Yong Teck Lee terbabit rasuah RM5 juta ?

KOTA KINABALU 20 Jun 2008 (Utusan) – Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee kini disiasat kerana disyaki terlibat dalam satu kes rasuah membabitkan RM5 juta yang didakwa dilakukan ketika beliau menjadi Ketua Menteri Sabah.

Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan memberitahu Utusan Malaysia di sini hari ini, BPR sedang menyiasat pembabitan Yong itu ekoran satu pendedahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


Semalam, Mahkamah Tinggi diberitahu Teck Lee telah mengarahkan pembayaran lebih RM5 juta hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri Sabah kepada ejen pilihannya pada 1996.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog