SSGP deka berengkah bejalaika pengawa kena bulan Jan 2014

0 comments
BINTULU: Paip Gis Sabah-Sarawak (SSGP) ke beungkus RM4.6 biliun deka berengkah nyadung gis ari Kimanis, Sabah ke kompleks [...]



SUMBER: http://www.mysarawak.org/2013/10/07/ssgp-deka-berengkah-bejalaika-pengawa-kena-bulan-jan-2014.html
Read more »

MAT SYABUN PELIK, ORANG LAIN RILEK JE!!!

0 comments



Dia nak pelik apa pasal bro? Orang lain ok je. Dah la muka macam Beruk. Yang dia tetiba nak buat terperanjat Beruk tu kenapa? Macam la dia tak biasa buat ye tak.



Sebelum ni, dah ramai sahabat blogger yang pertikaikan mengenai kenyataan Si Mat Syabun ni. Dia kata dia pelik sebab Melayu suka sangat kena tipu.


"Saya pelik dengan sebilangan bangsa Melayu, kerana mereka tidak kisah ditipu." kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam ceramah Pas dekat Pusat Tarbiyah Pas Rantau Panjang, baru-baru ini.




Menurutnya, tidak ada bangsa lain di dunia ini, kecuali Melayu, walaupun acap kali ditipu, namun penduduk tetap memberi sokongan padu kepada pemimpin mereka.


Itu dia nak tuduh UMNO la tu kononnya. Bagi dia, UMNO ni je yang suka menipu orang. Dasar manusia tak sedar diri, biasa la beb.



Walhal yang paling kuat menipu adalah puak - puak Pakatan Haramjadah tu sebenarnya. Dan diorang ni tak kenal orang bila tiba bab menipu ni.



Diorang tak kisah sama ada diorang tipu tu orang Melayu ke, Cina ke, India ke, semuanya diorang sapu. Waima orang Kadazan dan Iban pun diorang tipu jugak.



Hari tu diorang sibuk kompang cerita pasal berlaku kejadian 'Blackout' sampai siap buat demonstrasi lagi mencanangkan kononnya kejadian tu benar - benar berlaku.



Tapi sampai hari ni, tempat yang dikatakan berlaku 'Blackout' tu tak de pulak buat petisyen Pilihan Raya. Malah ada pulak ADUN diorang yang menafikan khabar angin tu.



Kan dah nampak dah yang diorang menipu kat situ? Tu belum cerita lagi pasal isu 40ribu orang Bangla yang dikatakan telah diimport dari Sabah dan Sarawak.



Pun Si Mat Syabun tu masih lagi tak sedar diri? Pun dia masih lagi nak berkhayal dan tudub orang lain kuat menipu? Diri sendiri dia tak nak kaji pulak!!!



Dulu dia sendiri pernah menipu satu Malaysia kata dia tak kena tangkap khalwat. Tapi, dalam ceramah dia seluruh Malaysia, dia tak de pulak menafikan perkara tersebut.



Sebaliknya, dia cuba tuduh orang lain pulak. Dia yang dapat 'Sedap', orang lain pulak jadi mangsa. Itu bukan menipu ke namanya???



Sudah la Mat Syabun oi!!! Lain kali kalau nak bercakap, cermin la diri tu dulu. Jangan main cakap ikut sedap Kepala Lutut je!!! Takut nanti, malu diri sendiri!!!





SUMBER: http://semuthitam80.blogspot.com/2013/10/mat-syabun-pelik-orang-lain-rilek-je.html
Read more »

Federation backs setting up of China consul-general office in KK

0 comments
KOTA KINABALU: Federation of Chinese Associations Sabah (FCAS) pledges to give its full support and assistance to the [...]



SUMBER: http://www.mysarawak.org/2013/10/06/federation-backs-setting-up-of-china-consul-general-office-in-kk.html
Read more »

Only half of RM8 mln tax notices served in KK

0 comments
KOTA KINABALU: The Sabah Inland Revenue Board (IRB) has delivered notices to business operators here over RM4 million [...]



SUMBER: http://www.mysarawak.org/2013/10/04/only-half-of-rm8-mln-tax-notices-served-in-kk.html
Read more »

Laporan Audit Membuktikan Janji Berubah Hanya Omongan Kosong

0 comments

http://shahbudindotcom.blogspot.com





Setiap tahun apabila laporan audit mengenai perbelanjaan kerajaan didedahkan kepada umum, cerita yang sama berulang kembali. Ceritanya tidak lain mengenai pembaziran, ketirisan, perbelanjaan tidak munasabah dengan membeli barang ikut harga sesuka hati dan penyelewengan seolah-olah wang perbendaharaan negara yang dibelanjakan itu adalah warisan daripada nenek moyang mereka.

Sebagaimana tahun lalu dan tahun-tahun sebelumnya, kali ini juga beberapa cerita pelik mengenai perbelanjaan wang negara yang dilakukan oleh kementerian dan agensi kerajaan terdedah lagi. Walaupun ia disiarkan secara meluas dan diperkatakan oleh rakyat, pimpinan kerajaan nampaknya tidak terasa apa-apa dan langsung tidak berasa malu dengannya.



Mana-mana menteri yang mahu menjawab apa yang didedahkan itu, mereka akan menjawabnya tetapi jawapan yang diberi langsung tidak menampakkan rasa bersalah dan seolah-olah melakukan pembaziran, menaikkan harga barang yang dibeli secara melampau, menyeleweng dan tidak beretika dalam berbelanja adalah perkara biasa sahaja.



Namun ramai juga menteri yang tidak mahu menjawab apa yang didedahkan, sebaliknya hanya buat bodoh saja dan seperti tidak melakukan apa-apa salah dan dosa kepada rakyat atau atas amanah yang diberikan kepada mereka dan mengharapkan beberapa hari selepas itu, rakyat akan lupa dan tidak lagi bercakap mengenainya.



Tahun ini, antara perkara pelik yang terus berlaku dalam kerajaan sebagaimana yang didedahkan melalui laporan audit ialah makanan luput tarikh tersadai di stor TUDM, kehilangan 44 pistol, 156 gari dan 29 kereta polis, perbelanjaan RM320 ribu oleh Kementerian Kesihatan untuk menguruskan laman sosial Facebook dan Twitter, kerugian RM38 ribu untuk iklan yang menggelarkan perokok bodoh dan akhirnya diputuskan tidak sesuai digunakan, GLC rugi tapi dapat bonus, jam berharga RM100 tapi dibeli dengan harga RM3810.00, bayaran RM1.6 juta untuk artis K-Pop yang sebelum ini dihebohkan dibayar oleh penaja, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat diberi kepada orang yang sudah mati dan pelbagai lagi.



Jika mahu ditulis satu persatu benda-benda pelik yang berlaku ini, mungkin ada yang sakit jantung dibuatnya kerana tentunya tidak terfikir sama sekali negara seperti Malaysia yang sedang menuju negara maju pada tahun 2020 tetapi Muhyiddin pula berkata status negara mahu boleh dicapai lebih awal dari itu iaitu pada 2018 dan majoritinya pula beragama Islam serta kenal dosa dan pahala, tetapi malangnya perlakuan dalam mengurus kerajaannya langsung tidak beretika dan mungkin lebih buruk daripada sesetengah negara di Afrika.



Saban tahun, rakyat hanya menerima cerita-cerita laporan audit ini tidak lebih sebagai cerita penglipur lara semata-mata dan kemudian dilupakan begitu saja. Tiada yang rasa bersalah atau mahu mengambil tanggungjawab daripadanya. Tahun depan cerita yang sama akan muncul kembali lagi. Begitulah putarannya.



Dalam kes pistol yang hilang, jawapan Ketua Polis Negara bahawa ia tidak jatuh ke tangan penjenayah dan mungkin hilang atau jatuh di laut, amat sukar diterima. Ini kerana bukannya sepucuk dua yang hilang, tapi sehingga 44 pucuk dan gari pula 156. Ternampak jawapan yang diberi lebih kepada andaian dan kebarangkalian saja tanpa ada rasa pertanggungjawaban.



Begitu juga dalam kes bayaran kepada artis K-Pop sebanyak RM1.6 juta, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin atas dasar pertanggungjawaban bersama menjelaskan bahawa bayaran itu dibuat kerana syarikat penaja yang berjanji sebelum ini tidak menunaikan janjinya, lalu kerajaan melunaskannya. Amboi, senangnya sebuah kementerian dan sebuah kerajaan kena kencing?



Manakala Menteri Belia dan Sukan terdahulu, Shabery Cheek masih membisu, jawapan KJ pula begitu mudah dan santai, bagaikan pembaziran sebanyak itu dengan tiada faedah di segi moral daripada kedatangan artis Korea itu bukanlah perkara besar bagi kerajaan.



Moral daripada semua ini ialah selagi laporan audit ini tidak disusuli dengan tindakan undang-undang atau pengukuatkuasaan, selagi itulah ia akan terus berlarutan. Hanya sekiranya sebarang penyelewengan dan salah laku dalam laporan ini dapat diambil tindakan yang sewajarnya, barulah kita boleh mengharapkan perkara-perkara pelik ini tidak berlaku lagi.



Sebab itu, desakan pihak pembangkang ke arah itu sewajarnya disambut baik oleh Najib jika beliau masih ingat dan berpegang pada janji mahu berubah yang pernah dilafazkannya sebelum ini. Laporan audit ini secara langsung juga menelanjangkan kelemahan pengurusan dan kerajaan yang sedang dipimpinnya.



Sementara rakyat terus dibebankan dengan kos hidup yang tinggi, disaran mengubah gaya hidup, diminta menerima pengurangan subsidi dengan hati terbuka tetapi dalam masa yang sama, rakyat juga didedahkan bukan saja dengan kemewahan dan keborosan pemimpin tetapi juga sikap dan perangai yang tidak mahu berubah dalam berbelanja menggunakan wang rakyat, menggambarkan suatu kontradiksi sedang berlaku dalam kerajaan Najib ini.



Janji untuk berubah terbukti tidak lebih hanya sandiwara sebelum pilihanraya atau umpama kata-kata manis sang penggoda sebelum apa yang dihajati jatuh ke riba. Dalam hal ini, semakin benarlah tanggapan banyak pihak sebelum ini bahawa perubahan yang sebenar, terutama dalam tata kelola dan pengurusan kerajaan yang telus hanya dapat dirasai jika BN kalah pilihanraya dan berlakunya kerajaan yang boleh bertukar ganti.



Selagi tidak, setebal mana pun laporan audit tetapi ketirisan, pembaziran dan penyelewengan dalam perbelanjaan kerajaan akan terus berlaku saban tahun.



SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/10/laporan-audit-membuktikan-janji-berubah.html
Read more »

Dancers to promote Sabah in Japan

0 comments
KOTA KINABALU: A local-based dance group will bring honour to the state for promoting Sabah through traditional dances. [...]



SUMBER: http://www.mysarawak.org/2013/10/03/dancers-to-promote-sabah-in-japan.html
Read more »

Henrynus indicates possible showdown with Ongkili for PBS deputy president’s post

0 comments
KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) secretary general Datuk Henrynus Amin has strongly indicated that he might challenge [...]



SUMBER: http://www.mysarawak.org/2013/10/03/henrynus-indicates-possible-showdown-with-ongkili-for-pbs-deputy-presidents-post.html
Read more »

DAP desak menteri jelas Projek Penandaan Diesel Bersubsidi dihenti

0 comments



1094528_551550974891646_1299665545_o

KUALA LUMPUR: DAP hari ini menggesa Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek menjelaskan mengapa Projek Penandaan Diesel Bersubsidi (PPDB) tidak lagi dikaji semula penggunaannya dengan serta merta.

Ahli Parlimen DAP Stampin, Julian Tan Kok Ping berkata, tidak ada sebab mengapa PPDB dihentikan setelah ia berkesan dalam menangani sindiket menjual diesel bersubsidi.



Menurutnya, tidak ada penjelasan diberikan sedangkan PPDB adalah penyelesaian berkesan yang turut digunakan di banyak negara contonya United Kingdom dan Amerika Syarikat.



“Kami ingin mengetahui kenapa ia dihentikan dan apakah rancangan menyeluruh dan langkah kerajaan bagi menangani isu menjual diesel subsidi?,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen.



Dalam jawapan kepada soalannya di sidang Dewan Rakyat, Hassan menyatakan PPDB ditamatkan perkhidmatan pada Mac 2011 setelah lima tahun penggunaannya.



Beliau juga mendakwa, kerajaan sedang meneliti dan menilai langkah lain yang lebih sesuai bagi menangani isu sindiket menjual diesel subsidi.



Mengecam jawapan Hassan itu, Julian Tan menegaskan kini semakin membebankan rakyat akibat kekurangan diesel yang masih wujud terutama di Sarawak dan Sabah walaupun kedua-duanya adalah negeri pengeluar minyak.



“Jawapan yang diberi sangat tidak munasabah kerana walaupun adanya langkah diambil, namun ia jelas tidak berkesan dalam menangani sindiket menjual diesel di mana mereka ternyata mempunyai ‘network’ yang lebih berkesan daripada dikesan kerajaan.



“Kedua, sebarang langkah dijalankan kerajaan memerlukan kakitangan yang ramai serta mengambil masa. Ini juga mengakibatkan tidak berkesan dalam menjalankan langkah itu.



“Saya juga hairan, mengapa PPDB dihentikan? Walhal maklum balas yang kita dapati sepanjang pelaksanaannya ia sangat berkesan dalam menangani isu ini serta merupakan penyelesaian langsung dengan penyalah guna diesel subsidi boleh dikesan dengan serta merta oleh penguatkuasa,” tegasnya.



Pada sidang media sama, Ahli Parlimen DAP Sibu, Oscar Ling turut mempertikaikan tindakan kerajaan yang tidak serius menangani penyeludupan diesel sehingga membebankan golongan miskin dan berpendapatan rendah.



“Kerajaan mesti mengatasi masalah penyeludupan subsidi ini, 10 peratus diesel kerajaan disalahgunakan.

“Penyeludupan ini sudah melebihi RM1.1 bilion, ia menjadi satu masalah yang cukup besar, jadi kerajaan harus selesaikan segera bukan mengambil tindakan potong subsidi kerana pemotongan ini membebankan rakyat miskin.



“Saya harap kerajaan menjalankan tindakan serius dalam isu salah guna ini, pemotongan subsidi tidak memberi penjimatan ia jelas tidak berkesan. Timbang rasalah kepada rakyat,” ujarnya.-Roketkini.com





SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/10/dap-desak-menteri-jelas-projek.html
Read more »

NAMA 'EMMA' PALING POPULAR DI MALAYSIA!!!

0 comments



Nama Fatimah dan Aminah direkodkan sebagai nama-nama paling popular yang didaftarkan oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka dengan Jabatan Pendaftaran Negara.



"Berdasarkan rekod, nama yang paling popular dan banyak didaftarkan berjumlah 79,936 adalah atas nama Fatimah dan 29,126 atas nama Aminah.



"15,151 pula atas nama Ah Moi dan 10,866 atas nama Ravi," kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd Said.



Beliau mendedahkan perkara itu dalam ucapannya pada majlis pelancaran Hari Pendaftaran Negara di ibu pejabat JPN di Putrajaya, hari ini.



JPN juga mendapati ada 149 individu yang didaftarkan dengan nama Malaysia manakala 78 orang didaftarkan dengan nama Merdeka mengambil sempena peristiwa penting negara.



Menurut Jariah, JPN telah membantu Jabatan Penerangan untuk mencari 149 individu bernama Malaysia itu untuk diraikan pada sambutan Hari Malaysia 16 September lepas.



Dalam pada itu, Jariah memberitahu setakat ini 28.4 juta rakyat Malaysia telah mendaftar dan memiliki dokumen pengenalan diri.



"Adalah tidak munasabah sekiranya masih ada rakyat Malaysia tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan tidak sepatutnya berlaku individu yang telah dewasa berumur 40 tahun masih belum mempunyai sijil kelahiran," katanya.



Justeru beliau menggesa semua pihak supaya memanfaatkan 225 pejabat JPN yang ditempatkan di seluruh negara.



Sementara itu, sempena musim haji tahun ini, JPN bekerjasama dengan Lembaga Tabung Haji untuk mengemaskini rekod dan pendaftaran kematian jemaah haji Malaysia di Mekah dan Madinah.



"Ini bermakna maklumat kematian akan diterima oleh JPN sebaik sahaja kematian didaftarkan oleh Pegawai JPN di Pejabat Lembaga Tabung Haji di Mekah dan Madinah," katanya.



Sehingga 30 September lalu, empat jemaah haji Malaysia di Mekah dan Madinah telah didaftar meninggal dunia dan rekod kematian mereka telah dimasukkan secara terus dalam pangkalan data JPN.



"Dalam hal ini, JPN mengambil inisiatif menghantar terus sijil kematian tersebut kepada waris si mati yang masing- masing berada di Johor, Perak, Terengganu dan Kelantan," jelasnya.





SUMBER: http://semuthitam80.blogspot.com/2013/10/nama-emma-paling-popular-di-malaysia.html
Read more »

11 RUU dalam masa 3 hari tidak munasabah

0 comments









Muhammad Faizal,











KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh apabila Pakatan Rakyat mempersoalkan kewajaran 11 Rang Undang-undang (RUU) yang akan dibahaskan dalam masa tiga hari.

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang bangkit mempersoalkan tindakan tersebut di bawah peraturan mesyuarat 22(1) yang melihat tempoh tersebut adalah tidak munasabah untuk dibahaskan RUU.



Katanya, tempoh masa perbahasan adalah amat penting untuk memastikan RUU yang dibentangkan lebih berkesan dalam pelaksanaannya.



"Kita melihat tempoh tiga hari untuk membahaskan 11 RUU adalah satu yang tidak munasabah.



"RUU adalah perkara yang amat penting, tempoh masa untuk berbahas perlu diambil kira bagi memastikan setiap kesimpulan diambil lebih berkesan," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen.



Beliau yang kesal dengan kerajaan yang enggan memberi ruang lebih panjang untuk berbahas RUU yang penting terutama melibatkan soal jenayah negara.



"RUU yang cukup penting tetapi kerajaan memandang ringan, hendak diluluskan dalam masa yang singkat.



"Sepatutnya peruntukan masa yang lebih panjang diberikan bagi memastikan apa yang kita bahaskan itu mendapat satu kesimpulan yang terbaik," sambung beliau.



Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee menolak perkara yang dibangkitkan Ahli Parlimen Gombak dengan menyatakan kerajaan tidak berhasrat untuk menggugurkan mana-mana RUU serta menetapkan tempoh masa setiap perbahasan.





SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/10/11-ruu-dalam-masa-3-hari-tidak-munasabah.html
Read more »

Impian UMNO berderai: Catatan pendek pemilihan semula CEC

0 comments

Oleh Hafiz Zainuddin


1271099_735560256460915_1457384210_o

CUBAAN melenyapkan DAP dari demografi politik Malaysia gagal. Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP seperti yang dipaksa Pendaftar Pertubuhan (ROS) selamat diadakan dengan jayanya.



Apa yang menarik, kedudukan jawatankuasa ini bertambah kukuh apabila pimpinan yang dipilih pada Kongres DAP Kebangaan Disember tahun lalu kekal menerajui parti.



Biarpun wujud perbezaan jumlah undi kepada calon-calon yang bertanding. Perbezaan itu sama sekali tidak mengubah kedudukan mereka dalam 20 senarai tertinggi CEC malah apa yang menarik, barisan CEC yang dipilih semula ini menunjukkan keterbukaan dan persefahaman yang cukup matang.



Jawatan Pengerusi DAP Kebangsaan dan Setiausaha Agung DAP yang menjadi bualan ramai pihak terus kekal disandang oleh Karpal Singh dan Lim Guan Eng walaupun wujud sedikit perubahan pada jumlah undi yang diperoleh. Liew Chin Tong yang memberikan kejutan dengan undi tertinggi juga masih mengekalkan jawatan beliau sebagai Pengarah Pendidikan Politik DAP.



Undi kepada calon Melayu meningkat



Dalam risik sembang para perwakilan, antara pimpinan muda yang menjadi sebut-sebutan, Zairil Khir Johari juga tidak kurang hebat apabila mencipta sejarah meletakkan kedudukannya yang sebelum ini di tangga ke 20 dalam CEC berada di tempat ke 12.



Ia merupakan satu tamparan k-o kepada momokan media kawalan UMNO dan kelompok bebal yang mengatakan orang Melayu terpinggir dalam DAP. Bahkan, isu sedemikian tidak wajar timbul memandangkan ideologi parti yang jelas berpegang pada prinsip Malaysia untuk rakyat Malaysia.



Bukan sahaja Zairil, peningkatan undi juga turut berlaku kepada beberapa nama yang menjadi perhatian iaitu Senator Dr Ariffin Omar yang dahulunya memperoleh 348 undi dan Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji dengan 121 undi. Kini masing-masing memperoleh 441 undi dengan peningkatan yang signifikan dengan masa.



Suasana yang berlaku ini secara langsung membuktikan bahawa para perwakilan tetap dengan pendirian mereka walaupun pihak ROS, Barisan Nasional (BN) dan media khususnya Utusan Malaysia tidak jemu-jemu menjadi tukang karut membuat tuduhan semberono mengaitkan Pemilihan CEC pada Disember tahun lalu sebagai terpalit dengan penipuan dan manipulasi undi.



Habuan buat masyarakat Dayak dan KDM



Bak kata Setiausaha Agung Lim Guan Eng, biar pun berhadapan dengan krisis terburuk sepanjang sejarah parti, pemilihan semula ini bukan sekadar pemilihan bagi memenuhi nafsu serakah ROS malah menjadi pengukuh hubungan dua negeri penting di Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak.



DAP bakal menjalinkan hubungan yang lebih istimewa dengan masyarakat bumiputera di negeri kepulauan Borneo itu melalui penubuhan dua badan khas iaitu Majlis Perundingan Dayak dan Majlis Perundingan KDM (Kadazan Dusun Murut) yang dipengerusikan masing-masing oleh Dr John Brian Anthony dan Dr Edwin Bosi.



Penubuhan dua majlis ini pada masa yang sama dilihat mampu memberikan impak yang besar kepada keputusan pilihan raya di dua negeri Malaysia Timur apa lagi DAP melalui projek Impian Malaysia telah pun melancarkan projek Impian Sarawak dan Impian Sabah yang bakal menyusul. Di sini, DAP secara langsung menjadi pengukuh ikatan dua tanah besar yang dipisahkan Laut Cina Selatan.



Apa lagi selepas ini?



Urusan terpenting DAP telah selesai. Dengan kejayaan parti menolak ketepi injunksi penangguhan pemilihan semula Jumaat lalu, dengan pengukuhan hiraki kepimpinan parti disertai oleh kehadiran perwakilan yang tidak kurang memberangsangkan, persoalannya kini berbalik semula kepada ROS, UMNO dan media kawalan mereka.



Adakah mereka mampu menerima hakikat kejayaan DAP ini? Atau adakah kempen serangan jahat memburukkan DAP ini jahat akan berterusan? Adakah ROS akan memohon maaf akibat segala macam risiko, tomahan dan persepsi negatif yang telah menyusahkan DAP? Atau, semakin kuatkah UMNO-BN dengan menganiaya DAP?



Apapun jawapannya, sebagai sebuah parti yang jujur dan komited dengan perjuangan, kita boleh berpegang pada kata saudara pengerusi Karpal Singh, “Jangan main-main dengan DAP…” Yang pasti, UMNO-BN akan terus terjerat dengan mainan mereka. Bagaimana mungkin DAP, parti yang setiap detik dimangsakan ini begitu bodoh?. – Roketkini.com





SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/10/impian-umno-berderai-catatan-pendek.html
Read more »

Mukhriz itu pemimpin pelapis, yang lain hanyalah pemimpin pelapik

0 comments










Oleh Aspan Alias



Pemilihan dalam UMNO adalah medan bagi setengah pihak memasang perangkap untuk rakan seperti dalam perebutan kuasa. Muhyiddin dan kumpulannya memasang perangkap untuk Najib dan pihak Najib pula masih lagi ‘terlopong' tanpa menyedari tindakan halus mereka yang mahu Naib tersungkur. Diantara mereka yang sedang memimpin UMNO hari ini ada yang tidak sedar permainan orang disekeliling masing-masing kerana permainan dalam UMNO ini penuh dengan seni yang kadangkala tidak difahami oleh bakal mangsa permainan itu.



Keadaan ini biasa dalam UMNO dan siapa yang akan terjebak itu mungkin terkena oleh perangkap dan jebak mereka pasang sendiri. Pemilihan kali ini akan menentukan banyak perkara dalam politik negara yang bakal mengubah landskap negara dengan begitu besar.Pertamanya ia akan menentukan nasib UMNO dari sudut pandangan ramai terhadap parti itu. Ia akan di nilai daripada hasil pemilihan itu kerana susunan jawatan Naib Presiden itu nanti. Naib Presiden merupakan jawatan yang terpenting di dalam parti kerana salah seorang dari mereka itu akan secara konvensyennya akan dilantik menjawat jawatan Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri jika salah seorang dari Perdana dan Timbalan Perdana Menteri itu meletakkan jawatan atau meninggal dunia.



Yang sering di sebut sekarang ini kehadiran Mukhriz dalam perebutan jawatan Naib Presiden ini menampakan satu permainan politik besar dan sesiapa sahaja yang membuatkan Mukhriz bertanding jawatan itu mempunyai motif yang sangat besar. Mukhriz tidak akan mengambil keputusan untuk bertanding jika tidak digalakkan oleh Dr Mahathir Mohammed. Jika Mahathir cuba mempengaruhi segala-gala tindakan dalam UMNO yang melibatkan pemimpin lain tidak ada sebab sesiapa untuk menafikan yang keputusan Mukhriz itu adalah hasil dari keputusan Mahathir sendiri.



"Mahathir is a rush!" kata seorang yang hampir dengan pemimpin tertinggi parti semasa beliau menjemput saya minum petang dua hari yang lepas di Petaling Jaya. "Dia nak tengok Mukhriz menjadi pemimpin utama sebelum mati" katanya lagi. Mukhriz juga tidak akan menyertai pertandingan ini jika beliau tiada gandingan yang meyakinkan bagi beliau dan nyata Muhyiddin merupakan gandingan yang rapat beliau dan jika Mukhriz memenangi pertandingan ini ia adalah sokongan dari Muhyiddin dan penyokong-penyokongnya.



Permainan ini adalah permainan yang sangat mudah untuk di ikuti oleh sesiapa yang mempunyai sedikit sisik politik dalam dirinya. Lain-lain perkataan perebutan ini adalah perebutan diantara Mukhriz dengan mereka yang bertahan dan penyandang pada hari ini. Bagi Mukhriz siapa yang menang selain dari beliau tidak menjadi masalah kerana baiahnya dengan Muhyiddin itu adalah kuat dan jika mereka dapat mengepong Najib dengan cepat maka lagi cepatlah Muhyiddin jadi Perdana Menteri sementara untuk menyiapkan diri Mukhriz mengambil tempat menjadi pemimpin utama negara kita.



Apa pun yang dicakap dan di cakap oleh sesiapa Mukhriz merupakan projek Mahathir dan Muhyiddin. Bagi kumpulan ini Zahid Hamidi dan Hishamudin itu adalah pemimpin pelapik untuk mereka, bukannya pemimpin pelapis. Pemimpin pelapis mereka ialah Mukhriz. Suatu ketika dahulu Sanusi beranggapan beliau adalah pelapis kepada Mahathir apabila beliau memenangi jawatan Naib Presiden UMNO. Tetapi sehingga sekarang Sanusi tidak menyedari yang tenaga beliau hanyalah untuk digunakan sebagai pemimpin pelapik oleh Dr Mahathir. Zahid dan Hishamudin diharap akan menyedari yang beliau-beliau ini tidak termasuk dalam projek peralihan kuasa oleh Muhyiddin Yassin yang merasakan akan menjadi pengganti kepada Najib Tun Razak.



Pendeknya segala permainan ini adalah untuk memerangkap Najib agar beliau berundur dengan cepat untuk menyaksikan peralihan kuasa ini berlaku secepat yang mungkin. Jika Mukhriz memenangi jawatan Naib kali ini, maka usaha menekan beliau (Najib) untuk berundur akan dilakukan dengan cepat bagi menempatkan Mukriz menjadi Timbalan Perdana Menteri negara.



Kumpulan ini juga saya lihat cuba mempengaruhi kedudukan Khairy Jamaludin dan Akramsyah Sanusi itu adalah proxy kepada kumpulan yang menekan kedudukan Najib. Permainan politik ini amat merbahaya bagi Najib dan jika Najib masih lagi ‘melopong' dan ‘terngango' beliau akan menjadi korban keadaan.

Saya pernah menulis dalam blog ini Najib merupakan seorang pemimpin yang tidak mengenali siapa musuhnya yang sebenar. Musuh yang sebenarnya ialah mereka yang paling hampir dengan beliau kerana hanya mereka yang hampir sahaja yang mengetahui kelemahan Najib dengan begitu ‘detail'. Orang yang mengkritik secara terbuka beliau anggap sebagai musuh. Tetapi yang mengkritik secara terbuka ini mudah untuk dikendalikan. Orang yang mengkritik seperti saya mudah bagi beliau untuk menanginya.



Yang payah dan susah bagi Najib untuk mengendalikannya ialah musuh yang hampir yang ibarat seperti harimau yang sentiasa mengendap untuk menangkap beliau. Harimau yang mengendap ini akan menangkap beliau secara kilat, yang beliau tidak sedar dan tidak sempat untuk menepisnya. Segala persediaan sedang dilakukan oleh kumpulan yang ingin mengubah, menganjak dan mengalih kepimpinan dalam UMNO dengan rapi.



Dalam keadaan sekarang ini kita akan dapat melihat sejauh mana Zahid dan regu beliau seperti Hishamudin, dan Shafie Apdal dapat menunjukkan kecekapan mereka untuk menolak arus yang sedang beransur-ansur mengalir dalam UMNO sekarang ini. Zahid dan dua lagi penyandang ini harus ingat, seperti yang saya katakan tadi, yang mereka hanya dijadikan sebagai pemimpin pelapik dan bukannya pemimpin pelapis sekarang ini.



Jika Isa Samad dan Ali Rustam dapat merebut jawatan Naib Presiden ini mereka juga adalah pemimpin pelapik bagi pemimpin pelapis yang bernama Mukhriz itu. Jika semua perancangan ini berhasil maka hiduplah legasi Dr Mahathir dalam politik negara kita yang sedang berkecamuk dan tidak menentu ini.

Tetapi saya juga ada keyakinan yang, 'Mahathir cannot be lucky all the time'.



SUMBER: http://dialograkyat.blogspot.com/2013/10/mukhriz-itu-pemimpin-pelapis-yang-lain.html
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog