Najib tidak mampu umum calon bebas rasuah – Siti Aishah

Oleh: Aishah Geofrey



KUALA LUMPUR : Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak masih belum mengumumkan senarai calon pilihan raya umum kerana tidak mampu menyenaraikan calon yang bebas dari isu rasuah, kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail.



“Najib tidak mampu menawarkan calon yang tidak terpalit dengan isu rasuah dan penyelewengan.



“Berbeza dengan Pakatan Rakyat yang menampilkan calon terbaik dan barisan kepimpinan yang lebih bersih dan amanah,” ujarnya ketika dihubungi.



Justeru beliau mencabar Najib segera mengumumkan calon berwibawa dari BN, selari dengan manifesto dibentangkan mereka baru-baru ini.



“Jika gagal berbuat demikian, ia membuktikan laungan transformasi beliau hanya retorik bagi meraih undi terutama orang Melayu,”



“Pengumuman perlu segera dibuat bagi memudahkan rakyat menilai tawaran dan calon dari setiap parti,” katanya yang akan mewakili KEADILAN di parlimen Tambun dalam PRU ini.



Antara pimpinan BN yang dilihat akan mengekalkan kerusi ialah Tan Sri Taib Mahmud, yang sebelum ini didedah mengumpul kekayaan RM64 bilion dan dikaitkan skandal pembalakan di Sarawak.



Selain itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang terbabit dengan skandal RM40 juta wang haram yang dibawa masuk oleh ahli perniagaan, Michael Chia.



Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin turut menjadi perhatian apabila Kementerian Belia dan Sukan menganugerahkan kontrak bernilai RM30 juta kepada syarikat milik anaknya, Istijuara Sdn Bhd.



Hingga kini, hanya Datuk Seri Shahrizat Jalil yang sebelum ini terlibat dengan skandal projek ternakan lembu fidlot bernilai RM250 juta, mengesahkan tidak akan bertanding dalam PRU.



Sementara itu, BN masih belum mengumumkan senarai calon, ekoran kebimbangan berlaku perebutan di peringkat bahagian dan tindakan boikot dari mereka yang tidak terpilih sebagai calon.



Ia nyata berbeza dengan Pakatan yang telah mengumumkan sebahagian besar calon yang akan bertanding di kerusi parlimen dan DUN.



SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/04/najib-tidak-mampu-umum-calon-bebas.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog