Apa Azmin buat di Sibu? Berkempen untuk PKR atau diri sendiri?




Gambar di atas adalah gambar Azmin bersama Sam Ketot di Sibu, Sarawak sedang enak-enak makan malam beberapa malam lepas. Di atas meja kelihatan sisa-sisa ikan Empurau yang harganya bila di masak adalah RM2 ribu sedulang.

Apa yang Azmin buat di Sibu dan kenapa dia tidak membantu di Kajang? Kalau ditanya demikian, Azmin akan kata dia dalam perjalanan ke Bailingan untuk penamaan calun yang berlangsung pagi tadi. Memang Azmin ada berada bersama Sam Ketot dengan calun PKR di penamaan calun.





PKR memang bertanding di Bailingan dalam satu perlawanan satu lawan satu di kawasan yang dikosongkan oleh TYT Pehin Seri Taib Mahmud.



Sebenarnya Azmin tak perlu berada di Bailingan yang merupakan 4 jam perjalanan dari SIbu dan satu jam perjalanan dari Mukah. Kajang lebih penting untuk dipertahankan.



Bagi Azmin yang minggu sebelum penamaan calun di Kajang, dia berada di Sabah untuk berkempen. Baca di SINI.



Kehadhiran Azmin di Sarawak adalah untuk dirinya dan bukan untuk PKR. Dia telah berjumpa dengan pasukan kempennya di Sarawak untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden.



Sementara itu, lawannya Tan Sri Khalid Ibrahim sedang sibuk sebagai Pengarah PRK Kajang untuk PKR.



Di Kajang, tiada kerjasama antara kumpulan Azmin dan Khalid. Azmin hanya muncul di atas pentas sekali dan menmbulkan kontroversi dengan bahasa kesat yang dihalakan kepada Najib sebagai binatang belaan Dr Mahathir.



Bunyinya agak kritis dan menyerang tapi ketika kempen, bahasa sedemikian dilihat pemerhati PKR sebagai satu sabotaj terhadap Wan Azizah.



Ramai menganggap kata-kata Wan Azizah bahawa Kalang move masih on sebagai petanda bahawa Wan Azizah akan menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar boneka kepada Anwar.



Azmin sudah lihat dirinya sudah tidak lagi releven kepada Anwar kkini dalam "survival mode" untuk mnyelamatkan krjaya politiknya. Sepanjang di Kajang, Azmin lebih menghabiskan masa kepada kempen kempen pemilihan parti dan tidak sangat berkempen dalam PRK ini.



Bagaimana keadaannya sekarang dengan Azmin yang mahu sangat jadi MB, Khalid yang enggan berikan jawatan MB dan Wan Azizah pula dijangka dinaikkan MB untuk Kajang move?



Lagi rumit apabila Wan Azizah dan Khalid pernah satu regu mahu jatuhkan Azmin di satu masa dahulu.



Jeng jeng jeng .... tunggu kita gunong berapi nak meletup dari Gunong Tropicana.



SUMBER: http://ift.tt/1dghTz5

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog