WAN AZIZAH TAKUT KALAH DI PENANG LARI KE SELANGOR

0 comments





Sehingga kini Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail masih belum menyatakan hasratnya untuk bertanding dalam PRU-13. Bagaimanapun, tegas Presiden PKR itu, beliau tidak mempunyai masalah untuk bertanding dan boleh memilih kerusi mana yang boleh ditandinginya.



Atas sebab itu, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie bersedia menawarkan Wan Azizah untuk bertanding di 4 kawasan DUN yang ‘selamat’ di Selangor iaitu DUN Seri Muda, DUN Kota Anggerik, DUN Seri Setia dan DUN Sementa.



Shuhaimi Shafie yang juga ADUN Sri Muda sanggup memberikan kerusi itu kepada Presiden demi Anwar Ibrahim. Ternyata Shuhaimi sanggup mengkhianati rakyat Selangor yang telah memberikan kemenangan pertama kepadanya dalam PRU-12 dulu. Walau bagaimanapun, kemenangan PRU-13 masih samar-samar memandangkan rakyat Selangor kini sudah mula memahami ‘kuasa rakyat’ atas sebab janji-janji Pakatan Pembangkang yang tidak ditepati.



Keempat-empat kerusi DUN tersebut dikatakan kerusi yang selamat berdasarkan keputusan PRU-12 yang lalu. Untuk pengetahuan Shuhaimi, rakyat Selangor tidak akan terpedaya lagi dengan Pakatan Pembangkang dan nescaya sokongan dalam PRU 2008 tidak akan sama dengan PRU-13 yang akan datang ini. Secara tidak langsung, semua kawasan DUN baik yang diwakili Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim di DUN Ijok pun masih belum selamat.



Apakah pengalaman Wan Azizah sebagai wakil rakyat? Jika ada sekalipun hanya dalam masa yang singkat. Malah telah mengkhianati rakyat dan pengundi Permatang Pauh dengan meletak jawatan bagi memberikan ruang kepada suaminya, Anwar Ibrahim untuk bertanding dan memenangi Parlimen Permatang Pauh dalam keadaan yang memalukan.



Ternyata perjuangan Pakatan Pembangkang khususnya PKR ini bukan untuk memperjuangkan nasib rakyat malah manifesto itu sekadar janji-janji kosong. Tidak keterlaluan dikatakan PKR hanya berjuang untuk jawatan dan kuasa politik sahaja. Jika benar perjuangan untuk rakyat kenapa rakyat Selangor dan Pulau Pinang tidak habis-habis ditimpa masalah. Kenapa PKR tidak mempercayainya?






SUMBER: http://dlvr.it/2PrjFp
Read more »

AZMIN ALI MAHU KEMPEN POLITIK LEBIH 365 HARI

0 comments





Tidak cukup dengan kempen sebelum pilihan raya sebelum ini yang diadakan setiap hari dan setiap malam, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mahu kempen PRU-13 kali ini diadakan lebih lama berbanding sebelum ini.



Apakah PKR dan Pakatan Pembangkang masih belum cukup berkempen sehingga kini biarpun PRU-13 belum lagi diadakan.



Azmin Ali dalam kenyataannya mahu SPR memanjangkan tempoh berkempen supaya dapat berlaku adil kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang. Sehingga kini pun, PKR dan Pakatan Pembangkang sibuk berkempen siang dan malam tanpa mengenal hari-hari cuti umum.



Hebatnya Pakatan Pembangkang bukan kerana perjuangannya tetapi hebat kerana kempen politiknya yang tanpa mengenal hari-hari biasa mahupun cuti umum. Selain menjual janji-janji manis, kempen politik Pakatan Pembangkang sibuk dengan serangan peribadi ke atas calon BN.



Sebab itu, Pakatan Pembangkang takut kepada perkataan “Janji Ditepati”.






SUMBER: http://dlvr.it/2PHBWh
Read more »

Senarai skandal rasuah, tiris dan bocor dalam Kementerian Pertahanan

0 comments
Susunan Masdar Wahid

1. Pada 9 Mac 2011, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee mempersoal tindakan kementerian Pertahanan membeli 257 kenderaan perisai berharga RM7.5 bilion, iaitu enam hingga tujuh kali lebih mahal berbanding harga pasaran.2. Pada 7 Februari 2011, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee mendedahkan Kementerian Pertahanan sekali lagi sedia membayar RM6



SUMBER: http://masdarwahid.blogspot.com/2012/10/senarai-skandal-rasuah-tiris-dan-bocor.html
Read more »

SPNB AKAN BINA 1,850 RUMAH MAMPU MILIK TAHUN DEPAN

0 comments

SPNB AKAN BINA 1,850 RUMAH MAMPU MILIK TAHUN DEPAN Alhamdulillah, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 1,850 unit rumah mampu milik di seluruh negara pada tahun depan. Pengerusinya Datuk Idris Haron berkata ia hasil peruntukan RM320 juta yang disalurkan kerajaan melalui SPNB dalam pembentangan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lepas. "Pengumuman itu menunjukkan perdana menteri mendengar keluhan golongan muda dan kumpulan pertengahan yang ingin memiliki kediaman” Dalam pembentangan Belanjawan itu, Najib berkata SPNB juga akan membina 21,000 unit rumah Mesra Rakyat untuk tahun 2013 yang berharga RM65,000 dengan subsidi sebanyak RM20,000 serta subsidi kadar faedah ke atas pinjaman sebanyak dua peratus.

Klik sini










SUMBER: http://bujangsenangbn.blogspot.com/2012/10/spnb-akan-bina-1850-rumah-mampu-milik.html
Read more »

BAJET 2013 SEIMBANG KATA PEHIN SERI KM SARAWAK

0 comments
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan Belanjawan 2013 sebagai seimbang dengan mengambil perhatian dan kepentingan semua lapisan masyarakat.



Beliau berkata Belanjawan itu turut melibatkan golongan yang kurang mendapat perhatian kerajaan sebelum ini khasnya generasi baru dan muda selain masyarakat perniagaan, sejajar dengan perubahan dalam negara.



Belanjawan kali ini bukan sahaja memberi banyak manfaat kepada rakyat malah juga golongan usahawan serta korporat melalui beberapa inisiatif baharu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Hari Jantung Sedunia di Taman Sahabat di Kuching, hari ini.



Taib berkata beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan kerana berjaya membentangkan Belanjawan yang selari dengan keperluan rakyat hari ini.



Sementara, ketika berucap pada majlis itu, Taib yang berkongsi amalannya setiap hari iaitu berjalan kaki untuk kekal sihat dan cergas, berkata gaya hidup sihat perlu dijadikan amalan masyarakat hari ini khasnya generasi muda.



"Hari ini saya lihat anak muda hanya banyak mengerakkan hujung jari mereka, jadi mula hari ini kita boleh mulakan amalan dengan berjalan kaki setiap hari untuk kekal cergas," katanya.



Kira-kira 2,000 orang menyertai program Hari Jantung Sedunia itu yang turut melibatkan acara berjalan kaki mengelilingi Taman Sahabat bersama ketua menteri dan isteri.



Bernama






SUMBER: http://sangkakalajari9.blogspot.com/2012/09/bajet-2013-seimbang-kata-pehin-seri-km.html
Read more »

KUTUK HASUT JANJI

0 comments
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu rakyat berwaspada dengan tiga "senjata" iaitu kutuk, hasut dan janji yang digunakan pembangkang untuk memenangi hati mereka.



"Dia mesti kutuk (kerajaan), mereka mesti tentang (kerajaan). Selepas itu, mereka mesti hasut dan kemudian mereka menabur janji. Seperti yang saya telah katakan, mereka akan menjanjikan bulan, bintang dan waima cakerawala," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di Kuala Lumpur, hari ini.



Najib yang juga pengerusi BN berkata rakyat perlu berfikir tentang janji-janji manis yang ditabur oleh pakatan pembangkang yang akhirnya terserlah sebagai racun berbisa buat mereka.



"Adakah ia benar-benar baik untuk rakyat atau akan membawa musibah kepada negara. Inilah rakyat mesti fikir, sebab nak jadi pembangkang senjatanya ada tiga – kutuk, hasut, janji," tegas Perdana Menteri.



Najib berkata untuk menjadi pembangkang yang berwibawa dalam sistem Parlimen, mereka perlu memenuhi beberapa syarat asas, satu daripadanya ialah menggunakan satu simbol sahaja.



"Pendek kata, anda perlu berdaftar sebagai sebuah parti. Tetapi Pakatan Rakyat bukan berdaftar sebagai sebuah parti atau mereka mempunyai satu simbol bersama," katanya.



Perdana Menteri berkata BN telah menggunakan satu simbol sahaja, dengan semua calonnya bertanding di bawah simbol atau lambang BN pada pilihan raya.



"Kami pergi berjumpa dengan rakyat sebagai BN, tetapi pembangkang akan pergi berjumpa rakyat dengan simbol berbeza (simbol parti masing-masing).



"Simbol tak sama...kita tak pasti sama ada mereka akan bentang manifesto yang sama," katanya dan menurutnya malah pergaduhan berhubung hukum hudud di kalangan pakatan pembangkang juga telah berlaku secara terbuka.



Najib berkata ini menunjukkan yang mereka tidak mempunyai pendirian bersama dan dasar bersama mengenai bagaimana negara ini akan ditadbir urus, dan ini diperkukuhkan lagi dengan kegagalan pembangkang mengisytiharkan "kabinet bayangan" mereka.



Najib berkata negara tidak seharusnya diperintah oleh pakatan pembangkang yang berterusan menabur janji yang tidak mampu ditunaikan.



Beliau berkata 75 peratus janji dibuat oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat masih tidak ditunaikan manakala BN terpaksa campur tangan untuk menyelesaikan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang pimpinan DAP.



Perdana Menteri juga berkata seorang pemimpin perlu adil dan saksama, sikap yang tidak terdapat pada diri ketua pembangkang yang telah cuba menghalang seorang pegawai kanan pelajaran yang kompeten di Pulau Pinang daripada dinaikkan pangkat satu ketika dahulu.



"Bila saya semak perkara itu, saya sanggup mengambil risiko. Dia (ketika itu) Timbalan Perdana Menteri, saya pula Menteri Pendidikan...saya kata "tidak", pegawai itu mesti diberikan jawatan Pengarah Pelajaran. Dan saya bersedia menghadapi akibatnya demi menegakkan prinsip. Seorang pemimpin perlu bersikap adil dan saksama," katanya.



Beralih kepada Belanjawan 2013 yang dibentangkan beliau pada Jumaat, Najib berkata mantera falsafah kerajaan dalam penyediaannya adalah mendahulukan rakyat dan segala langkah yang dibuat adalah untuk rakyat.



"Belanjawan ini adalah mengenai rakyat serta untuk menggerakkan ekonomi. Anda tidak boleh hanya bercakap mengenai rakyat tanpa menggerakkan ekonomi, tanpa menarik pelaburan asing, pelaburan domestik, inovasi dan produktiviti.



"Terdapat 111 inisiatif atau touch points dalam Belanjawan 2013. Bacalah satu persatu-satu," katanya.



- Bernama







SUMBER: http://sangkakalajari9.blogspot.com/2012/09/kutuk-hasut-janji.html
Read more »

NIK AZIZ NAK BERKONVOI PULAK

0 comments
Dipetik dari laporan Malaysiakini hari ini yang mengatakan bahawa Dato Nik Aziz akan mengetuai konvoi ke Istana Kehakiman Putrajaya bagi menuntut Royalti Minyak bagi negeri Cik Siti Wan Kembang itu.



Apa yang menariknya dalam laporan tersebut, Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) mahu membuktikan bahawa rakyat Kelantan telah bangkit bagi menuntut royalti tersebut.



Kenapa Sangkakala kata menarik? Biasanya kalau PAS mengadakan himpunan seperti itu, sudah pastilah yang akan hadir nanti bukan anak anak Kelantan jati, tapi ianya akan dihadiri oleh rakyat negeri lain yang tidak ada kena mengena langsung dengan negeri itu.



Dan seperti biasa , PAS akan mencanangkan bahawa itu semua adalah anak anak Kelantan yang menuntut royalti minyak.



Jadi untuk itu, mari kita lihat nanti berapa anak Kelantan yang akan hadir dalam konvoi tersebut.





Psss..Anwar pun mesti datang juga kan? Dia anak Kelantan ke?







SUMBER: http://sangkakalajari9.blogspot.com/2012/09/nik-aziz-nak-berkonvoi-pulak.html
Read more »

LAPAN SUSPEK KES BUNUH EDWIN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH

0 comments

LAWAS: Lapan suspek utama kes pembunuhan kejam, Edwin Singa, 19, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Lawas semalam bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati. Kes tersebut dibacakan di hadapan Pendaftar Kanan Majistret di sini untuk kali pertama sebelum kesemua mereka dihantar ke Penjara Pusat Limbang sekitar jam 3 petang. Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Fauzilan Abdul Aziz berkata, polis membebaskan seorang lagi suspek selepas hasil siasatan mendapati beliau ti-dak terlibat dalam pembunuhan tersebut. “Bagaimanapun, pihak polis masih memburu saki-baki suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Edwin Singa, 21 September lepas di bandar Lawas,” kata-nya pada sidang akhbar di sini, semalam. Turut hadir Ketua Keten-teraman Awam Polis Diraja Malaysia Lawas, Cif Inspektor Liong Tindan. Faulizan memberitahu, pertuduhan dibacakan terhadap kesemua suspek yang terdiri daripada individu dari beberapa kampung berlainan serta melibatkan kaum dan agama berbeza di daerah ini. “Kita telah menjalankan siasatan ke atas semua suspek yang datang dari kampung, agama dan kaum berlainan dan bukannya hanya melibatkan satu kaum dan agama sahaja seperti yang disebarkan dalam banyak media sosial atas tujuan tidak baik,” tegasnya. Beliau berkata, polis akan terus melakukan pemantauan terhadap mana-mana individu atau pihak yang cuba menyebarkan fitnah, khabar angin dan seumpamanya melalui te-lefon, cerita mulut dan laman sosial seperti Facebook atau blog di bawah Seksyen 505 yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Katanya lagi, selain polis, Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut meluluskan bantuan seramai 30 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) bagi tujuan meronda di sekitar kampung dan bandar Lawas untuk bersama-sama membantu polis membanteras kegiatan jenayah. “Kita juga akan terus me-ningkatkan kadar rondaan dan kehadiran polis di tempat-tempat awam di Lawas untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keadaan sebenar tentang daerah ini yang kembali aman dan tenang se-perti biasa,” ujar beliau. Beliau turut berterima kasih kepada semua pegawai dan anggota polis daerah Lawas dan Limbang dari semua unit dan jabatan kerana memberikan kerjasama tanpa mengira siang dan malam untuk menyelesaikan kes itu dalam tempoh lapan hari sahaja. “Ini juga jelas menunjukkan Polis Diraja Malaysia serius dalam usaha membanteras dan memerangi jenayah di semua tempat khususnya di daerah Lawas,” tambahnya. Katanya lagi, polis juga memohon kerjasama pemimpin masyarakat dan ketua-ketua agama untuk sama-sama menenangkan keadaan, malah membantu pihak sekolah untuk memberi penerangan kepada golongan pelajar jika khidmat mereka diperlukan. “Kita mempunyai Pegawai Perhubungan di setiap sekolah yang diarah untuk turun ke sekolah jagaan masing-masing memberi penjelasan,” jelasnya. Pada malam Jumaat lepas, Edwin dibunuh kejam dalam satu insiden pergaduhan di bandar ini. Dalam kejadian sekitar jam 7 malam itu, mangsa ditemui mati selepas dipercayai dipukul dengan objek keras di kepalanya serta ditikam dengan pemutar skru sehingga menembusi salah satu lubang telinganya. Siasatan awal polis mendapati mangsa diserang oleh lebih daripada seorang suspek di hadapan sebuah kafe siber di bandar ini. Polis juga mengesahkan mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Lawas untuk mendapatkan rawatan kecemasan dalam pergaduhan yang dipercayai bermotifkan dendam. Ekoran itu, satu perhimpunan melibatkan masyarakat setempat diadakan untuk menyerahkan satu memorandum kepada Ketua Polis Daerah Lawas bagi memastikan penjenayah dihukum dengan hukuman setimpal dan mengembalikan keadaan aman di Lawas. Ia termasuk menguatkuasakan undang-undang ke atas pengusaha premis perjudian, permainan kafe siber dan aktiviti membabitkan penyalahgunaan dadah.

Sumber:borneopost








SUMBER: http://bujangsenangbn.blogspot.com/2012/09/lapan-suspek-kes-bunuh-edwin-dihadapkan.html
Read more »

Komen TERBAIK Bajet 2013 Dari Mahfuz

0 comments
Komen TERBAIK dari seorang pemimpin terhadap Bajet 2013





Artikel berupa dedikasi khas buat Mahfuz .... Akan kuabadikan kata-kata hikmat ini dalam blog ku yang tak seberapa ini, semoga mendatangkan inspirasi tatkala jiwa tak keruan ...



PS - Nanti-nanti bila saya dah faham apa yang Mahfuz cuba sampaikan, saya akan komen ....





SUMBER: http://dinturtle.blogspot.com/2012/09/komen-terbaik-bajet-2013-dari-mahfuz.html
Read more »

PERLU BACA.....SELOKA BAJET 2013...

0 comments
Read more »

PROGRAM LAN BERAMBEH ANAK SARAWAK 2012

0 comments
Read more »

BAJET 2013 MENGECEWAKAN ANWAR IBRAHIM

0 comments





Intipati Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di Dewan Rakyat petang tadi benar-benar membuatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Pembangkang tertunduk kecewa dan malu. Ini disebabkan Bajet 2013 sesuai dengan temanya ‘Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat: Sebuah Janji Ditepati yang dikhususkan kepada rakyat Malaysia yang semenangnya mahu ekonomi negara terus kukuh dan berdaya saing.



Manakala, Bajet 2013 Pakatan Pembangkang yang dibentangkan sebelum pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri lebih terarah kepada menjahanamkan ekonomi Malaysia dan seterusnya menyebabkan Malaysia bankrap.



Ini sekaligus membuatkan rakyat boleh menilai siapakah (Kerajaan BN atau Pakatan Pembangkang) benar-benar membela rakyat dan menunaikan janji ditepati.



Selepas pembentangan Bajet 2013 itu, Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Pembangkang lain segera melontarkan cabaran kepada Perdana Menteri bagi mendengar perbahasan berhubung Bajet 2013 pada Isnin ini.






Ini kerana, bermula Isnin ini, Anwar Ibrahim akan membahaskan cadangan Bajet 2013. Dengan harapan, Isnin ini Anwar Ibrahim akan cuba untuk ‘memalukan’ Najib Razak dalam perbahasan itu setelah Anwar Ibrahim dikecewakan dengan teruk pada petang tadi semasa pembentangan Bajet 2013.



Menjadi kelaziman Pakatan Pembangkang yang tidak akan bersetuju terhadap Bajet 2013 yang dibentangkan Najib Razak biarpun pelbagai inisiatif dan pelbagai macam peruntukan yang dikhaskan kepada rakyat dalam menangani ekonomi dunia yang sentiasa berubah.



Secara keseluruhan, rakyat di Malaysia menyambut baik intipati pembentangan Bajet 2013 yang meliputi keseluruhan lapisan sama daripada kanak-kanak sehiggalah kepada golongan veteran. Begitu juga kepada penjawat awam dan swasta sehinggalah kepada syarikat-syarikat besar.



Najib Razak dalam pengakhiran pembentangan Bajet 2013 menggesa rakyat menilai perbuatan dan tindakan yang telah dilaksanakan Kerajaan BN dalam mensejahterakan rakyat berteraskan janji ditepati berbanding Pakatan Pembangkang yang hanya retorik dan berjanji hanya untuk mengaburi mata rakyat menjelang pilihan raya.



Najib Razak juga meminta rakyat menilai semula perbuatan pemimpin Pakatan Pembangkang yang kini mentadbir 4 buah negeri tetapi dipenuhi dengan pelbagai macam masalah. Apakah pula yang akan berlaku sekiranya Pakatan Pembangkang memerintah negara? Justeru, Bajet 2013 yang dibentangkan Najib Razak itu telah meliputi keseluruhan dan segenap lapisan masyarakat tanpa meninggalkan kesangsian.






SUMBER: http://cetusankenyalang.blogspot.com/2012/09/bajet-2013-mengecewakan-anwar-ibrahim.html
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog