Kerjasama Koresponden IT Sapdal dan Sapdal Krew: EDISI SIASAT
Belanja Sabahkini cuma USD23.65 sebulan, bukan USD7,500
Mutalib M.D. mendakwa perbelanjaan mengurus web portal Sabahkini yang dikunjungi oleh 500 orang sehari mencecah RM22,500 (USD7,500) sebulan. Namun tinjauan yang kami buat di bandar Sandakan rata-rata mengatakan belanja sebegini besar adalah tidak berasas sama sekali dan tujuannya tidak lain hanya menunjuk-nunjuk yang Sabahkini adalah bermutu tinggi.
"seperti lelaki yang mengenakan pakaian perempuan untuk menarik perhatian orang awam supaya dapat mencari makan melalui jalan belakang yang tidak sah" - Mr. X
En. Francis Liew seorang eksekutif insurans walaupun tidak mengenali siapa Mutalib berpendapat ini adalah cara untuk 'letak harga'. "Nanti siapa-siapa yang berunding tentulah sudah dapat mengagak harga paling rendah yang Mutalib mahu sebelum rundingan dijalankan", ujar beliau.
Ketika dihubungi, Mr. X iaitu koresponden IT kami juga menyangkal perkara ini sebagai tidak masuk akal. Malah Mr. X menyamakan perangai Mutalib yang suka berbohong membangga diri demi untuk mendapat perhatian orang ramai adalah umpama "lelaki yang mengenakan pakaian perempuan untuk menarik perhatian orang awam supaya dapat mencari makan melalui jalan belakang yang tidak sah". (Maksud beliau ialah pondan yang mencari makan melalui 'jalan belakang'?)
"Malanglah siapa yang kena tipu dan diminta bayar oleh Mutalib sebagai belanja menaja Sabahkini setiap bulan" - Mr. X
Mr. X menerangkan secara kasar belanja mengurus sesebuah portal IT melibatkan tiga jenis perbelanjaan utama iaitu:-
1. Membeli dan menyewa 'domain name' dan 'domain hosting'
2. 'Web administration' dan
3. Mengurus syarikat yang memiliki portal
Belanja domain hosting USD0.31 sebulan!
1. Membeli dan menyewa 'domain name' dan 'domain hosting'
Mengikut beliau sejak pertengahan tahun 2009 kos membeli dan menyewa 'domain name' dan 'domain hosting' telah jatuh merudum. Sekarang ini dengan belanja serendah RM11.25 seseorang itu sudah boleh berbuat demikian untuk selama 12 bulan. Jadi belanja yang dikeluarkan oleh Mutalib untuk tujuan ini ialah cuma RM11.25 (USD3.75) setahun atau pun RM0.94 (USD0.31) sebulan!
Menggunakan Joomla adalah PERCUMA
2. 'Web administration'
Portal Sabahkini cuma dibangun menggunakan 'Joomla Content Management System'. Joomla adalah perisian sumber terbuka yang boleh didapati dengan memuat turun dari laman joomla.org secara percuma dan terus boleh dijalankan iaitu "up and running". SabahkiniTV pula dihostkan percuma oleh youtube.com dengan kualiti resolusi video 5 megapixel yang boleh dihasilkan dengan menggunakan telefon bimbit murah. Baginya tiada langsung belanja yang dikeluarkan oleh Mutalib bagi tujuan ini.
Mutalib cuma bayar belanja Broadband RM70 sebulan
"Mohd Yatim Suhaili" dan "Suriati Mahmud" cuma watak imaginasi Mutalib
3. Mengurus syarikat yang memiliki portal
Pemilik portal Sabahkini didaftar di bandar Sandakan Sabah. Tetapi Mr. X dalam analisanya tidak menolak kemungkinan bahawa syarikat ini sebenarnya tidak wujud kerana alamat yang dipaparkan adalah tidak lengkap. Menurutnya peguam Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim sehingga sekarangpun menghadapi masalah untuk menghantar surat saman sehingga terpaksa memohon supaya mahkamah meneruskan penghakiman saja tanpa kehadiran Mutalib.
Dengan ertikata lain surat dikirim ke alamat Sabahkini tidak sampai-sampai hingga sekarang. Selain itu tambah Mr. X, Sabahkini tiada satupun telefon talian tetap. Sebaliknya telefon bimbit yang dipamirkan hanya untuk tujuan SMS sahaja yang bererti telefon bimbit ini dibawa kesana kemari oleh Mutalib. Mr. X juga berpendapat semua posting yang dikatakan ditulis oleh 'wartawan-wartawan' Sabahkini sebenarnya dikarang sendiri oleh Mutalib akan tetapi menggunakan nama yang berlainan. Ini termasuklah "Mohd Yatim Suhaili" dan "Suriati Mahmud" berdasarkan cara dan nada penulisan serta perkataan yang digunakan di setiap posting. Jadi hanya Mutalib, laptopnya dan pakej broadband Celcom sebanyak RM70.00 sebulan yang terbabit dalam bahagian ini.
Dengan ertikata lain surat dikirim ke alamat Sabahkini tidak sampai-sampai hingga sekarang. Selain itu tambah Mr. X, Sabahkini tiada satupun telefon talian tetap. Sebaliknya telefon bimbit yang dipamirkan hanya untuk tujuan SMS sahaja yang bererti telefon bimbit ini dibawa kesana kemari oleh Mutalib. Mr. X juga berpendapat semua posting yang dikatakan ditulis oleh 'wartawan-wartawan' Sabahkini sebenarnya dikarang sendiri oleh Mutalib akan tetapi menggunakan nama yang berlainan. Ini termasuklah "Mohd Yatim Suhaili" dan "Suriati Mahmud" berdasarkan cara dan nada penulisan serta perkataan yang digunakan di setiap posting. Jadi hanya Mutalib, laptopnya dan pakej broadband Celcom sebanyak RM70.00 sebulan yang terbabit dalam bahagian ini.
Setelah dijumlahkan kesemuanya belanja mengurus Sabahkini sebulan ialah RM70.00 campur 94 sen iaitu RM70.94 (USD23.65) saja bukan RM22,500.00 (USD7,500.00). Mutalib telah melebihkan belanja pengurusan Sabahkini sebanyak RM22,429.06 sebulan ataupun RM269,148.74 setahun. "Malanglah siapa yang kena tipu dan diminta bayar oleh Mutalib sebagai belanja menaja Sabahkini setiap bulan", ujar Mr. X menamatkan sesi teleconference kami - Sapdal Krew.
Kadar pertukaran semasa ialah sekitar RM3 bagi setiap USD1.
--------------------------------------------------
Mr. X koresponden IT Sapdal Crew merupakan konsultan IT dengan 24 tahun pengalaman dalam bidang IT dan sekarang berpengkalan di Kuala Lumpur. Beliau sedang dalam rangka kerjasama dengan Sapdal Krew untuk mengetengahkan satu persatu pembohongan Mutalib M.D. supaya masyarakat Sabah khususnya dan Malaysia amnya tidak lagi tertipu dengan kerja-kerja jahatnya yang mencari makan dengan menabur fitnah tanpa menghiraukan kemungkinan ia boleh memporakporanda keharmonian masyarakat.
4 comments:
Bahh jawab na kao Mutallib, jgn la tapuk tapuk lagi... apa jg yg kao urus smp 23 ribu ringgit sebulan ni, termasuk blanja cari ayam ka hahahahaha
Mo untung skit tia bleyy mehh...... itu mngadap laptop 24jam sampai kurang tidur mata brair, minum kopi o, sakit tgn mnaip tia henti2 smp kana marah bini bukan kos? ingat free PERCUMA2 kaitu buskuu... kalu dia bleyy cari mkn dgn berblog itu sudah satu kejayaan utk org Sabah yg kmurang sapdal dangki apahal
Datuk,
Sabah jangan jadi koloni lagi lah.
ya bah kn..mo untung sket x ble ka???..lg pn skg mna ada brg free owhh...tp lau ikut hukum halal ka g2 tu????..kalau artikel tu btul dn sahih ngm2 di opis..klu x btul tp d byr tuk di siarkn apa mcm la kira tu ar????~~~~huhuh simpang...jgn bakor dlu la..cek dlu btul2..undi rasia bah |X|BN|
Post a Comment