Sabahkini Pecah Tembelang!

Emel Pembaca kepada Sapdal Krew


Mutalib sudah macam cacing kepanasan

Saudara Sapdal,

Nampaknya Mutalib M.D. bertindak seperti cacing kepanasan setelah tembelangnya dibongkar oleh blog saudara.

Tidak sampai sehari berita mengenai kemasukannya ke dalam parti SAPP disiarkan sekaligus mengesahkan Sabahkini akan menjadi 'kuda tunggangan' SAPP sepenuhnya, dia mulai cuba menutup bahan bukti dengan menyiarkan posting bertajuk 'Sabahkini bukan Media Pembangkang".


Tidak cukup dengan itu dia cuba mengabui  mata pembaca hariannya yang seramai 500 orang dengan menyiarkan 4 posting berkaitan dengan UMNO selang 15 minit setiap satu!


Tetapi hari ini beliau tiada pilihan terpaksa juga menyiarkan rencana yang ditulis oleh bossnya iaitu Yong Teck Lee. Tetapi untuk meredakan keadaan, beliau cuba menutup uniform SAPP dengan menyiarkan gambar Yong Teck Lee sehingga leher sahaja.
Nampaknya tiada gunanya saudara menumpukan perhatian kepada penulis yang tiada tulang belakang ini. Sepatutnya beliau berani buat berani tanggung. Mungkin bayaran Yong Teck Lee kepadanya belum cukup....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog