Datu Akjan dikhianati Mutalib M.D.?


Emel Pembaca

Mutalib minta RM25,000 sebulan & jawatan Perdana Menteri kerajaan Akjan


Saudara Sapdal,

Sekarang Datu Akjan dilaporkan telah ditangkap dan Mutalib Muhammed Daud yang lebih dikenali dengan nama Mutalib M.D. iaitu pengendali portal sesawang Sabahkini yang mempunyai 500 orang pengunjung harian bergegas memberi keterangan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Sabah berhubung ‘Pertabalan Akjan’ sebagai ‘Sultan Sulu’. 

Dia akan menjadi saksi utama kes kerana Sabahkini.net yang mula sekali menyiarkan isu tersebut sebelum dimuat turun oleh akhbar tempatan dan dijadikan isu politik oleh pemimpin politik Sabah. Tentu saudara ingin tahu kenapa Sabahkini mendapat hak ekslusif cerita pertabalan Sultan Akjan. Jangan pula masyarakat di Sabah  lupa lakonan Mutalib.  Sebelum cerita SAPP menaja Sabahkini keluar sebenarnya Datu Akjan telah bersetuju menaja Sabahkini sebanyak RM25,000 sebulan. Tetapi memandangkan jumlah ini agak besar, Akjan memberi syarat Mutalib mesti bekerja sebagai 'Menteri Penerangan' kabinet dalam buangan 'Kerajaan Sulu' pimpinannya untuk mengurus publisiti Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Sultan Shariful-Hashim II iaitu gelaran bagi Akjan sebagai Sultan Sulu, melalui Sabahkini.

Akjan berminat kerana menyangka  Sabahkini betul-betul mempunyai 3 juta pengunjung sehari seperti yang sentiasa dihebohkan oleh Mutalib.  Akjan seterusnya membayar  dua bulan deposit serta bayaran bulan pertama berjumlah RM75,000 yang sepatutnya menjamin semua akan berjalan lancar. Malangnya Mutalib tiba-tiba bertukar fikiran disaat-saat akhir, agaknya tamak sudah menguasai diri. Dia menuntut jawatan Perdana Menteri, belanja tajaan bulanan RM25,000 serta majlis perlantikan rasmi  untuk dirinya sejurus acara pemahkotaan Datu Akjan selesai dilakukan pada malam itu.  Sudah tentu ini amat tidak di senangi oleh Datu Albi Ahmad Julkarnain Perdana Menteri yang telah dilantik terlebih awal begitu juga ahli-ahli kabinet yang lain, lalu pertengkaran besar telah berlaku dalam dua sessi rundingan terahkir sebelum pertabalan.

Sebaik saja rundingan telah menjadi gagal berantakan, Mutalib mula menjalankan kerja-kerja licik dengan mengeluarkan secara serentak berita-berita memuji dan mengutuk Akjan dengan harapan memberi tekanan kepada Akjan dan menteri-menterinya. Tetapi Akjan telahpun 'berpatah arang' dan tidak mahu berurusan apa-apa lagi dengan Mutalib yang menghebohkan berita-berita yang tidak patut dan menjadikan Akjan seolah-olah Pak Pandir, terbang lesap RM75,000 lepas itu kena belot lagi.

datujam***@gmail.com

13 comments:

mutoli at: 20 May 2011 at 13:58 said...

Ini mutoli mimang mcm garagaji... surung makan tarik pun makan.. kinapa na kao enda d tangka lagi mutoli????

sansut at: 20 May 2011 at 16:23 said...

gila3x, apa sudah jadi dgn manusia skrg... mgkhianat bangsa mutalb ni

Azman at: 20 May 2011 at 20:01 said...

Tahniah kpd Sapdal Krew dan diharap terus membuka mata orang sabah. Entah apa lagi perkara jahat yg dilakukan oleh org ini utk mencari makan

Wee at: 20 May 2011 at 20:03 said...

他是一個真正的騙子,遠離他!

Anonymous at: 21 May 2011 at 08:43 said...

tq sapdal krew kerana myebarkan perbuatan buruk jijik n hina mutalib md shitmen! angkara tamak sanggup untuk mmbuat fitnah yang boleh menyebabkan seseorang teraniaya. mutalib, kita jumpa d akhrat nanti!

Anonymous at: 22 May 2011 at 10:33 said...

Mutalib layak diusir dr ngri Sabah. PATI pu 100x ganda lg baik krn mnyumbang kpd ekonomi & menyediakan tenaga buruh murah & nadi pembanugnan negera. Sdgkn apa sumbangan mutalip kerjanya memporakporanda negeri kita utk $$$

Togiging AK Tolikud at: 23 May 2011 at 09:45 said...

Hinanya blog ini kerana menyebar fitnah dan membuat pembohongan secara terang-terangan. sesungguhnya dosa fitnah itu adalah lebih berat dari membunuh. Ingat2lah wahai saudara penulis. jgn kerana mahukan populariti utk mengagungkan seorang individu yg tidak layak digelar pemimpin, kata2 yg kosong tapi boleh membunuh dijadikan sebagai senjata. Tuhan maha tahu. Ganjaran dunia tidak boleh dibawa mati. perjuangan politik hanya setakat di dunia, satu hari kamu tetap mati.

Togiging AP Tolikud at: 23 May 2011 at 11:54 said...

Togiging...
he he itu saja yg boleh kau gambarkan... hina? patut sbg editor kau misti ada lg perkataan yg lbh busuk dr itu. Klu hina sekalipn msh jaaaauh lg utk smpai ke tahap longkang sabahkini tukang sebar fitnah setiap hari slma bertahun2. Kira2 skrang ialah musim menuai buah dr bibit yg suda lama kau semai. Bak kata mutalib " as you sow so shall you reap". Selalu2lah dtg limpas...

TausuX-Men at: 23 May 2011 at 13:12 said...

YeAhHhHhH AnAk laki2 sM aNaK PrUmPuAn cTolikud BeRdEbAtt LOLOLOZZZ... AkU SuKuNG AnAK PrUmPuAN lahHh SbB CaNtEKK MuNgKiN.

MuTaLiB, SkRg Ko jLn2 d Gaya St kk pUn SuSa SudA. mRH oOoOo OrG TaUsuG SeMa Ko SbB TiPu DaTu AkJaN...

kapatid at: 23 May 2011 at 13:40 said...

Si Mutalib ay isang tunay na masamang tao. Translate ko para sa iyo para sa kapakanan ng mga kapatid philipino

Anti-Mutalib at: 23 May 2011 at 14:16 said...

Irama tarian Sapdal Krew ini msh budk2 tadika klu banding dgn Mahaguru Mutalib & Sabahkini. Ambeek na kau, ndakkan br skt dh ribut satu mcm.

Sapp's Diehard at: 23 May 2011 at 16:48 said...

Anti-Muttalib good argument. Although I do not like what these Datuk 'T' kids are doing as they are targeting Sapp horrendously, they just follow what Sabahkini's doing.

Until now Sabakini fed the public with too much baseless opinions from readers and thus guiding Sapdal Krew to go about it now. I think as much as the bitter pill that he has to swallowed the saying of ' what is going on around comes around " is appropriate for Mutalib.

Life is like a wheel,man, we are on the top at a time, but at the bottom in another.

Anonymous at: 10 August 2011 at 02:22 said...

kesian juga yg buat blog ni, mesti budak2 SPM dari semporna ni, biasalah tiada kualiti pon. admin, p lah ambil degree jurusan kewartawanan, rakyat skg tidak bodoh, kmi org pantai barat dan pedalaman sabah tdk bodoh mcm kmu org semporna ble burukkan org sesuka hati. klu setakat org2 kamu memang bodoh golongan yg tertutup dan kuat mengadu domba. taktikmu ni zaman 60an klu kmi di sini. pandai2lah konon kmu main taktik bah, kesian kekurangan sangat org semporna, dasar org pilipin.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog