2,020 pengguna tuntut ganti rugi air percuma RM 1.1 juta.

0 comments


SHAH ALAM 19 Sept. - Seramai 2,020 pengguna air membabitkan kawasan Shah Alam dan Petaling Jaya hari ini memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM1.1 juta terhadap Menteri Besar, Tan Abdul Khalid Ibrahim atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Selain Abdul Khalid, plaintif, Kamarulzaman Kamarudin yang mewakili 2,019 pengguna air lain turut menamakan kerajaan negeri Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) sebagai defendan.


Mereka memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, pada pukul 9.45 pagi melalui Tetuan Kamarudin & Partners. - UTUSAN(UTUSAN ONLINE-DALAM NEGERI).Posted by abnmulya at 1325 hrs on Sept.,19,2012.








via SapdalKrew http://abnmulya.blogspot.com/2012/09/2020-pengguna-tuntut-ganti-rugi-air.html
Read more »

Bendera baru berkibar di Selangor Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR

0 comments

Bendera baru berkibar di Selangor


Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR dan MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN

pengarang@utusan.com.my


BENDERA merah putih Sang Saka Malaya dilihat dipasang di jejantas Bulatan Megawati, Seksyen 20, Shah Alam, Selangor, semalam.


KUALA LUMPUR 17 Sept. - Ketika rakyat seluruh negara menyambut Hari Malaysia semalam, terdapat pihak tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan biadab apabila mengibarkan bendera merah putih bagi menggantikan Jalur Gemilang di beberapa tempat di Selangor.


Menurut blog www.sel13.com, perbuatan tidak bertanggungjawab mengibarkan bendera selain Jalur Gemilang tersebut yang mula dilakukan pada malam sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka di sini 30 Ogos lalu, kini dikesan merebak di negeri itu sejak minggu lalu.


Dengan memaparkan beberapa gambar dalam entri bertajuk ‘Bendera Baru Berkibar Di Selangor Sambut Hari Malaysia’, pengendali blog berkenaan mendakwa pengibaran bendera itu boleh dilihat di Damansara, Subang dan Shah Alam.(Utusan online-dalam negeri)Posted by abnmulya at 8.51 am on Sept.,18,2012.


...





via SapdalKrew http://abnmulya.blogspot.com/2012/09/bendera-baru-berkibar-di-selangor.html
Read more »

JANJI ANWAR IBRAHIM KEPADA SARAWAK 16 SEPTEMBER 2012

0 comments



Jika sebelum ini Anwar Ibrahim berjanji untuk mengambilalih Putrajaya pada 16 September 2008, tetapi itu sekadar janji pemimpin yang kecewa. Setelah hampir 5 tahun Anwar Ibrahim membohongi rakyat Malaysia, kini tiba giliran rakyat Sarawak pula dijanjikan bulan dan bintang. Apakah rakyat Sarawak sedia untuk dibohongi Anwar Ibrahim?



Kehadiran Anwar Ibrahim ke Sarawak pada 16 September lepas hanya semata-mata mahu menabur janji kepada rakyat Sarawak. Jika benar Anwar Ibrahim mengambil berat tentang Sarawak, kenapa hanya berada di Sarawak tidak sampai 24 jam? Tidak sampai 24 jam, Anwar Ibrahim dan rombongan segera berlepas ke Kuala Lumpur.



Deklarasi Sarawak yang ditandatangani pemimpin Pakatan Pembangkang Pusat yang terdiri daripada Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang. Manakala, pemimpin Pakatan Pembangkang Sarawak terdiri daripada Baru Bian, Wong Ho Leng dan Adam Ahid.



Sepatutnya Anwar Ibrahim tidak perlu ke Sarawak dan mengadakan Deklarasi Sarawak sebaliknya fokus dalam menunaikan janjinya ke Putrajaya. Tetapi, tindakan lari ke Sarawak hanya untuk menandatangani Deklarasi Sarawak hanyalah helah bagi menutup keaiban janji-janji yang masih belum tertunai kepada rakyat.



Apakah sebenarnya Deklarasi Sarawak yang diusulkan Pakatan Pembangkang? Difahamkan, deklarasi itu tidak ubah seperti “janji-janji” Pakatan Pembangkang kepada seluruh rakyat Sarawak dan Sabah dalam memastikan rakyatnya hidup sejahtera.



Selama ini rakyat Sarawak dan Sabah hidup dalam aman dan sejahtera di bawah pentadbiran BN. Namun, kemasukan politik Pakatan Pembangkang di kedua-dua negeri Borneo itu telah mengubah landskap politiknya ke arah kemusnahan. Lihat saja sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 yang menyaksikan pergaduhan dan kempen keganasan yang dianjurkan Pakatan Pembangkang hingga menyebabkan rakyat mula takut untuk mengundi.








PERKARA 1: KERJASAMA BERSEKUTU

Kami akan memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sarawak dan Sabah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.



Ini suatu lagi janji yang belum pasti ditunaikan Pakatan Pembangkang kerana selama ini merekalah yang banyak membantah akan Perjanjian Malaysia yang telah dimetrai pada 16 September 1963. Dan, kini mula menunjukkan ‘hero’ kepada rakyat Sarawak bahawa mereka mengambil berat tentang Pejanjian Malaysia itu.





PERKARA 2: PERWAKILAN YANG ADIL

Kami akan mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.



Integrasi Nasional? Sememangnya pemimpin Pakatan Pembangkang yang mula-mula menjaja keganasan seperti yang mereka lakukan dalam Perhimpunan BERSIH dan Himpunan Hijaun. Akibat daripada itu, gejala itu mula merebak di Sarawak dan dipelopori Pakatan Pembangkang di Sarawak khususnya DAP. Inikah yang dinamakan Integrasi Nasional?





PERKARA 3: KEWARGANEGARAAN

Kami akan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.



Kerajaan telahpun menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menangani kemasukan pendatang tanpa izin dan isu kerakyatan. Sebenarnya janji Pakatan Pembangkang itu sudah ditakuk lama dan telahpun dilaksanakan. Sebaliknya, Pakatan Pembangkang harus menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat video seks Anwar Ibrahim dan keganasan Perhimpunan BERSIH.





PERKARA 4: PENGIKTIRAFAN HAK KE ATAS TANAH ADAT

Kami akan menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.



Kerajaan yang memerintah telahpun mengadakan beberapa langkah untuk menghormati dan mengiktiraf tanah adat Bumiputera mengikut undang-undang. Namun, langkah itu disalahertikan rakyat akibat hasutan pemimpin Pakatan Pembangkang khususnya DAP dan PKR yang cuba mengambil kesempatan dengan menyediakan perkhidmatan guaman secara berbayar biarpun diwar-warkan secara percuma.





PERKARA 5: KECEKAPAN DAN KEMANDIRIAN SARAWAK DAN SABAH

Kami akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh Setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.



Ini suatu lagi janji kosong Pakatan Pembangkang. Kerajaan telah cuba untuk memberikan sebanyak peluang kepada rakyat tempatan untuk mengisi jawatan penting dalam pentadbiran di jabatan dan agensi kerajaan. Namun, itu semua perlu dilaksanakan secara berperingkat dan mengambil masa. Cubaan Pakatan Pembangkang itu adalah bertujuan untuk menarik sokongan penjawat awam.





PERKARA 6: KEADILAN DALAM ISU MINYAK

Kami akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.



Sebelum Pakatan Pembangkang cuba membawa isu ini, pemimpin Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah telahpun mengemukakannya kepada Kerajaan Pusat. Dan, difahamkan, Kerajaan Pusat akan mempertimbangkannya mengikut kesesuaian dan keperluan.





PERKARA 7: PEMBANGUNAN SEKATA

Kami akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.



Ini suatu lagi janji yang belum pasti Pakatan Pembangkang. Bagaimana Kelantan yang telah diperintah selama 22 tahun masih belum maju dan kekurangan infrastruktur. Inikan pula nak memajukan infrastruktur di Sarawak dan Sabah?


Apakah rakyat Sarawak mahu ditipu lagi pemimpin Pakatan Pembangkang seperti Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng? Mereka hanya mahukan kuasa bukan untuk membela nasih rakyat Sarawak dan Sabah. Lihat bagaimana rakyat Selangor dan Pulau Pinang terseksa di negeri sendiri akibat kerakusan pemimpin Pakatan Pembangkang yang banyak melebihkan politik berbanding membela nasib rakyat. Atas sebab itu pemimpin Pakatan Pembangkang takut kepada ayat “Janji Ditepati”.






via SapdalKrew http://cetusankenyalang.blogspot.com/2012/09/janji-anwar-ibrahim-kepada-sarawak-16.html
Read more »

Idea paling bodoh dari Teck Lee

0 comments
Presiden

Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee berjanji untuk

mengeluarkan semula kad pengenalan khas yang membezakan warga Sabah

dengan penduduk lain di Malaysia, sekiranya berjaya membentuk kerajaan

pada pilihan raya akan datang.



Bekas ketua menteri itu berkata,

kad pengenalan berkenaan bertujuan untuk membezakan warga Sabah yang

tulen atau sebaliknya memandangkan



via SapdalKrew http://masdarwahid.blogspot.com/2012/09/idea-paling-boodh-pernah-saya-dengar.html
Read more »

7 inti penting deklarasi Kuching

0 comments
KUCHING 17 September 2012 : Deklarasi Kuching yang ditandatangani pemimpin

tertinggi Pakatan Rakyat (Pakatan) sempena sambutan Hari Malaysia

semalam antara lain bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah dan

Sarawak serta pembangunan kedua-dua negeri.





Deklarasi yang menggariskan tujuh perkara pokok bagi membela rakyat

di kedua-dua negeri itu adalah kotmitmen Pakatan untuk menghormati



via SapdalKrew http://masdarwahid.blogspot.com/2012/09/7-inti-penting-deklarasi-kuching.html
Read more »

Profil calon KEADILAN di Labuan

0 comments
Bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim

Menudin yang turut terlibat dalam membawa masuk parti itu ke negeri

berkenaan,pada 15 September 2012 membuat pengumuman menyertai KEADILAN.



Ia

dibuat depan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa

pemimpin utama parti itu pada satu majlis Kampung Batu Arang di sini,

kira-kira jam 3.30 petang ini.



via SapdalKrew http://masdarwahid.blogspot.com/2012/09/profil-calon-keadilan-di-labuan.html
Read more »

Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia sama penting NAJIB Tun Razak

0 comments

Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia sama penting



NAJIB Tun Razak bersama pemimpin Persekutuan dan negeri serta rakyat jelata berbilang kaum mengibarkan Jalur Gemilang meraikan sambutan Hari Malaysia Ke-49 di Bintulu, Sarawak, malam tadi. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN


BINTULU 16 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak tidak membandingkan status Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia memandangkan dua hari kebesaran negara itu merupakan tarikh keramat yang sama penting dan amat signifikan kepada seluruh warga Malaysia.


Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, tarikh 31 Ogos dan 16 September perlu dirai dan dihayati sepenuhnya setiap rakyat di negara ini tanpa mengira latar belakang.


Apa yang penting tambah beliau, rakyat perlu menerima pembaharuan dengan mengorak langkah ke hadapan bersama-sama kerajaan merealisasikan hasrat mencapai status sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.


“Tidak perlulah mempertikaikan mana yang lebih besar, sama ada 31 Ogos atau 16 September lebih bermakna kerana kedua-dua adalah tarikh keramat untuk negara dan paling penting, Sarawak sudah merdeka dalam Malaysia.


“Orang Barat kata, ‘no use looking back but let us looking forward’ (tidak ada guna bergerak ke belakang sebaliknya marilah bersama-sama menuju ke hadapan), dan ‘looking forward’ (menuju ke hadapan) itu menjadi negara Malaysia yang maju sepenuhnya dan berpendapatan tinggi," katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Hari Malaysia 2012 di Kampung Assyakirin, di sini hari ini.


Hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Masnah Rais.


Pada majlis yang dihadiri lebih 10,000 pengunjung itu, Najib turut merasmikan Padang Futsal Kampung Assyakirin serta menyampaikan sumbangan berupa wang tunai RM10,000 kepada empat buah kampung terpilih.


Dalam pada itu, kesanggupan orang ramai berbaris sepanjang kira-kira satu kilometer seawal 4 petang untuk menyambut ketibaan dan bersalaman dengan beliau turut menarik perhatian Najib.


“Kami mengambil masa 35 minit untuk sampai ke pentas kerana ramainya orang mahu bersalam dan perkara ini tidak ada dalam program.


“Kalau bersalam di sebelah kanan, yang kiri pula bertempik PM...PM. Malah, ada yang menjerit ‘I love u PM’, itu tidak mengapa jangan I ‘love u Najib’ takut jadi lain," seloroh beliau.(UTUSAN ONLINE-DALAM NEGERI) POSTED BY ABNMULYA AT 8.05 AM ON sEPT.,17,2012.







via SapdalKrew http://abnmulya.blogspot.com/2012/09/hari-kemerdekaan-hari-malaysia-sama.html
Read more »

Jalur Gemilang terbesar berjaya dinaikkan dfari dasar laut

0 comments




PULAU REDANG 16 Sept. - Sambutan Hari Malaysia hari ini lebih meriah selepas sembilan penyelam skuba Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) berjaya menaikkan Jalur Gemilang terbesar dari dasar laut.


Jalur Gemilang yang mempunyai ukuran 9.43 x 4.13 meter itu dinaikkan pada pukul 10 pagi oleh penyelam skuba berkenaan sambil dibantu oleh krew Pusat Selam Skuba Sea Monkey dari kedalaman 7 meter di pantai Teluk Kalong di sini.


Program sempena sambutan Hari Malaysia itu turut tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dan sekali gus memadamkan rekod terdahulu yang pernah dilakukan pada 2010.


Pengarah Program 'Malaysia Day Dive 2012' MPSepang, Mohamad Firdaus Mohamad Marji berkata, penganjuran program itu sedikit sebanyak memberi ingatan kepada para peserta mengenai kedaulatan negara selain kebanggaan Jalur Gemilang sebagai panji-panji Malaysia.


"Kejayaan yang kami lakukan ini menunjukkan apa pun terjadi, Jalur Gemilang yang menjadi kebangaan setiap rakyat Malaysia harus dipertahankan demi kedaulatan negara dalam apa jua situasi.


"Walaupun sukar seperti selam skuba, namun dengan usaha yang dijalankan, Jalur Gemilang berjaya dikibarkan (dinaikkan) dari dasar laut," katanya di sini hari ini.


Program ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Taman Laut, Kamaruddin Ibrahim dan dianjurkan bersama oleh Kelab Sukan dan Kebajikan MPSepang, Jabatan Taman Laut, Pusat Selam Skuba Sea Monkey dan diiktiraf oleh MBOR.


Keseluruhan laporan langsung program ini boleh diikuti secara langsung di Utusan Online-berita terkini). Posted by abnmulya at 12.24 am on Sept.,17,2012.










via SapdalKrew http://abnmulya.blogspot.com/2012/09/jalur-gemilang-terbesar-berjaya.html
Read more »

BN Sabah Tidak Tergugat Tindakan Yahya Lampong Sertai PKR

0 comments










Datuk Seri Musa Aman

BEAUFORT, 16 Sept (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menegaskan kekuatan dan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di Sabah tidak terjejas berikutan tindakan bekas Timbalan Menteri persekutuan Datuk Yahya Lampong dan tokoh korporat terkenal Tan Sri Ibrahim Menudin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).



"Itu hak masing-masing. Kita akan terus kuat dan mantap serta bersatu padu. Apa yang penting kami akan menghadapi pilihan raya umum dengan semangat berkobar-kobar bagi memastikan kejayaan besar BN di Sabah dan di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Beaufort di Dewan Pa Musa Beaufort, di sini hari ini.



Musa yang juga Pengerusi BN negeri berkata demikian ketika diminta mengulas perkara itu. Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Ibrahim dan Yahya masing-masing menyertai PKR di Labuan dan Dalit, Tuaran.



Pada pilihan raya umum lepas, BN hampir menyapu bersih 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta 25 kerusi Parlimen dan hanya tewas di kerusi DUN Sri Tanjung (Tawau) dan Parlimen Kota Kinabalu.



Musa berkata kerajaan BN akan terus membangunkan negeri ini demi kebaikan rakyat Sabah secara keseluruhannya.



Terdahulu dalam ucapannya, Musa meminta rakyat Beaufort menyokong sesiapa sahaja calon yang dikemukakan pucuk pimpinan parti pada pilihan raya umum akan datang.



"Kalau wakil rakyat daripada parti pembangkang...apa gunanya. Banyak tempat yang diwakili pembangkang tidak dapat berbuat apa-apa sebab tiada peruntukan dan tidak boleh berjumpa Perdana Menteri.



"Kalau wakil rakyat BN, Perdana Menteri ialah Pengerusi BN dan Ketua Menteri, Pengerusi BN negeri...senang berbincang. Jadi ini penting kita pastikan wakil rakyat BN supaya pembangunan dapat diteruskan di seluruh Sabah," katanya.



Parlimen Beaufort kini disandang bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin yang baru-baru ini, menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang.



Musa berkata pakatan pembangkang yang memerintah di empat buah negeri kini ketakutan kerajaan BN akan mengambil alih kuasa di negeri-negeri berkenaan.



"Sekarang mereka datang ke Sabah berlagak umpama mengajar itik berenang. Sebenarnya rekod pencapaian kerajaan BN di Sabah jauh lebih baik. Keadaan politik di tempat mereka kini terumbang-ambing dan kucar-kacir. Misalnya di Selangor...di sana sini ada masalah termasuk masalah air.



"Mereka juga menabur pelbagai janji yang tidak masuk akal. Saya sebagai Menteri Kewangan Negeri tahu Malaysia akan muflis jika semua diberi secara percuma. Ini satu pembohongan besar pembangkang...ini tidak betul," katanya.



Musa turut mempersoalkan :"Kalau semua diberikan percuma, mana untuk pembangunan? Sebagai contoh, di Sabah sahaja kerajaan negeri membayar emolumen atau gaji penjawat awam negeri sekitar RM700 juta setahun."



Beliau berharap rakyat Sabah tidak terpengaruh dengan janji manis pembangkang yang terdesak meraih sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13.



-- BERNAMA






via SapdalKrew http://sskeruak.blogspot.com/2012/09/bn-sabah-tidak-tergugat-tindakan-yahya.html
Read more »

BN Sabah tidak tergugat tindakan Yahya Lampong sertai PKR- Musa Aman

0 comments
BEAUFORT 16 Sept. - Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman (GAMBAR) menegaskan kekuatan dan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di Sabah tidak terjejas berikutan tindakan bekas Timbalan Menteri Persekutuan, Datuk Yahya Lampong dan tokoh korporat terkenal Tan Sri Ibrahim Menudin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Itu hak masing-masing. Kita akan terus kuat dan mantap serta bersatu padu. Apa yang penting kami akan menghadapi pilihan raya umum dengan semangat berkobar-kobar bagi memastikan kejayaan besar BN di Sabah dan di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Beaufort di Dewan Pa Musa Beaufort, di sini hari ini.


Musa yang juga Pengerusi BN negeri berkata demikian ketika diminta mengulas perkara itu. Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Ibrahim dan Yahya masing-masing menyertai PKR di Labuan dan Dalit, Tuaran.


Pada pilihan raya umum lepas, BN hampir menyapu bersih 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta 25 kerusi Parlimen dan hanya tewas di kerusi DUN Sri Tanjung (Tawau) dan Parlimen Kota Kinabalu. - BERNAMA(Utusan online-dalam negeri).POSTED BY ABNMULYA AT 925 HRS ON SEPT.,16,20912.







via SapdalKrew http://abnmulya.blogspot.com/2012/09/bn-sabah-tidak-tergugat-tindakan-yahya.html
Read more »

FILEM INNOCENCE OF MUSLIMS: UMNO DAN PAS BANTAH TAPI PKR DAN DAP BERDIAM DIRI

0 comments







Yahudi adalah musuh Islam dan negara-negara Islam. Mereka ini adalah kaum yang akan dilaknat Allah swt di akhirat kelak bersesuaian dengan perbuatan mereka yang memusuh umat Islam di dunia. Untuk itu, terciptalah filem Innocence of Muslims yang diterbitkan oleh puak Yahudi Amerika Syarikat, kaum yang menyokong Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang di Malaysia.



Jika George Soros, penyangak mata wang yang menjadi penyebab kepada kemelesetan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 ‘dihalalkan’ dalam memberi dana dan peruntukan kepada SUARAM, Malaysiakini dan Institut Kajian Dasar sehingga menyebabkan Anwar Ibrahim terpaksa dan dipaksa senyap dalam isu filem Innocence of Muslims. Jika bersuara sekalipun, Anwar Ibrahim terpaksa mengatur ayat takut disalahertikan pihak Yahudi yang boleh menyekat pemberian peruntukan khususnya dalam menghadapi PRU-13 akan datang.



Sehingga kini, secara jelas UMNO dan PAS telah sepakat menentang sekeras-kerasnya terhadap penerbitan dan penayangan filem Innocence of Muslims di dunia dan mengharamkan penayangannya di Malaysia. Bagaimanapun, filem Innocence of Muslims itu masih boleh ditonton di Malaysia menerusi YouTube.



UMNO menyatakan persetujuan untuk bergabung dengan PAS selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mencadangkan untuk bersama menghalang penerbitan video Innocence of Muslims. Manakala, Ahmad Maslan berkata, cadangan itu sangat baik dalam usaha menentang musuh Islam supaya tidak terus memburuk-burukkan Nabi Muhammad SAW.



Menerusi kenyataan Google Inc Inc menyatakan, pihaknya tidak akan mengeluarkan sedutan filem Innocence of Muslims daripada laman web perkongsian video itu. Sebaliknya hanya disekat di Libya dan Mesir sahaja ekoran penentangan berterusan daripada rakyat dan kerajaan kedua-dua negara itu.



Filem Innocence of Muslims merupakan arahan Sam Bacile, 52, dari California yang menggambarkan Nabi Muhammad S.A.W pernah tidur dengan ramai wanita, mengisahkan pembunuhan kanak-kanak dan mendakwa keldai sebagai haiwan Islam pertama.



Begitupun, PKR dan DAP rakan PAS dalam Pakatan Pembangkang sehingga kini masih belum menyatakan pendirian. PAS dalam pada itu menegaskan bantahan mereka itu adalah atas PAS bukan Pakatan Pembangkang. Di manakah suara Anwar Ibrahim dan Karpal Singh dalam isu Innocence of Muslims?



Karpal Singh yang merupakan kafir anti-Islam sudah pasti tidak akan menyatakan pendiriannya dalam isu Innocence of Muslims. Sebaliknya, menjadikan Anwar Ibrahim sebagai kuda tunggangan untuk memberikan kenyataan dan pandangan.






via SapdalKrew http://cetusankenyalang.blogspot.com/2012/09/filem-innocence-of-muslims-umno-dan-pas.html
Read more »

BAHARUDDIN BUKAN MATI SYAHID

0 comments
Mahkamah Koroner semalam memutuskan bahawa kematian pemandu teksi yang juga ahli PAS, Baharudin Ahmad semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lepas adalah kerana sebab-sebab semula jadi.



Koroner Zulkipli Abdullah menolak sebarang perbuatan khianat,

tetapi mendapati ada gas pemedih mata dan air bercampur kimia di tempat Baharudin berada pada masa kematiannya.



Ini juga jelas menunjukkan bahawa mangsa tidak mati syahid kerana kematian semulajadi adalah perkara biasa dan pasti akan berlaku pada setiap manusia.



PAS yang mendakwa bahawa setiap ahli mereka yang mati akibat dari pertempuran seperti itu adalah syahid dan ianya juga dengan kes yang melibatkan Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya yang gugur setelah bertempur dengan anggota keselamatan dalam peristiwa Memali.



Kita kini dapat melihat bagaimana PAS dan Pembangkang menggunakan ahli mereka untuk kepentingan parti dan pemimpin yang gilakan kuasa.



Sama seperti peristiwa Memali, ahli PAS telah melakukan rusuhan hingga mengakibatkan kematian akibat daripada terlalu mengikut perasaan dan ianya juga kerana amanat haji Hadi yang dikeluarkan mengatakan bahawa setiap ahli PAS yang berjuang menentang kerajaan adalah syahid.



Setelah beberapa lama, Hadi Awang yang mengeluarkan amanat itu mula melupakan kejadian tersebut dengan mengikut telunjuk DAP dan PKR.



Adakah ini yang dikatakan perjuangan Islam sebenar yang dilaung laungkan oleh PAS selama ini?



Rakyat Malaysia khususnya perlu menilai dimana kedudukan PAS hingga sanggup memanipulasi ahli yang taat serta setia kepada mereka.



Parti ini tidak mungkin akan mampu untuk menjadi sebuah kerajaan apabila mereka hanya mengikut telunjuk DAP dan PKR semata mata dan laungan yang mengatakan PAS akan menggantikan UMNO adalah tidak relevan sama sekali, ini kerana kerusi parlimen yang di pertandingkan oleh PAS adalah terlalu sedikit berbanding DAP dan ini boleh dilihat bagaimana PAS akan berjaya mewujudkan sebuah negara Islam menurut mereka.






via SapdalKrew http://sangkakalajari9.blogspot.com/2012/09/baharuddin-bukan-mati-syahid.html
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog