Goodfellow, pilot bela Zaharie tak jelaskan kenapa MH370 turnback begitu rupa







Kami terima satu pandangan seorang juruterbang bernama Chris Goodfllow yang membela Kapt Zaharie dari sumber whats App.



Lepas cari, jumpa sumber di DailyMail UK di SINI, akhbar sama dedahkan pilot sebagai fanatik politik PKR.





Baca berikut:

Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar..



Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U.



Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.



Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.



Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.



Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.



"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.



"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."



Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.



"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki.



Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat."



Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.



Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.



"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.



"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."



Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.



Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran.



Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.



"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."



Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.



"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."



Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.



Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."




----------------------------



Semua memberi hipotesis. Bukan teori... kerana teori perlu ada bukti empirical.



Masih tidak boleh dijawab macam mana kapalterbang boleh buat manouvre untuk terbang ke 35,000 kaki dan konar balik. Ini tak boleh dilakukan oleh sembarang juruterbang.



Tak boleh juga autopilot.





Masih tidak terjawab kenapa dia naik begitu pantas dan junam pula. Dan terus tak boleh detect...



Ianya dilakukan untuk hilang tak lama lepas kata goodnite.Pada pendapat kami,, susah nak terima tak berapa minit lepas goodnite sesuatu berlaku.



Kenapa?



Buktinya dalam blackbox dan bangkai kapalterbang. Kebenarannya Allah jua yang tahu.



Kita memberi pandangan tanpa emosi walaupun ada mirip political. Kenapa Anwar dan Wan Azizh tidak segera menyatakan simpati tatapi bermain politik?



Nak marah Unspinners, sila marah Anwar dan Azizah yang sama political juga.



Fikir-fikirkan ketika anda baca usaha yang kami lihat semangat setiakwan sesama pilot untuk tutup salahlaku rakan mereka. Tapi kita bukan macam blogger PR yang tak boleh beri laporan seimbang. Tak seperti media PR yang hanya nampak profesyenal tapi secara halus putarbelit berita.



Kita hanya beri pandangan. Laporan tetap profeseyenal.



SUMBER: http://ift.tt/1rtG8mu

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog