Kerjasama Koresponden IT Sapdal & Sapdal Krew Semporna untuk: EDISI SIASAT
Mengaku memiliki Sabahkini hanya setelah dijanjikan bantuan guaman percuma
Sehingga baru-baru ini, Mutalib M.D. sentiasa berdalih dan mengabui mata 500 pengunjungnya hariannya bahawa dia cuma ketua editor kepada portal sesawang Sabahkini.
500 pengunjung Sabahkini sebilangan besar terdiri daripada ahli-ahli parti SAPP, pengurus-pengurus Sabah Electrity Sdn. Bhd dan pegawai Kementerian Pembangunan Luar banda dan Wilayah Sabah yang mana lebih kurang 300 daripada mereka juga merupakan ahli Persatuan Blogger Sabah haram yang tidak berdaftar.
Tinjauan Sapdal Krew Semporna menerima pandangan masyarakat mengenai hal ini. Cik Anne Martin, 22 tahun, seorang eksekutif pemasaran di Semporna berkata, "Alangkah kurangnya keyakinan pemilik terhadap barangan kepunyaannya sendiri. Apa maksudnya kepunyaan sendiri pun tidak mengaku. Jika bersikap begini dalam pemasaran tentu sudah gulung tikar. Untuk berjaya dalam perniagaan, haruslah bangga pada jenama sendiri dan mengisytiharkan bahawa ia merupakan kepunyaan kita" .
Tinjauan Sapdal Krew Semporna menerima pandangan masyarakat mengenai hal ini. Cik Anne Martin, 22 tahun, seorang eksekutif pemasaran di Semporna berkata, "Alangkah kurangnya keyakinan pemilik terhadap barangan kepunyaannya sendiri. Apa maksudnya kepunyaan sendiri pun tidak mengaku. Jika bersikap begini dalam pemasaran tentu sudah gulung tikar. Untuk berjaya dalam perniagaan, haruslah bangga pada jenama sendiri dan mengisytiharkan bahawa ia merupakan kepunyaan kita" .
En Steven Guras, 31, bekerja di sebuah jabatan kerajaan di sini menganggap sikap sekejap mengaku sekejap tidak sebagai "orang yang mengalami kesukaran hendak membuang air besar dimana najis keluar segan masuk pun tidak mahu". Mengikutnya besar kemungkinan Mutalib sedar dia tidak ada kredibliti yang diperlukan di mana jika dari mula lagi mengaku memiliki Sabahkini sudah tentu 500 pengunjung harian Sabahkini sekarang tidak dapat dicapai.
Mr. X ketika dihubungi turut meluahkan nada serupa mengenai pembohongan Mutalib. Menurut beliau semasa membuat komen di laman-laman sesawang pun Mutalib sentiasa memperkenalkan diri sebagai ketua editor sabahkini dan tidak mengaku memiliki Sabahkini seperti contoh di bawah.
Beliau menyangkal bahawa komen di atas direka-reka oleh 'Abdul Mutalib palsu' kerana ia dibuat oleh profile blogger.com bernombor "14611802511211506742" iaitu kepunyaan Mutalib.
Mr. X menambah bahawa hanya setelah tersepit dengan masalah saman Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim Mutalib dinasihati oleh Rocky Bru supaya mendedahkan siapa pemilik sebenar Sabahkini. Khabarnya ini merupakan syarat untuk diterima menyertai persatuan Blog House anjuran Syed Akbar Ali. Syed Akbar berjanji untuk menyediakan perkhidmatan guaman percuma bagi menghadapi Rais dengan syarat Mutalib menyerapkan Persatuan Bloger Sabah (PBS) yang tidak berdaftar dan mempunyai 238 ahli ke dalam Blog House yang juga belum didaftarkan. Malangnya rundingan ini nampaknya tidak berjalan lancar kerana masing-masing takut akan mengundang masalah nanti. Dijangka Mutalib tinggal bersendirian mengharungi mala petaka saman yang didatangkan oleh Rais.
Mr. X koresponden IT Sapdal Crew merupakan konsultan IT dengan 24 tahun pengalaman dalam bidang IT dan sekarang berpengkalan di Kuala Lumpur. Beliau sedang dalam rangka kerjasama dengan Sapdal Krew untuk mengetengahkan satu persatu pembohongan Mutalib M.D. supaya masyarakat Sabah khususnya dan Malaysia amnya tidak lagi tertipu dengan kerja-kerja jahatnya yang mencari makan dengan menabur fitnah tanpa menghiraukan kemungkinan ia boleh memporakporanda keharmonian masyarakat.
2 comments:
Ini apa lagi c mutoli ni... hari2 ada saja masalah sudah2la tu baik brenti sj kau berblog mutoli, teruskn alaf jasa bisnismu mengurus passpor filipin lg baik
kenapalah kamu urang tidak suka kacau sabahkini? mamakau kena kentot oleh mutalibkah?
Post a Comment