RM1.3 BILION UNTUK PROJEK LUAR BANDAR DI SARAWAK


Projek yang dilaksana mulai tahun depan bukti keprihatinan PM terhadap S’wak KEMUDAHAN RAKYAT: Shafie (tiga kanan) melihat lebih dekat Stesen Penggalak Air di Pasai Siong, Sibu semalam. Turut kelihatan ialah Entulu (tiga kiri). SIBU: Kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah meluluskan dan akan melaksanakan pelbagai projek pembangunan prasarana rakyat kawasan luar bandar berjumlah RM1.3 bilion untuk Sarawak mulai tahun depan. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, daripada jumlah itu RM531 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan projek jalan raya, RM265 juta untuk projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan RM450 juta untuk projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB). “Ini salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan ke-upayaan dan memberi keselesaan kepada rakyat luar bandar agar dapat menikmati manfaat pembangunan kemudahan infrastruktur dan prasarana,” katanya pada Majlis Perasmian Stesen Penggalak Air di Pasai Siong di sini, semalam. Shafie berkata, peruntukan itu selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memba-ngunkan kawasan luar bandar terutamanya di Sarawak dan Sabah agar tidak ketinggalan dalam menikmati keselesaan pembangunan yang direncanakan kerajaan. “Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan kemudahan infrastruktur berjumlah RM5 bilion masing-masing kepada Sabah dan Sarawak di samping tambahan peruntukan lain sejak memegang tampuk pimpinan negara. “Najib juga telah memper-kenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi menyelesaikan masalah keperluan hidup rakyat tanpa mengira di bandar mahupun luar bandar,” jelasnya. Mengulas mengenai projek BALB, Shafie memberitahu, kerajaan menerusi KKLW telah meluluskan peruntukan berjumlah RM50 juta bagi pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf loji air di Sarikei yang akan memberi manfaat kepada penduduk di Sarikei, Pakan dan Pulau Bruit. “Selain itu, kita juga telah memperkenal teknologi ‘Life Saver’ yang lebih besar dari-pada ‘Jerry Can’ ciptaan Bri-tish yang dapat menakung air sehingga 750 liter dan dirawat sama dengan air mineral dan baik untuk kesihatan penduduk yang menggunakannya,” jelasnya. Menurut Shafie, Perdana Menteri berusaha untuk me-mastikan pembangunan rak-yat di bandar diseimbangkan dengan di luar bandar, sekali gus membuktikan beliau seorang pemimpin yang sentiasa komited terhadap keperluan rakyat. “Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang bila-bila masa, Perdana Menteri seorang pemimpin negara yang boleh dipercayai untuk memimpin negara. Saya yakin akan ke-pimpinan beliau. “Oleh itu, saya amat berharap penduduk luar bandar tidak silap membuat perhitungan untuk memilih wakil rak-yat. Saya juga yakin penduduk luar bandar dapat membuat perbandingan, tahu mana baik buruknya keputusan yang dilakukan,” katanya. Projek Stesen Penggalak Air yang menelan kos berjumlah RM14,859,283 dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan tekanan air bagi kegunaan penduduk kampung di sepanjang Jalan Teku dan Jalan Pasai Siong. Dengan adanya projek ini, sebanyak 1,143 penduduk me-rangkumi 189 buah rumah akan menikmati air bersih dan se-lamat. Ia adalah lanjutan daripada sistem sedia ada di kawasan Teku yang terletak kira-kira 7.3 kilometer dari projek ter-sebut. Selain itu, pembinaan Tangki Aras Tinggi (High Level Tank) yang berada enam kilo-meter dari projek tersebut mempunyai kapasiti 1.2 juta liter yang terletak di persimpangan Jalan Teku dan Jalan Pasai Siong. Hadir sama Timbalan Men-teri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun.

Sumber









SUMBER: http://bujangsenangbn.blogspot.com/2012/11/rm13-bilion-untuk-projek-luar-bandar-di.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog