Siapa Mutalib M.D.? Bhg 2

Mutalib M.D takut bayang-bayang sendiri


Presiden Persatuan Blogger Sabah (PBS), Mutalib M.D menyelar saranan Datuk Lajim agar UMNO dapat menubuhkan pasukan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di setiap bahagian dan cawangan di negeri Sabah bagi membendung dan memantau penyebaran fitnah yang dibuat menerusi blog/web. Baca kenyataan Mutalib M.D di sini.


Lucu lah Mutalib M.D ni, apa salahnya UMNO menubuhkan pasukan yang bertanggungjawab untuk memantau dan menangkis tohmahan dan fitnah dari pihak-pihak tertentu serta menyebarkan maklumat tepat kepada rakyat. Jika dibiarkan saja fitnah-fitnah ini nanti semakin lama semakin berkurap dan bernanah. Apa yang Datuk Lajim inginkan bukanlah penapisan internet terhadap pihak-pihak tertentu tetapi lebih kepada keseimbangan. Kita akui pihak pembangkang merupakan pengasas atau ‘pioneer’ dalam dunia blogging ini tetapi inilah masanya untuk pihak kerajaan atau UMNO mengambil langkah proaktif dan turut serta dalam perang media baru ini.

Agaknya selama ini saudara Mutalib sudah begitu selesa dalam menyebarkan cerita-cerita panas (yang buktinya samar-samar) dalam blognya. Sebab itulah beliau seperti cacing kepanasan apabila mendapat tahu saranan Datuk Lajim ini. Kenyataan balas yang dikeluarkan pun seperti kebudak-budakan. Beliau menyifatkan tindakan memantau serta menangkis fitnah ini adalah perkara buang masa malah menekankan kepada pemimpin-pemimpin UMNO agar bersedia menerima kritikan.

Mutalib M.D, saranan saya sebelum mengajar orang lain ajarlah diri sendiri tu dulu. Jika tindakan memantau dan menangkis fitnah itu buang masa, maka tindakan menyebar fitnah dan tohmah itu seratus kali gandanya membuang masa. Jika rasa pemimpin-pemimpin kita harus sedia menerima kritikan, mulakan dengan diri sendiri. Saudara Presiden Persatuan Blogger Sabah, tetapi blog sabahkini anda tidak ada ruangan komen dari pihak pembaca. Kenapa, takut kritikan ka?

Diambil dari:
http://jesselton2day.blogspot.com/2009/07/mutalib-md-takut-bayang-bayang-sendiri.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog