Bahasa menunjukkan Bangsa

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa

Dunia siber ibarat kain putih, putih setulusnya. Atau kertas putih mungkin, ia lebih menggambarkan kesucian dan kebebasan.

Kebebasan bagi orang yang memilikinya. Jika dimiliki oleh ulamak, perkataan demi perkataan yang diukir ke atasnya boleh menjelmakan kitab agama yang diperlukan oleh masyarakat. Begitulah cerita kertas putih. Segala-galanya bergantung kepada pengukir.

Ke sempadan yang satu lagi. 
Bagaimana jika dimiliki oleh penyangak, pendusta dan penabur fitnah yang hatinya busuk dan penuh hasat dengki? Kertas itu akan diukir penuh dengan makihamun, sumpah dan cerca dan meninggalkan hanya busuk kepada masyarakat selagi ia dipampangkan ...

Dunia siber nampaknya penuh dengan nanah dan busung. Seenaknya maki hamun seolah-olah tiada esok lagi untuk berbicara selayaknya bagi orang-orang yang bertamadun. Sedarlah bahawa dunia belum kiamat hanya kerana makihamun saudara-saudari. Berbahasa dengan baik, menegur dengan sopan itu dituntut oleh budaya dan agama kita.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog