ANWAR NAIK BOT SAKIT PINGGANG?

0 comments

Anwar baru 2 jam naik bot dah sakit pinggang..klik sini

Kalau macam tu kalah lah sini anwar dengan Yang Berhormat dari Sarawak yang terpaksa guna bot untuk pergi ke luar bandar dibawah kawasan mereka...betapa mereka berjuang untuk kawasan mereka...ini baru semangat untuk membantu masyarakat luar bandar...

Hidup YB Dari Sarawak...Hidup BN/PBB...Hidup Pehin Sri!!!











SUMBER: http://bujangsenangbn.blogspot.com/2012/09/anwar-naik-bot-sakit-pinggang.html
Read more »

Perkahwinan DiRaja Brunei - Tiba Berasingan, Rosmah Hadir Lebih Awal Dari Najib ?

0 comments
Saya tak reti nak komen cerita ni tapi dapat saya rasakan ia bakal menjadi satu isu yang dimainkan oleh pembangkang. Najib sibuk sangat kot jadi Rosmah pergi lebih awal sebelah pagi dan diikuti oleh Najib pada sebelah petang ....... itu yang saya fahami dari kedua laporan Sinar dibawah.






Biasa ke kalau bini datang dulu ? I don't knoooooooooooowwwwww...........













Sibuknyalah PM Najib kita ...... Mungkin ada acara2 istiadat resmi sebelah pagi / siang, maka Rosmah jadi wakil dulu......... errrr.... OK kot, boleh diterima tak ?





SUMBER: http://dinturtle.blogspot.com/2012/09/perkahwinan-diraja-brunei-tiba.html
Read more »

Kabinet Bayangan Rahsia Pakatan, kata Lajim

0 comments
Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat adalah rahsia Pakatan Rakyat dan ia menjadi hak mereka untuk tidak mendedahkannya, kata Ahli Parlimen Umno Beaufort yang berpaling tadah, Datuk Seri Lajim Ukin."Apa yang lebih penting ialah mandat rakyat dalam pilihanraya kerana Kabinet Bayangan hanya akan selepas dibincang bersama komponen Pakatan Rakyat," katanya selepas sesi bertemu rakyat di Beaufort 21



SUMBER: http://masdarwahid.blogspot.com/2012/09/kabinet-bayangan-rahsia-pakatan-kata.html
Read more »

HARTA PAKATAN RAKYAT KENA NAK SEMBUNYI?

0 comments

Pelbagai fitnah cuba dilakukan oleh pihak dap untuk menjatuhkan KM Sarawak...namun demikian bagaimana dengan Anwar Ibrahim?

Dikala bosnya, Anwar Ibrahim sedang mencari jawapan bagi menyelesaikan kemelut 20 akaun yang dimilikinya yang bernilai RM3 bilion, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dikatakan memiliki kekayaan luar biasa yang berjumlah RM30 juta. Azmin Ali yang sebelum ini dituduh menjadi pelakon utama dalam drama “Aiskrim Batang” sehingga kini masih belum membuat sebarang kenyataan mahupun menangkis tuduhan yang dilemparkan terhadapnya. Bagaimana Azmin Ali boleh mempunyai jumlah wang sebanyak RM30 juta dalam akaunnya sedangkan ketika itu beliau hanya seorang penjawat awam sebagai Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri? Pada ketika itu, Azmin Ali hanya memperoleh gaji sebanyak RM2,442 sebulan. Malah, beliau tidak pernah menjalankan perniagaan kecil-kecilan mahupun IKS.

Sumber










SUMBER: http://bujangsenangbn.blogspot.com/2012/09/harta-pakatan-rakyat-kena-nak-sembunyi.html
Read more »

Jet Anwar ?

0 comments









PS - Mati kutu nak tulis malam nih hehehehe....





SUMBER: http://dinturtle.blogspot.com/2012/09/jet-anwar.html
Read more »

ANWAR IBRAHIM DAN PKR MEWAH NAIK JET PERIBADI KE KOTA KINABALU

0 comments





Anwar Ibrahim dan pemimpin PKR seperti Thian Chua dan Zuraidah Kamarudin telah membuka tembelang mereka apabila secara tidak sengaja memuatnaik gambar mereka ketika berada dalam jet peribadi dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu. Tindakan ini benar-benar membuka pekung PKR yang selama ini banyak menyerang pemimpin BN yang menggunakan kemudahan tersebut khususnya Perdana Menteri yang disifatkan mereka sebagai wang rakyat.



Persoalan di sini, di manakah mereka memperoleh wang untuk memiliki jet peribadi yang nilainya jutaan ringgit? Adakah ia hasil daripada wang sumbangan George Soros daripada Yahudi itu?






Jika sebelum ini Anwar Ibrahim dan PKR hanya berlakon kepada rakyat bahawa mereka menggunakan Air Asia untuk terbang ke Sarawak dan Sabah. Sebaliknya dalam lawatan Anwar Ibrahim dan PKR ke Sarawak dan Sabah bagi meraikan Hari Malaysia, rombongan PKR itu menggunakan jet peribadi yang dipercayai milik PKR. Tetapi, siapakah empunya jet peribadi ini?






SUMBER: http://cetusankenyalang.blogspot.com/2012/09/anwar-ibrahim-dan-pkr-mewah-naik-jet.html
Read more »

SEKOLAH MUBALIGH MENERIMA BANTUAN DARIPADA KERAJAAN BN

0 comments
Read more »

Gambar2 Himpunan Protes Innocence Of Muslims Versi Malaysia

0 comments
Dibawah adalah gambar2 yang saya cilok dari beberapa blog mengenai demo/perhimpunan memprotes Innocence Of Muslims versi Pas dan versi Umno. Sekadar simpanan dan buat rujukan...



Errr ... versi Pas lebih banyak gambar sebab lokasinya lebih fotogenik hehehe .. lebih lawas, makanya lebih banyak pilihan sudut buat jurugambar2.




Saya malas nak komen apa-apa buat masa ni..... Kepada tuan2punya gambar2, harap halalkan ya ..












Gambar TERBAIK ini dari COKAM












Beberapa gambar dari APA

































SUMBER: http://dinturtle.blogspot.com/2012/09/gambar2-himpunan-protes-innocence-of.html
Read more »

Kecam Innocence of Muslims Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA,

0 comments

Kecam Innocence of Muslims


Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA, SAIFULIZAM MOHAMAD dan HUSSAINI AMRAN

pengarang@utusan.com.my




KUALA LUMPUR 20 Sept. - Majlis Tertinggi UMNO mengecam dan mengutuk kenyataan tidak bertanggungjawab Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mempertikai tindakan umat Islam bangkit membantah penyiaran filem anti-Islam Innocence of Muslims.




Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenyataan Koo Ham itu jelas memperlekeh umat Islam selain membuktikan DAP sebuah parti yang langsung tidak peka dengan isu-isu berkaitan dengan kepentingan masyarakat Islam.



Malah katanya, permohonan maaf yang dibuat Pengerusi DAP Perak itu hanya selepas teruk dikecam pelbagai pihak boleh dipersoal sejauh mana keikhlasan kerana sebagai pemimpin, beliau hairan mengapa Koo Ham tidak berfikir panjang sebelum membuat kenyataan itu.



Pada masa sama, Najib berkata, Majlis Tertinggi UMNO juga mengambil ketetapan mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan dan penyiaran filem Innocence of Muslims serta karikatur menghina Nabi Muhammad SAW oleh sebuah majalah Perancis.



"Kalau begitu kita pun buat kenyataan menghina dan kemudian minta maaf. Soalnya sejauh mana keikhlasan dia? Sepatutnya dalam isu agama mereka (pemimpin pembangkang) perlu lebih berhati-hati," katanya selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di sini hari ini.



Hadir sama Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; ketiga-tiga Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta semua ketua pergerakan.



Mengulas lanjut mengenai filem Innocence of Muslims serta karikatur menghina Nabi Muhammad SAW yang mencetus kemarahan umat Islam, Najib berkata, perbuatan tersebut tidak boleh diterima kerana ia mencemar kesucian agama Islam dan kemuliaan Rasulullah.



Jelas beliau, adalah menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam untuk mempertahankan agama Allah tetapi harus dilakukan dengan menggunakan pendekatan berhemah tanpa sebarang keganasan kerana Islam menolak keganasan.

"Kemarahan umat Islam ini adalah sesuatu yang dijangka dan tidak dapat dielakkan memandang mereka telah menghina Nabi Muhammad SAW. Ia perbuatan yang tidak boleh diterima walau apa alasan sekalipun termasuk atas nama kebebasan bersuara.



"Namun dalam mempertahan kesucian agama Allah ini, kita mestilah menggunakan pendekatan berhemah. Bantahan secara keganasan melampau sehingga membawa kematian bukan penyelesai masalah," katanya.

Najib sehubungan itu menggesa seluruh umat Islam hadir beramai-ramai untuk menyuarakan bantahan secara aman terhadap penyiaran filem dan karikatur tersebut bersama-sama Pergerakan Pemuda UMNO selepas solat Jumaat esok, di depan Masjid Jamek Kampung Baru.



Dalam isu berasingan, beliau yang juga Perdana Menteri mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada pihak yang bertanggungjawab mengibar bendera baharu bagi menggantikan Jalur Gemilang sama ada semasa Himpunan Janji Bersih atau di beberapa kawasan di Selangor.



Tegas beliau, bendera adalah lambang kepada maruah sesebuah negara dan tidak seharusnya mana-mana pihak bertindak mengibarkan bendera baharu bagi menggantikan Jalur Gemilang kerana ia satu perbuatan menghina negara sendiri.



"Ini satu lagi perbuatan yang kita kutuk kerana bendera adalah soal maruah negara, jadi saya berharap pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang bertanggungjawab menghina Jalur Gemilang," tegasnya.



Sementara itu Hishammuddin berkata, pihak polis telah menjalankan siasatan dan Pejabat Peguam Negara akan menentukan tindakan selanjutnya.








SUMBER: http://abnmulya.blogspot.com/2012/09/kecam-innocence-of-muslims-oleh-mohd.html
Read more »

Bill Gates kekal orang paling kaya di AS

0 comments



Bill Gates kekal orang paling kaya di AS, harta RM198b 20 September 2012 Bill Gates NEW YORK - Pengasas Microsoft, Bill Gates kekal sebagai orang paling kaya di Amerika Syarikat (AS) buat tahun ke-19 berturut-turut - nilai kekayaan meningkat sebanyak AS$7 bilion (RM21 bilion) tahun lalu. Kekayaan beliau buat masa sekarang dianggarkan bernilai AS$66 bilion (RM198 bilion).



Dalam pada itu, jumlah nilai kekayaan warga AS telah meningkat 13 peratus kepada AS$1.7 trilion dengan purata milik 400 orang paling kaya di negara itu dianggarkan lebih $400 juta (RM1.2 bilion) tahun ini. Mengikut senarai dikeluarkan oleh majalah Forbes, purata harta orang kaya dianggarkan AS$4.2 bilion (RM12.6 bilion).



Berikut 10 orang paling kaya di AS: -



-Bill Gates, pengasas dan pengerusi Microsoft (AS$66 bilion)

- Warren Buffett, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Berkshire Hathaway (AS$46 bilion)

- Larry Ellison, Pengasas Bersama dan Ketua Eksekutif (AS$41 bilion)

- Charles Koch, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Koch Industries (AS$31 bilion)

- David Koch, Pemilik bersama dan Naib Presiden Eksekutif Koch Industries (AS$31 bilion)

- Christy Walton & Keluarga, pewaris harta Walmart (AS$27.9 bilion)

- Jim Walton, pewaris harta Walmar dan Pengerusi Arvest Bank (AS$26.8 bilion)

- Alice Walton, pewaris harta Walmart (AS$26.3 bilion)

- S Robson Walton, pewaris Walmart (AS$26.1 bilion)

- Michael Bloomberg, pengasas dan pemilik utama Bloomberg LP (AS$25 bilion)

(Dari Sinar Harian).Posted by abnmulya at 12.45pm on September 20,2012.






Sumber:http://abnmulya.blogspot.com/2012/09/bill-gates-kekal-orang-paling-kaya-di-as.html
Read more »

Puteri Umno, JATI Kecam Kenyataan Ngeh Koo Ham Dalam Twitter

0 comments









Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Pergerakan Puteri UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan, Jalur Tiga (JATI) mengecam kenyataan Pengerusi DAP Perak,Datuk Ngeh Koo Ham dalam laman sosial twitternya yang mempertikaikan tindakan umat Islam membantah dan menentang filem 'Innocence Of Muslims'.



Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tindakan Ngeh yang menyatakan bahawa umat Islam membuang masa kerana memprotes tayangan video dan filem tersebut sebagai biadab dan tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam di negara ini.



"Di saat umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia merasa marah dengan penghinaan dalam filem tersebut, terlalu malang untuk seorang pemimpin di negara ini yang mengaku memperjuangkan nasib rakyat berbilang bangsa dan agama membuat kenyataan sebegitu rupa," kata Rosnah dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.



Katanya, kenyataan Ngeh itu juga memperlihatkan perangai sebenar pemimpin DAP yang tidak menghormati Islam selepas Pengerusi Kebangsaannya, Karpal Singh, menolak hukum hudud sebelum ini.



Menurut Rosnah lagi, lebih malang apabila tiada seorang pun pemimpin PAS bersuara terhadap kenyataan tersebut dan parti yang mengakui memperjuangkan Islam ini seolah-olah 'reda' dengan apa sahaja kenyataan pemimpin DAP yang menghina agama Islam.



-- BERNAMA






via SapdalKrew http://sskeruak.blogspot.com/2012/09/puteri-umno-jati-kecam-kenyataan-ngeh.html
Read more »

2,020 pengguna tuntut ganti rugi air percuma RM 1.1 juta.

0 comments


SHAH ALAM 19 Sept. - Seramai 2,020 pengguna air membabitkan kawasan Shah Alam dan Petaling Jaya hari ini memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM1.1 juta terhadap Menteri Besar, Tan Abdul Khalid Ibrahim atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Selain Abdul Khalid, plaintif, Kamarulzaman Kamarudin yang mewakili 2,019 pengguna air lain turut menamakan kerajaan negeri Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) sebagai defendan.


Mereka memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, pada pukul 9.45 pagi melalui Tetuan Kamarudin & Partners. - UTUSAN(UTUSAN ONLINE-DALAM NEGERI).Posted by abnmulya at 1325 hrs on Sept.,19,2012.








via SapdalKrew http://abnmulya.blogspot.com/2012/09/2020-pengguna-tuntut-ganti-rugi-air.html
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog