Goodfellow, pilot bela Zaharie tak jelaskan kenapa MH370 turnback begitu rupa

0 comments






Kami terima satu pandangan seorang juruterbang bernama Chris Goodfllow yang membela Kapt Zaharie dari sumber whats App.



Lepas cari, jumpa sumber di DailyMail UK di SINI, akhbar sama dedahkan pilot sebagai fanatik politik PKR.





Baca berikut:

Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar..



Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U.



Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.



Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.



Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.



Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.



"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.



"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."



Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.



"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki.



Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat."



Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.



Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.



"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.



"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."



Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.



Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran.



Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.



"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."



Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.



"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."



Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.



Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."




----------------------------



Semua memberi hipotesis. Bukan teori... kerana teori perlu ada bukti empirical.



Masih tidak boleh dijawab macam mana kapalterbang boleh buat manouvre untuk terbang ke 35,000 kaki dan konar balik. Ini tak boleh dilakukan oleh sembarang juruterbang.



Tak boleh juga autopilot.





Masih tidak terjawab kenapa dia naik begitu pantas dan junam pula. Dan terus tak boleh detect...



Ianya dilakukan untuk hilang tak lama lepas kata goodnite.Pada pendapat kami,, susah nak terima tak berapa minit lepas goodnite sesuatu berlaku.



Kenapa?



Buktinya dalam blackbox dan bangkai kapalterbang. Kebenarannya Allah jua yang tahu.



Kita memberi pandangan tanpa emosi walaupun ada mirip political. Kenapa Anwar dan Wan Azizh tidak segera menyatakan simpati tatapi bermain politik?



Nak marah Unspinners, sila marah Anwar dan Azizah yang sama political juga.



Fikir-fikirkan ketika anda baca usaha yang kami lihat semangat setiakwan sesama pilot untuk tutup salahlaku rakan mereka. Tapi kita bukan macam blogger PR yang tak boleh beri laporan seimbang. Tak seperti media PR yang hanya nampak profesyenal tapi secara halus putarbelit berita.



Kita hanya beri pandangan. Laporan tetap profeseyenal.



SUMBER: http://ift.tt/1rtG8mu
Read more »

Likas hospital patient angry for being left waiting

0 comments
A patient at the Sabah Women and Children Hospital in Likas complained of being left to wait for […]



SUMBER: http://ift.tt/OSrwOu
Read more »

PRK Kajang: Gagalnya Pucuk Pimpinan Terjemah Maksud Presiden USBO

0 comments


Presiden USBO (United Sabah Bajau Organsation) Datuk Dr Salleh Tun Said menulis diblognya pada 20 Februari disini dibawah tajung "Elok BN jangan Tanding Di kajang".

Speaker dewan Undangan Negeri Sabah merangkap Timbalan Pengerusi Umno Sabah itu, menguraikan panjang lebar, mengapa BN tidak perlu bertanding. Namun, pucuk pimpinan membuat keputusan berbeza, selain memenuhi kehendak MCA yang mahu melihat sejauh mana penerimaan pengundi kaum cina terhadap kepimpinan baru parti itu, juga Bn enggan memberi kemenangan percuma kepada calon PKR. Pucuk pimpinan berfikir, ini lah peluang menebus maruah selepas tewas di kawasan itu dua kali berturut-turut, pada PRU-12 dan PRU-13.



Namun, Salleh melihat sebaliknya. Atas sebab itu, beliau memberi pandangan, jika MCA mahu membuktikan bahawa parti itu masih mampu menarik sokongan kaum cina, PRK Kajang bukan lah masanya. Parti itu, perlu memperkukuh parti terlebih dahulu melalui pimpinan baru, sebelum berdepan dengan rakyat untuk menguji keampuhan pimpinan mereka.



Tambah Salleh lagi, PRU-13 hanya 9 bulan berlalu, dalam tempoh masa itu, belum banyak faktor yang boleh mengubah pendirian pengundi; atas sebab itulah, beliau memberi saranan, agar BN jangan terperangkap dengan permainan Anwar. PRK Kajang, adalah permainan Anwar untuk terus menghidupkan warna-warna politiknya, yang semakin padam selepas PRU-13. Langkah Kajang adalah untuk menghidupkan semula memontum politik Ketua Pembangkang itu.



Maksud tersirat Salleh, agar supaya BN skip PRK Kajang antara lain: Agar supaya keputusan PRK Kajang itu tidak mengundang persepsi buruk terhadap BN. Kini, selepas diketahui keputusan PRK Kajang, terlihat bahawa kemenangan calon PKR disumbangkan oleh generasi muda, selain itu, dua pusat pengundian yang biasanya kubu kuat Bn, kini tumpas. (PDM Sungai Sekamat dan PDM Taman Delima).



Semalam, calon PKR Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR mendapat undi 16,741 manakala calon Bn Chew Mui Fun, 11,362. Azizih menang dengan majoriti 5,379. Walaupun majoriti PKR menurun, bukan bermakna sokongan terhadap parti itu menurun, sebabnya, peratusan pengundi yang keluar mengundi lebih rendah berbanding PRU-13 lalu. Perolehan undi oleh calon PKR dan BN kedua-duanya menurun berbanding PRU mei tahun lalu.



Seramai 28,314 atau 72 peratus keluar mengundi pada pilihan raya semalam.





SUMBER: http://ift.tt/1grCJS1
Read more »

#PRKBalingian PKR SARAWAK MULA ALAMI KRISIS KEPERCAYAAN

0 comments



Di sebalik kehangatan kempen #PRKBalingian berlaku suatu krisis kepercayaan yang membabitkan pemimpin dan beberapa petugas dari Sabah, Miri dan Bintulu terhadap pengurus kewangan pilihan raya yang diketuai Baharudin Mokhsen.



Baharudin yang juga Pengarah PRK DUN Balingian bersama Pengarah Strategi Kempen dikatakan ‘lokek’ hingga menyekat peruntukan kewangan yang digunakan dalam kempen #PRKBalingian. Akibatnya, banyak perkara yang telah dirancang untuk dilaksanakan terpaksa diketepikan akibat ketiadaan peruntukan.



Mengikut perbincangan sebelum ini peruntukan yang ada amat mencukupi bagi membiayai perbelanjaan, tetapi apabila disekat banyak perkara yang telah dicadang dan dirancang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan.



Lebih mendukacitakan apabila calon PKR, Abdul Jalil bin Bujang yang bertungkus lumus berkempen dalam meraih undi dipaksa menjadi boneka di atas permainan dalaman PKR ini.



Ini sekaligus memberi banyak ruang dan peluang kepada calon BN untuk mendominasi kempen daripada segi daerah mengundi dan lokaliti.



Lebih menyebabkan PKR Sabah, Miri dan Bintulu marah apabila untuk mendapatkan peruntukan kewangan perlu mendapat restu kelulusan daripada Baharudin atau Abang Zulkifli.



Ekoran daripada itu, menyebabkan pemimpin PKR Sabah dan PKR Miri bergerak ke Kajang bagi membantu calon mereka, Wan Azizah di #PRKKajang yang dijangka menang berbanding nasib PKR di #PRKBalingian.





SUMBER: http://ift.tt/OHK1FF
Read more »

DBKK bertindak seperti ‘Tuhan’

0 comments


KOTA KINABALU: Bekas Setia Usaha Kerajaan (SUK) negeri Sabah, Herman Luping kesal dengan tindakan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menghantar notis roboh ke atas rumahnya di lereng bukit Signal Hill yang dikatakan ‘mencerobohi’ kawasan terbuka milik kerajaan.

Beliau juga menyatakan struktur yang dimaksudkan dalam notis roboh adalah ruang letak kereta, tangga dan lorong laluan masuk ke rumahnya yang merupakan struktur penyokong untuk mengelakkan rumahnya daripada runtuh.



Herman ketika ditemui, juga menegaskan, rumahnya yang dibina sejak 30 tahun yang lalu mendapat kelulusan pembinaan daripada pejabat majlis tempatan yang ketika itu dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kota Kinabalu (MPKK).



Herman percaya notis roboh dikeluarkan ekoran tindakan beliau bersama sama dua pemilik rumah memohon semakan kehakiman (judicial review) ke atas projek pembinaan kondo mewah 15 tingkat.



Herman, yang juga bekas peguam negeri Sabah berkata, tindakan DBKK adalah untuk menggangu usaha mereka untuk memastikan pihak pemaju dan DBKK mematuhi peraturan dan undang undang dalam kelulusan pembinaan bangunan.



“Pada dasarnya saya tidak menentang pembangunan dan tidak membantah sesiapa pemilik tanah memajukan kawasannya, tetapi sepatutnya mematuhi segala garis panduan dan undang undang yang telah digubal dan tidak mencemar nama baik kerajaan,” katanya yang merupakan pengikut setia kerajaan Barisan Nasional.



Beliau juga, mendakwa cara pentadbiran DBKK seakan akan seperti ‘god almighty’ dan ‘mini Napoleon’ yang bermaksud perlakuan seperti Tuhan dan seorang ketua tentera Perancis, Napoleone Buonaparte ketika abad ke 17.



Herman kesal, pihak DBKK tidak datang berbincang dengan mereka terlebih dahulu sebelum menghantar akan notis roboh yang dikatakan tidak masuk akal kerana telah mendapat kelulusan daripada majlis tempatan ketika itu.




Beliau juga percaya, DBKK telah memberikan kawasan terbuka itu kepada pihak pemaju untuk dijadikan sebuah taman yang merupakan sebahagian daripada perancangan pembinaan kondo mewah 15 tingkat tersebut.



Selain daripada itu, dua pemilik lain juga mendapat notis roboh ke atas jalan yang di bina dan struktur tempat letak kereta yang merupakan satu satunya jalan masuk ke dalam kediaman mereka.



“Saya terkejut dan sedih menerima layanan sedemikian dari pihak DBKK,” kata Ratna Arif, jurucakap bagi kumpulan yang sebelumnya telah memohon perintah semakan kehakiman terhadap sebuah project pembangunan 15 tingkat yang dipercayai haram.



Seterusnya, beliau mejelaskan rumah yang mereka tinggal dibina lebih dari 30 tahun yang lalu dan suaminya telah membeli rumah tersebut beberapa tahun yang lalu.



Menurut Ratna, pembinaan kondo mewah 15 tingkat bersebelahan gagal mengikut garis panduan peraturan dan undang undang kerana ia terletak di pinggir cerun bukit, tambahan kawasan tersebut adalah kawasan perlindungan rabung (ridge conservation).



“Kami menerima kebenaran dari pihak mahkamah pada Mac 2013 berhubungan perintah semakan untuk kelulusan projek pembangunan tersebut,” katanya



Namun, semasa sidang mahkamah berlangsung pada bulan Julai, mereka menerima surat notis dari DBKK yang mendakwa tanpa apa apa maklumat dan alasan, bahawa rumah mereka dan sepanjang jalan telah diperiksa dan didapati gagal mematuhi peraturan binaan dan garis panduan.



Oleh itu, mereka telah menulis kepada DBKK, meminta penjelasan akan dakwaan tersebut serta jenis peraturan, undang – undang dan garis panduan yang mereka telah langgar.



Mereka juga meminta DBKK menyediakan maklumat akan kelulusan pembinaan dari pihak berkuasa tetapi sehingga kini tidak mendapat sebarang maklum balas.



“Kami sekali lagi membuat permohonan perintah semakan kehakiman apabila mendapat tahu bahawa projek pembinaan kondo masih diteruskan walapun Lembaga Pusat Perancangan Bandar (Town and Planning Central Board) telah meminta DBKK untuk menolak kebenaran pembinaan,” katanya



Oleh kerana itu, pihak DBKK sekali lagi mengeluarkan notis perobohan dan memberi masa 14 hari untuk pemilik rumah membuka struktur tersebut atau menghadapi hukuman undang-undang.



Ratna yang hairan akan tindakan pantas DBKK terhadap mereka, tetapi permintaan mereka untuk mendapatkan maklumat kelulusan tersebut tidak dijawab oleh Datuk Bandar telah menyeret selama 7 bulan.



Ratna mendakwa bahawa DBKK gagal mempertimbangkan ketiadaan struktur tersebut akan menyebabkan rumah mereka runtuh dan juga tanah runtuh di sebahagian Bukit Bendera.



“Saya merasakan Datuk Bandar guna taktik ini untuk menakutkan kami,” katanya dan menjelaskan usaha pemilik rumah membawa perkara ini ke mahkamah adalah untuk memastikan akauntibiliti dan ketelusan.



Beliau kesal akan kegagalan pihak berkuasa bertindak akan mengikuti perintah Lembaga Pusat Perancangan Bandar (Town and Planning Central Board) tetapi sebaliknya menggunakan taktik menakutkan kepada mereka.



“Kami tidak percaya mana mana pembayar cukai tanah yang waras dapat menerima tindakan buli ini terutamanya dari pegawai kerajaan,” Ratna menambah.



Oleh itu, mereka telah membawa perkara ini pada perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Junz Wong.



Dengan ini, pemilik rumah berharap akan mendapat penjelasan dari pihak DBKK yang gagal menarik balik kelulusan kepada pihak pemaju kondominium tetapi sebaliknya mengenakan tindakan kepada pemilik rumah yang telah wujud lebih dari 30 tahun.



Junz Wong dalam kenyataan medianya berharap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPDKT) dan DBKK menjelaskan tindakan mereka atau ini akan dilihat sebagai penyalahgunaan kuasa kepada mereka yang berani mencabar pihak berkuasa.



FMT Borneo Plus





SUMBER: http://ift.tt/1jbic67
Read more »

Musa at mercy of Putrajaya, unlike Adenan

0 comments

KOTA KINABALU: New Sarawak Chief Minister Adenan Satem is inspiring a surge of pride and confidence among Barisan Nasional component parties in Sabah with his straightforward demands for higher oil royalty and fairer treatment for Sarawak by the federal government.

Parti Bersatu Sabah (PBS), which has been rather shy about making similar demands since being readmitted into the BN fold over a decade ago, has decided its time for Sabah to hitch its wagon to Sarawak in pushing the federal government for a bigger cut of its own oil wealth which is now taken by the federal government.



PBS information chief Jahid Jahim in a carefully couched statement said the Sabah BN component believes there is nothing wrong for the Sabah government to work together with its counterpart in Sarawak to jointly request for more of its oil and gas wealth.



“I think we should work together like (we did) in 1963 when we formed the Federation of Malaysia together,” he said.



Jahid, who is the former Tamparuli assemblyman said that with the discovery of oil fields off Sabah the federal government was getting even more money from the state’s natural wealth and Sabah should also benefit from this.



He said the state is struggling to catch up with the rest of Malaysia in terms of development and facilities and now was as good a time as any to join forces with Sarawak to extract more concessions from the federal government.



The mid-ranking PBS leader was responding to Adenan’s statement earlier this week that Sarawak would petition the federal government to raise its oil royalty returns to the state to 20% from the current 5%.



Adenan’s remarks come as politicians in both Sabah and Sarawak, mainly in the opposition so far, are becoming more vocal about the two states’ rights to their mineral wealth.



The Sarawak Chief Minister justified his remarks by pointedly stating that Sarawak ‘did not join’ Malaysia but is a ‘partner in the formation of Malaysia’ and as such as equal rights which must be respected but it all depended on how assertive the state is.



Musa at mercy of Putrajaya



Meanwhile Sabah Progressive Party (SAPP) has also acknowledged the new assertiveness of the Sarawak government under Adenan.



Eric Majimbun, its deputy president and a former MP, said the Sabah BN government should emulate its counterparts in Kuching on their stand about the state’s autonomous powers and claim to their oil wealth.



The Sabah government under Chief Minister Musa Aman has so far backed away from demanding a bigger slice of its oil wealth as well as non-interference in state matters in fear of angering federal leaders.



These fears are justified following the entry of the peninsula-based political giant Umno into state politics as it could easily destabilise any power structure in Sabah with its overwhelming control of the state assembly.



Politicians in Sabah have always stressed that Musa serves at the mercy of the federal government unlike the situation in Sarawak.



FMT Borneo Plus





SUMBER: http://ift.tt/1gNiHjv
Read more »

Musa Aman hanya tahu jaga kepentingan Umno dan kedudukannya

0 comments

Pada tenghahari Khamis tanggal 27 Februari lalu, saya berpeluang sembang-sembang politik dengan ADUN Bingkor, Datuk Dr Jeffrey Kitingan di pejabatnya di Damai, Kota Kinabalu. Saya pernah sekali dua berbual-bual dengannya yang juga Presiden UBF tapi pertemuan kali ini lebih rasmi dan penuh dengan kemesraan.

Tepat jam 12 tengah hari, Tony Minggir yang mengatur pertemuan itu memberi isyarat Dr Jeffrey sudah sedia menunggu di pejabatnya. Tony Minggir adalah seorang aktivis UBF yang aktif.



Mengah juga memanjat tangga di tingkat empat. Namun rasa penat seketika hilang sebaik Dr Jeffrey dengan wajah yang ceria buka pintu, menghulur tangan bersalam dan mempersilakan kami duduk.



“Di sini tidak boleh merokok,” kata Tony secara bergurau. Saya ketawa. Di kedai Mamak tadi, saya dan Tony tak putus-putus merokok sambil berbincang soal depan negeri Sabah.



Banyak ilmu yang saya perolehi dari Tony Minggir yang banyak membuat penyelidikan tentang Malaysia Agreement 1963. Dr Jeffrey tersenyum dengan gurauan Tony.



Dalam raut wajah yang tenang telah mula kelihatan garis-garis usia. Dr Jeffrey sudah menjangkaui usia 60an. Tapi semangatnya bercakap soal hak Sabah tidak pernah luntur.



Hati saya berbisik, selepas Jeffrey, siapa lagi pemimpin Sabah yang berani bercakap soal hak Sabah dan sanggup dipenjarakan? Barangkali ramai anak-anak muda di luar sana, menggunakan laman sosial dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi tapi berapa ramaikah yang mempunyai pengetahuan, fakta, keberanian dan kecekalan seperti Dr J?.



Dr J tenang sentiasa tenang menjawab persoalan saya. Ada kalanya soalan saya bersifat provokasi. Namun jawapannya tidak sedikitpun disaluti emosi benci atau marah kepada Kerajaan Pusat.



Beliau berhujah berasaskan fakta dan kerap merujuk kepada persetujuan yang telah dicapai dalam Perjanjian Malaysia 1963.



“Bagi pandangan saya idea Malaysia hanya satu transisi untuk mencapai kemerdekaan. Gagasan Malaysia ini saya anggap bukan sesuatu projek yang akan berkekalan tapi satu transisi untuk memberi bimbingan atau guidance kepada Sabah dan Sarawak menjadi dewasa dalam politik untuk bertanggungjawab dan memerintah sendiri,” Jeffrey memulakan hujah.



Adakah beliau optimis ia boleh dicapai?



” Saya optimis matlamat itu boleh dicapai. Singapura boleh memerintah sendiri. Sebenarnya projek Malaysia juga untuk mencari penyelesaian Singapura. Terpulang kepada kita untuk mencari jalan yang terbaik.,” katanya.



Beliau memberi contoh, masalah PTI (pendatang tanpa izin) bukan masalah yang tidak boleh selesai. Mereka ini adalah orang kita juga. Masalahnya kita tidak ada kuasa menyelesaikannya.



“Cuba Kerajaan Pusat beri kita kuasa. Masalah mereka sama seperti kita. Menuntut hak kebebasan. Kita mempunyai cukup sumber untuk menyelesaikan apa juga masalah di negeri Sabah. Kita boleh berunding dengan mereka secara baik. Jika ini dapat ditangani tidak akan timbul insiden seperti di Lahad Datu,”ujarnya lagi.



Apakah perlu sebuah pembangkang kuat seperti Pakatan Rakyat untuk dapat mencapai matlamat tersebut. Maksud saya untuk mendapatkan “new deal” untuk Sabah?.



“Saya bersetuju sebuah parti pembangkang yang kuat boleh melakukan check and balance seperti kewujudan Pakatan Rakyat sekarang. Itu di peringkat Pusat, tetapi d iperingkat negeri, kita tidak boleh diwakili sebuah parti nasional yang set up sama seperti Umno dan BN. PKR juga tidak menghormati hak otonomi negeri Sabah. Sama seperti Umno, Pengerusi Perhubungan dilantik Kuala Lumpur bukan rakyat Sabah yang pilih.



Dr Jeffrey berpendapat iika PR memerintah tentu caranya sama seperti Umno dan BN, kita juga akan terperangkap dalam permainan politik mereka, jika PKR berkuasa diperingkat Pusat.



“Cuba lihat kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai perbandingan. Negeri Sarawak terbukti masih mampu mempertahankan hak-hak negeri kerana negeri itu diwakili parti tempatan,” dakwanya.



Beliau menambah manakala di Sabah, walaupun pemimpin-pemimpin tempatan berkuasa tetapi mereka harus menjaga ‘elit politik’ di Kuala Lumpur.



“Di Sarawak, Ketua Menteri negeri itu hanya menjaga Sarawak, sedangkan Ketua Menteri Sabah perlu menjaga kepentingan Umno dan kedudukannya,” jelasnya.



FMT Borneo Plus





SUMBER: http://ift.tt/1epf4iI
Read more »

ANWAR KATA DIA MAMPU SELESAIKAN MISTERI #MH370???

0 comments

Acap kali Si Ketua Penipu tu bukak mulut dan bercerita pasal isu keselamatan Negara, semuanya bakal disusuli dengan satu kontroversi yang kemudiannya dia cuba nafikan.



Jika sebelum ini, dia berbicara mengenai isu pencerobohan di Lahad Datu yang kemudiannya pihak media antarabangsa kaitkan hubungan dia dengan Nur Misuari.



Maka terkebil - kebil la dia menafikan dakwaan tersebut. Laporan serta pendedahan media antarabangsa tu seolah - olah membayangkan yang dia juga turut terlibat.



Kali ini, bila media antarabangsa sekali lagi menggemparkan dia dengan dakwaan berkaitan hubungan dia dengan juruterbang pesawat MH370 tu, dia sekali lagi cetuskan kontroversi.



Dalam satu kenyataan yang didedahkan, katanya hanya Si Ketua Penipu tu sahaja yang mampu untuk menjawab semua persoalan mengenai kehilangan pesawat MH370 tu.



Kalau dilihat secara dasarnya, kenyataan Si Ketua Penipu tu jelas sekadar nak memperlekehkan usaha pihak Kerajaan yang bertungkus lumus mencari pesawat terbabit.



Tapi, jika dilihat dari satu sudut yang lain, nampak macam dia tau ke mana hilangnya pesawat tersebut. Kalau tidak, kenapa pulak dia nak keluarkan kenyataan sedemikian?



Sudah la dikala ini pihak media antarabangsa mula menunding jari dan mengaitkan dia dengan insiden kehilangan pesawat tersebut. Datang dia, hulur tengkuk pulak.



Mungkin spekulasi yang didedahkan oleh pihak media antarabangsa tu ada benarnya juga. Mungkin Si Ketua Penipu tu terlibat secara tak lansung dengan misteri kehilangan pesawat tersebut.



Sama la macam kes pencerobohan di Lahad Datu tempoh hari. Si Ketua Penipu tu sendiri yang pernah berdendang kononnya "Sabah dah nak hilang". Maka tidak mustahil sekiranya dia jugak turut tahu ke mana "Hilangnya" pesawat MH370 tu!!!





SUMBER: http://ift.tt/1gcWnks
Read more »

Sabah Miskin Kerana Musa Aman Suapkan Ratusan Juta Kepada Kroni

0 comments









LAJIM AKUI BN MEMANG BANYAK TERNAK KRONI

Sekarang ini kalau kita pergi ke Kanibongan ataupun Kota Marudu kita akan melihat kesan-kesan kerosakan jalan raya yang teruk.Paling menonjol ialah pecahan di tebing aspal dan lubang-lubang berskala besar. Kerosakan ini kalau tidak ditangani dengan segera akan "merebak" dan membawa kepada kerosakan berskala besar dan biasanya mengambil masa yang lama untuk dibaikpulih. Saya juga melihat beberapa jambatan yang berisiko tinggi dan perlu tindakan segera. Justeru tindakan siapakah ini?

Masyarakat umum telah tahu bahawa konsesi atau kontrak membaikpulih 2700km jalan raya di Sabah telah diserahkan kepada syarikat http://ift.tt/Oycg9p sejak tahun 2004 dengan nilai konsesi ??? juta ringgit. Pada waktu itu pemberian kontrak ini telah menimbulkan perdebatan di sidang dewan undangan negeri dan masyarakat juga membantah. Pada waktu itu juga kebanyakan kakitangan rendah JKR Sabah ura-ura akan ditamatkan perkhidmatan kerana kebanyakan bidang kerja mereka bakal diambil oleh syarikat ini. Saya masih ingat suatu ketika dulu beberapa YB BN sendiri mempersoalkan kontrak ini yg dianggap "rompakan wang rakyat di siang hari" kerana bukan sahaja tempoh masa dan nilai kontrak yg dipersoalkan malah kaedah rundingan terus juga menimbulkan persoalan.Pada masa yang sama tugas ini bertindih dengan tugas kakitangan JKR yg membawa kepada persoalan hala tuju staf JKR tersebut. Jawaban Datuk Raymond waktu itu ialah "dengan adanya kontrak ini maka kerja-kerja pembaikan jalan lebih cepat dan berkesan kerana tidak terikat dengan birokrasi dan prosedur kewangan..jentera dah sedia ada..cepat pembinaan"



Mengambil kira jawaban itu..saya membawa anda merenung sejauhmana kebenaran kalau kita melihat keadaan jalan raya Pitas-Kota Marudu.Seingat saya ada bahagian yang mengambil masa bertahun untuk diperbaiki. Dari segi nilai wang..kelewatan pembaikan ini merupakan keuntungan bagi syarikat. Umum sedia mengetahui untuk jalan Pitas-Kota Marudu mereka hanya ada "sebiji" jentera kecil berwarna hijau yang diangkut ke sana-sini. Inikah kelengkapan sebuah syarikat yang diberikan kontrak menyelenggara jalan raya di seluruh Sabah? Seperti tulisan saya awal tadi...dengan kerosakan yang begitu banyak mari kita saksikan sejauhmana syarikta ini atau mereka harus menunggu lebih banyak harta dan nyawa menjadi korban..



TANAK PITAS



Musa Aman telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah ’mengarah’ Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan Konsesi kontrak Penyelenggaraan Jalan-Jalan JKR di Sabah Selama 15 Tahun bernilai RM600 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, GLOBINACO SDN.BHD yang dimiliki oleh LAWRENCE CHU JAN TOW.



Walaupun isu ini sudah lama berlegar-legar di alam maya, namun tidak ada apa-apa tindakan dikenakan terhadap Musa mahupun kroni-kroni beliau. Mungkinkah disebabkan tidak ada penglibatan media antarabangsa, maka kes ini boleh disenyapkan oleh pihak berkuasa?? Tidak seperti kes Micheal Chia yang mendapat liputan meluas seluruh dunia.. bagi melindungi keburukan pentadbiran kerajaan BN, maka Micheal Chia akhirnya dijatuhkan hukuman penjara.. Itu pun mengambil masa bertahun-tahun.. Namun peliknya, tidak ada pula apa-apa tindakan dikenakan terhadap Musa Aman sedangkan beliau turut sama terkait dengan kontroversi yang melibatkan Micheal Chia..





SUMBER: http://ift.tt/1cUZ0qz
Read more »

Apa Azmin buat di Sibu? Berkempen untuk PKR atau diri sendiri?

0 comments



Gambar di atas adalah gambar Azmin bersama Sam Ketot di Sibu, Sarawak sedang enak-enak makan malam beberapa malam lepas. Di atas meja kelihatan sisa-sisa ikan Empurau yang harganya bila di masak adalah RM2 ribu sedulang.

Apa yang Azmin buat di Sibu dan kenapa dia tidak membantu di Kajang? Kalau ditanya demikian, Azmin akan kata dia dalam perjalanan ke Bailingan untuk penamaan calun yang berlangsung pagi tadi. Memang Azmin ada berada bersama Sam Ketot dengan calun PKR di penamaan calun.





PKR memang bertanding di Bailingan dalam satu perlawanan satu lawan satu di kawasan yang dikosongkan oleh TYT Pehin Seri Taib Mahmud.



Sebenarnya Azmin tak perlu berada di Bailingan yang merupakan 4 jam perjalanan dari SIbu dan satu jam perjalanan dari Mukah. Kajang lebih penting untuk dipertahankan.



Bagi Azmin yang minggu sebelum penamaan calun di Kajang, dia berada di Sabah untuk berkempen. Baca di SINI.



Kehadhiran Azmin di Sarawak adalah untuk dirinya dan bukan untuk PKR. Dia telah berjumpa dengan pasukan kempennya di Sarawak untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden.



Sementara itu, lawannya Tan Sri Khalid Ibrahim sedang sibuk sebagai Pengarah PRK Kajang untuk PKR.



Di Kajang, tiada kerjasama antara kumpulan Azmin dan Khalid. Azmin hanya muncul di atas pentas sekali dan menmbulkan kontroversi dengan bahasa kesat yang dihalakan kepada Najib sebagai binatang belaan Dr Mahathir.



Bunyinya agak kritis dan menyerang tapi ketika kempen, bahasa sedemikian dilihat pemerhati PKR sebagai satu sabotaj terhadap Wan Azizah.



Ramai menganggap kata-kata Wan Azizah bahawa Kalang move masih on sebagai petanda bahawa Wan Azizah akan menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar boneka kepada Anwar.



Azmin sudah lihat dirinya sudah tidak lagi releven kepada Anwar kkini dalam "survival mode" untuk mnyelamatkan krjaya politiknya. Sepanjang di Kajang, Azmin lebih menghabiskan masa kepada kempen kempen pemilihan parti dan tidak sangat berkempen dalam PRK ini.



Bagaimana keadaannya sekarang dengan Azmin yang mahu sangat jadi MB, Khalid yang enggan berikan jawatan MB dan Wan Azizah pula dijangka dinaikkan MB untuk Kajang move?



Lagi rumit apabila Wan Azizah dan Khalid pernah satu regu mahu jatuhkan Azmin di satu masa dahulu.



Jeng jeng jeng .... tunggu kita gunong berapi nak meletup dari Gunong Tropicana.



SUMBER: http://ift.tt/1dghTz5
Read more »

BN VS PKR: KINI BERMULANYA KEMPEN #PRKBalingian

0 comments



Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian di Dewan Suarah Mesra Mukah berlangsung dengan lancar sejak pukul 9.00 pagi ini.



Calon Barisan Nasional (BN), Yussibnosh bin Balo, 48, tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pukul 8.55 pagi.



Turut mengiringi ialah Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) I, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Timbalan Presiden PBB II, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan menteri-menteri dari kabinet negeri.



Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula, Abdul Jalil Bujang, 55, tiba di pusat penamaan calon pada pukul 9.07 pagi sambil diiringi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan pemimpin-pemimpin kanan parti pembangkang yang lain.



Calon BN, Yussibnosh menyerahkan borang pencalonan kepada pegawai pengurus SPR, Shafrie Saili pukul 9.05 pagi selepas dicadangkan oleh Ardyman Matan @ Henry dan disokong Fauziah Adeni.



Manakala calon PKR, Abdul Jalil menyerahkan borang yang sama pukul 9.12 pagi selepas dicadangkan oleh Matek Geram @ Matek Maxi disokong Basri Bahari.



Di dalam dewan pusat penamaan calon kali ini, SPR membenarkan kesemua petugas media masuk ke dalam dewan.





Pengumuman nama kedua-dua calon berkenaan dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof kira-kira pukul 10 pagi.Pilihan raya kecil DUN Balingian diadakan berikutan kekosongan kerusi itu ekoran perletakan jawatan penyandangnya iaitu bekas Ketua Menteri merangkap Presiden PBB, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.





SUMBER: http://ift.tt/1p2i8D0
Read more »

Musa-Shafie rivalry: Semporna Bajau sidelined by Musa's govt?

0 comments

The Sabah Semporna Bumiputera Bajau group claim that their community is being sidelined at state level civil service.

KOTA KINABALU: Sabah’s east-coast Bajaus, claiming to have been sidelined by the state government, want more from their community to be promoted to high-ranking positions in Sabah civil service.



They also want eligible Bajaus from the east to head more agencies or departments in Sabah.



President of Sabah Semporna Bumiputera Bajau (PERBUBAS), Mansor Santiri, alleged discrimination against them exist in the appointment of officers in the state government, and wanted the state leadership under Chief Minister, Musa Aman, to explain.



“The Public Service Department should explain whether there was political interference or otherwise as it should be corrected,” he said in a statement, adding that Bajau children from the east, particularly Semporna, seemed to be sidelined.



“Even if they are eligible for Grade 54 (position), they only can get Grade 52. “I seek clarification from the department because I am wondering why this happens.



“Are the sons of Semporna not competent to head the administration of a department or agency of the state government?” he said.



Mansor’s allegation came in the face of a prolong feud between Musa and Semporna leaders, in particular Shafie Apdal, who holds the powerful Federal Regional and Rural Development Ministry.



In the past, Musa’s deputy in Sabah Umno Salleh Said Keruak had called on Shafie’s ministry to channel funds through the state government instead and not via federal agencies.



Shafie’s portfolio comes with a yearly average development fund of RM6 billion, making him allegedly even more powerful in dishing projects, much to the envy of Musa’s circle.



Why the discrimination?



Sabah’s own annual state budget hovers at just over RM4 billion. Mansor further alleged that promotions have also been dominated by those from the west coast, leaving out senior and highly qualified Bajaus from the east coast.



He however acknowledged that many sons of the east coast are holding high positions in departments or agencies of the federal government.



He nevertheless called on the relevant authorities to rectify the ‘discrimination’ against Sabahans and Sarawakians in Peninsular Malaysia who hold important and high posts, for instance in the Ministry of Home Affairs.



Mansor also gave example of certain high-ranking officers from east-coast whom he alleged had been put in “refrigerator” positions.



He cited the permanent secretary to the Ministry of Agriculture and Food Industry, Ujang Sulani, who due to seniority, should be in the Ministry of Finance.



“Likewise the Government Printing Department director, Salsidu Ibrahim, and the director of the State Public Sector Training Institute, Saa’dilah Abdillah, have not had their appointment grade promoted,” he pointed out.



By Calvin Kabaron





SUMBER: http://ift.tt/1m9YXKw
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog