Menang atau kalah,…

0 comments
Menang atau kalah, dua-dua pun boleh terus khidmat
Tuan Ibrahim Tuan Man Tuan Ibrahim Tuan Man
 
 
[DIKEMASKINI] PENDIRIAN Pas tidak akan berganjak untuk terus membela nasib orang Melayu dan Islam.

Muktamar Pas kali ini juga diharap dapat memberi peluang kepada ahli fokus isu rakyat dan memberi tempoh bertenang kepada rakan  partinya, DAP yang dikatakan banyak memberi kritikan sehingga PR dikatakan sedang bergolak.

Ikuti temubual Ketua Wartawan Sinar Harian Pahang, Aswany Omar bersama Naib Presiden Pas, DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN berkaitan beberapa perkara membabitkan sekutunya, PR dan beberapa isu berkaitan Pas.

Datuk bakal menentang Mohamad Sabu (Mat Sabu) untuk kedudukan nombor dua parti pada pemilihan kali ini. Apa yang Datuk harapkan pada pemilihan kali ini.

Sudah tiga penggal saya dicalonkan, tetapi saya tolak dan kali ini saya terima. Tapi ahli-ahli parti perlu pilih yang terbaik yang yakin boleh beri sumbangan.

Bagi saya, Pas mesti kuat. DAP sudah mencapai tahap maksima dan bebanan terletak pada pada Pas dan Pas mesti mendapat undi Melayu. Sekarang orang Melayu yang melihat Pas lebih tegas hari ini menjadikan peningkatan ahli Pas lebih 100 peratus di kawasan Felda dan kampung.

Boleh Datuk jelaskan apa yang berlaku dalam Pas ketika ini hingga ada yang menyatakan berlaku kemelut dalaman Pas membabitkan kumpulan pro Ulama dan kumpulan Profesional?

Itu memang tidak betul kerana bagi saya, beberapa usaha cuba menggambarkan Pas dalam dua kumpulan seperti yang berlaku sebelum ini, cuba membawa pas supaya dilihat  tidak cenderung kepada Pas dan cenderung kepada PKR.

Muktamar Pas kali dilihat bakal mencipta sejarah tersendiri dalam kepimpinan Pas, Apa yang Datuk harapkan pada pemilihan kali ini.

Saya harapkan kali ini seluruh perwakilan menghormati dan memelihara akhlak  dalam Pas, tidak timbulkan polemik dan jangan ada yang bertindak memboikot atau memulau ucapan daripada siapa sekali pun kerana kepimpinan itu adalah yang dipilih oleh muktamar lalu, Jangan juga ada kumpulan yang mengapi-apikan, provokasi atau ejekan.

Bagi saya menang, pegang jawatan dan yang  kalah bukan bererti dia dikalahkan. Dalam Pas, dipilih atau tidak dipilih, parti tetap memberi peluang untuk menyumbang kepada parti.

Hubungan Pas dengan DAP dilihat semakin renggang terutamanya melibatkan isu hudud yang mendapat tentangan hebat DAP.

Kita mengadakan mesyuarat akhir Majlis Pimpinan PR beberapa hari sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara.

Selepas itu, tiada lagi mesyuarat pimpinan, tapi mesyuarat di peringkat negeri berjalan macam biasa. Hubungan dengan DAP kritikal terutama apabila pimpinan tertinggi DAP sering kali mengkritik Presiden (Abdul Hadi) secara profesional dan mempertikaikan perkara yang kita anggap campur tangan dalam dasar dan polisi Pas.

Bagi saya, kita tak boleh terima pihak luar yang mengkritik Presiden sebab semua ahli Pas memang mendukung kepimpinan Presiden. Saya tegur tindakan DAP kerana tidak membantu memperkukuhkan PR.

Mohamad Sabu baru-baru ini mengkritik kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka. Apa pandangan Datuk terhadap tindakan beliau itu?

Saya dapat maklumat, apa yang dilaporkan dalam media itu tidak betul. Dia sebut bahawa hasil muafakat kita berjaya menang. Pandangan dia, dalam konteks muafakat bersama.

Katanya, walaupun hebat, tapi gagal, maksudnya kita berjaya hasil muafakat dan ini normal. Mungkin beliau akan ambil tindakan undang-undang kepada media terbabit kerana memutarbelitkan kenyataannya. Ada tegurannya dianggap sinis yang boleh diinterpretasikan oleh media. Sebenarnya ‘double meaning’ ni boleh dianggap macam-macam oleh orang lain.

Tindakan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng secara terbuka mengkritik Presiden Pas hingga mengakibatkan kepimpinan Pas serta ahli pas tidak berpuas hati dengan tindakan itu, apakah pandangan Datuk?

Pertama kita lihat isu yang berlaku di Selangor yang mungkin menjadi pencetus kepada polemik sekarang, kemudian sambung lagi isu hudud dan pilihan raya tempatan (pilihan raya kecil) di Penang yang ditolak Pas dan pergolakan makin panjang.

Ketegasan Presiden Pas dianggap sebagai  menyusahkan, tapi bagi saya, beliau (presiden) bertindak atas prinsip Pas dan bukan berjuang secara peribadi dan bukan membela ahli keluarga atau diri sendiri. itu yang perlu kita hormati.

Pas mengambil masa berapa lama lagi untuk bersama DAP jika parti itu terus mengkritik.

Yang membabitkan dasar, kita serah pada Majlis Syura dan Jawatankuasa Ulama untuk melihat. Kalau dia (DAP) ambil sikap tidak boleh kerjasama dengan Pas, kita perlu ada satu pendirian sebab Pas pun ditendang keluar PKR dan DAP di Sabah dan Sarawak, tapi Pas masih sabar dan kita akan bergerak sendirian.

Sekiranya Datuk terpilih, bagaimana Datuk mahu selesaikan kemelut dalaman Pas serta kemelut yang sedang melanda Pas dan DAP.

Saya tidak mahu berjanji perkara yang besar kerana tidak mungkin boleh berjaya tanpa dukungan dari seluruh ahli. Untuk satukan Pas sama ada ulama atau profesional, perlu balik pada akhlak Islam dan satukan semula pemikiran kita.

Lagipun pengaruh media baharu tidak boleh dikawal dan telah pecah belahkan gerakan Islam dunia. Saya ambil sebagai satu cabaran untuk eratkan ukhuwah dalam kalangan ahli.

Selepas muktamar, kita boleh himpunkan semua ahli dan adakan program di peringkat kawasan dan negeri. Dalam PR pula, kita perlu tempoh bertenang untuk masing-masing perkukuhkan parti atau baiki kelemahan yang ada sebelum pilihan raya umum depan.

Kita kekalkan jawatankuasa yang ada dan peringkat pimpinan, perlu perbetulkan sikap.... tiada masalah, kita boleh duduk semeja. Tapi kalau orang kritik dan hentam kita dan kata macam-macam, saya fikir, semua orang tidak akan sanggup.

Pas dilihat mampu menggantikan Umno sebagai kuasa orang Melayu dan Islam dalam pentadbiran negara sekiranya kepercayaan rakyat terhadap Umno terus hilang, apa pandangan Datuk dan apa yang Pas akan laksanakan ketika itu.

Memang masa depan orang Melayu dilihat pada Pas dan bukan pada Umno. Umno dilihat parti yang berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air, tapi hari ini orang dah tak bercakap perkara itu. Harapan masyarakat yang berfikir memang pada Pas.

Kita harap, Pas dapat ambil peranan membela hak dan nasib orang Melayu. Bagi Pas, apabila akidah selamat akan selamat ekonomi, politik dan undang-undang.



SUMBER: http://ift.tt/1Ifzicg
Read more »

Kabinet perlu bersetuju dengan PM

0 comments
SINAR HARIAN


Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media berkaitan isu kem pemerdagangan manusia di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri hari ini. - Foto Bernama
 
 
PUTRAJAYA - Anggota Kabinet perlu bersetuju dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam semua keputusan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  
Beliau berkata, jika ada dalam kalangan anggota kabinet yang hilang kepercayaan atau mempertikai keputusan (Perdana Menteri) apatah lagi di tempat yang terbuka dan mengeluarkan kenyataan secara terbuka maka tentu cara yang terhormat ialah dengan melepaskan jawatan tanpa diminta.
  
"Saya tidak fikir perlu menunggu Perdana Menteri buat keputusan untuk melakukan pemecatan atau penyingkiran," katanya ketika diminta mengulas mengenai kata dua Perdana Menteri kepada jemaah menteri sekiranya mereka tidak menyokong beliau dalam isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
  
Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.
  
Semalam, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan khabar angin yang tersebar dengan meluas bahawa beliau berhasrat untuk meletak jawatannya di dalam kabinet.
   
Turut menafikan akan melepaskan jawatan dalam kabinet ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
  
Media sebelum ini melaporkan Najib memberi kata dua kepada jemaah menteri dan meminta mereka melepaskan jawatan sekiranya mereka tidak menyokong beliau berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Bernama




SUMBER: http://ift.tt/1ModzAk
Read more »

Sepupu Pun Sudah Goyang Maa...

0 comments

shahbudindotcom



Tanggapan umum dalam UMNO selama ini ialah Hishammuddin Hussein selaku Naib Presiden UMNO dan Menteri Pertahanan adalah orang yang sanggup sehidup semati dengan Najib Razak, bahkan jika ingin meninggalkannya pun, beliau mungkin yang terakhir sekali berbuat demikian.

Ia bukan saja disebabkan hubungan darah sepupu antara keduanya, tetapi yang lebih penting ialah Najib Razak juga dikatakan memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan Hishammuddin mengekalkan jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan 2013 lalu.

Ketika itu, Najib bukan saja dikhabarkan memberitahu beberapa pihak mengenai keinginannya agar Hishammuddin terus memegang jawatan Naib Presiden UMNO, bahkan campurtangannya juga dikatakan menjadikan semua 11 Bahagian UMNO di Pahang tidak memberi undi kepada Mukhriz Mahathir yang merupakan pesaing terdekatnya dalam pemilihan tersebut.

Akhirnya, dalam pemilihan itu, Hishammuddin yang pada mulanya diramal tewas kepada Mukhriz yang baru dilantik sebagai Menteri Besar Kedah, berjaya memenanginya dengan undi tipis di tempat ketiga. Tempat pertama Naib Presiden UMNO dimenangi oleh Ahmad Zahid Hamidi dan tempat kedua oleh Shafie Apdal.

Sejak Najib menjadi Perdana Menteri, Hishammuddin dianggap penyokong paling kanan kepadanya. Banyak cakap-cakap juga menyebut Najib sedang merencanakan untuk meletakkan sepupunya itu sebagai penggantinya apabila bersara nanti dengan mengenepikan Muhyiddin yang menjadi orang nombor dua serta Zahid atau Shafie yang berkedudukan lebih kanan dalam UMNO.

Namun, kemelut berpanjangan mengenai 1MDB yang menyaksikan sokongan rakyat kepada Najib makin merosot hari demi hari dan berpaut kepadanya tidak lagi menjamin masa depan yang cerah, nampaknya turut membuatkan pendirian Hishammuddin juga goyang dibuatnya.

Dalam reaksinya mengenai laporan yang mengatakan Najib memberi kata dua kepada anggota kabinetnya sama ada mahu bersamanya atau mengundurkan diri jika tidak bersetuju dengan pelan hala tuju yang dibentangkan mengenai 1MDB, Hishammuddin jelas tidak lagi bersama atau senada lagi dengan abang sepupunya itu.

Menulis di twitter miliknya, Hishammuddin bukan saja tidak menyatakan sokongannya terhadap pelan pemulihan 1MDB itu, bahkan telah meletakkan tiga syarat mengenai sokongannya.

Katanya, beliau bersetuju dengan kata dua itu tetapi dengan syarat dilaksanakan tiga perkara iaitu, rasionalisasi, akauntabiliti sekiranya berlaku kesalahan dan ketelusan bagi kedua-dua perkara itu.

Ramai yang bertanya, apa sudah jadi dengan Hishammuddin sekarang, sudah berani letak syarat bagai kepada Perdana Menteri?  Apakah beliau sudah tidak ingin bersama dengan Najib lagi?

Sementara ramai menteri lain menyembunyikan reaksi mereka dan lebih gemar bersikap tunggu dan lihat terhadap kata dua Najib itu, Hishammuddin sebaliknya bersikap amat terbuka dan ini benar-benar mengundang banyak spekulasi dan perbualan ramai mengenainya.

Tetapi pendirian beliau itu mendapat sokongan daripada ramai pengikutnya  di Twitter dan mereka memuji ketegasan serta pendirian yang ditunjukkannya.

Apakah Hishammuddin kini melihat Najib sebagai pohon yang hampir tumbang dan beliau perlu menunjukkan pendirian yang sealiran dengan kehendak rakyat dan tidak lagi totok kepada sepupunya itu bagi mengelakkan masa depannya turut berkubur sama?

Mungkinkah pendirian berbeza dan mempamer unsur ketegasan itu kerana Hishammuddin sudah dapat membaca mood sebenar di kalangan ahli UMNO dan juga rakyat ketika ini?

Sebelum ini, hanya Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal yang dilihat jelas berbeza pendirian dengan Najib dalam isu 1MDB ini. Kedua-dua mereka bukan saja mengeluarkan beberapa kenyataan yang menunjukkan pendirian masing-masing, bahkan juga tidak hadir dalam beberapa perjumpaan antara Najib dengan kepimpinan UMNO sebelum ini.

Adakah tiga syarat Hishammuddin ini merupakan tanda-tanda beliau akan meninggalkan Najib tidak lama lagi? Berbanding pertalian darah dan jasa Najib kepada, apakah Hishammuddin akhirnya melihat kepentingan masa depannya lebih utama daripada segala-galanya?

Selepas Hishammuddin yang berdarah sepupu pun sudah goyang pendiriannya, siapa lagi akan berbuat demikian selepas ini?


Ketika menteri lain berdiam diri atau menyembunyikan pendirian mereka berhubung kata dua Najib, Hishammuddin sebaliknya menunjukkan sikap terbuka dan beraninya...




SUMBER: http://ift.tt/1BL6LX8
Read more »

Saya tidak akan letak jawatan – Shafie Apdal

0 comments
 
Beliau membangkitkan isu 1MDB untuk mendapatkan penjelasan lanjut demi kepentingan rakyat dan negara


Shafie Apdal,1mdb

PETALING : Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan beliau tidak akan meletak jawatan seperti disebarkan di internet kerana mempersoalkan 1MDB.

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, beliau tidak sepatutnya meletak jawatan kerana isu yang dibangkitkan itu demi kepentingan rakyat.

“Kenapa saya perlu letak jawatan kerana membangkitkan isu demi kepentingan negara dan rakyat,” katanya selepas menghadiri Hari Pendidik MARA 2015 pada Rabu.

Naib Presiden UMNO itu sekali lagi menegaskan beliau membangkitkan isu 1MDB kerana mahukan penjelasan lanjut.

“Adalah menjadi kewajipan kita mendapatkan penjelasan untuk menerangkan kepada rakyat,” katanya.
Selain Shafie, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi twitternya telah menyatakan tidak akan meletak jawatan dan terus menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ditanya berhubung perjumpaan Menteri Kabinet dengan Najib di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Selasa, Shafie berkata, beliau tidak akan komen lagi mengenai 1MDB kerana hanya Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Hanadzlah boleh menjawab isu berkaitan 1MDB.

Media melaporkan perjumpaan itu diadakan untuk memberi taklimat berhubung hutang RM42 bilion yang ditanggung 1MDB.



SUMBER: http://ift.tt/1K9kkXl
Read more »

Lautan mana yang tidak dilanda gelombang? Bumi mana yang tidak ditimpa hujan? Najib lebih hebat dari Mahathir.

0 comments



Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Rabu, May 03,2015 @ 1.38 am.

Menerusi portal Malaysia kini,pada hari ini, bersamaan ( 02/06/2015) sekali lagi bekas Perdana Menteri yang dibenarkan oleh Umno jadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun,didapti tidak habis-habis terus memperkecilkan keb olehan dan kehebatan Datuk Seri Najib dengan membuat perbandingan antara kehebatan Tun Razak berbandig dengan anak sulong Tun Razak iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.
Allah Yarham Tun Razak Perdanas Menteri Malaysia ke-2.
Ayahand kepada Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana
Menteri Malaysia yang ke-6.

Sedangkan Tun Razak-lah yang membawa semula Mahathir ke dalam Umno setelah ditendang oleh Tunku Abdul Raham Putra.

Ketiak itu Tunku Abdul Rahman selaku Presiden Umno dan selaku Perdana Mentyeri Malaysia yang pertama semacam dilihat berfirasat bahawa Mahathir ini tidak boleh diberi ruangan dengan pejuang Umno? Lantas ditendangnya dari Umno.

Budi baik Tun Razak membawa semula Mahathir ke dalm Umno bukan hendak dibalas oleh Mahatir menerusi Najib? Malah anak sulong Tun Razak ini (Najib) dilihat dilanyak oleh Mahathir tiada taranya berhubung dengan isu 1MDB yang kerugian dalam perniagaan hingga berhutang dalam pasaran RM42 billion.

Datuk Seri Najib Tun Razak kini sedang memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia sejak tahun 2009 hingga kini dan mungkin lebih dari 22 tahun mengatasi rekod yang telah dipecahkan oleh Mahathir?

Mahathir dilihat terus memperkecilkan Najib dan secara terus menerus menimbulkan dengan berbagai-bagai kata nesta kononnya Najib itu lemah didalam pentadbiran negara dan sebagainya.

Semalam menerusi Malaysiakini juga, Mahathir telah membuat komen kononnya beliau berpendapat pada tahun 2020 ini tidak mungkin gagasan untuk jadikan Malaysia sebagai negeri maju pada tahun 2020 itu tidak akan tercapai di bawah pimpinan Najib Tun Razak.

LAUTAN MANA TIDAK DITIMPA GELOMBANG DAN BUMI MANA TAK  TIMPA HUJAN?
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada Mahathir dan konco-konconya yang dilihat sangat membenci Datuk Sseri Najib? Ingin penulis tanyakan,"Lautan mana yang tidak ditimpa gelombang dan bumi mana yang tidak ditimpa hujan?

Mungkin  bumi dan lautan di Karala nun jauh di sana.... tidak pernah ditimpa hujan dan lautannya tidak  pernah dilanda gelombang?

Man ada insan-insan di dunia ini yang tak melakuakan salah dan silap? Beri taau punulis? Jika ada? Penulis sangat berminat hendak berhijrah ke sana...

Mungkin di bumi di Karala itu agaknya tak pernah ditimpa hujan dan lautannya pun tidak pernah ditimpa gelombang?

Tak tahulah penulis nak beri jawabnya. kerana penulis tak pernah ke sana? Untuk apa ke sana?/ Orang-orang di sana dilihat  tak henti-henti datang ke Malaysia baik secara halal atau cara haram.

Mereka pun sama macam orang-orang Islam Rohingya dari ( Myanmar) kini berduyun-duyun sedang menjadikan Malaysia tempat mereka berlindung..

Esok lusa ? Entah apa pula komen-komen yang akan dilontarkan oleh Mahathir terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak? Dengan berbuat demikian? Tidakkah Mahathir sedar? Bahawa rakyat Malaysia terutama yang berketurunan Melayu khasnya pasti akan meluat melihat segala komen-komen Mahathir itu?

Mungkin tajuk-tajuk dari komen-kemen Mahathir yang tersiar di portal pro-pembangkang itu langsung tak ada rakyat Melayu yang suka baca? Kecuali konco-konconya seperti Zam,Zahid Ibrahim dan Kadir Jasin aje yang berminat.

Sedang kesalahan yang telah dilakukannya selama 22 tahun jadi PM dilihat hendak disembunyikan di bawah karpet.

Contohnya? Kelespan wang Malaysia sebanyak RM100 billion di masa beliau jadi PM itu? Termasuk sebanyak 30billion dalam urus niaga "forex"difikirkannya semacam dia mengguna dan membelanjakan wang beliau sendiri tanpa sebarang tanggung jawab.

BELI SEMULA SAHAM MAS TAK IKUT HARGA SEMASA.

Tidak termasuk kerugian MAS sebanyak 9.4 billion akibat Tajuddin Ramli menjual semula sahamnya dengan harga ketika dia membeli saham itu berharga RM8-00, sedangkan ketika itu harga semasa dipasaran saham MAS hanya berharga 3.68 sen satu lot dalam tahun 2001.

Kisah anih ini merupakan luahan Pengarah Pemikir Muda SAAM,Sdr.Ahmad Asyraf dalam kenyataan Medianya dan telah disiarkan oleh Harakah Daily online,pada 02/06/2015..

Ketika itu iaitu di dalam tahun 2001. Mahathir masih PM Malaysia dan Daim Zainudin sebagai Menteri Kewangan mengambil keputusan membeli semula saham MAS kepunyaanTajuddin Ramli itu dengan harga RM8.00 juga seperti mana harga ketika Tajudin membelinya dulu.

Sedangkan harga semasa saham MAS itu di pasaran ketika itu hanya berharag RM3.68sen.Ertinya saham yang dibeli semula oleh MAS itu melebihi dari harga semasa sebanyak RM4.32 sen setiap satu lot.

Hasil dari penjualan semula saham itu?( Kroni)Maahathir dan Daim?  Maka dengan mudah aje Tajuddin Ramli dapat keuntungan sebanyak RM1.8 billion.Waw !!!..Banyaknya dia dapat untung? Pihak MAS menanggung kerugiannya.

Pun begitgu? Mahathir dilihat tetap berlagak dan merasa semacam tidak bersalah apa-apa? Sedangkan kerugian MAS membeli semula saham Tajuddin Ramli  dengan harga tinggi berbanding dengan harga semasa itu?

Ia merupakan keputusan Mahathir dan Daim Zainudin.menyetujuinya.Kenapa jadi gitu? Ada apa-apa ke di sebalik keuntugan itu? Tanpa persetujan Mahathir dan Daim,dua tokoh politik Malaysia yang memegang kuasa teringgi di Malaysia ketika itu? Sudah pasti MAS tidak akan membayar dengan haraga RM8-00 satu lot?

Begitu juga yang terjadi pada perniagaan forex itu dijalankan? Dah rugi hingga RM30 billion baru niaga itu diberhentikan..Tidakah Mahathir dan Daim sedar?

Bahawa niaga forex dan saham itu merupakan niaga semacam berjudi juga dimana resikonya sangat besar dan tak selamat. Sekali untung tapi rugi 100 kali.? Dengan senang aje wang negara Malaysia jadi lesap tanpa sebab yang munasabah. .

KALAU MAHATHIR BOLEH KENAPA NAJIB TAK BOLEH?

Jika  Mahathir boleh jadi PM Malaysia 22 tahun lamanya.Kenapa  Najib Tun Razak,anak jati watan Malaysia tidak boleh? Datuk Seri Najib dilihat tidk ada cacat celanya? Apatah lagi jika rakyat dan Umno merestuinya?Tidak jadi masalah sama sekali.

Dr.Mahathir Mohamad jadi ( PM )
 Malaysia selama 22 tahun.
Presiden Suharto di Indonesi telah memegang jawatan Presiden Indonesia selama 32 tahun lamanya kerana rakyat Indonesia menerimanya.

Apa gunanya cepat-cepat tukar Perdana Menteri? Jika
yang menggantikan beliau itu masih belum lagi diketahui kewibaannya?

Lagi pun menukar Datuk Seri Najib tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang timbul? Malah akan merumitkan lagi.

Kita akui semua orang mahu jadi PM dan semua orang kononnya rasa layak memegang jawatan nombor satu di dalam sesebuah negara itu?

Tetapi mereka itu tidak pernah bertanya pada diri mereka itu adakah akau layak atau sebakiknya?

Pada hemat penulis ketika ini di dalam barisan para pemimpin di dalam kabinet Malaysia walaupun ada Timbalan Perdana Menteri dan lain-lain menteri?

TIADA sama sekali ada susuk individu yang berkaliber melebihi Datuk Seri Najib dalam banyak aspek kewibawaan yang dilihat dapat mengatasi kewibaan Datuk Seri Najib.

Ada seorang tokoh muda iaitu Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah banyak disebut-sebut oleh penganalisa politik dalam dan luara negera sebagai penganti yang berpotensi?

Selain dia masih terlaslu muda usianya? Yang jadi persoalannya?Adakah orang-orang yang senior kebanyakannya dilihat begitu sempit fikiranya di dalam Umno itu sendiri? Bersedia memberi laluan atau bersedia mengangkat Khairy Jamaluddin Abu Bakar melangkah bendul?
Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Ketua Pemuda Umno Malaysia yang
 berpotensi

Berdasarkan pengalaman lama yang telah ditunjukkan oleh parti Umno? Nampaknya  amat sukar? Kerana tokoh-tokoh di dalam Umno sejak dulu lagi hinggakan kini?

Dilihat masih berfikir semacam pembesar-pembesar Singapura di zaman Singapura dilanggar todak/

Anak kecil yang bijaksana yang telah menyelamatkan mereka termasuk orang-orang tua yang jadi pembesar Singapura ketika itu dilanggar oleh ikan todak?

Sebaliknya dilihat sanggup membunuh anak kecil yang bijaksana itu yang dapat menyelamatkan agaar tidak lebih banyak lagi penduduk Singapura jai mangsa dilanggar ikan todak ajaib itu?

Demi takut anak muda yang bijaksana itu akan menggulingkan masa dsepan mereka kelak bila budak itu telah jadi dewasa?

Mereka lebih pentingkan kedududkan mereka dari terus menyelamatkan anak kecil yang bijaksana itu? Di masa sekarang ini iaitu,diketika isu 1MDB memuncak menghentam Datuk Seri Najib.

Maka tersebarlah berita jahat yang disebarkan oleh musuh-musuh Najib kononnya jika Najib berundur? Kononnya Najib mahu PM baru tentunya? Maka jawatan Timbalan Perdana Menteri hendaklah diberikan kepada sepupunya,Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin yang berada nomber tiga dalam barisan ranking Naib Presiden Umno?

Rupa-rupanya, khabar angin ini telah berjaya mengada domba dan melukai hati dan iman dua lagi Naib Presiden Umno walaupun tidak secara terang-terangan?

ISU LANGKAH BENDUL

Dulu selepas kematian Tun Razak? Pengantinya.Husin Onn jadi Perdana Menteri Malaysia.Untuk mencari Timbalan Perdana Menterinya? Tun Hussin Onn telah memilih dan mengambil Mahathir Mohamad jadi Timbalanya.

Mahathir Mohamad dilantk sebagai Timbalan Perdana Menteri dulu itu,sebenarnya beliau ketika itu hanya berada di nombor tiga dalam barisan Naib Presdien UMNO, Sementara En.Ghafar Baba mendapat undi terbanyak  dikedudukasn yang pertama.Tengku Razaleigh Hamzah ( Ku Li) nombor dua dan Mahathir nombor tiga..
Datuk Drt.Zahid Hamidi,Naib Presiden
 Umno yang mendapat undi terbanyak pada
pemilihan Umno
Pun begitu? Tun Hussin Onn,selaku Presiden Umno menggunakan kuasa vetonya mengambil Mahathir.Bukan Tengku Razleigh dan bukan En.Ghafar Baba.

Ertiya isu langkah bendul itu?Dah pernah terjadi di dalam haraki Umno.lama dah..

Di bawah pimpinan Datuk Seri Najib?Jika ada di antara dua Naib Presiden Umno sedang menyandang nombor satu dan nombor dua itu.

Dilihat masam-masam muka akibat khabar angin yang bertiup kononnya Najib didapati lebih cenderung meminta PM baru akan mangambil Hishamuddin (sepupunya) jadi nombor dua iaitu sebagai Timbalan Perdana Menteri?

Itu adalah hak PM untuk melantik regunya.sama ada jawatan Tim.Perdana Menteri ataupun jawatan menteri-menteri yang lain yang difikirkan oleh PM sebagai regu yang sesuai bagi beliau?

.Akibat dari khabar angin itu? Dikhabarkan ada beberapa orang di dalam Umno yang beranking sebagai pucuk pimpin tertinggi? Dikatakan dah nak berpaling tadah lantas nak bersengkongkol dengan Mahatir.

Hanya baru sedikit kata gula-gula telah diorbitkan oleh Mahathir? Didapati dah gugur iman beberapa orang tokoh-tokoh politik tertinggi parti Umno dan sekaligus dah nak berpaling tadah dari Datuk Seri Najib?

Dah tunjukkan reaksi yang tidak mesra dengn Datuk Seri Najib dan dilihat semacam nak mengorak langkah nak berpaling tadah?

Pemimpin jenias apa ni? Lebih pentingkan jawatan berbanding dengan kepentingan kekuatan parti Umno, dan kesetian pada Najib?

Datuk Seri Shafie Afal,jatuh nombor 2
sebagai Naib Presiedn Umno.
Melalui riak wajah dan komen-komen-komen politik mereka itu sesuatu berhubung dengan Isu IMDB?

Dilihat ternyata lebih cenderung menghentam Najib? Malah dilihat lebih bersedia bersengkokol dengan Mahathir. Kenderongan mahu bersama Mahthir ini? Dapt dikesan melalui ucapan dan perbuatan mereka?

Portal pro-pembangkang dilihat dapat juga mengesan tingkah lku dan cakap itu mereka itu? Maka secara otomatik telah memberi liputan ruangan luas juga di portal-portal mereka.

Tokoh-tokoh yang mungkin akan belot dan durhaka pada Datuk Seri Najib ini semacam merasa bahawa cakap dan perbutan mereka itu kononnya tidak dpat dikesan oleh Datuk Seri Najib.

Sebenarnya Datuk SeriNajib benar-benar sedar dan memakluminya.Beliau sengaja melepaskan tali layang-layang itu.

Ada yang sama-sama pergi melakukn ibdah umrah bersama-sama Mahathir? Ada yang membuat komen isu 1MDB mestilah telus dan sebagainya.

Nasib baik dalam berdepan dengan isu 1MDB ini? Datuk Seri Najib tidak mudah melatah? Berpolitik secara bijaksana sekali,dan sekaligus sabar menahan amarahnya serta tidak cepat bertindak secara semborono ?

Dia tidak tergesa-gesa mengikuti gendang paluan oleh Mahathir/ Malah secara tenang dan tegas beliau mengarahkan pihak audit negara segara melakuan audit secara total terhadap kes 1MDB dan laporan itu diserahkan kepada PAC yang merupakan audit parlimen.

Mahathiir sendiri dah masuk perangkap yang dipasang oleh Najib.Mahathir secara tergesa-gesa tanpa menyiasat sumbar berita yang beliau terima dari bloger-bloger kepercayaan beliauitu benar atau salah?

Unuk itu? Mahathir lantas menuduh kerajaan pimpinan Najib kononnya telah melesapkan RM42 billion  Malaysia, akibat urus niaga 1MDB kononnya tidak telus.
Datuk Seri Hishamudin nombor 3
Naib Presiden Umno

Kemudian entah apa sebabnya? Selang lebih seminggu barulah Mahathir Mohamad membetulkan tuduhannya itu degan mengatakan bukannya lesap? Tetapi rugi di dalam perniagaan aje dan IMDB telah berhutang RM42 billion.

Ini menunjukan bahawa Datuk Seri Najib lebih hebat mainan politiknya berbanding Mahathir ? Maahathir didapati sering mengatakan konon Najib lemah dan lebih lemah dari Pak Lah.

Kononnya Pak tidur aje tapi boleh menang 140 kerusi di dalam PRU ke-12 pada 2008 Sementara Najib hanya dapat 133 kerusi pada PRU ke-13 pada tahun 2013.

Jika Najib dan kerajaan pimpinanya tidak bertolak ansur dan menghormati Mahathir sebagai bekas PM Malaysia selama 22 tahun?

Mahathir masib boleh disaman ke mahkamah disebabkan membuat tuduhan yang palsu terhadap Najib dan kerajaan pusat pada mula-mualnya.

Walaupun beliau( Mahathir) dilihat telah membuat pembetulan yang segera terhadap tuduhannya terhadap Najib dan kerajaan Umno/BN yang jadi kerajaan pusat Malaysia.Kerajaan yang sah.dengan mendapat undi dan mandat majoriti dari rakyat pada PRU-ke-13 pada 05hb.Mei 2013 dulu itu.
Datuk Seri Shariat Abdul Jalil,
Ketua Pergerakan Wanita Umno.

Kemenangan itu pula bukan dapat dengan macam bulat datang menggolek dan pipeh datang melayang?

Sebaliknya kemenangan itu dimiliki sesudah Datuk Seri Najib bekerja dan regunya bekerja keras,membanting tulang, bermandikan peluh.

Pergi ke sana ke mari, tak kira siang atau malam, dengan cara menjelajah dan terus menjelajah ke seluruh ceruk rantau tanah air, semata-mata untuk mendapatkan mandat baru  dari rakyat untuk Umno/BN.

Kemudian memilih regu kabinetnya dengan harapan agar jika senang sama senang dan jika susah ? Maka sama-sama susah.Segala masalah diharapakan dapat dokongsi bersama?

Tetapi ketika isu 1MDB melanda kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib? Dan Mahathir menuduh Najib yang mesti bertangung jawab.

Di dapatinya bahawa regu kabinetnya dilihat tidak dapat  melakukan tanggung jawab," Jika berat sama dipikul dan jika ringan sama-sama dijinjing?"

Malah adfa di antaranya dilihat menyertai gendang dan lagu nyanyian Mahathir pula?  Walau pun tidak secara terus terang? Tetapi mengadakan taklimat politik secara rahsia mengutuk Datuk Seri Najib dari belakang? Permaian politik menikamnya dari belakang ini sangat bahaya?

Hati mana yang tidak rasa sedih dan pilu? Datuk Seri Najib harus sedih dan marah? Susu diberi tapi dibalas dengan tuba?

Bahawa regunya yang diharapkan akan jadi pagar baginya? Didapati hanya mahu bersenang lenang sahaja mendabik dada kononnya mereka adalah para menteri.Justeru itu kononnya berhak bercakap dan menyatakan pendapat dan menyatakan perasaan mereka dalam isu 1MDB itu kerana Malaysia negara demokrasi.

Ketua Puteri Umno,.Mas Ermieyati Shamsuddin,seorang peguam
Justeru itu memanglah wajar bagi Datuk Seri Najib menyatakan sedih hatinya dengan berkata: "Jika ada di antara menteri-menteri kabinet di bawah pimpinannya itu rasa tidak selesa bersama beliau menghadapi krisis isu 1MDB itu secara bersama-sama?

Wajarlah menulis surat rasmi kepada beliau untuk meletakikan jawatan.Kerana mereka yang jadi menteri-menteri di dalam kabinet Datuk Serei Najib itu? Adalah atas pilihan dan lantikan oleh Datuk Sseri Najib sebagai Perdana Menteri yang punya hak istimewa ( priority) berbuat demikin.

Cara ini memang dah lama dah jadi amalan kebanakkan negara-negara di dun ia yang mengamalkan sistem demokrasi berpalimen.

Kerana barisan kabninet  yang diketuai oleh Datuk Seri Najib itu mesti berfungsi untuk membalas budi rakyat yang telah memberi mandat pada Umno/BN pada PRU ke-13 itu? Budi rakayat hanya akan dapat dibalas jika menteri-menteri kabiet dan Perdana Menteri boleh bekerja sama ketika masa senang dan susah?

Banyak di antara ahli-ahli Parlimen (M,P) dari jumlah 133  orang itu merasa kecil hati pada Datuk Seri Najib.  Kecil hati kerana Datuk Seri Najib tidak memilih mereka berada bersama di dalam barisan kabinet itu?  Kini seang menunggu kiranya ada menteri yang menartik diri atau ada ada perubahan di dalam bartisan kabiet itu sendiri?

Anihnya? Mereka yang telah dilantik? Dilihat tidak mampu untuk mencurahkan taat setia kepada Perdana Menteri yang melantiknya dan menyokong PM ketika ditimpa musiubah yang  bukan dengan sengaja diujudkan.
Ketua Putra Umno,Dauk Abdul Aziz Abdul Rahim

Yang paling malang sekali? Dari cakap-cakap dan tindak tanduk mereka dilihat ada beberapa orang menteri dilihat termakan hasutan Mahathir dan di belakang Datuk Seri Najib pula mengadakan taklimat rahsia  menentang Datuk Seri Najib yang sedang dilanda musuibah itu? Ini sungguh tidak adil?

Kini Datuk Seri Najib telah memberi peluang jika yang tak bersetuju bersama beliau mengatasi dan memulihkan semula isu 1MDB itu?

Silalah tulis surat "letak jawatan" ..Senang aje dalam masa 5 minit surat itu boleh selesai ditulis.Kenapa di dalam mesyuarat kabinet itu dilapiorkan didapati tak ada seorang pun yang menyahut seruan Datuk Seri Najib itu?.

Mereka didapati diam seribu bahasa? Segeralah letak jawatan yang galamor itu dan pergi jumpa Mahathir agar Mahathir boleh beri jawatan menteri dari sebagainya di negeri kayanngan yang bersifat fantasi.

Sesunggunya di dunia ini? Kawan dan sahabat yang bersama-sama ketawa memang banyak?Tetapi yang turut serta menangis ketika kawan dan sahabatnya menagis kerana dilanda musibah? Susah hendak di dapati?

Itulah sebabnya orang tua-tua kita  sering bermadah," Buat baik itu hendaklah berpada-pada,tetapi buat jahat jangan sekali.

Tengku Adsnan,Setiausaha Agung Umno
Kini dah jelaslah pada Datuk Seri Najib bahawa tidak ada pun di antara ahli-ahli kabinetnya walaupun taat setianya terhadap Datuk Seri Najib dah diketahui dengan jelas.

Bahawa kerusi menteri di dalm kabinet Datuk Sseri Najib itu memang tak mudah hendak ditinggalkan oleh penyandangnya.?

Demi untuk keselamatan Datuk Seri Najib itu sendiri?Sebaik sahaja isu 1MDB telah dapat diterangkan kedudukan yang sebanarnya di mana wangnya itu berada?

Rakyat dilihat dah faham dan menerima segala penerangan yang telah diberikan kerajaan itu?

Elolah Datuk Seri Najib re-supple kabinetnya itu. Tokoh-tokoh politik yang hanya nak glamour dan bermuka dua? Harus disingkirkan bukan sahaja dari kerajaan malah dari parti UMNO itu sendiri? TaK usah simpan musang yang berbulu ayam di dalm kerajaan mahupun di dalam parti Umno.

Digantikan dengan tokoh-tokoh yang dilihat bersdia hidup dan mati bersama Perdana Menteri. Bukan ketika PM ditimpa musiubah?/ Cepat-cepat lari dan nak menyokong orang yang tak ada kedudukan langsung di dalam parti dan kerajaan.Sikap begini adalah lebih jahil darI anak-anak sekolah tingkatan satu?

Datuk Rauf,setiausaha kerja Umno
Umno/BN bukan hanya mahu Datuk Ssei Najib tetap berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia selama lebih 22 tahun aje?

Malah Umno/BN beresedia menerima dan mengangkat Datuk Sseri Najib jadi PM hingga 32 tahun, macam rekod yang telah dicatitikan oleh Presiden Suharto di Indonesia yang merdeka.

Moga-moga Datuk Seri Najib dipanjangkan umur oleh Allah swt dan kecergasan otak dan kesihatannya pula sentiasa dijaga dan dilindungi oleh Allah swt.

Biarpun berapa ramai orang yang menjerit-jerit agar Datuk Seri Najib cepat undur? Persetankan aje desakan mereka itu..Kita tahu mereka dari golongan kecil aje,tidak membahayakan.

Pedulikan.. tak usah ambil peduli.Yang penting Datuk Seri Najidi jadi PM kerana Allah dan rakyat Malaysia.Biarkan..biarkan orang-orang mahu legasinya akan jadi PM Malaysia? Jadi kepunan sepanjang hayat. Pedulikan ..tutupkan telinga dan pejamkan mata.

Malaysia masih punya banyak anak-anak jati Malaysia yang lebih pandai dari orang-orang yang mendatang itu? Tak usah harap orang dari luar walaupun dah bermastautin di Malaysia iniI Hatgi dan jiwa rfaganya sedia berkorban kerana Malaysia. akan bersemangat kuat agar memelihara Umno dan orang Melayu?

Yang berkata Melayu tak akan hilang dui dunia pun Hang Tuah,orang Melayu.Yang menjahanamkan Melaka? Ialah si kitol pendatang dari luar.Bila Melaka dah jatuh..si kitol ini pun lari entah ke mana? Tinggallah Melayu Melaka terpaksa meneruskan hidupnya tanpa raja di Melaka juga.Ke mana lagi nak pergi?Malayia inilah satu-satunya negara Malaysia untuk rakyatnya.

Sementara si kitol itu dah lari entah ke mana untuk menyelamatkan dirinya? Bukan untuk menyelamatkan rakyat Melaka yang telah dikhiantnya itu?Jadi, peristiwa Melaka ini hendaklah dijadikan sebagai contoh teladan dan ikhtibar yang sangat menyedihkan.

Telah terbukti bahawa mereka telah merasa berbagai-bagai nikmat kesenagan hidup yang tidak dapat dikecap oleh orang-orang jati Melayu? Pun begitu mereka ini dilihat sanggaup membusuk-busukkan nama baik Umno dan para pemimpinnya disebabkan hanya isu rugi dalam perniagaan 1MDB? Posted by abnmulya  / Haji Abu Bakar Ningal.blogspot.com. at 1.38 am on June 03,2015.

SUMBER: http://ift.tt/1K9d0Lq
Read more »

Cari nahas bogel di puncak Kinabalu

0 comments

 
 
SHAH ALAM - Sekeping foto yang menunjukkan beberapa pendaki dipercayai pelancong warga asing berbogel di puncak Gunung Kinabalu mengundang kecaman di laman sosial Facebook.
 
Salah seorang pelayar, Hairi menyifatkan tindakan tersebut 'mencemari' mercu tanda kebanggaan negeri Sabah tersebut.
 
"Aki Nabalu dicemari kumpulan manusia ini," katanya di sebuah perkongsian.
 
"Tunggu bala yang akan dapat kerana buat begitu di puncak gunung," kata Li.
 
"Saya yang merupakan penduduk tempatan pun tak berani cakap yang bukan-bukan masa naik gunung, apa lagi buat perkara seperti ini," luahnya.
 
Tinjauan Sinar Online mendapati foto tersebut yang tersebar seawal 30 Mei lepas kini viral di laman Facebook.
 
Sementara itu, sebuah portal berita tempatan melaporkan, foto tersebut menunjukkan lima lelaki berbaris dan bertelanjang bulat di puncak tertinggi di Asia Tenggara itu dengan alasan 'membuang air kecil'.
 
Memetik kenyataan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (TTS), Datuk Seri Tengku Zainal Adlin Tengku Mahamood berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan mengenai perkara itu.
 
"Sikap pendaki ini menunjukkan perbuatan tidak menghormati kepercayaan segelintir masyarakat tempatan yang beranggapan gunung ini sebagai tempat suci mereka. 




SUMBER: http://ift.tt/1HI4U7s
Read more »

ESSZONE: Perintah berkurung dilanjutkan

0 comments
MALAYSIAKINI

 


Fasa ke-20 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini, dilanjutkan ke fasa ke-21 bermula esok hingga 17 Jun, berkuat kuasa dari jam 7 malam hingga 5 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata keputusan melanjutkan perintah berkurung yang merangkumi perairan enam daerah di pantai timur Sabah itu dibuat selepas mengambil kira situasi keselamatan di kawasan berkenaan serta atas permintaan banyak pihak.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata keputusan itu dibuat bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan pengguna perairan pantai timur selain menjamin keselamatan pelancong serta rakyat Sabah di daratan Esszone.

Beliau berkata perlanjutan itu juga bagi memudahkan anggota keselamatan melaksanakan penguatkuasaan, termasuk memantau segala pergerakan bot yang cuba menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan, menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api.

Menurut Jalaluddin perintah berkurung itu juga dilanjutkan kerana mendapat sokongan pengusaha chalet dan masyarakat yang menjalankan aktiviti perikanan serta demi menjamin keselamatan perairan termasuk di pulau persempadanan.

Jalaluddin berkata kuasa juga diberi kepada semua Ketua Polis Daerah di Esszone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan atau bagi laluan yang mendesak. - Bernama




SUMBER: http://ift.tt/1I499zL
Read more »

Anda Pasti Kenal Wajah Penjenayah Terkenal Ini..

0 comments

KELAB GREENBOC


Kota Kinabalu: Penjenayah terkenal Mat Malaya akhirnya berjaya ditangkap selepas polis menyerbu sebuah rumah tumpangan di Kundasang lewat malam Isnin.
Lelaki berusia 44 tahun itu merupakan adik kepada bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar ditangkap bersama-sama dengan isterinya berusia 24 tahun dan bayi perempuan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah SAC Datuk Sallehhudin Abd Rahman berkata suspek yang dikehendaki kerana menembak seorang mekanik pada 6 Mei lalu tidak membantah ketika penangkapan dilakukan.

Mat Malaya atau nama sebenarnya Mohd Jusnaidi Omar sedang disiasat kerana cubaan membunuh dan memiliki senjata api.

Polis, bagaimanapun, tidak menemui sebarang senjata dalam simpanannya.

Suspek dikatakan telah menembak seorang mekanik di bengkel penghawa dingin kereta selepas kedua-dua mereka merenung antara satu sama lain.

Suspek kemudian naik berang dan bertindak menembak mangsa.

Mat Malaya sebelum ini didakwa atas kesalahan mengedar dadah pada tahun 2007 tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

BERITA SEBELUM INI: Adik Noh Omar Diburu Polis Sabit Kes Tembak


 

SUMBER: http://ift.tt/1GhZLs9
Read more »

HOSPITAL TERIMA JUMLAH KEMATIAN MENINGKAT!!!

0 comments
Gempar beb! Kecoh kat Hospital seluruh Malaysia bermula sejak malam kelmarin. Wad kecemasan menjadi kecoh secara tiba - tiba. Pembantu Hospital tak menang tangan dibuatnya.

Malah perkara itu bukan satu perkara yang baru dilaporkan. Tapi ianya bermula sejak tarikh 1 April yang lalu. Cuma baru tengah malam kelmarin ianya dilaporkan menjadi semakin meruncing.

Tapi, jangan panik! Ianya bukan kerana berlaku epidemik atau berkaitan dengan penyakit yang berbahaya. Cuma ianya salah satu agenda Propaganda yang sengaja disebarkan oleh Si Rapizi tu semata - mata.

Dalam laporan media semalam, Si Rapizi tu kata ramai rakyat Malaysia 'Mati' disebabkan bebanan GST serta kenaikkan harga minyak petrol yang bermula sejak tengah malam kelmarin.

Keadaan itu membuatkan Si Rapizi tu mengamuk dilaman sosial twitter miliknya demi untuk mencetuskan huru hara dikalangan rakyat dengan menyemai sentimen kebencian terhadap Kerajaan.

Walhal, kenaikkan harga minyak petrol tu bergantung kepada harga pasaran dunia yang meningkat sejak kebelakangan ini. Dan kalau diikutkan, kenaikkan sebanyak RM 0.10 sen tu agak munasabah.

Yang perlu dipantau pada ketika ini ialah dikalangan peniaga - peniaga dan pemborong yang rakus nak mengambil kesempatan menaikkan harga barang. Diorang tu yang bakal menyebabkan rakyat 'Mati'.

Mungkin lepas ni Si Rapizi tu boleh kutip pulak duit dari rakyat untuk mewujudkan Tabung Penimbal yang dimaksudkan. Rasanya, cadangan itu lebih baik dari cadangan dia nak saman 1MDB tu.

Lagi pun, Si Rapizi tu boleh menggunakan 'Syarikat Sendirian Berhad' milik dia untuk mengutip dana rakyat bagi tujuan tersebut. Tambahan pulak, lebih dari sejuta orang Ahli Pakatan Haramjadah tu keluarkan duit di Tabung Haji.

Mungkin dengan duit yang dikeluarkan oleh ahli - ahli dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan minyak rakyat. Belum campur dengan duit elaun Si Rapizi tu jadi Ahli Parlimen lagi. Rasanya jumlah tu dah lebih dari mencukupi!!!


SUMBER: http://ift.tt/1FqdTd2
Read more »

Cabar menteri jawab Dr Mahathir, kata Zainuddin kepada Najib

0 comments
 THE MALAYSIA INSIDER Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, cabaran Datuk Seri Najib Razak meminta menteri Kabinet meletak jawatan sebagai tindakan merugikan kerana beliau tidak akan tahu siapa antaranya yang benar-benar ikhlas menyokong beliau menangani isu 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Jun, 2015.Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, cabaran Datuk Seri Najib Razak meminta menteri Kabinet meletak jawatan sebagai tindakan merugikan kerana beliau tidak akan tahu siapa antaranya yang benar-benar ikhlas menyokong beliau menangani isu 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider. 


Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak mencabar anggota Kabinetnya membalas serangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bukannya meminta mereka meletak jawatan sekiranya tidak bersetuju dengan pelan pemulihan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas menteri penerangan itu berkata, Najib pasti tidak akan tahu siapa antara menteri yang sebenarnya tulen dan ikhlas menyokong beliau menangani 1MDB dengan mencabar mereka meletak jawatan kerana mustahil mereka akan berbuat demikian.

"Sebaliknya beliau mestilah mencabar mereka supaya tampil ke hadapan menyerang balas Dr Mahathir di TV3 dan di akhbar seperti yang dilakukan Pengerusi BNBBC Tan Sri Sharir Abdul Samad atau Presiden Mubarak Abdul Aziz Abdul Rahman," tulisnya di blognya hari ini.


Utusan Malaysia melaporkan hari ini, Najib pada Jumaat memberi kata dua kepada mana-mana anggota Kabinet yang tidak menyokongnya dalam usaha memulihkan syarikat sarat hutang 1MDB, untuk meletak jawatan.

Memetik sumber, akhbar milik Umno itu melaporkan, beliau membuat kenyataan itu sejurus selepas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada anggota Kabinet pada mesyuarat itu.

Bagaimanapun, difahamkan tiada seorang pun anggota Kabinet berani tampil menyatakan pendirian mereka untuk tidak bersama Najib walaupun diberi peluang berbuat demikian.

"Perdana menteri meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam isu 1MDB meletakkan jawatan tetapi tiada seorang pun berbuat demikian," sumber itu dipetik berkata.

Zainudin berkata Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin; Naib Presiden Umno merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang juga menteri belia dan sukan, sepatutnya mendahului Sharir dalam berbuat demikian.

"Dengan itu tidaklah Najib berada dalam krisis keyakinan diri yang amat runcing," katanya.

Beliau berkata, anggota Kabinet harus sedar serangan balas Sharir tidak begitu berkesan kerana beliau diketahui umum "sedarah, sejiwa, sebulu dengan (Tun) Musa Hitam menyimpan dendam kesumat sekian lama terhadap Dr Mahathir."

"Dan sokongannya juga tidak dilihat sebagai sokongan generasi muda seperti sokongan yang terlihat kepada Dr Mahathir, sekalipun beliau sudah tua," katanya.

Shahrir pada 26 Mei berkata di lobi Parlimen, sekiranya menteri tidak bersetuju dengan keputusan kolektif yang dibuat semasa mesyuarat Kabinet, mereka perlu meletak jawatan.

Beliau bersetuju dengan saranan Tengku Razaleigh Hamzah yang seluruh Kabinet harus mengambil tanggungjawab dalam skandal 1MDB kerana prinsip Kabinet ialah tanggungjawab bersama.

Zainuddin berkata, mereka yang setakat ini berani menyuarakan bantahan kepada Dr Mahathir hanya mereka yang kini tidak lagi berkuasa atau berintegriti.

"Yang jelas kerap terpampang di akhbar perdana dan di TV3 menjadi suara berani menyerang balas Dr Mahathir bagi mempertahankan kepimpinan Najib dalam masalah IMDB terdiri daripada orang yang sudah hilang autoriti dan integriti, yang menyeleweng daripada parti asal atau daripada parti yang sudah bankrap, orang yang tidak lagi diterima bukan sahaja rakyat biasa, tetapi dipandang serong orang Umno sendiri.

"Juga menjadi persoalan besar mengapakah Zahid, naib presiden nombor satu, seorang yang paling popular dalam parti, tidak jelas pendiriannya.

"Jika hanya sampah-sampah yang jelas menyokong maka akhirnya Najib akan tenggelam dalam timbunan sampah," kata Zainuddin.

Oleh itu, katanya, lebih baik menteri Kabinet menyerang balas Dr Mahathir daripada meletak jawatan yang hanya akan memecahkan belahkan parti dan kerajaan.

Janganlah biarkan Najib kelihatan oleh rakyat keseorangan dalam perjuangan mempertahankan diri, katanya.



SUMBER: http://ift.tt/1BCEX7a
Read more »

UMNO-BN lebih teruk daripada komunis

0 comments
umnobersatu
Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan mengenakan peraturan ketat selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan mengawal harga adalah jauh lebih teruk daripada komunis, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.
liew-chin-tong-at-final-rally
“Apa yang dilakukan kerajaan untuk meneliti bagaimana sesuatu produk diletakkan harganya dan mengganggu perniagaan sangat membuang masa.

“Komunis pun tak buat macam ini,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, Chin Tong menggesa kerajaan menghentikan pelaksanaan Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme untuk Keuntungan Tinggi yang Tidak Munasabah) (Margin Keuntungan Bersih) 2014 yang tidak membenarkan peniaga menaikkan harga dari 2 Januari tahun ini sehingga 30 Jun 2016.

Pengarah Pendidikan Politik DAP itu menegaskan, peraturan berkenaan jelas digunakan untuk menyerap kesan inflasi dari pelaksanaan GST selama 18 bulan.
gst
Jelas beliau, apabila sesuatu perniagaan terpaksa menyerap kesan inflasi GST, ia akan menyebabkan kos mereka meningkat manakala margin dan pendapatan pula jatuh mendadak.

“Bagi perniagaan yang gagal menyerap GST dan kenaikan berkaitan dalam kos, ia akan membawa kepada pengangguran dan menyebabkan ekonomi secara keseluruhannya lebih terganggu,” tegasnya.

Pada 5 Mei lalu, Trendcell Sdn Bhd yang memiliki Jaya Grocer Supermarket menjadi syarikat pertama dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Mengikut pertuduhan, Trendcell menaikkan margin keuntungan penjualan sekilogram kacang bendi sebanyak RM6.60, iaitu daripada RM3.10 pada 1 Januari lalu kepada RM9.70 pada 3 Januari hingga 20 Januari di premis mereka di Bandar Baru Bangi.

Trendcell boleh dihukum mengikut Seksyen 18 (a) Akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000. – Roketkini.com



SUMBER: http://ift.tt/1QjCjdf
Read more »

ARTIS SEKSI PATAH SEMANGAT KERANA GST!!!

0 comments
Pernah terpalit dengan kontroversi melibatkan dirinya yang tidak tahu maksud GST di dalam program Dewi Remaja baru-baru ini, Mawar Rashid mengakui perkara tersebut sedikit sebanyak memberikan kesan kepada kehidupannya.
“Sejujurnya saya memang patah semangat dengan dek kontroversi berkenaan. Itu saya tak nafikan. Untuk orang baharu dan mentah seperti saya melalui perkara sebegitu, ia sangat menggerunkan. Daripada isu itu, orang mula mengandaikan saya tidak pandai”
“Saya bangkit dan pulih semangat semula dalam tempoh seminggu selepas kontroversi iti. Saya ambil dan pandang apa yang terjadi itu dari sudut positif. Saya tak mahu terus larut dengan keadaan sebegitu. Saya tak mahu kontroversi itu terus menghantui dan memberi kesan dalam hidup,” katanya kepada BH Plus.
Tambah Mawar lagi, dia mengambil kritikan yang dilemparkan kepadanya itu sebagai ruang untuk bermuhasabah dan memperbaiki diri. Malah dia juga tidak mahu perkara sama berulang kembali dan mengambil mudah setiap isu yang sedang terjadi.

Dalam erti kata mudahnya, boleh dimaafkan lagi la apa yang berlaku terhadap Si Mawar Rashid ni. Setidak - tidaknya, dia nak jugak belajar untuk memahami sistem perlaksanaan Cukai GST tu.

Takde la macam puak - puak Pakatan Haramjadah tu yang hanya sekadar mampu untuk mempertikaikan sistem tersebut. Dah la diorang sendiri pun tak faham, diorang nak kelirukan orang lain pulak.

Yang lebih memalukan ialah apabila ada segelintir pemimpin dikalangan puak - puak PAS tu sendiri yang tak faham tentang dasar perjuangan parti yang mereka sertai biarpun dah lama pegang jawatan.

Bagaimana mungkin seorang pemimpin dikalangan puak - puak PAS tu boleh mempertikaikan dasar perlaksanaan Hukum Hudud yang dah menjadi tunjang parti itu sejak sekian lamanya?

Kan nampak sangat tak munasabah? Apa yang jelas, pemimpin -pemimpin PAS macam tu hanya sekadar mengutamakan soal menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Bukannya diorang nak mempertahankan dasar perjuangan parti!!!


SUMBER: http://ift.tt/1ADRNHm
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog