‘Shoot on sight’ SOP in ESScom needs to be studied first — IGP

0 comments
KUCHING: The ‘shoot on sight’ standard operating procedure (SOP) in the waters off the Eastern Sabah Security Command […]



SUMBER: http://ift.tt/1n80eTi
Read more »

Royalti Minyak Sabah: Kami Punya Hubungan Langsung Dengan Perdana Menteri_ Musa

0 comments

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, tiada larangan kepada sesiapa sahaja untuk bercakap berkaitan dengan royalti minyak yang diterima Sabah. Namun, bagi kerajaan Bn Sabah, tidaklah perlu melolong ke sana ke mari, kerana kami mempunyai hubungan langsung dengan Perdana Menteri.



Musa menyatakan bahawa kenaikan royalti minyak untuk Sabah, bukan sahaja menjadi hasrat pembangkang, namun hasrat kerajaan dan pemimpin Bn lebih daripada itu. Beliau berkata, disebabkan kerajaan dan pemimpin Sabah mempunyai saluran berkaitan dengan isu royalti minyak, maka tidaklah perlu melalak ke sana sini untuk mendapat perhatian.



Semalam, Musa memberi jaminan bahawa pada Rabu akan ada taklimat berkitan dengan royalti minyak kepada ADUN Sabah, untuk itu, beliau meminta para ADUN mempergunakan masa itu bertanya atau meminta penjelasan berkaitan isu royalti minyak demi pemahaman, supaya jelas dan terang once for all.



Pada Sabtu sempena lawatan singkat Perdana Menteri ke Sabah, Dato Seri Najib telah mengumumkan beberapa langkah untuk menambah peruntukkan kepada Sabah berkaitan dengan pengeluran minyak daripada Sabah; antaranya kenaikan CSR Petronas kepada kerajaan Negeri untuk digunakan sebagai dana pendidikan.





SUMBER: http://ift.tt/1siaRFe
Read more »

Jeffrey pengkhianat pernah merancang dengan Sultan Suluk

0 comments



Dato Jeffrey Kitingan yang mana motifnya adalah untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia diketahui sangat hingga pernah ditahan bawah ISA gerakan itu cepat sekali mengambil peluang dari peristiwa Mabul.

Cepat dia membakar rakyat Sabah akan kegagalan kerajaan pusat menajga keamanan pantai Sabah supaya rakyat benci dan termakan dakyah jahatnya.



Jeffrey yang sering menyuarakan 20 point agreement sering lipa bahwa dalam itu sudah termakstub bahawa Sabah tidak boleh tinggalkan Malaysia (secession). Hipokrit betul






Tambah lagi, Jeffrey pernah melakukan talibarut dan diketahui pernah berjumpa dengan salah seorang Sultan Sulu Filipina. Dia telah memberi harapan kepada orang Sulu seolah-olah Sabah akan bebas dari Malaysia dan sedia bergabung dengan Sulu



Padahal ini hanya helah Jeffrey untuk dapatkan sokongan Bumiputra Islam untuk keluarkan Sabah dari malaysia. Dulu dia cuba tetapi tiada sokongan Bumiputra Islam dan hanya dapat sokongan dari segelintir kaum Kadazan Dusun Murut.






Sultan Sulu akan digunakan sebagai boneka untuk menarik sokongan Bumiputera Islam bagi menjayakan agenda dia mengeluarkan sabah dari Malaysia.



Pemikiran Jeffrey amat bahaya dan dia pernah ditahan ISa kerana usaha mahu membawa keluar Sabah dari Malaysia melalui cara ketenteranaan.



Itulah dulu ketika dia tidak mendapat sokongan dari Bumiputra Islam. Kini dia gunakan Sultan Sulu untuk mendapat sokongan Bajau, Sulu dan kelompok Bumiputera islam lain seperti Idahan, Ilanun, kacukan Sulu dll.



Membawa keluar Sabah dari Malaysia adalah tindakan khianat terhadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Kenapa Peguam Negara berdiam?



Isu lama melibatkan rasis DAP Penang, Ng Wei Aik boleh senang dia ungkit balik?







SUMBER: http://ift.tt/1shcWRL
Read more »

Keselamatan Pantai Timur Sabah: Boleh Kah Selesai?

0 comments
ESSZONE/ESSCOM meniru RASCOM; ingatkan cara kerja operasi keselamatan untuk Sabah itu sama dengan RASCOM; rupanya TIDAK, pasukan keselamatan dilarang melepaskan tembakan; jika terserempak dengan penceroboh; kecuali kalau berlaku SERANGAN HENDAP seperti pada malam Sabtu lalu yang menyebabkan seorang anggota pasukan keselamtan mati tertembak.



Esszone/Esscom ditubuhkan Mac lalu ekoran pencerobohan militan sulu ke Kg Tanduo, Lahad Datu. Dalam percerobohan itu, turut terkorban beberapa orang anggota keselamatan dan sudah tentunya berdozen-dozen pencoroboh.



Tujuan penubuhan Esszone/Esscom adalah untuk mencegah pencerobohan berulang; namun sejak penubuhannya, bukan pencerobohan yang berlaku akan tetapi penculikan. Kalau pencerobohan dilakukan secara terang-terangan malah mencabar pasukan keselamatan untuk berlawan, lain halnya dengan penculikan, kerana tindakan penculikan ibarat kucing dan tikus, saling elak mengelak.



Pada Sabtu semasa lawatan Perdana Menteri ke Sabah, pada sebelah petangnya selepas pertemuan dengan para pemimpin Bn Sabah, Dato Seri Najib mengumumkan beberapa langkah untuk memantapkan Esscom/Esszone termasuk menempatkan satu kapal besar di Tengah laut berdekatan dengan sempadan sebagai pusat operasi; ironinya selepas pengumuman itu pada tengah malam pada sabtu di Pulau Mabul, berlaku serangan hendap dan berlakunya kematian pada salah seorang anggota keselamatan.



Nampaknya, semakin rancaknya pihak kerajaan mengumumkan untuk memperketat keselamatan di Pantai Timur Sabah, semakin pihak penculik mencuba keampuhan pasukan keselamatan kita; sehingga Panglima Angkatan Luat Malaysia meminta kebenaran untuk menembak. Adalah satu keanehan, pihak kita melaksanakan zone keselamatan untuk melindungi wilayah negara, namun kebenaran untuk menembak tidak dibekalkan kepada pasukan keselamatan; apa ertinya memiliki senjata canggih????





SUMBER: http://ift.tt/1n20aV9
Read more »

Kerajaan perlu dengar keluhan tentang APMM

0 comments



Berikut adalah surat terbuka peringatan yang tersiar di portal Sabahkini tahun lepas 2013 selepas peristwa Lahad Datu:



Wednesday, March 20, 2013



Skandal Anak Perdana Menteri Malaysia?



PERDANA Menteri Malaysia Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin; Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussien dan Bekas Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan bertanggung jawab sepenuhnya kerana Pengganas Sulu yang menjenamakan diri mereka sebagai 'Tentera Sulu' berjaya dengan mudahnya masuk ke Lahad Datu tanpa sebarang sekatan.



Tuntutan kerajaan Sultan Sulu ke atas Sabah bukan perkara baru dan telah wjud begitu lama sebelum ini; tetapi tidak berlaku sehinggalah kemasukan Pengganas Sulu dengan begitu mudah.

Setelah sekian lama PDRM diamanahkan untuk menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan Perairan Negara termasuk Perairan Sabah sejak sebelum merdeka lagi.



Pada tahun 2011, Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan pada masa itu telah memainkan peranan menipu Perdana Menteri dengan mengatakan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang baru ditubuhkan mampu dan berupaya mengambil alih tugas mengawal keselamatan perairan Negara.



Pada hal, pada masa itu APMM yang digelar sebagai 'Anak Perdana Menteri Malaysia' memang tidak mampu kerana masalah dalaman atau 'Lelaki Mati Pucuk'.



Pada tahun 2011, Perdana Menteri Najib Razak telah mengarahkan Ketua Polis Negara Ismail Omar supaya PDRM menyerahkan semua tugas mengawal perairan Negara kepada APMM.




Baca Selangor Chronicle SINI



Dengan itu, Polis Marin yang menjadi pasukan utama PDRM dalam menjalankan tugas tidak lagi mengawal keselamatan perairan Negara sejak awal tahun 2011. Tugas berkenaan diserahkan sepenuhnya kepada APMM.



Sebanyak 71 unit kapal dan bot ronda PDRM; manakala seramai 1,200 anggota Polis Marin dan juga 8 pengkalan marin di seluruh negara difaraidkan kepada APMM.



Dengan itu PDRM 'lumpuh anggota' dan tidak mempunyai keupayaan lagi untuk menjalankan tugas mengawal perairan dan persisiran negara.



APMM diwujudkan oleh Perdana Menteri Malaysia dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri; di bawah jagaan Timbalan Perdana Menteri. Ratusan juta ringgit peruntukan kewangan disediakan untuk kegunaan APMM.



Lebih kurang RM 130 juta disediakan untuk membaik pulih bot dan kapal antik yang yang diambil dari PDRM, TLDM, Kastam dan juga Jabatan Perikanan.



Lebih memalukan, Ibu pejabat APMM di IOI Putrajaya disewa dengan kos lebih kurang RM 800,000 sebulan.



Sebuah syarikat dilantik untuk menjadi konsultan kepada APMM bagi kerja-kerja pembaikan bot dan kapal antik dengan bayaran RM 1 juta sebulan.



Setiap kerja pembaikan yang dijalankan syarikat itu mengenakan caj tambahan sebanyak antara 10 hingga 15 percent bagi setiao kerja yang dibuat.



Pejabat pejabat dan pangkalan APMM di merata tempat di seluruh Negara disewa dengan kos antara RM 40,000 hingga RM250,000 sebulan



Banyak lagi perbelanjaan yang di gunakan oleh APMM tetapi amat malang bagi Negara Malaysia, APMM hanya pandai berlakon sahaja.



Bot-bot APMM tidak menjalankan rondaan dan operasi di laut perairan Negara. Mereka hanya main wayang sahaja. Bot-bot APMM hanya melalui kawasan operasi, selepas itu terus masuk ke pelabuhan dan rehat di pelabuhan.



Pada keesokan harinya apabila hari siang, barulah mereka melalui semula kawasan operasi. Mereka tidak berada di kawasan operasi. Kalau tidak percaya, pergilah sendiri kepada nelayan atau pengguna laluan laut. Itulah sebabnya Pengganas Sulu berjaya masuk dengan senang dan mudah tanpa sebarang rintangan.



Semasa Polis Marin menjaga perairan dahulu, Polis Marin memang sentiasa berada di laut kecuali jika bot atau kapal rosak untuk dibaiki, barulah mereka meninggalkan kawasan operasi.



Pada masa ini, di kawasan operasi di Lahad Datu, bot APMM memang tidak kelihatan. Bot mereka akan hanya kelihatan berada di kawasan itu jika ada menteri atau orang atasan hendak melawat kawasan itu.




Baca Selangor Chrocicle SINI



Bot APMM akan menunjukkan diri sebentar, selepas itu akan hilang menyorok tidak tahu di mana. Ini yang sedang berlaku tetapi tidak diketahui oleh PM dan TPM.



Ketua Pengarah APMM pula dengan lantang menyatakan APMM tidak dapat melaksanakan tugas disebabkan kapal kapal dan bot telah lama dan uzur.



Alasan itu tidak dapat diterima sama sekali kerana semasa kapal dan bot itu diambil alih, kerajaan telah menyediakan wang sebanyak lebih kurang RM 130 juta untuk pembaikan.



Sehubungan itu saya mencabar kerajaan BN kembalikan semula bot yang diambil alih dengan anggota yang diambil kepada PDRM. Saya yakin dan pasti PDRM mampu melaksanakan tugas mengawal perairan negara. PDRM telah terbukti kemampuannya dan mempunyai sejarah pencapaian luar biasa selama ini walaupun hanya diberikan bot yang antik dan usang.



Salam Hormat,



WARGA PERSISIR PANTAI



-Sabahkini.net








SUMBER: http://ift.tt/1m8PNsA
Read more »

Berapa Ramai Polis Perlu Mati Utk Kerajaan Bertindak - Ada SPY Kata Najib.

0 comments
Sapa tengok TV3 tadi? Sapa yang tengok pasti tahu apa yang Najib ulas dalam berita berkenaan kejadian di Sabah pada semalam. Kejadian berlaku di Pulau Mabul. Kat mana? Semporna juga beb.

Tadi masa tv3 tunjuk keadaan pusat peranginan tu aku dapati memang tak aneh penceroboh boleh bolos dengan mudah kat kawasan macam tu. Terbuka. Lapang. Atas laut resort tu. Sesiapa saja boleh masuk ikut laluan air atau darat jika dia turun kat kawasan berhampiran andaikata kawalan keselamatan perairan kita lemah.



Betul aku taknak salahkan pegawai2 polis marin yang berpangkat rendah dan biasa. Dorang neh sebenarnya mangsa keadaan orang atasan dan ahli politik. Sama je macam aku dan kau. Kematian anggota marin semalam adalah satu tamparan kepada kita sebenarnya.



KENAPA?









1. Penceroboh ataupun kumpulan penculik itu sudah tidak takut lagi walaupun lawan mereka kali ini adalah polis sekalipun.







2. Demi mencapai tujuan mereka, tergamak mereka bunuh anggota keselamatan kita. Mereka dah tak pandang nyawa rakyat kita bernilai.





3. Berani pula tu mereka menculik salah seorang anggota keselamatan kita. Nampaknya mereka memperlecehkan pertahanan negara kita itu sebab mereka berani mencari pasal dengan anggota keselamatan negara kita. Bukan mereka tatau mana2 insiden yang membabitkan pasukan keselamatan sudah pasti menjadi focus kepada agensi keselamatan atas nama menjaga reputasi. Apa la erti agensi keselamatan kalau keselamatan anggota masing2 pun mereka gagal pertahankan ini kan pula keselamatan orang awam. Bagi membendung perselsi rakyat maka sudah tentu agensi keselamatan akan extra kerja bagi mengembalikan semula anggota yang hilang. Nampaknya kumpulan penculik tu sikit pun tak rasa takut. Betul tak?



4. Ingat tak dulu ada satu dokumen yang tersebar berkaitan rancangan penculikan berskala besar oleh kumpulan penculik Abu Sayyaf dan lain2? Aku ada tulis kat sini dulu. Tapi aku on mobile so susah sket nak paste link try korang google tapi jangan lupa masukkan perkataan amenoworld.net sebab url blog aku dah berubah akibat ubah domain haritu. Apa yang aku nak sampaikan ialah, jika dokumen dari agensi kerajaan itu benar maka memang terbuktilah dengan apa yang berlaku sekarang. Penculikkan demi penculikkan berlaku dalam beberapa bulan lepas hingga menyebabkan salah seorang anggota kita maut terkorban. Sepatutnya. Kita sudah rancangan mereka. Kita patut lebih bersedia untuk menghadapi mereka. Tapi kenapa kita gagal? Inila perkara yang perlu kita kaji bersama.



Sebenarnya. Bercakap soal keselamatan di Sabah, rakyat Sabah sudah lali. Cuba kau berkawan dengan orang2 Sabah sendiri. Tanyala dorang apa jek yang dorang tak lalui.



- Ancaman kebajiran PATI dan PADI. Kalau jenis yang baik2 dorang tak kisah. Ini sampai ada yang bergroup2 siap buat perangai otai kat negara orang. Cuba ko fikir. Bila report polis, sesetengah kes ada pula bekap besar dari pihak2 tertentu. So rakyat Sabah bagaimana? Kena telan kot walaupun rasa tak selamat.



- Ancaman IC palsu. Ini masalah besar sebab kebanjiran warga asing dengan IC palsu memberikan saingan kepada orang Sabah dalam peluang pekerjaan. Cuba ko fikir. Dengan tipu kelayakan. Dan tipu warganegara. Warga asing ini mendapat kerja kerana di anggap warga tempatan sehingga warga tempatan sebenar dinafikan haknya. Yang mohon BRIM ada tak? Yang beli rumah? Yang buat account bank? Korang masih ingat ini hal kecik? Rakyat Sabah dah tak terkata dah.



Dan menteri kita si Zahid neh taknak terima hakikat walaupun Najib sendiri dah sahkan anggapan kita. Apa yang Najib ulas di berita?



Lebih kurang begini gambarannya ;





1. ESSCOM lemah. Keselamatan perairan kita mudah dibolosi. Maka kerajaan akan ambil alternatif untuk memperbaiki aspek2 yang lemah dan pertingkatkan lagi tahap kawalan keselamatan perairan di Sabah.



2. Kumpulan penculik sangat pakar dan berstrategik. Mereka mampu melepasi tahap keselamatan kita melalui jalan air dan darat dengan mudah.



3. Ini adalah kelemahan dari pihak kita kerana gagal kesan kehadiran mereka.



4. Segala rahsia pertahanan dan keselamatan kita pun dalam kawalan dan pengetahuan mereka. Ada yang menjadi pengintip bagi kumpulan itu.



Nampak? Nampak?



Aku sokong Najib kali ini. Macam tak percaya pula dia sanggup mengatakan yang benar berbanding sebelum2 ini asyik nak menafi aje. Bagus. Di satu sisi kita sedar dan terima hakikat kita lemah dalam mempertahankan keselamatan rakyat dan pelancong di Sabah. Lebih cepat kita sedar diri maka lebih mudah kita cari solusi untuk perbaiki kelemahan2 yang ada.



Aku rasa apa yang berlaku di Lahad Datu belum cukup mampu untuk mengajar pemimpin2 kita bahawa aspek keselamatan di Sabah perlu dipertingkatkan atas sebab itula kejadian ini berulang lagi di Semporna. Bila ada anggota yang mati baru la kelam kabut. Tak kesian langsung pada nyawa2 yang jadi taruhan. Pelancong pun takut nak datang Sabah. Aku rasa rakyat tempatan lagi2 takut sebab di sini la mereka tinggal. Kurang2 pelancong boleh elakkan diri dari melawat Sabah. Rakyat tempatan pula bagaimana? Mana mereka nak lari inikan negara mereka?



Aku mahu kerajaan bertindak pantas dan tegas bagi membendung perkara ini. Berapa ramai lagi yang perlu mati sehingga kerajaan benar2 sedar bahawa anggota2 kita bukan sahaja perlu menjalani latihan yang teliti bahkan perlu dilengkapi dengan peralatan yang canggih bagi membantu mereka menjalankan tugas2 keselamatan dalam negara? Semalam. Anak seseorang. Ayah seseorang. Suami seseorang. Rakan seseorang telah mati. Dan telah diculik. Adakah kita akan membiarkan perkara ini berterusan? Lakukan sesuatu. Atau mungkin penculik2 itu patut menculik menteri2 kita maka barula menteri2 kita nak sedar akan realiti yang berlaku di Sabah? Lue fikirlah sendiri.



Kbai.
























SUMBER: http://ift.tt/1sPyUJ9
Read more »

SOP Esscom Dinilai Semula – Zahid

0 comments
KL TODAY










KOTA KINABALU: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Prosedur Operasi Standard (SOP) Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan dinilai semula bagi memperbaiki sebarang kelemahan yang ada.



Ahmad Zahid berkata penilaian semula SOP ESSCom perlu dilakukan kerana percaya tidak ada SOP yang sempurna dan masih ada ruang untuk memperbaiki SOP berkenaan atas faktor perubahan keadaan semasa serta atas permintaan masyarakat.



“Kami ingin melihat semula tentang SOP dan juga sebarang tugas yang selama ini telah berjalan. Tentu masyarakat mempertikaikan mengapa masih berlaku pencerobohan, kenapa masih berlaku penculikan?,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa dengan warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, Khamis.



Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.



Beliau berkata selain kelengkapan aset dan tenaga manusia, ESSCom juga akan memberi perhatian serius kepada aspek risikan atau pengumpulan maklumat dan ia akan dilakukan melalui kerjasama antara bahagian risikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).



Ahmad Zahid berkata bahagian risikan pasukan keselamatan Malaysia juga akan bekerjasama dengan bahagian risikan tentera Filipina dan unit pengumpulan maklumat polis negara berkenaan.



“Ia untuk menjaga kepentingan negara ini dan pada masa sama menjaga kepentingan rakyat dan kerajaan Filipina sendiri kerana masalah yang dihadapi kini datang dari Wilayah Selatan negara itu.



“Jadi mudah-mudahan dengan jalinan ini akan merupakan sebagai era baharu kepada kepimpinan pengoperasian ESSCom yang akan diambil alih secara rasmi oleh PDRM pada 15 Julai ini,” katanya.



Mengenai pengambilalihan sepenuhnya pengoperasian ESSCom oleh PDRM, Ahmad Zahid berkata pihak KDN dan PDRM mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberi kepercayaan kepada agensi kementeriannya mengendalikan sepenuhnya pengoperasian ESSCom.



Katanya meskipun tanggungjawab yang bakal dipikul PDRM adalah berat namun yakin dengan kerjasama yang diberikan oleh ATM serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) akan merealisasikan operasi yang cukup terkini.



Mengenai kedudukan Ketua Pengarah ESSCom Datuk Mohammad Mentek, Ahmad Zahid berkata ia akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Perdana Menteri.



Mengulas pembebasan pengurus pusat ternakan ikan warga China, Yang Zai Lin, 34, yang culik dari Pulau Baik, Lahad Datu pada 6 Mei lepas dan diselamatkan awal pagi ini, Ahmad Zahid berkata kejayaan menyelamatkan mangsa adalah berdasarkan hasil maklumat yang diterima.







SUMBER: http://ift.tt/1kR5mph
Read more »

Insiden Tembakan Di Pulau Mabul, Anggota Polis Maut

0 comments









DETIK DAILY

KOTA KINABALU: Seorang anggota polis dilaporkan terbunuh dan seorang lagi dipercayai diculik selepas satu kejadian tembakan di Pulau Mabul, Semporna di pantai timur Sabah pada lewat malam Sabtu.

Kejadian tembak-menembak melibatkan anggota polis itu berlaku sejurus sebelum tengah malam apabila lapan lelaki bersenjata yang berpakaian seperti tentera memasuki pulau itu pada kira-kira pukul 11.30 malam Sabtu.

Para penyelam yang tinggal di resort di pulau itu dilaporkan mendengar bunyi tembakan.

Sebelum ini terdapat beberapa cubaan oleh pasukan lelaki bersenjata warga Filipina untuk menceroboh masuk ke Pulau Mabul yang terkenal sebagai syurga menyelam di pantai timur Sabah.






Minggu lalu, tahap keselamatan dipertingkatkan berikutan satu cubaan menculik oleh tujuh lelaki bersenjata di pusat ternakan ikan dalam sangkar di Kampung Bangau Bangau di Semporna.

Pemilik sangkar ikan itu diarahkan berpindah keluar dari pusat ternakan berkenaan dan sekurang-kurangnya tujuh lelaki bersenjata dilaporkan masih berada di kawasan itu.





SUMBER: http://ift.tt/1qvDfzK
Read more »

KERAJAAN PUSAT KOMITED TAMBAH SUMBANGAN PEMBANGUNAN UNTUK SABAH

0 comments

KOTA KINABALU, 12 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kerajaan Pusat amat komited untuk menambah sumbangan kepada Sabah melalui kaedah yang difikirkan sesuai tanpa menjejaskan pembangunan industri minyak di negeri ini.



Sebagai langkah serta merta, beliau mengumumkan bahawa Petronas bersetuju menambah sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR) kepada Sabah terutama dalam bidang pendidikan termasuk menyediakan kemudahan sekolah luar bandar, penyediaan latihan kemahiran teknikal serta bantuan biasiswa kepada pelajar universiti.



"Kalau kita nak berjaya secara berterusan, kita mesti ada keupayaan. Soalnya bukan untuk mendapatkan kontrak kerajaan semata-mata. Ia bukan tentang memberi kontrak tetapi tentang memberi nilai.



"Dalam persaingan ekonomi hari ini, nilai kreatif menentukan kejayaan kita secara berterusan. Kita akan menambahkan keupayaan rakyat Sabah," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di sini malam Sabtu.



Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.



Najib berkata hubungan erat kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Sabah selain sumbangan Sabah bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) menang pada setiap pilihan raya memudahkan kedua-dua pihak membincangkan isu-isu berbangkit termasuk tuntutan tambahan royalti minyak.



Beliau berkata Musa juga tidak pernah berdiam diri berhubung isu royalti minyak untuk Sabah dan sering bertanya kepada beliau bagaimana Sabah boleh memperoleh lebih banyak daripada pembangunan industri minyak dan gas.



"Oleh itu, kalau ada apa-apa perkara berbangkit dari semasa ke semasa, tentu sekali kita boleh merundingkan perkara ini. Tidak semestinya kita bertempik di luar, tidak semestinya kita bawa usul ke Dewan Undangan Negeri.



"Atas isu royalti minyak, kerajaan negeri Sabah tetap prihatin dalam hal ini. Saya boleh sahkan perkara ini," katanya.



Najib yang juga Menteri Kewangan berkata beliau telah mengarahkan Presiden Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas memberi taklimat khas kepada kerajaan negeri Sabah dan menteri-menteri kerajaan Persekutuan dari Sabah berhubung isu itu bagi membolehkan mereka memahaminya dari sudut penambahan pendapatan untuk Sabah.



"Percayalah kita melakukan yang terbaik untuk Sabah. Hakikatnya yang perlu kita fahami ialah peruntukan yang diterima Sabah melalui kementerian dan agensi kerajaan Persekutuan jika dicampur perbelanjaan pembangunan dan operasi, ia adalah tiga kali ganda daripada 20 peratus royalti minyak yang disebut-sebut dan dicanang oleh parti-parti pembangkang," jelas beliau.



Najib berkata kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah juga sedang menimbang usaha dan bentuk bantuan untuk negeri ini dan akan mengumumkannya kelak.



Sementara itu, Najib yang juga Pengerusi BN mengingatkan semua pemimpin dan anggota parti komponen BN di Sabah supaya tetap berpegang kepada konsep perkongsian kuasa dan semangat BN serta membuat keputusan secara konsensus bagi memastikan BN terus utuh di negeri ini.



Beliau berkata pemimpin parti-parti komponen BN perlu sedia duduk semeja dan mendengar pendapat mengenai sebarang permasalahan manakala wakil rakyat BN sama ada di peringkat negeri atau Parlimen haruslah adil dalam soal pengagihan bantuan.



Sekiranya pemimpin parti-parti komponen BN bersifat adil dan inklusif dalam soal pengagihan bantuan, katanya keadaan itu akan memberi kekuatan berterusan kepada BN di Sabah.



Mengenai masa depan Sabah, Najib berkata beliau yakin Sabah yang diterajui BN mempunyai masa depan yang cerah dan cukup baik untuk terus maju.-- BERNAMA





SUMBER: http://ift.tt/1nqPcrb
Read more »

KAPAL BUNGA MAS 5 DITEMPATKAN DI PERAIRAN SEMPADAN, PERKUKUH PERTAHANAN ESSCOM

0 comments

KOTA KINABALU, 12 Julai (Bernama) -- Kerajaan bakal menempatkan Kapal Bunga Mas 5 milik Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Bhd (MISC) di perairan pantai Timur Sabah yang bersempadan dengan Filipina, bagi memperkukuh pertahanan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom).



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kapal itu berperanan sebagai kapal induk dan dilengkapi pasukan anggota keselamatam dan bot-bot laju bagi menangani jenayah rentas sempadan.



"Saya fikir kerjasama rakyat juga penting. Kalau kita beri maklumat kepada musuh, maka musuh dapat membolosi sistem pertahanan negeri ini...saya harap ini dapat dielakkan, jika tak, apa jua sistem pertahanan canggih pun boleh ditembusi jika ada yang beri maklumat," katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan makan malam bersama Perdana Menteri dan Isteri di sini, malam Sabtu.



Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Shafie Apdal, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan serta beberapa menteri Kabinet negeri.



Najib yang juga Menteri Kewangan berkata dua pelantar minyak Petronas akan ditempatkan di perairan Semporna dan Lahad Datu sebagai barisan pertahanan terakhir dengan dilengkapi sistem radar yang dapat memantau pergerakan di perairan berkenaan.



Perkara itu akan dilakukan enam bulan lagi sebagai langkah meyakinkan rakyat Sabah terhadap peranan Esscom sejajar penstrukturan semula ESScom yang dipimpin seorang Komander.



Sebagai Pengarah Keselamatan Negara, Najib berkata beliau akan kembali melakukan lawatan kerja ke Sabah dalam masa terdekat bagi mengumumkan lebih banyak bentuk insiatif dalam soal pembangunan dan keselamatan negeri ini khususnya Esscom.



Penstrukturan semula Esscom mewujudkan dua komponen utama iaitu pengurusan keselamatan dan pertahanan serta penguatkuasaan dan tindakan awam, bertujuan menggembleng sumber agensi-agensi keselamatan bagi mempertingkat keberkesanan operasi.



Pelantikan Abd Rashid sebagai Komander Esscom berkuat kuasa Selasa ini.



Najib dan Rosmah turut menyampaikan sumbangan duit raya dari Pusat Zakat Sabah kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan warga emas di sekitar Kota Kinabalu.



Terdahulu, Najib menghadiri taklimat khas Pembangunan Sabah oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah sebelum menghadiri majlis perjumpaan bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah di sini.-- BERNAMA









SUMBER: http://ift.tt/1ya40hB
Read more »

Royalti Minyak: Sabah Punya Cara Tersendiri: Musa

0 comments

Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Musa Haji Aman berkata pada Sabtu, Sabah mempunyai caranya sendiri berkaitan isu royalti minyak untuk Sabah. Para pemimpin Sabah tidak pernah berdiam diri sepertimana dakwaan pembangkang; walaupun isu itu tidak dibincangkan melalui Dewan Undangan Negeri; sepertimana dilakukan oleh negeri jiran Sarawak.



Kami membincangkan isu royalti minyak samada diperingkat kabinet mahupun kepimpinan parti; sebab itu Perdana Menteri telah mengarahkan Pengurusan Petronas untuk memberi kami taklimat serta perbincangan yang membawa keputusan yang baik bagi tujuan menambah sumbangan kepada Sabah.









SUMBER: http://ift.tt/1msGLf4
Read more »

Jangan ulangi peristiwa 1977 menimpa Kelantan di Selangor

0 comments



MSO



Entah azimat dan takar apa yang Abdul Khalid Ibrahim pakai untuk mengemaskan kedudukannya sebagai MB Selangor tidak diketahui. Mungkin takar Jawa atau Banjar? Tampaknya beliau liat dan leet macam "tahi beruk" untuk berundur walaupun ada tekanan berterusan. Bahkan dia kelihatan confident dengan sokongan yang diterimanya. Mungkin juga ada sokongan atau kata-kata jaminan secara senyap daripada pihak lebih berkuasa?












Khalid dalam satu majlis dengan Umno.

Dengan cara yang diambil sekarang oleh mereka yang mahu menurunkannya tidak mungkin Khalid bermurah hati untuk meninggalkan Bangunan Sultan Abdul Aziz. Kerusi MB bukan banyak, hanya 13 buah sahaja, termasuk kerusi Ketua Menteri Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah. Jadi adalah "kuliha"nya untuk Khalid merasa sayang dan terus berbulan madu dengan kerusi berkenaan tanpa mempedulikan hiruk pikok di luar.

Jawatan MB juga boleh menjadi pelindung atau insuran kepada hutangnya sebanyak RM70 juta?



Tekanan dalaman baik secara terbuka dan dalam mesyuarat sudah tidak didengar langsung. Khalid semacam sudah berikrar dengan diri dan tekad bersama penyokongnya untuk tidak berundur. Slogan Anwar Ibrahim, "lawan tetap lawan" telah dirampas dan digunakan sepenuhnya.



Jadi apakah pilihan yang ada kini bagi memastikan beliau turun daripada kerusi MB. Hanya ada dua sahaja, pertama keberanian Anwar Ibrahim untuk meminta Khalid meletak jawatan secara diplomasi, kedua dengan mengadakan undi tidak percaya. Cara pertama adalah lebih lendik dan teratur kerana ia tidak membabitkan pihak lain.



Walaupun selama ini Anwar sudah memberi isyarat kepada Khalid agar berundur, tetapi ia tidak dipedulikan Khalid. Mungkin Anwar perlu bertegas. Anwar perlu bertanggungjawab untuk memecat Khalid kalau dia sudah tidak layak kerana Anwar bertanggungjawab mengambilnya untuk jadi MB. Khalid jadi MB adalah kerana Anwar.












Mohammad Nasir

Tetapi apakah Khalid akan akur? Dalam politik orang sanggup bukan sahaja setakat baling kerusi, bertumbuk sampai pecah pipi dan patah hidung tetapi berbunuhan pun orang sedia dan tergamak. Tidak ada yang tidak sampai hati dalam politik. Kalau diambil sifir itu, maka tidak mudah untuk Khalid berundur kandati dipaksa macam mana sekali pun. Diplomasi sudah tak berhasil.



Dalam politik juga nilai dan erti sahabat tidak berpanjangan, ia berlaku dalam keadaan tertentu sahaja. Begitu juga dengan budi dan jasa, atau pengorbanan bukan nilaian mutlak. Selalu yang menang dalam politik mereka yang tidak ada air muka dan membuang moral sebagai manusia normal. Yang tutup mata, pekuk telinga dan pecet hidung.



Makanya jalan kedua lebih berkesan, iaitu usul undi tidak percaya dalam DUN Selangor. Tetapi cara ini berisiko besar berbanding dengan cara pertama tadi. Kalau jalan kedua ini hendak diambil PKR atau Anwar kena yakinkan rakan-rakan dalam PKR terutamanya Pas. Tanpa mendapat persetujuan hitam putih dan bertulis daripada Pas, jangan sesekali cuba hendak bawa usul undi tidak percaya. Pas boleh tungging belakang begitu sahaja, yang malu dan rugi PKR juga.



PKR terutamanya Anwar sudah banyak pengalaman dengan Pas sebelum ini, yang mana tidak manis kalau disebut di sini nanti ada orang marah. Pas walaupun parti Islam tetapi ada segelintir pemimpinnya bermulut manis jubur masam.



Jalan kedua itu juga tidak mudah. Sudah ada belang yang Pas tidak akan bersetuju dengan pelan berkenaan. Kenyataan daripada pemimpin Pas soal MB adalah keputusan rakyat nyata bagaikan dibaris. Penolakan Pas terhadap pelan Kajang Move menjelaskan apa yang akan berlaku. Pas juga adalah rakan politik kepada PR atau Anwar Ibrahim. Sebagai sifat rakan politik Pas tidak dapat memastikan dia jujur dan ikhlas.



Sebagai parti yang menganuti sama fahaman sekular Machiavellianisme Pas bukan rakan yang boleh dipercayai seperti juga DAP. Demikian sebaliknya.



Sama ada pelan kedua itu jalan atau tidak, suka saya nak ingatkan di sini mengenai peristiwa yang berlaku pada tahun 1977 di Kelantan. Pada masa itu Pas Kelantan sedang menghadapi kerumitan untuk membuang MB mereka, Mohamad Nasir. Keadaannya samalah seperti apa berlaku di Selangor yang dihadapi PKR kini.



Untuk tujuan itu berbagai usaha dilakukan termasuk nasihat dan sebagainya. Parti juga memberi beberapa pandangan kepada Mohamad Nasir. Adapun sebab kenapa Mohamad Nasir hendak dipecat ialah kerana beliau dilihat tidak memberi keuntungan kepada parti sebaliknya berpihak kepada Umno. Pentadbirannya menyebabkan Umno untung. Walaupun diberi nasihat secara baik, tetapi Mohamad Nasir tetap berdegil untuk tidak melepaskan jawatan. Mulanya dia berjanji untuk berundur dengan baik, tetapi janji itu dimungkiri begitu sahaja.



Jalan terakhir diambil oleh Pas Kelantan dengan mengusulkan undi tidak percaya dalam DUN Kelantan. Usul itu dibawa oleh kumpulan 20 para Adun Pas yang tidak bersetuju dengan Mohamad Nasir. Usul berkenaan berjaya diluslukan dengan 20 undi menyokong 12 undi daripada Umno dan 1 MCA menentang. Kalau mengikut keputusan DUN itu Mohamad sudah hilang hak menjadi MB.



Tetapi usul undi tidak percaya itu tidak membawa apa-apa perubahan. Ia tidak menyelesaikan kemelut yang berlaku. Keengganan Mohamad Nasir menyebabkan ia tidak menamatkan krisis. Mohamad Nasir bukan sahaja dikenakan undi tidak percaya, sebaliknya ikut dipecat daripada PAS. Pemecatan itu juga tidak menghasilkan apa-apa.



Mohamad Nasir sebaliknya menajdi makin "manggak" apabila ada golongan yang menyokongnya di belakangnya. Kumpulan 12 orang Adun Umno bersamanya. Mereka ini memberi sokongan dan semangat kepada Mohamad Nasir agar tidak tunduk kepada desakan Pas serta tidak keluar dari pejabat SUK. Untuk menunjukkan Mohamad Nasir mendapat sokongan rakyat, Umno menggerakkan himpunan di beberapa jajahan bagi menyatakan sokongan kepada Mohamad Nasir.



Rengkas cerita, usul undi tidak percaya dan pemecatan Mohamad Nasir tidak kesampaian tujuannya. Sebaliknya ia memarahkan lagi keadaan. Himpunan rakyat membela Mohamad Nasir yang ditaja Umno berlaku dimana-mana sahaja. Ia berakhir dengan tunjuk perasaan yang mengakibatkan Kelantan diletak dibawah MAGERAN dan kuasa kerajaan Pas dibekukan.



Jadi tragedi yang menimpa Kelantan 37 tahun lalu perlu diingat dan diambil iktibar sebelum ada cadangan hendak mengusulkan undi tidak percaya kepada Khalid Ibrahim. Saya dapat gambarkan macam mana kalau DUN Selangor sedia menerima usul berkenaan untuk diundi, ribuan orang akan ke Shah Alam dengan pelbagai sepanduk. Dan sesungguhnya pihak musuh PR hanya sedang menanti detik-detik berkenaan saja untuk bertindak dan mengganas.



NGO-NGO yang makan upah, perut buncit dan misai melekong macam tanduk seladang, berasa seronok dan mereka akan mendapat peluang mengisi tembolok dengan kejadian itu nanti. Mereka inilah yang akan mendolor punggung Khalid ke langit dan menggelarkan Khalid "Pejuang Rakyat", "Pembela Rakyat" dan sebagainya seperti mana dilakukan kepada Mohamamd Nasir yang digelar sebagai "Datuk Jujur".



Janganlah peristiwa itu berulang di Selangor kerana ia sangat-sangat memeritkan sekali.





SUMBER: http://ift.tt/W76eAV
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog