Buku Mutalib M.D. dicetak semula ditanggung sepenuhnya oleh parti
LUYANG, 8 Mei: Selaras dengan dasar parti yang memperjuangkan konsep "Sabah for Sabahan", SAPP dijangka akan mengedarkan sebuah karya penulis kontroversi di negeri ini iaitu Mutalib M.D. yang bertajuk "IC palsu : merampas hak anak Sabah" secara percuma kepada 500 aktivis aktif parti yang terpilih di peringkat pusat dan semua cawangan di seluruh Sabah. Pengedaran ini akan dilakukan secara berperingkat mulai dari 15 Mei 2011 yang akan datang.
Mengikut sumber, langkah berkenaan bertujuan memberi mereka cukup mengenai perkara yang berkaitan dengan hak-hak orang Sabah supaya sentiasa boleh mewar-warkannya kepada masyarakat. Diantaranya termasuklah sebagai pengetahuan asas menerangkan langkah parti mengumpul tandatangan orangramai bagi penubuhan Suruhanjaya PTI yang kurang mendapat sambutan baru baru ini. Buku yang diterbitkan pada tahun 1999 itu akan dicetak semula dengan kos termasuk bayaran royalti ditanggung sepenuhnya oleh parti. Rancangan pengedaran ini hampir pasti juga adalah berkaitan dengan desas desus penyertaan Mutalib M.D. ke dalam SAPP.
Pihak Ibupejabat SAPP ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kedua-dua perkara ini. Usaha kami menghubungi Sabahkini melalui telefon tidak dijawab - Sapdal Krew.
Pihak Ibupejabat SAPP ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kedua-dua perkara ini. Usaha kami menghubungi Sabahkini melalui telefon tidak dijawab - Sapdal Krew.
2 comments:
Mutalib juga yg untung... buku lama diulang cetak. Stuju jg la tp maklumat yg didlm buku 2 prlu dikmskini juga, dr th 1999 skrg sda 2011 seblas thn suda tu sda bangas...
Saya Ailin pekerja parti SAPP mewakili pekerja parti dr Kundasang berharap buku ini boleh diberikan kpd semua ahli parti untuk bacaan dan rujukan kita semua. Terima kasih.
Post a Comment