Oleh : SHAIMON S JUAMDI Foto : ZAMAN ABM FAJEER |
CADANGAN….Juhari sedang ditemubual mengenai cadangan penerbitan surat khabar Buletin Sabahkini.Net. EKORAN Portal Online Sabahkini.Net yang kini semakin dekat di hati masyarakat pengamal media alam maya, ramai peminat setia portal ini mencadangkan agar diterbitkan surat khabar (media cetak) berbentuk Buletin, sama ada secara mingguan atau dwi-mingguan. Salah seorang peminat setia Sabahkini.Net, Mohd Juhari Kadir daripada Kampung Batu Putih Kinabatangan, mencadangkan kepada Ketua Biro Sabahkini.Net Wilayah Sandakan agar menyampaikan niatnya kepada C.E.O Sabahkini.Net yang beribu pejabat di Kuala Lumpur menimbangkan cadangannya. Kata Juhari, memang tidak dinafikan Sabahkini.Net yang fleksibel dan tidak berat sebelah semakin mendapat sambutan ramai di kalangan penduduk Sabah, bukan sahaja tertakluk kepada masyarakat Bumiputera, bahkan merangkumi masyarakat Cina dan India juga amat meminati Sabahkini.Net yang banyak menyiarkan berita-berita sensasi dalam membongkar perkara-perkara songsang yang tersembunyi. Ditambah lagi, kata Juhari, jika Sabahkini.Net menerbitkan surat khabar bercetak untuk memberi ruang kepada segelintir masyarakat yang buta IT/ICT untuk membaca berita-berita dan artikel-artikel yang amat bernilai berkenaan. Jika dua tahun lalu, kata Juhari, ramai di kalangan pemimpin dan ahli UMNO paling benci kepada Sabahkini.Net sehingga beberapa wartawan Sabahkini.Net sering menerima ancaman bunuh dan telah dicederakan kerana terus menyiarkan perkara-perkara songsang yang dilakukan oleh pemimpin mereka. "Tetapi kini telah jauh berubah, malahan ramai para pemimpin UMNO suka aktiviti-aktiviti mereka disiarkan di Sabahkini.Net kerana bila tersiar, dakwa mereka, Perdana Menteripun turut membacanya dan mengetahui segala pergerakan di bahagian dan cawangan UMNO yang dijalankan,” jelas Juhari. Menurut Juhari, beliau amat gemar mengikuti artikel daripada Sandakan yang tidak berat sebelah, pro kerajaan, pro pembangkang dan kaedah beginilah yang amat disukai rakyat untuk mendapat berita secara telus dan berterus terang. Katanya, akhbar di Sabah wajar mengikut jejak langkah Sabahkini.net yang mengamalkan 100 peratus Bill Of Guarantee (BoG) iaitu tidak menapis internet sebagaimana dibuktikan sejak Sabahkini.net dilancarkan sekitar 2006. Tegasnya, rakyat mahukan artikel luhur dan wadah bebas tanpa kekangan dan tidak disodor dengan berita yang memualkan kerana setelah merdeka 49 tahun, rakyat Sabah sudah boleh menilai hati budi kerajaan; tanpa puja puji melangit. "Kami akan berbincang dengan beberapa orang tokoh masyarakat untuk meminta sedikit sumbangan bagi menjayakan penerbitan buletin Sabahkini.net jika mendapat persetujuan kelak," ujar Juhari yang menaruh harapan tinggi agar niatnya direstui Sabahkini.net. |
SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2012/11/portal-sabahkininet-ke-buletin.html
0 comments:
Post a Comment