Edward Dagul bakal jadi korban kerana sumbangannya setakat menghantar berita ke Sabahkini setiap hari
Luyang, 9 Mei: Mutalib disebut-sebut bakal menggantikan Edward Dagul sebagai Ketua Pemuda SAPP di dalam waktu yang terdekat ini. Sumber parti SAPP mengatakan bahawa peralihan ini adalah perlu bagi mengubah imej SAPP menjadi lebih melambangkan berbagai bangsa.
Selama ini SAPP dianggap terlalu "cina" di mana terlalu kurang pemimpin islam yang berwibawa dan boleh menyuarakan idea bernas untuk diketengahkan. Hampir semua pemimpin-pemimpin utama SAPP sama ada cina totok ataupun sino-kadazan.
Seorang pekerja parti yang hanya dikenali sebagai "Mike" menyambut baik perkembangan ini dan berharap ia disegerakan. Mengikutnya, Dagul telah gagal membawa pergerakan pemuda SAPP ke tahap yang setanding dengan Barisan Nasional dan sumbangan beliau setakat ini hanyalah sekadar menulis berita ke Sabahkini. Mutalib diharap membawa perubahan yang positif untuk menghentikan amalan mesyuarat-mesyuarat parti terutama di Ibupejabat yang bagaikan berada di dalam sebuah syarikat Hong Kong - Sapdal Krew
4 comments:
Hahaha!!! Macam metng hong kong. Ada jackie chan ?
hahaha..... sykt hongkong... ada main pakiaukahhh
kesian kamu ini,masih perkauman mcm lagi....bila la kamu ni mau berubah?
Adidi..kalau saya punya opinion..Yg berpengelamankah atau fresh, sama sahaja. The point is..diorang mesti dapat mempertahankan SABAH. That all.
Post a Comment