Pembinaan dua empangan mega akan tetap dibantah

0 comments

Penduduk kampung di Ulu Papar kini berhati-hati dengan Ketibaan ‘pengkaji’ yang masuk ke kawasan mereka yang didakwa ada niat ‘menipu.’

KOTA KINABALU: Pembinaan empangan Kaiduan dan Tombotuan akan tetap dibantah oleh komuniti yang prihatin terhadap kesejahteraan alam sekitar dan penduduk yang terbabit secara langsung akan kesan memudaratkan jika projek mega itu diteruskan.



Dan kerajaan tidak ada pilihan kecuali perlu mendengar bantahan dan keluh kesah pelbagai masyarakat dan badan yang bimbang dengan rancangan itu yang dikatakan, bakal mengubah cara hidup tradisi penduduk yang terbabit.



Ini telah mendorong seramai 60 peserta daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat kampung dari pelusuk Sabah, terutamanya dari Ulu Papar dan Tombotuan berkumpul di kawasan Hutan Lipur Kawang, Sabtu pagi tadi, untuk menunjukkan lagi yang mereka serius dengan bantahan itu.



Mereka menyertai Program Pelancaran Kempen Sungai Ditangan Kita, yang bertujuan memupuk kesedaran di kalangan orang awam mengenai kepentingan pemuliharan sungai.



Program itu menjelaskan bahawa pemuliharaan sungai tidak membabitkan pembinaan empangan.



Jurucakap Gabungan Selamatkan Sungai Sabah, Mary Giun berkata, kempen dijalankan sempena merayakan Hari Tindakan Terhadap Empangan untuk Sungai, Air dan Kehidupan, dengan dihadiri gabungan pelbagai NGO alam sekitar.



“Semua yang hadir dapat merenung dan membangkitkan sesuatu untuk melindungi sungai dan berharap lebih ramai menyertai gabungan ini untuk kesejahteraan alam semulajadi dan bersuara bagi pihak yang tidak berdaya,” katanya dalam sidang akhbar pagi tadi.



Ditanya mengenai rancangan bantahan Empangan Kaiduan, Mary yang berasal dari kampung Terian – salah satu kampung yang terjejas jika projek diteruskan – kesal tindakan beberapa jabatan kerajaan dan juga seorang Menteri yang selama ini tidak menghiraukan keluhan mereka.



“Walaupun kami sudah menghantar beberapa surat bantahan dan jemputan sejak tahun 2009 untuk berbincang bagi mencari jalan penyelesaian, wakil-wakil dari kerajaan termasuk menteri, tidak menghiraukan kami.



“Kami juga kesal tindakan sekumpulan orang yang kononnya melakukan ‘kajian’ tetapi kami tahu niat mereka adalah untuk menipu ketika melawat perkampungan di Ulu Papar,” kata Mary menambah kumpulan itu sebenarnya datang untuk memantau pembinaan empangan.



Mary yang bergiat dalam Pasukan Petugas Membantah Empangan Kaiduan berkata, hasil pendedahan ketibaan ‘pengkaji’ itu, penduduk kampung di Ulu Papar kini berhati-hati dengan orang luar yang masuk ke kawasan mereka.



Usaha ini katanya, berjaya menghalang cubaan sekumpulan ‘pengkaji’ pada Oktober 2012 lalu yang sebenarnya datang untuk memantau pembinaan empangan.



“Paling menyedihkan apabila pelbagai usaha, termasuk mencadangkan sumber tenaga mampan dan mesra alam yang dicadangkan, tidak mendapat reaksi daripada kerajaan,” katanya menambah.



Dalam pada itu, Mary menyuarakan rasa gembira kerana usaha mereka mendapat sokongan daripada beberapa Ahli Dewan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen.



Gabungan Selamatkan Sungai Sabah terdiri daripada beberapa badan bukan kerajaan seperti Pasukan Petugas Membantah Empangan Kaiduan, Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Partners for Community Organisation (Pacos Trust), School of Acting Justly, Loving Tenderly, Treading Humbly (SALT), Tompinai Ningkokoton Koburuon Kampung (Tonibung), Land Empowerment Animals People (LEAP), Borneo Youth Revolution (BYR) dan Environmental Awareness for Our River (CLEAR).



Turut hadir di majlis ini ialah wakil dari pelusuk Sabah seperti Tawau, Keningau, Ranau, Pitas, Kudat, Tongod, Ka Belud and Penampang.



BORNEO INSIDER





SUMBER: http://ift.tt/1day6pl
Read more »

Buka semula siasatan kes RM40 juta Musa Aman!

0 comments

(Oleh Rafizi Ramli)

Saya alu-alukan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengenai hukuman penjara dan sebatan yang dijatuhkan ke atas Michael Chia. Kes yang membabitkan permit membalak di Sabah itu adalah salah satu kes utama yang memberi gambaran bagaimana permit membalak telah disalahgunakan oleh ahli-ahli politik dan pegawai awam untuk membina kekayaan peribadi.



Kejayaan pendakwaan terhadap Michael Chia itu membuktikan bahawa SPRM berkemampuan mengumpul bukti yang baik untuk memastikan pendakwaan yang berjaya.



Hukuman bersalah ke atas Michael Chia itu menghidupkan kembali banyak pertanyaan mengenai siapa di belakangnya?



Michael Chia tidak mempunyai apa-apa pengaruh atau jawatan di dalam kerajaan, maka dia sendiri tidak ada kuasa untuk memberikan permit membalak. Hakikatnya dia boleh mengutip wang dari syarikat-syarikat balak memberi gambaran bahawa syarikat dan pengusaha balak tahu bahawa dia menjadi orang tengah bagi pihak-pihak tertentu yang mempunyai kuasa dan pengaruh dalam menentukan pemberian permit balak.



Sebab itu, keputusan bersalah yang dijatuhkan kepada Michael Chia menguatkan spekulasi mengenai kes wang RM40 juta yang sebelum ini menjadi kontroversi melibatkan Ketua Menteri Sabah, Dato Sri Musa Aman. Fakta kes sebelum ini melalui pelbagai bukti pemindahan wang, keterangan SPRM dan maklumat dari ICAC di Hong Kong menunjukkan bahawa memang ada pemindahan wang berjumlah RM40 juta tetapi ia tidak disiasat sebagai rasuah keraa wang itu dikatakan derma politik kepada Umno Sabah.



Dengan keputusan bersalah ini, saya menyeru supaya SPRM membuka kembali siasatan terhadap Dato’ Seri Musa Aman dalam kes wang RM40 juta yang dikaitkan dengan kutipan dari syarikat-syarikat balak kerana bukti-bukti pemindahan wang melibatkan Michael Chia sendiri.



Keputusan bersalah terhadap Michael Chia ini juga adalah satu tamparan kepada Dato’ Seri Nazri Aziz yang mempunyai hubungan dengan Michael Chia, terutamanya apabila anak beliau menggunakan kereta mewah milik Michael Chia seperti yang saya dedahkan sebelum ini. Apatah lagi apabila Dato’ Seri Nazri Aziz sendiri yang tampil di Parlimen menjelaskan bahawa tidak ada unsur rasuah di dalam kes-kes melibatkan Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia yang mengundang kontroversi sebelum itu.



Walaupun keputusan terhadap Michael Chia ini adalah satu peningkatan baik yang ditunjukkan SPRM, rakyat memerhati sama ada SPRM bakal mendakwa penjawat-penjawat awam berpangkat tinggi yang terlibat sama.



Jika tidak, selama-lamanya SPRM dilihat hanya mendakwa bilis sedangkan jerung terus terlepas.



KEADILAN DAILY





SUMBER: http://ift.tt/1iMDdUy
Read more »

Penyereta ari Sarawak enggau Sabah berebutka Anugerah Hari Pekerja kurang

0 comments
KUCHING: Penyereta pengaji enggau Kesatuan Sekerja ari Sarawak enggau Sabah dalam pekit berebutka Anugerah Hari Pekerja amat kurang […]



SUMBER: http://ift.tt/1fxZg9J
Read more »

MH370: Video buat badigol baru tahu dan rasa pakar tapi komen ikut bontot

0 comments



Sana sini masing-masing nak komen dan kritik MAS dan kerajaan tentang usaha mencari kehilangan pesawat penerbangan MAS MH370.

Konon kerajaan nak "cover-up" kerana untuk jaga keuntungan MAS, tak mahu dedahkan kematian dan pelbagai teori konspirasi. Tiba-tiba masing-masing macam bagus dan pakar dalam ha imu "aviation"... tak kira, baik penyokong kerajaan atau yang dijolok kerana duduk atas pagar atau paling ketara pembangkang.



Yang faham... semua teori dan pandangan serta kritikan menyerupai mereka yang cakap melalui mulut yang dah serupa lubang bontot






Pelbagai tuduhan tak munasabah dilakukan. Alhamdulillah pihak MAS dan Dato Hishauddin cekap menangani krisis ini. Kali ini, Unspinners mengucapkan tahniah dengan MAS dan Dato Hishamuddin tetapi yang penting adalah keselamatan.






PIhak Amerika perakui professionalimsa Malaysia jadi lubag-lubang jubor ni semua boleh tak sumbat mulut masing-masing kalau tak mahu disumbat Anwar Ibrahm.



Perlu diingat bahawa dalam mengurus krisis, pihak berkuasa tak boleh sewenang-wenang memberi atau melepaskan makumat atas sebab-sebab tertentu samada keselamatan atau kelicinan kerja.



Paling pentting, tak mahu kaki sibuk berkeliaran di tempat mereka beroperasi seperti Malaysiakini, Malaysia Insider, The Star dll portal dan akhbar pro pembangkang yang hanya nak cari salah dan buat provokasi.






Belum apa-apa dah ada DUA EKOR BOMOH BADIGOLL yang saja nak tarik perhatian untuk melariskan perkhidmatan menipu orang ramai. Dato Jamil Khir pun sama badigol melayan bahalol-bahalol begini yang memalukan negara.



Lojiklah sedikit ... MAS bukan Anwar Ibrahim yang ada bomoh baiyi, orag asli dan Melayu tiga orang yang sentiasa berada di mahkamah Tinggi ketika perbicaraan liwatnya. Ada ke salahkan kerajaan? Yang tuduh bbodoh. Yang percaya lagi bodoh.



Bagi bebal yang banyak komen tapi tak tahu apa dan hanya baru nak tahu sedikit sebanyak pasal hal-hall aviation termasuk blogger-blogger yang jadi tukang sebar teori bodoh-bodoh untuk kejar ranking dan dapatkan perhatian untuk blog mereka, lihat imej dan video berikut....






Ada faham badigol-badigol?






Bagi mult-mulut yang macam jubor tu, tutup dan ikat jari-jari dari kerja-kerja menghasut dan mengelirukan keadaan.



Cara demikian tak membantu ....malah buat orang benci



SUMBER: http://ift.tt/1oNU5I3
Read more »

Tragedi luar biasa... peringatan dari Allah? Mari terus berdoa

0 comments
Kita perlu muhasabah dan ingat kembali dossa kita pada tuhan. Mungkin kita lupa...




Adakah kejadian ini pesanan dari Allah kepada mereka yang:



... rasuah, bat huru hara dan sesat mahu menyesatkan seperti puak syiah, anti hadis, liberal sister in islam, politik Islam sesat pas, LGT, perjuang kesessatan kristian, pertahan kemungkaran, pemimpin yang tak bermoral, amalan fitnak putarbelit dan manipulasi yang berleluasa, dll?



Baca penuh lagi maksud ayat-ayat Quran berikut:






Ayuh kita ...








SUMBER: http://ift.tt/1h5LPQF
Read more »

MH370: Warkah tulus kepada YAB PM dan MAS

0 comments






#PrayForMH370

MOHD IHSAN FADHLI CHE MIN



Assalamualaykum warahmatullah wabarakatuh



Malaysian Airlines (MAS) dan YAB Datuk Seri Najib Razak.



Malaysia bagaikan jatuh ditimpa tangga. Dua bulan lalu, beberapa negeri dilanda banjir teruk. Dua minggu lalu, Sabah pula diserang banjir sedangkan kemarau, kebakaran, dan jerebu di Semenanjung masih belum berakhir.



Kini, kita semua diuji dengan tragedi maha mendukacitakan semua pihak, pesawat mega milik penerbangan kebanggan kita, Malaysia Airlines MH370 hilang tiba-tiba. Peristiwa ini hanya beberapa minggu selepas MAS diumumkan rugi sejumlah bilion ringgit. Ia mengundang sedih dan duka kepada ribuan waris mangsa bahkan seluruh rakyat Malaysia. Bahkan mungkin, seluruh umat dunia sedang meratapi peristiwa malang ini.



YAB Datuk Seri dan MAS yang sangat saya kasih dan cinta.



Saat musibah pastinya tidak kita sukai. Namun musibah dan ujian pasti akan tiba. Kita pasti sedang bingung mencari jalan keluar. Setelah segala aset dan usaha dikerah, buntu masih menjadi penyudah. Klu-klu hanya tinggal klu. Lidah kita juga semakin kelu.



Di dalam Islam, ada jalan keluarnya tatkala buntu melitupi.



Hadis Riwayat Imam Muslim ada menceritakan tentang tiga orang yang terperangkap di dalam gua batu. Mereka tidak ada upaya untuk keluar melainkan dengan kudrat dan izin yang Allah Maha Kuasa. Mereka bertiga akhirnya bertawaasul dengan amal kebaikan masing-masing. Individu pertama dengan amal baik kepada ibu bapanya. Individu kedua dengan imannya meninggalkan zina ketika sekujur tubuh jelita terhidang indah. Individu ketiga dengan amanahnya terhadap hak orang lain. Pintu gua akhirnya terbuka, dan mereka berjaya keluar dari buntu.



MAS dan Datuk Seri, saya yakin, tidak sedikit amal baik yang telah dilakukan oleh YAB Datuk Seri dan MAS. Di samping usaha mencari, menjejak dan menyelamat, memohon doa dan solat hajat, bertawasullah dengan amal-amal itu.



Seterusnya, saya dengan rendah hati, memohon jasa baik MAS dan Datuk Seri selaku ketua kerajaan dan ketua eksekutif Malaysia agar melakukan nazar untuk berhasrat agar MAS tidak lagi menghidangkan minuman keras serta tidak lagi menghalang bahkan menggalakkan kakitangan dan krew kabin agar menutup aurat.



Saya yakin, dengan tekad ini, belas ihsan Allah S.W.T mudah menyantuni kita dan memudahkan urusan kita. Orang awam juga boleh turut melakukan nazar dan berpuasa agar tragedi ini berakhir dengan baik. Semoga kerugian dan defisit tidak lagi menghantui MAS dengan berkat dan rahmat Allah.



Satu hadis lain yang sangat inspiratif menceritakan tentang perihal Ummu Salamah yang sedang berduka dan kematian suaminya yang tercinta.



Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam datang kepadanya dan mengurniakan seuntai doa yang berbunyi :



(اللهم أَجِرْنِي مِن مُصِيبَتِي وَخْلُفْنِي خَيرََا مِنها)



Ya Allah, ganjarkan kami (pahala) dengan musibah in dan gantikanlah kehilangan ini dengan sesuatu yang lebih baik darinya.



Ummu Salamah seakan tidak meyakini doa tersebut lantaran Abu Salamah adalah seorang yang sangat baik. Pasti tidak ada pengganti sebaik arwah. Manakala dirinya juga sudah semakin berumur bahkan janda, maka pastinya tidak ada lelaki kacak yang baik akan terpikat dengannya. Namun, berkat doa tersebut, Allah memperkenankan doa Ummu Salamah. Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam meminang Ummu Salmah dan mengahwininya. Siapa yang lebih baik dari Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam?



Semoga musibah ini diganti Allah dengan sesuatu yang lebih baik untuk Malaysia dan dunia.



Semoga hati yang sedang berduka kini ditenangkan oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.



Semoga isi warkah ini ada manfaatnya kepada kita semua.



Salam Kedamaian.








SUMBER: http://ift.tt/1dGkIMY
Read more »

Fitnah II: Bukti dikemuka pasukan pendakwa rapuh

0 comments
Fitnah2

Oleh: Sidiqin Omar



PUTRAJAYA : Bukti yang dikemukakan pasukan pendakwaan yang terdiri daripada eksibit dan penemuan DNA dari tubuh pengadu tidak berwibawa dan rapuh, kata ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.

Beliau yang juga seorang peguan berkata, Shafee turut berhujah memutar belit beberapa perkara termasuk alibi Anwar Ibrahim, bukti ahli parlimen Permaang pauh itu tidak berada di unit kondominium Desa Damansara ketika kejadian didakwa berlaku.

“Bagi saya Shafee banyak bangkitkan beberapa isu yang tidak susah untuk dibalas. (Malah) Shafee putar beberapa isu termasuk isu alibi.

“Dia putar fakta dan tak dapat buktikan sepanjang perbicaraan Apa yang cuba dibuktikan hanya kewujdan DNA,” kata Sivarasa ketika ditemi Keadilandaily di Mahkamah Rayuan Putrajaya, hari ini.

Menurut Sivarasa, Shafee berhujah bahawa sampel DNA diambil dari tubuh pengadu 48 jam sebelum diserahkan kepada pakar untuk pemeriksaan.

Sampel itu kemudiannya disimpan di dalam kabinet biasa, bukannya di dalam peti simpanan selamat yang biasanya diguna pengamal perubatan.

Malah, kata Sivarasa, sampel itu kemudiannya dibuka oleh pegawai pemyasat, DSP Jude Pereira di antara tempoh tersebut.

“Pakar DNA Australia, Dr Brian MacDonalds berkata, DNA tersebut dalam keadaan lengkap (pristine) dan tiada pencemaran, seolah-olah ini DNA yang baru diambil. Ia mustahil,” kata Sivarasa.

Kata Sivarasa, dalam tempoh 48 jam, kualiti eksibit DBA tersebut pada kebiasannya telah menurun (degradation).

“Ini tak masuk akal. Kalau kenyataan diambil, jelas ia rekacipta. Hakim wajar memutuskan wujud keraguan munasabah,” kata Sivarasa.



SUMBER: http://ift.tt/1f4ygTx
Read more »

Former Border Scouts appeal for PM help over eviction

0 comments
KENINGAU: A group of 300 former Sabah Border Scouts who claim they face being further forgotten and discarded […]



SUMBER: http://ift.tt/1c9YDrK
Read more »

Pagi ini keputusan mahkamah rayuan tentang kalimah Allah

0 comments



Kalimah Allah : Rayuan Gereja 5 Mac

PUTRAJAYA – Pendengaran permohonan Gereja Katolik bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa penerbitan mingguannya The Herald dilarang menggunakan kalimah Allah dijadual semula ke 5 Mac.



Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mohd Aizuddin Zolkeply, semasa dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran telah dijadual semula ke 5 Mac.



Pendengaran permohonan gereja bagi kebenaran merayu pada awalnya dijadualkan pada 24 Feb.



Sementara itu, seorang daripada peguam yang mewakili gereja itu, S Selvarajah berkata beliau dimaklumkan pada Isnin oleh timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan mengenai pertukaran tarikh pendengaran itu.



Katanya timbalan pendaftar memberikan pengesahan secara lisan mengenai tarikh baharu itu.



Selvarajah berkata beliau dimaklumkan tarikh lebih awal itu tidak sesuai untuk beberapa hakim yang menjadi anggota panel untuk mendengar permohonan itu.






Pada 14 Okt tahun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang The Herald daripada menggunakan kalimah Allah.



Mahkamah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah Allah.



Pada 2009, gereja Roman Katolik diketuai Archbishop Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, memohon antara lain, diisytiharkan keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah.



Majalah mingguan itu, diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam seksyen bahasa Malaysia, khusus untuk penganut Katolik di Sabah dan Sarawak.






Pada 31 Dis, 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald daripada menggunakan kalimah Allah adalah salah di sisi undang-undang, batal dan tidak sah.






Gereja memfailkan permohonan bagi kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan pada 11 Nov tahun lepas dengan mengemukakan 26 soalan mengenai Mahkamah Persekutuan, undang-undang pentadbiran dan kuasa mahkamah untuk membenarkan Menteri Dalam Negeri melarang penggunaan perkataan teologi (Tuhan).



Soalan berkaitan perlembagaan yang dikemukakan oleh barisan peguam yang mewakili gereja itu adalah untuk membahaskan mengenai Islam sebagai agama persekutuan, kebebasan bersuara, beragama dan hak kepada pendidikan agama.



Dalam kes sivil di Mahkamah Persekutuan, pemohon perlu mendapat kebenaran daripada mahkamah bagi membawa perkara itu untuk rayuan – BERNAMA



SUMBER: http://ift.tt/1eTy9dv
Read more »

Tujuh Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Setakat 1 Petang

0 comments
MSTAR ONLINE





KUALA LUMPUR: Banting, Kuala Selangor, Pelabuhan Kelang, Petaling Jaya dan Shah Alam di Selangor masih mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 1 petang Selasa.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU bagi kawasan tersebut melebihi 100 dengan Banting mencatat 129, Kuala Selangor (102), Pelabuhan Klang (117), Petaling Jaya (121) dan Shah Alam (117).



Selain itu, kawasan Batu Muda di Kuala Lumpur juga turut mencatat 115 dan Nilai (110) di Negeri Sembilan.



Sementara itu, 25 kawasan lain merekodkan bacaan sederhana antaranya Seremban, Negeri Sembilan dan Muar, Johor masing-masing mencatat bacaan IPU 89 serta Tanah Merah, Kelantan (58).



Antara 18 kawasan yang merekod bacaan baik ialah Wilayah Persekutuan Labuan (31); Limbang, Sarawak (34); Keningau, Sabah (40) dan Langkawi, Kedah (45).



Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100(sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).



Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my kendalian Jabatan Alam Sekitar untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan mereka. - BERNAMA





SUMBER: http://ift.tt/NQ39Aq
Read more »

Mengapa BR1M Dikritik Tun Dr Mahathir?

0 comments

Jumlah wang negara yang terlibat dalam pemberian BR1M 3.0 adalah RM4.5 biliion bagi penerima seramai 7 juta ketua keluarga dan individu bujang. Jumlah itu akan meningkat sehingga RM9 bilion apabila maksima diberikan sebanyak RM1,200.

RM4.5 bilion merupakan 10 peratus jika dibandingkan dengan bajet pembangunan negara tahun 2014 yang berjumlah RM46 bilion atau 7.2 peratus daripada angka subsidi pukal negara yang diberikan kepada pengguna petrolium, berbagai keperluan asas lain seperti tepung, minyak masak dan beras yang jumlahnya mencecah RM62bilion.



Tujuan pemberian BR1M sebenarnya untuk meringankan beban rakyat yang berpendapatan rendah akibat rasionalisasi subsidi yang melibatkan petrolium dan gula. Bayaran BR1M dimabil daripada penjimatan pembayaran subsidi pukal. Melalui BR1M, erti subsidi yang diberikan kerajaan benar-benar sampai kepada sasaran; tidak sama dengan subsidi pukal, di mana mereka yang tidak berkelayakaanpun mampu menikmatinya.



Kekuatan BR1M adalah untuk menggerakan perekonimian setempat, kerana melalui pemberian BR1M, setidak-tidak wang yang berputar untuk kawasan-kawasan tertentu akan bertambah. Ekonomi sesuatu kawasan, sebenarnya akan turut berkembang, jika putaran wang bertambah.



Pemberian BR1M berlainan dengan projek besar pada sesuatu kawasan. Melalui projek besar wang akan berputar-putar pada tangan kontraktor dan penyedia bahan-bahan yang diperlukan. Ertinya hanya melibatkan sejumlah kecil rakyat. Kelemahan projek besar, wang tidak akan menambah jumlah wang pada sesuatu kawasan, yang membolehkan penambahan kekuatan daya beli rakyat. Benar, ada rakyat yang mendapat manafaat melalui projek besar iaitu melalui peluang pekerjaan, namun jumlahnya sedikit.



Melalui pemberian BR1M, setidak-tidak sesuatu kawasan akan menambah RM15 juta wang berputar-putar pada kawasan itu. Bayangkan pengaruh bergandanya.



Pemberian BR1M sebenarnya Tun Dr Mahathir tahu bukan sogokan politik; akan tetapi ianya diberi persepsi sebagai sogokan, kerana impak BR1M sebenarnya cukup kuat terhadap rakyat yang tergolong penerima. Dalam jangka pendek, memang tidak terlihat, bahawa pemberian BR1M akan mengubah sikap rakyat, terutama mereka yang tidak menyokong kerajaan; akan tetapi percayalah lambat laun, mereka itu akan sadar, dan akan bersyukur atas pembelaan kerajaan.



Perdana Menteri mengakui, bahawa melalui penjimatan subsidi pukal, maka kerajaan akan mampu menambah bajet untuk pembangunan. Ertinya projek juga akan terus berjalan dan pada masa yang sama rakyat juga menerima manafaat secara langsung melalui BR1M.



Kemiskinan, memang tidak dapat diatasi melalui BR1M. Kemiskinan hanya dapat diatasi melalui peluang-peluang pekerjaan yang diwujudkan. Peluang pekerjaan bukan sahaja tanggungjawab kerajaan juga swasta. Benar, jika wang kerajaan disalurkan melalui projek besar akan mampu mengwujudkan pekerjaan, akan tetapi letak projek itu juga suatu masalah. Pengalaman kita, kebanyakan projek besar terletak di bandar-bandar besar, malah di negeri-negeri yang sudah maju seperti Selangor dan Pulau Pinang serta Johor. Erinya hanya penduduk negeri-negeri yang mendapat manafaat. Bagaimana penduduk Sabah dan Sarawak?



Pembinaan tol Utara-Selatan, pembinaan Jambatan Pulau Pinang satu dan dua, pembinaan Menara Petronas, hanya menguntungkan rakyat di mana projek-projek itu dibina, dan tidakpun dirasakan oleh rakyat Sabah dan Sarawak. Akan tetapi, melalui BR1M, tidak kira di mana rakyat berada, semuanya menikamti huluran kerajaan itu.



Pengumuman kerajaan untuk tidak menaikan tol, sehingga kerajaan terpaksa membayaran pampasan RM400 juta, hanya mengutungkan pengguna-pengguna tol, sedangkan ramai lagi rakyat tidak menggunakan tol, malah masih berdepan dengan jalan berlumpur dan berkelikir.



Salah satu cara untuk menambah pendapatan rakyat adalah melalui perbelanjaan kerajaan. Perbelanjaan kerajaan biasanya melalui projek-projek; namun sejak Najib dilantik, perbelanjaan kerajaan ditambah dengan huluran BR1M.



Memang sesuatu polisi ada pro dan kontranya. Akan tetapi, penilaian terakhirnya, bahawa polisi itu disenangi ramai rakyat. Inilah yang berlaku terhadap BR1M, ianya disambut baik majoriti rakyat, walaupun ada rakyat elite seperti Mantan Perdana Menteri, tidak dapat menerimanya.



Seorang pemimpin Sabah- Datuk Dr Salleh Tun Said melalui blog beliau meminta agar rakyat negara ini menyokong pendekatan Dato Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri "off The Day"; kerana setiap pendekatan Perdana Menteri itu bertepatan dengan persekitaran ekonomi semasa.





SUMBER: http://ift.tt/1dWBF2C
Read more »

SOKONG PENDEKATAN NAJIB DAN HORMATI PENDAPAT TUN M

0 comments

Oleh SALLEH SAID KERUAK

BANTUAN Rakyat 1Malaysia (BR1M) diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu rakyat. Nyata, pendekatan itu memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Ia merancakkan kegiatan ekonomi, menguntungkan rakyat dan sektor perniagaan. Rata-rata rakyat Sabah menyokong penuh pendekatan ini. BRIM juga merupakan janji yang terkandung dalam manifesto, maka ia wajib ditunaikan.



Selain membuktikan komitmen kerajaan menunaikan janji, pemberian BRIM ini juga harus dilihat dalam konteks menyeluruh, dengan mengambil kira transformasi ekonomi yang diilhamkan oleh Najib dalam perjalanan menuju pencapaian Wawasan 2020.



Kerajaan juga telah berjanji untuk menaikkan pembayaran BR1M secara berperingkat-peringkat dalam tempoh lima tahun. Maka, rakyat wajar

mensyukurinya dan bersama-sama kerajaan supaya janji itu dapat direalisasikan.



Secara jelas, pemberian BR1M ini adalah petunjuk jelas bahawa kerajaan Barisan Nasional mengotakan apa yang dijanjikan. Ia merupakan inisiatif kerajaan untuk memastikan rakyat dapat menikmati kemakmuran ekonomi secara adil dan saksama.



Keupayaan kerajaan melunaskan pembayaran BR1M adalah hasil daripada penjimatan subsidi petrol selain beberapa langkah rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan

kerajaan, dengan matlamat untuk membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup secara lebih efektif.



Oleh yang demikian, kita menghormati pelbagai pendapat dan pandangan mengenai pembayaran BR1M ini, termasuklah pendapat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.



Bagi kita, sememangnya akan ada berpandangan yang berbeza dan kita hormati. Namun dalam konteks dan suasana hari ini, seorang Perdana Menteri yang telah diberi mandat besar oleh rakyat seharusnya diberi sokongan padu untuk menyusun struktur ekonomi negara. Dan inilah yang dilakukan oleh Najib.



Apa yang disuarakan Tun Dr Mahathir itu adalah pendapatnya, dan tidak semestinya pendapat itu betul dalam senario ekonomi ketika ini. Kita kena berdepan dengan permasalahan ekonomi dan bukan menunda penyelesaiannya jika kita ingin menjadi kerajaan yang bertanggungjawab.



Bagi kita, tanggungjawab kita sebagai ahli parti adalah untuk menjelaskan kepada masyarakat pendekatan baru Najib ini dan kebaikan-kebaikan inisiatifnya, bukan sebaliknya mengutuk beliau. Mungkin ada perbezaan pendekatan berdasarkan situasi terkini, tetapi prinsipnya tetap sama, iaitu harus menyokong keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Kabinetnya yang telah mengembirakan semua.



Pemimpin-pemimpin sebelum ini yang menjadi Perdana Menteri pun kita sokong sepenuhnya walaupun pada ketika itu ada antara kita yang tidak selari dengan pendekatan kepemimpinan. Itulah prinsip yang harus kita pegang pada hari ini di bawah teraju pimpinan Najib.







SUMBER: http://ift.tt/NM4JTQ
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog