila-bila ada orang baru yang menyerlah maka oranglama dipinggirkan dan dibuang begitu saja.

ailin_*****@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog