BN VS PKR: KINI BERMULANYA KEMPEN #PRKBalingian




Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian di Dewan Suarah Mesra Mukah berlangsung dengan lancar sejak pukul 9.00 pagi ini.



Calon Barisan Nasional (BN), Yussibnosh bin Balo, 48, tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pukul 8.55 pagi.



Turut mengiringi ialah Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) I, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Timbalan Presiden PBB II, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan menteri-menteri dari kabinet negeri.



Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula, Abdul Jalil Bujang, 55, tiba di pusat penamaan calon pada pukul 9.07 pagi sambil diiringi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan pemimpin-pemimpin kanan parti pembangkang yang lain.



Calon BN, Yussibnosh menyerahkan borang pencalonan kepada pegawai pengurus SPR, Shafrie Saili pukul 9.05 pagi selepas dicadangkan oleh Ardyman Matan @ Henry dan disokong Fauziah Adeni.



Manakala calon PKR, Abdul Jalil menyerahkan borang yang sama pukul 9.12 pagi selepas dicadangkan oleh Matek Geram @ Matek Maxi disokong Basri Bahari.



Di dalam dewan pusat penamaan calon kali ini, SPR membenarkan kesemua petugas media masuk ke dalam dewan.





Pengumuman nama kedua-dua calon berkenaan dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof kira-kira pukul 10 pagi.Pilihan raya kecil DUN Balingian diadakan berikutan kekosongan kerusi itu ekoran perletakan jawatan penyandangnya iaitu bekas Ketua Menteri merangkap Presiden PBB, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.





SUMBER: http://ift.tt/1p2i8D0

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog