PENCEROBOH CEMAR NAMA BAIK BANGSA SULU SABAH

0 comments
Pencerobohan yang dilakukan oleh pengikut kesultanan Sulu di Filipina jelas telah mencemar nama baik serta hubungan diantara kaum Sulu di Sabah.



Kaum Sulu Sabah hidup aman dan damai dibawah pemerintahan kerajaan Malaysia kini dan dengan pencerobohan itu jelas bahawa pengikut kesultanan Sulu Filipina tidak redha bahawa mereka (Sulu Sabah) telah mendapat layanan baik dari kerajaan negeri atau pusat.



Apa yang menjadi permasaalahan ialah, pengikut kesultanan ini tidak dapat menerima atau tidak mengkaji sejarah yang mana sabah kini adalah milik kerajaan Malaysia.



Perkara ini dinyatakan oleh Azly, seorang usahawan, yang berkata kemelut pencerobohan tidak sepatutnya berlaku sekiranya rakyat di selatan Filipina memahami sejarah bahawa Sabah milik Malaysia.



"Mereka ini berpendapat selagi ada bulan dan bintang, selagi itu Sabah milik mereka kerana mereka tidak melihat kepada sejarah," katanya kepada BERNAMA.



Beliau juga berkata bahawa kaum Sulu yang ada di Sabah tetap akan menyokong tindakan kerajaan menyerang penceroboh berkenaan ekoran tidak mahu keamanan mereka tergugat.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone



SUMBER: http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/03/penceroboh-cemar-nama-baik-bangsa-sulu.html
Read more »

PENDUDUK SG RAPAT MENGAMUK

0 comments


Satu laporan polis telah dibuat di balai polis Sg Rapat Ipoh berkenaan dengan kenyataan yang dibuat oleh Tian Chua berikutan dengan pecerobohan di Lahad Datu Sabah.



Kenyataan Tian Chua yang mengatakan bahawa pencerobohan tersebut dirancang oleh UMNO telah membuatkan penduduk Sg Rapat mengamuk dan seterusnya membuat satu laporan polis bersama sama dengan ADUN Sg Rapat, Datuk Hamidah Osman.



Lagi maklumat boleh di dapati dengan klik link di bawah



http://bit.ly/WrPmDE









Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone



SUMBER: http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/03/penduduk-sg-rapat-mengamuk.html
Read more »

ISU LAHAD DATU !!! CYBERTROOPER PR MEROYAN !!! ATM NAIK AIR ASIA ??? WAJIB BACA !!!

0 comments



Semalam ramai yang terpinga-pinga mengapa Angkatan Tentera Diraja Malaysia menggunakan khidmat peswat Air Asia untuk menghantar anggota tambahan ke Sabah untuk operasi di Lahad Datu.Ada yang berkata ini adalah kerana pesawat Hercules milik TUDM rosak dan tak mampu terbang. Ada juga yag berkata ini semua helah Tony Fernandes nak buat duit.Ini semua spekulasi bangang yang tidak berpijak di bumi yang nyata.Komik khas ini dihasilkan untuk menjawab persoalan di atas.















Sumber Blog Serius



RENUNG-RENUNGKAN



SUMBER: http://badutrakyat.blogspot.com/2013/03/isu-lahad-datu-cybertrooper-pr-meroyan.html
Read more »

Sultan Sulu ahli Umno

0 comments

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Ketika Umno BN menyalak kencang mengheret Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, rupa-rupanya ‘Sultan Sulu’ yang didakwa mengetuai pasukan penceroboh itu adalah ahli Umno.



umno sulu



Ini dibuktikan dalam laporan Berita Harian pada 19 Februari 2011 bertajuk ‘Umno Sabah minta keahlian ‘Sultan Sulu’ dipecat’.



Dilaporkan, Sultan Sulu itu adalah Datu Mohd Akjan Ali Muhammad dan merupakan ahli Umno sebuah cawangan dalam Bahagian Kota Kinabalu.



Mengikut laporan itu, arahan pemecatan Mohd Akjan kerana beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu.



Mohd Akjan yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Cawangan Sabah adalah bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



Beliau dilapor ditabalkan sebagai Sultan Sulu awal Februari 2011 selepas mengangkat sumpah kesetiaan dalam majlis di sebuah rumah di Kampung Likas, dekat Kota Kinabalu.



Ekoran pengisytiharannya itu, Badan Perhubungan Umno Sabah mahu Majlis Tertinggi (MT) parti memecat beliau.



Dilaporkan, keputusan sebulat suara itu dicapai pada mesyuarat Umno Sabah, 17 Februari 2011.



Umno menyifatkan tindakan Mohd Akjan itu mencemar imej dan memecahbelahkan perpaduan parti.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman dilapor berkata, Umno memandang serius tindakan ahli perniagaan terbabit mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu.



Sehubungan itu, Musa mencadangkan agar MT mengambil tindakan tegas terhadap Mohd Akjan bagi menjamin keutuhan parti.



Musa yang mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan negeri tidak mengiktiraf tindakan Mohd Akjan itu dan meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.



SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/03/sultan-sulu-ahli-umno.html
Read more »

UMNO Sabah minta keahlian ‘Sultan Sulu’ dipecat

0 comments










DETIK DAILY



KOTA KINABALU: Badan Perhubungan UMNO Sabah akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Tertinggi (MT) parti supaya ahli UMNO sebuah cawangan dalam Bahagian Kota Kinabalu, Datu Mohd Akjan Ali Muhammad dipecat daripada parti kerana mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, baru-baru ini.



Keputusan sebulat suara itu dicapai pada mesyuarat UMNO negeri, di sini malam kelmarin berikutan tindakan ahli perniagaan terbabit yang disifatkan mencemarkan imej UMNO dan memecahbelahkan perpaduan parti.




Ketua Menteri yang juga Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata UMNO memandang serius tindakan ahli terbabit mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu dan mencadangkan agar MT mengambil tindakan tegas terhadap Datu Mohd Akjan bagi menjamin keutuhan parti.




"UMNO negeri akan mengemukakan surat rasmi kepada MT tidak lama lagi.

Mesyuarat pada malam ini (kelmarin) mahu tindakan tegas diambil terhadap beliau," katanya pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan.



Beliau yang mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan negeri tidak mengiktiraf tindakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu, meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.



Awal bulan ini, Datu Mohd Akjan yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Cawangan Sabah dilapor ditabalkan sebagai Sultan Sulu selepas mengangkat sumpah kesetiaan dalam majlis di sebuah rumah di Kampung Likas, dekat sini.



Majlis itu turut disaksikan sekumpulan 60 jemputan, termasuk beberapa individu yang didakwa sebagai Pegawai Kanan Kesulatanan Sulu.



SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/03/umno-sabah-minta-keahlian-sultan-sulu.html
Read more »

ANWAR IBRAHIM CABAR REUTERS DAN FILIPINA THE PHILIPINE INQUIRER DEDAHKAN ‘BUKTI’ PENGLIBATANNYA DALAM INSIDEN DI LAHAD DATU

0 comments





Dahulunya inilah pemimpin Malaysia yang mengagungkan kebebasan media antarabangsa sehingga sanggup menggunakan mereka demi untuk mencemar dan memberikan gambaran buruk kepada Malaysia.



Tetapi, kini dalam insiden pencerobohan di Ladah Datu, Sabah, Anwar Ibrahim menerusi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mencabar dakwaan media antarabangsa yang mengaitkan Anwar Ibrahim dan menegaskan laporan berkenaan telah di putar belit untuk mengalihkan fokus daripada kegagalan kerajaan menangani insiden berkenaan.



Azmin Ali yang mempertahankan ‘bos’nya itu menemplak media antarabangsa seperti Reuters dan portal Filipina The Philipine Inquirer yang melaporkan sumber risikan Filipina mendakwa seorang pemimpin yang rapat dengan Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan penceroboh bersenjata terbabit di Sabah. Ini tidak mengejutkan dan Kerajaan Malaysia dan UMNO dalang dalam kejadian ini.



Akibat terlalu taksub mempertahankan Anwar Ibrahim, Azmin Ali sanggup melibatkan kepimpinan Kerajaan Malaysia dalam insiden ini. Persoalannya, adalah tidak masuk akal kerajaan sendiri yang menggalakkan pencerobohan dan tidak menyelesaikan masalah pencerobohan yang secara terang mengancam keselamatan negara?



Dengan memetik kata-kata Azmin Ali di dalam Yahoo Malaysia yang diambil dari Malaysia Insider.



“Saya tidak terkejut kalau ada pihak luar digunakan untuk memburukkan Anwar,” katanya kepada The Malaysian Insider.



“Ini semua tuduhan yang tidak berasas dan cuba mengalihkan pandangan dari isu sebenar ... kita minta jangan alihkan pandangan rakyat, bagaimana keselamatan lautan dan wilayah kita boleh dicerobohi,” tegasnya.



Jelas ahli Parlimen Gombak itu lagi, setiap tuduhan yang dibuat juga perlu dikemukakan dengan bukti.



“Siapa yang buat tuduhan kepada Anwar perlu kemuka bukti ... bukti kukuh perlu ada sebelum buat tuduhan,” tegasnya, dan menambah, “ini memang kerja UMNO, padamkan fakta dan mengalih perhatian rakyat.”



Dengan tidak berpijak di bumi yang nyata, Azmin Ali telah mengaitkan insiden Laha Datu dengan politik dan menjelaskan, tuduhan yang dikeluarkan terhadap Anwar Ibrahim itu juga bertujuan untuk melemahkan sokongan terhadap Pakatan Pembangkang di Sabah.



“Usaha ini dibuat UMNO dalam pelbagai cara, dulu kita tahu UMNO gunakan pihak luar dari AS (Amerika Syarikat) untuk memburukkan Anwar Ibrahim.





SUMBER: http://cetusankenyalang.blogspot.com/2013/03/anwar-ibrahim-cabar-reuters-dan.html
Read more »

Lahad Datu: Kenapa polis bukan tentera kendali

0 comments









Harakahdaily,











KOTA KINABALU: PAS mendesak agar pihak kerajaan tampil memberikan penjelasan sebenar berhubung insiden yang berlaku di Lahad Datu.



Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, ketelusan pihak kerajaan memberikan penjelasan adalah penting bagi menjaga integriti dan maruah Malaysia.



“Kita harap kerajaan kena telus, kena bertanggungjawab... kerana ini melibatkan masalah integriti dan maruah negara.



“Apa lagi sudah sampai ke tahap ada yang sudah terbunuh dalam kejadian ini. Jadi, tak boleh dianggap sebagai satu perkara yang tidak serius,” jelas beliau.



Tambah beliau, isu tersebut seolah-olah ada sesuatu yang hendak disembunyikan oleh pihak kerajaan apabila melibatkan polis dibarisan hadapan pertahanan negara.



“Pada pandangan kita, isu ini sepatutnya ditangani oleh tentera bukan polis. Kenapa sebaliknya, adakah ada sesuatu yang cuba disembunyi oleh kerajaan. Ini penjelasan yang kita minta," kata beliau.



Mustafa berkata demikian kepada Harakahdaily selepas menyertai program dengan bakal-bakal calon PAS di sebuah hotel dekat sini semalam.



5 lagi polis mati



Insiden di Lahad Datu naik ke fasal yang sangat membimbangkan sekarang apabila lima lagi anggota polis diberitakan terkorban di Semporna.



Bernama melaporkan, seorang pegawai dan empat anggota polis meninggal dalam serangan di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah semalam.



Menurut Bernama, ia disahkan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar pada sidang media di Lahad Datu pagi ini.



SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/03/lahad-datu-kenapa-polis-bukan-tentera.html
Read more »

Lahad Datu: Anwar arah kaji saman ke atas media Umno

0 comments








Harakahdaily,





Anwar di majlis ceramah malam tadi - foto Malaysiakini



PULAU PINANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji tindakan undang-undang terhadap dua media Umno iaitu Utusan Malaysia dan TV3 berikutan laporan yang mendakwa beliau terlibat dengan kes Lahad Datu.



Anwar dalam kenyataannya selepas memberikan ceramah dekat sini berkata, beliau tidak ada kaitan dengan kesultanan Sulu sebagaimana yang didakwa.



"Jika saya bertemu pun apa isunya? Siapa di dalam kerajaan yang tidak pernah bertemu dengan pemimpin Moro Islamic Liberation Front Haji Murad Ebrahim atau (Moro National Liberation Front leader) Nor Misuari?" tanya Anwar selepas memberikan ceramah kepada lebih 2,000 orang di Seberang Jaya.



"Apa yang pentingnya, adakah saya terlibat memberikan arahan agar berlaku kebangkitan di sana atau pencerobohan kepada sempadan kita," kata Anwar sebagaimana dilaporkan wartawan Malaysiakini.



Menurut Anwar, apa yang beliau pernah nyatakan dalam kes ini adalah mempersoalkan kenapa sempadan negara begitu mudah dicerobohi dan mengapa masa yang terlalu lama diambil kerana soal keselamatan tidak boleh dikompromi.



Utusan dalam laporannya memetik kononnya pemimpin politik pembangkang di Malaysia memberikan jaminan untuk memberikan kuasa otonomi kepada Sabah jika menang dalam pilihan raya nanti.



TV3 pula malam tadi memberikan 30 minit masa untuk melaporkan kes Lahad Datu dan 5 minit melaporkan dakwaan Anwar terlibat dalam pencerobohan itu.



TV3 juga mengecam kenyataan Tian Chua kononnya pencerobohan itu adalah sandiwara Umno menjelang pilihan raya.



SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/03/lahad-datu-anwar-arah-kaji-saman-ke.html
Read more »

ANWAR BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEMATIAN PEJUANG NEGARA DI LAHAD DATU

0 comments





Rakyat Malaysia semuanya bersedih atas terkorbannya beberapa anggota keselamatan negara akibat pertempuran dengan penceroboh di Lahad Datu Sabah. Tetapi, tidak bagi penyokong dan pemimpin Pakatan Pembangkang yang mana kematian pejuang negara hendak dipolitikkan.






Lihat saja twitter mereka yang sengaja mempermainkan kematian seolah-olah mereka yang berkuasa. Agaknya, bagaimana nanti jika Pakatan Pembangkang berkuasa? Mungkin langsung tidak memperdulikannya.






Seolah-olah sudah mengetahui Anwar terlibat dalam konspirasi keselamatan negara, penyokong dan pemimpin Pakatan Pembangkang cuba mengalih perhatian dengan menyalahkan kerajaan BN.






Ini dapat disahkan dengan pengesahan yang dikeluarkan Kerajaan Filipina sejurus selepas Kerajaan Malaysia mengetatkan keselamatan perairan negara.





SUMBER: http://cetusankenyalang.blogspot.com/2013/03/anwar-bertanggungjawab-atas-kematian.html
Read more »

10 penceroboh di Lahad Datu serah diri, kata kedutaan Malaysia

0 comments

TERKINI @ 05:16:03 PM

Oleh Boo Su-Lyn







KUALA LUMPUR, — Sepuluh penceroboh Filipina di Lahad Datu dilaporkan menyerah diri selepas pertempuran bersenjata berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh berkenaan, kata Kedutaan Malaysia di Filipina.



ABS-CBN News melaporkan memetik Duta Malaysia Mohammad Zamri Mohammad Kassim berkata pencerobohan tersebut telah berakhir.



“Kedutaan berkata pencerobohan telah berakhir,” kata jurucakap Kementerian Luar Filipina, Raul Hernandez.



Portal The Philippine Daily Inquirer melaporkan jurucakap Kementerian Hubungan Luar Filipina Raul Hernandez hari ini berkata Mohammad Zamri telah bertemu dengan pihak Setiausaha Kementerian Hubungan Luar Albert Del Rosario di Manila untuk memaklumkan perkara itu.



Hernandez dilaporkan berkata kerajaan Filipina masih lagi perlu mengesahkan kenyataan jurucakap penceroboh berkenaan bahawa 10 anggotanya terbunuh.



Dua anggota komando polis Malaysia turut dilaporkan terbunuh selepas diserang menggunakan mortar.



Pemilik rumah yang dirampas turut dilaporkan telah dibunuh menurut Mohammad Zamri, menjadikan jumlah kematian setakat ini 13 orang.



Empat penceroboh dan empat anggota polis turut dilaporkan cedera.



Dua penceroboh dilaporkan melarikan diri ke kawasan laut, menurut laporan ABN-CBN.



Sementara itu Del Rosario meminta agar kumpulan penceroboh tersebut diberikan akses supaya kerajaan Filipina dapat membekalkan rawatan perubatan, kata Hernandez.



“Setiausaha Del Rosario turut meminta jasa baik agar kapal tentera laut Filipina AT-296 BRP Tagbuana dibenarkan memasuki Lahad Datu untuk membolehkan pegawai perubatan Filipina memasuki kawasan tersebut dan merawat mereka yang tercedera dan membawa pulang baki penceroboh kepangkuan keluarga dan kampung halaman mereka, kata Hernandez, dipetik ABS-CBN.



Kawasan Pantai Timur Sabah diletakkan dengan kawalan keselamatan yang ketat.



Ketua Polis Semporna Deputy Supt Firdaus Francis Abdullah dilaporkan berkata kepada The Star Online pihak polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bersama dengan pasukan keselamatan lain untuk tindakan lanjut.



Firdaus dilaporkan berkata penduduk di sana agar bertenang kerana ia hanya sebagai langkah berjaga-jaga.



“Banyak pihak yang risau ia akan merebak ke Semporna, namun sebenarnya tidak perlu dibimbangkan kerana penceroboh Sulu telah disekat ke Lahad Datu,” katanya.



Semporna dan Lahad Datu, yang kedua-duanya terletak di kawasan pantai timur Sabah telah menerima serangan pada 1980an dan 1990an, terutamanya daripada lanun dari Selatan Filipina, lapor portal tersebut.



Lahad Datu, yang berada dalam lingkungan 130km jaraknya dari lokasi pertempuran turut digambarkan sebagai “pekan berhantu”, dengan semua kedai di pusat bandar ditutup dan anggota tentera dilihat mengadakan kawalan di beberapa kawasan termasuk sekolah dan hospital.



Empat turut dilaporkan cedera, termasuk Puteri Jaycel Kiram, anak perempuan kepada Sultan Sulu Jamallul Kiram III (gambar), memetik laporan Philippine Daily Inquirer.



Dianggarkan 180 pemberontak Filipina, termasuk 30 lelaki bersenjata menceroboh Sabah pada 9 Feburai lalu dan enggan beredar, walaupun telah diarahkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina.



Mereka menegaskan lebih rela mati di Sabah dan tidak akan menyerah kalah.



Penceroboh berkenaan mula memberontak apabila beberapa pengikut Agbimuddin mahu pulang ke Filipina, menurut portal berita The Star Online Isnin lalu.



Kumpulan tersebut sebelum ini mengatakan tidak mahu pulang ke Sabah kerana mereka “adalah warga Kesultanan Sulu.”





SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/03/10-penceroboh-di-lahad-datu-serah-diri.html
Read more »

AL-FATIHAH BUAT PEJUANG NEGARA TERKORBAN DI LAHAD DATU

0 comments





Tiada perkataan lain yang dapat diungkapkan kini selain bacaan surah Al-Fatihah kepada 2 orang komando polis Malaysia yang terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo pada petang Jumaat tadi.



Mereka dikatakan sedang berkawal dan terkena serangan hendap mortar yang dilepaskan penceroboh.



Mayat kedua-dua anggota komando polis itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.






Ini merupakan berita kematian yang pertama dicatatkan di sepanjang pencerobohan kumpulan bersenjata dari Selatan Filipina ke Lahad Datu, Sabah, Malaysia.





SUMBER: http://cetusankenyalang.blogspot.com/2013/03/al-fatihah-buat-pejuang-negara.html
Read more »

82% plunge in Sabah drug abuse cases

0 comments
KOTA KINABALU: The number of drug addicts detected in Sabah for 2012 fell by 82.86 per cent compared [...]



SUMBER: http://www.mysarawak.org/2013/03/01/82-plunge-in-sabah-drug-abuse-cases.html
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog