Pagi ini keputusan mahkamah rayuan tentang kalimah Allah




Kalimah Allah : Rayuan Gereja 5 Mac

PUTRAJAYA – Pendengaran permohonan Gereja Katolik bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa penerbitan mingguannya The Herald dilarang menggunakan kalimah Allah dijadual semula ke 5 Mac.



Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mohd Aizuddin Zolkeply, semasa dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran telah dijadual semula ke 5 Mac.



Pendengaran permohonan gereja bagi kebenaran merayu pada awalnya dijadualkan pada 24 Feb.



Sementara itu, seorang daripada peguam yang mewakili gereja itu, S Selvarajah berkata beliau dimaklumkan pada Isnin oleh timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan mengenai pertukaran tarikh pendengaran itu.



Katanya timbalan pendaftar memberikan pengesahan secara lisan mengenai tarikh baharu itu.



Selvarajah berkata beliau dimaklumkan tarikh lebih awal itu tidak sesuai untuk beberapa hakim yang menjadi anggota panel untuk mendengar permohonan itu.






Pada 14 Okt tahun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang The Herald daripada menggunakan kalimah Allah.



Mahkamah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah Allah.



Pada 2009, gereja Roman Katolik diketuai Archbishop Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, memohon antara lain, diisytiharkan keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah.



Majalah mingguan itu, diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam seksyen bahasa Malaysia, khusus untuk penganut Katolik di Sabah dan Sarawak.






Pada 31 Dis, 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald daripada menggunakan kalimah Allah adalah salah di sisi undang-undang, batal dan tidak sah.






Gereja memfailkan permohonan bagi kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan pada 11 Nov tahun lepas dengan mengemukakan 26 soalan mengenai Mahkamah Persekutuan, undang-undang pentadbiran dan kuasa mahkamah untuk membenarkan Menteri Dalam Negeri melarang penggunaan perkataan teologi (Tuhan).



Soalan berkaitan perlembagaan yang dikemukakan oleh barisan peguam yang mewakili gereja itu adalah untuk membahaskan mengenai Islam sebagai agama persekutuan, kebebasan bersuara, beragama dan hak kepada pendidikan agama.



Dalam kes sivil di Mahkamah Persekutuan, pemohon perlu mendapat kebenaran daripada mahkamah bagi membawa perkara itu untuk rayuan – BERNAMA



SUMBER: http://ift.tt/1eTy9dv

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog