Kata "TIDAK" Kepada Yong Teck Lee Kaki Bising

Sapdal Krew mengimbas kisah yang berlaku kepada bekas Ketua Menteri Sabah yang ke - 10 iaitu Yong Teck Lee.


Pada 15 Mei 1996, Yong Teck Lee yang pada masa itu bertugas sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah telah dijatuhkan hukuman denda hanya sebayak RM 1,000 sahaja oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu kerana bersalah  melakukan kesalahan menyertai perhimpunan HARAM pada bulan Oktober 1990. 



Bagaikan tidak percaya Sapdal apabila mendapat tahu Yong Teck Lee hanya didenda RM 1,000 sahaja. Sedangkan rakyat-rakyat tidak berdosa yang ditahan polis kerana menyertai perhimpunan aman terpaksa membayar ikat jamin yang lebih tinggi daripada denda yang dikenakan terhadap Yong Teck Lee. Dan lebih memalukan apabila pada 13 Mei 1999, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara 3 bulan dan denda RM 5,000 ke atas 3 orang rakyat yang tidak berdosa kerana menyertai perhimpunan aman di Kampung Baru.

Jika ini tidak boleh dinyatakan sebagai pendakwaan yang terpilih maka ia lebih sesuai dikategorikan sebagai hukuman yang terpilih. Jika 3 orang rakyat yang tidak berdosa terpaksa merengkok selama 3 bulan di dalam penjara, Yong Teck Lee pula telah dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah yang ke - 10 pada 28 Mei 1996, bagi menggantikan Mohd Salleh Said Keruak.

Seorang penjenayah yang baru dijatuhkan hukuman telah dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menjadi Ketua Menteri. Tidak hairanlah mengapa Sapdal melabelkan "Sabah Sejahtera tanpamu" kepada Yong Kaki Bising. Penjenayah ini sudahpun melakukan jenayah boleh dilantik lagi memerintah negeri tetapi masih merasa belum cukup dan melalak sana sini hingga sekarang.

3 comments:

Anonymous at: 8 May 2011 at 00:54 said...

What's the big deal of having a illegal gathering..every politician does that...

Anonymous at: 11 May 2011 at 23:53 said...

o o o , orang BN, macam mana Pairin kena hukum 1800 rasuah? Jadi menteri dan Tan Sri pula. macam mana YB UMNO yang ditangkap di Indonesia dulu? Macam mana YB UMNO yang kena hukum mahkamah syariah sebab kahwin tanpa ....., macam mana ...banyak lagi lah...o o o

Anonymous at: 12 May 2011 at 23:48 said...

Keluar dari UMNO bah! Kita orang Sabah.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog