AKHIRNYA TERESA KOK MULUT MURAI DIDAKWA DI MAHKAMAH DI BAWAH DAKWAAN AKTA HASUTAN

0 comments



Disebabkan sikap biadap Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok di dalam video klipnya bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina ‘Onederful Malaysia’ yang dimuatnaik di You Tube akhirnya didakwa di Mahkmah Seksyen Kuala Lumpur.



Selepas insiden itu ratusan laporan polis dibuat terutama di kalangan orang Melayu yang terasa bahawa sindiran Teresa Kok ini keterlaluan dan boleh mengakibatkan kerenggangan antara kaum.



Biarpun beliau menafikan segala macam dakwaan yang dilontarkan terhadapnya oleh rakyat Malaysia, namun seperti biasa sikap biadap Teresa Kok dan DAP tiada yang dapat menghalangnya kecuali undang-undang.



Ahli Parlimen Seputeh itu akan diwakili peguam yang juga pemimpin DAP, Sankara Nair itu akan didakwa dibawah Akta Hasutan kerana penglibatannya dalam video kontroversi itu.



Rakyat Malaysia amat ‘marah’ terhadap Teresa Kok atas sebab kandungan video itu yang dikatakan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sesuatu yang tidak dapat diterima rakyat Malaysia terutama orang Melayu.



Dalam klip video berdurasi hampir 12 minit itu, Kok berlakon sebagai pengacara yang menemu ramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina baru-baru ini dengan mereka telah mengeluarkan kenyataan menyindir, antaranya mengenai pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah.



Begitupun ketika diajukan soalan, Teresa Kok secara selamba mengatakan ia hanyalah satu video sindiran jenaka.



“Ia hanyalah satu video sindiran,” kata Teresa Kok tanpa sedikit pun kisah dengan perbuatannya itu.



“Kami hanya mahukan Tahun Baru Cina yang menyeronokan. Setiap tahun saya akan membuat video bersifat sindiran yang menarik dan menyeronokan.



Apakah dengan menyindir dan menghina itu suatu cara menarik dan menyeronakan?





Jika, kaum Cina seperti Teresa Kok menganggap itu sebagai acara yang menyeronokan, tetapi tidak bagi masyarakat Melayu yang menganggap itu sebagai keterlaluan.





SUMBER: http://ift.tt/1sc1Niv
Read more »

Hormati Kebelbagaian: Tawiq

0 comments

Keunikan negara ini adalah disebabkan oleh berbagai etnik dan agama yang mendiaminya. Asas kepada pembentukan negara adalah berasaskan kepelbagaian itu.

Sejak merdeka, kerharmonian antara kaum dan agama menyebabkan negara ini membangun mengikut acuan yang betul.



Dalam peringkat pemerintahan, kerajaan diterajui oleh berbagai gabungan parti yang mewakili etnik masing-masing; baik di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat negeri.



Warna warni kebelbagaian, menghormati perbezaan merupakan "beauty" kepada kemajmukan dan kerukunan bernegara dan bernegeri.



Sejak akhir-akhir ini, memang terdapat usaha untuk menrenggangkan hubungan antara kaum yang menjadi pilar kepada keamanan negara, dengan membangkitkan isu-isu agama dan kesukuan. Usaha ini, kalau tidak dibendung, ianya boleh menghancurkan negara.



Tawfik yang juga Menteri Kebudayaan dan Sukan Sabah berucap demikian ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan Persatuan Dayak dan Iban Tawau pada Ahad. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Ketua Setiausaha politik kepada Ketua Menteri merangkap Naib Ketua Bahagian Umno Tawau Tuan Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan.





SUMBER: http://ift.tt/1kBq9wh
Read more »

Jabatan Peguam Negara digesa gugur pertuduhan

0 comments


HARAKAHDAILY





KUALA LUMPUR: BERSIH 2.0 menggesa agar pertuduhan Naib Pengerusi dan tiga lagi digugurkan dan Akta Perhimpunan Aman dikaji semula.

Gesaan ini dibuat berikutan pengisytiharan Mahkamah Rayuan dalam kes ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) melanggar Perlembagaan Malaysia, Jabatan Peguam Negara harus menggugurkan pertuduhan APA Naib Pengerusi Semenanjung Selatan BERSIH 2.0 Thomas Fann bersama tiga orang lain.



Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Bersih 2.0, walaupun Fann, bersama Koh Jit Huat, Mohd Salleh Ahmad dan Steven Choong, dituduh di bawah seksyen lain, yakni Seksyen 9(1) yang mensyaratkan penganjur himpunan memberi notis 10 hari kepada polis, namun memandangkan ketetapan Mahkamah Rayuan bahawa penghukuman terhadap mereka yang gagal memberi notis 10 hari adalah tidak berperlembagaan, maka masih relevan lagikah syarat – dan seksyen – tersebut?



“Oleh itu, BERSIH 2.0 menyeru pihak berkuasa supaya akur kepada kenyataan Mahkamah Rayuan bahawa perbuatan yang sah – yakni, berhimpun secara aman – tidak boleh dihukum sebagai satu jenayah.



“Selaras dengan pendirian Mahkamah Rayuan ini, BERSIH 2.0 juga menggesa pihak berkuasa supaya menggugurkan pertuduhan keempat-empat mereka di bawah Seksyen 4.2(b) yang melarang perhimpunan di kawasan tertentu.” demikian kenyataan Bersih 2.0.



Bersih 2.0 juga mempertikaikan dalam senarai kawasan larangan tidak munasabah. Antara lain, tempat-tempatnya ialah lingkungan 50m stesen minyak, terminal bas, sekolah dan tempat sembahyang. Ini bermakna pada hakikatnya, hampir tiada tempat untuk berhimpun di bandar.



Justeru, Parlimen juga harus mengkaji semula APA, bukan sahaja dari segi kandungan, malah namanya juga – ia sepatutnya “Akta Perhimpunan Awam” kerana andaian asas hak berhimpun adalah bahawa ia kegiatan aman dan oleh itu tidak perlu dinyatakan dengan eksplisit.



BERSIH 2.0 menegaskan bahawa kebebasan bersuara, termasuk kebebasan berhimpun, adalah sebahagian daripada sistem semakan dan imbangan dalam sistem demokrasi. Undang-undang yang mencengkam masyarakat tidak ada tempatnya dalam negara demokratik. Sekiranya pihak berkuasa khuatir mengenai ancaman keselamatan, sudah ada dan cukup undang-undang yang mengawal keadaan perhimpunan – contohnya Akta Polis.



Pengurusan kes Fann dan rakan-rakannya dijadualkan pada 5 Mei 2014, pukul 9 pagi, di Mahkamah Sesyen Jenayah 2 di Johor Bahru. Sekali lagi, BERSIH 2.0 menyeru orang ramai hadir untuk menunjukkan sokongan kepada mereka yang dituduh menganjurkan “candlelight vigil” untuk aktivis pelajar Adam Adli ketika beliau ditahan di bawah Akta Hasutan pada bulan Mei 2013.



SUMBER: http://ift.tt/1nWPvek
Read more »

DAPigs MELACURKAN KETELUSAN DALAM PAKATAN!!!

0 comments


Berikut dikongsikan sekeping gambar kiriman seorang sahabat melalui Whatsapp. Jelas terpampang agenda tersembunyi yang dilakukan oleh puak - puak DAPigs ni.



Persoalan yang dibangkitkan, kenapa sesi ceramah tu diadakan dalam bahasa Mandrin? Tidakkah ianya melanggar dasar keTELUSan yang dilaung - laungkan selama hari ini?



Jelas, apa yang cuba dilakukan oleh puak - puak DAPigs ni menjurus ke arah sifat Perkauman. Mungkin sebab itu sesi ceramah tersebut diadakan dalam bahasa Mandrin.



Apa yang cuba dibangkitkan oleh sahabat SH ni ada juga kebenarannya. Kenapa pulak sesi ceramah tu tak dibuat dalam bahasa Malaysia agar semua orang faham?



Mungkin ianya dibuat dalam bahasa Mandrin supaya orang Melayu tak faham apa yang cuba disampaikan dalam sesi ceramah tersebut. Dan diorang pun tak jemput orang Melayu.



Jika kita lihat apa yang berlaku pada hari ini, memang nampak sangat puak - puak DAPigs ni ada agenda tersendiri yang sengaja disembunyikan dari pengetahuan umum.



Ianya termasuk la dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri. Nak pulak bila ianya berkaitan dengan perlaksanaan Hukum Hudud yang mahu dibentangkan oleh PAS.



Jadi, tak mustahil dalam sesi ceramah yang dijadualkan seperti diatas ada juga usaha - usaha menolak perlaksanaan Hukum tersebut dikalangan masyarakat Cina.



Realitinya, puak - puak DAPigs ni takut dengan penyatuan orang Melayu Islam kerana ianya mampu menggugat peluang mereka untuk merampas pemerintahan Negara.


Dalam PRU yang lepas, diorang cuba menghasut masyarakat Cina dan menyemai sentimen perkauman dengan harapan dapat menjejakkan kaki ke tampuk pemerintahan.


Tapi malang. Hasrat mereka tidak tercapai dengan adanya kesedaran dikalangan orang Melayu Semenanjung serta Bumiputera Sabah dan Sarawak.


Mereka tak mampu untuk bergantung kepada PAS untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Tapi setidak - tidaknya, diorang masih dapat mempergunakan PAS.


Namun dengan adanya isu mengenai perlaksanaan Hukum Hudud ni, dah nampak bibit - bibit penyatuan orang Melayu terutama dikalangan orang UMNO dan PAS di Semenanjung.



Makanya, usah la DAPigs nak Menipu orang Melayu dan melaung - laungkan dasar keADILan serta keTELUSan. Kalau setakat ceramah pun diorang nak buat dalam bahasa Mandrin supaya orang lain tak faham, TELUS menda kejadahnya!!!





SUMBER: http://ift.tt/1nfDoXm
Read more »

Environment friendly mall units snapped up fast

0 comments
KOTA KINABALU: Shoplots at the first air-cooled shopping mall in Sabah are selling like hot cakes, with 70 […]



SUMBER: http://ift.tt/1kxkzLo
Read more »

KHALID IBRAHIM BERPELUANG CERAH MENANG JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PKR

0 comments





Biarpun penyandangnya Azmin Ali mendahului bagi merebut jawatan itu dengan 5,111 undi setakat ini namun ia tidak akan bertahan lama.



Dengan Sabah dijangka menjadi penentu kepada pemilihan kali ini dengan mempunyai 26 cabang pemilihan yang pastinya tertumpu kepada persaingan jawatan Timbalan Presiden yang melibatkan 4 pencalonan.



Selain Sabah, Kedah yang mempunyai 15 cabang dan Perlis 3 cabang juga akan turut mengadakan proses pemilihan yang sama Sabtu.



Dengan 26 cabang, majoriti cabang PKR di Sabah akan memilih Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.



Ini kerana imej dan reputasi Azmin Ali sangat negatif di kalangan ahli-ahli PKR di Sabah dan perkara yang sama tidak mustahil berlaku di Kedah dan Perlis.



Khalid yang sejak kebelakangan ini berjaya membuka mata rakyat Selangor dan kepimpinan PKR di peringkat cabang dengan berkeras tidak akan menjadi bonek Anwar Ibrahim dan melakukan keputusan yang terbaik untuk rakyat dan bukan kepentingan politik sendiri seperti yang diamalkan kebanyakan pemimpin PKR.



Selain Azmin dan Abdul Khalid, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution turut bersaing merebut jawatan Timbalan Presiden itu.





Begitupun, Saifuddin dikatakan agak ketinggalan jauh ke belakang dan tidak mampu untuk menarik sokongan ahli-ahli PKR seluruh negara biarpun beliau menjawat jawatan Setiausaha Agung PKR.





SUMBER: http://ift.tt/1q0W3uw
Read more »

PAS penentu masa depan Pakatan Rakyat?

0 comments

Wan Hamidi Hamid




fawkes-mask-waves-flag



Sejak penubuhannya pada 1951, PAS tidak pernah putus asa dalam perjuangan politiknya. Ramai pemimpinnya menjadi mangsa kezaliman pemerintah Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional.



Namun, selepas setiap ketika kezaliman dan kekejaman dirasai, seolah-olah ada pemimpin PAS yang lupa dengan apa yang pimpinan UMNO lakukan terhadap parti mereka. Tetapi ramai lagi ahli-ahli PAS yang tidak lupa dengan kelicikan politik UMNO.



1960: Menyokong ISA, menjadi mangsa ISA



Selepas Darurat anti-komunis ditamatkan pada tahun 1960, kerajaan Malaya pimpinan Tunku Abdul Rahman merasakan masih perlu ada undang-undang untuk membasmi kegiatan komunis yang dianggap masih berserpihan.



Tunku berjaya memujuk parti pembangkang yang terbesar pada masa itu, PAS, dengan menjanjikan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya akan digunakan terhadap komunis sahaja dan tidak akan disalahgunakan terhadap pembangkang atau mana-mana suara sah yang membantah kerajaan.



PAS yang memang anti-komunis dengan mudah mempercayai janji UMNO. Namun, dalam masa yang singkat sahaja, ISA digunakan terhadap pemimpin pembangkang termasuk Presiden PAS, Dr Burhanuddin Al-Helmy.



1973: Menyertai BN, habis madu sepah dibuang



Selepas pergaduhan kaum 13 Mei 1969, pemimpin UMNO ketika itu Tun Razak Hussein memujuk PAS menyertai gabungan pemerintah yang baru iaitu Barisan Nasional atas asalan mahu mewujudkan era baru perpaduan melalui proses pembangunan negara.



Walaupun ramai ahli PAS sedar sikap dan pendirian UMNO, pimpinan PAS masih mahu duduk bersama dengan UMNO dalam saf yang baru. Maka muktamar PAS pada awal 1973 meluluskan usul menyertai BN.



BN menang besar dalam PRU 1974. Pemimpin PAS, Asri Haji Muda mendapat habuan menjadi Menteri di peringkat pusat manakala pimpinan lain dilantik menjadi timbalan menteri dan jawatan-jawatan lain.



Sewaktu zaman kegemilangan BN itu, tiada siapa di dalam kerajaan yang mahu menubuhkan negara Islam atau melaksanakan hudud. Pada masa itu juga hanya tinggal DAP dan Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) sebagai pembangkang yang serius.



Selepas Hussein Onn menjadi Perdana Menteri, masalah dalaman PAS di kubu kuatnya di Kelantan dijadikan isu untuk merampas kuasa. PAS dipecat dari BN dan ia hilang kuasa di Kelantan dalam pilihanraya negeri dan kalah teruk dalam PRU 1978.



1982: Kepimpinan ulamak, tanpa kemenangan pilihanraya



Selepas kembali menjadi pembangkang, PAS hanya menang 5 kerusi Parlimen dalam PRU 1982 dan kalah teruk dengan satu kerusi sahaja pada PRU 1986. Walaupun sudah berubah menjadi parti kepimpinan ulamak, kemenangan di medan pilihanraya masih kabur untuk PAS.



Sebaliknya ia berlumba dengan UMNO untuk menonjolkan siapa lebih Islam. Timbul aktiviti dan program untuk menunjuk-nunjuk amalan dan simbol Islam sehingga berlaku isu kafir-mengkafir di antara UMNO dan PAS.



1988: Pengharaman UMNO, untung PAS kerana Semangat 46



Perebutan kuasa dalaman UMNO di antara Dr Mahtahir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987 antara lain telah menyebabkan UMNO diharamkan oleh mahkamah. Ia kemudian dihidupkan semula oleh puak Mahathir sebagai UMNO Baru manakala Ku Li terpaksa menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 selepas usahanya mendaftarkan semula UMNO ditolak oleh kerajaan.



Semangat 46 mewujudkan dua gabungan, iaitu bersama parti-parti Melayu Islam seperti PAS dan Berjasa (Angkatan Perpaduan Ummah – APU) dan bersama parti-parti pelbagai kaum seperti DAP dan Parti Rakyat Malaysia serta Parti Bersatu Sabah (Gagasan Rakyat).



Melalui kerjasama ini, Semangat 46 bertanding di kebanyakan kerusi Parlimen manakala PAS di peringkat negeri, khususnya di Kelantan. PAS bernasib baik apabila berjaya menawan semula Kelantan dalam PRU 1990 walaupun kedua-dua gabungan pembangkang itu gagal menegejutkan arena politik Malaysia.



Setelah menang kembali di Kelantan, PAS mahu melaksanakan hukum hudud walaupun tidak ada dinyatakan dalam sebarang pendirian bersama sebelum PRU 1990. Oleh kerana perbalahan itu berpanjangan, DAP pada 1995 menarik diri dari Gagasan Rakyat yang merupakan gabungan kembar dengan APU.



1995: Kembalinya kuasa BN, pembangkang berpecah-belah



Mahathir mengukuhkan kedudukan UMNO-BN dengan kuasa yang ada serta undang-undang yang lebih zalim. Keadaan itu yang turut diberatkan dengan masalah dalaman pembangkang memudahkan BN menang besar dalam PRU 1995.



Kekuatan Mahathir termasuk menonjolkan keadaan ekonomi yang lebih baik (walaupun kemudiannya didedahkan sebagai ekonomi buih). Kebanyakan rakyat Malaysia juga membuat pilihan atas keputusan ekonomi, dan bukannya emosi atau sentimen kaum dan agama.



1998: Pemecatan Anwar, untung PAS kerana Reformasi



Selepas Mahathir memecat timbalannya Anwar Ibrahim daripada UMNO, BN dan kerajaan, dan kemudiannya memenjarakan pula, ia membangkitkan kemarahan rakyat, terutamanya orang Melayu dan golongan muda.



Kemarahan rakyat diterjemahkan pula dalam satu kerjasama baru pembangkang atas nama Barisan Alternatif. Dengan menumpang semangat Reformasi dan imej Anwar, PAS dalam PRU 1999 menang besar apabila mendapat 27 kerusi Parlimen dan merampas Terengganu serta mengekalkan Kelantan.

2001: Pengisytiharan Negara Islam, perpecahan pembangkang (sekali lagi)



Dalam pada pemimpin PAS akhir alaf ke-20, Fadzil Noor mahu merapatkan hubungan natara parti dalam dasar yang mejurus kepada semangat moderat, media milik UMNO seperti biasa mencari jalan untuk memecahbelahkan perpaduan parti itu. Selepas Fadzil meninggal dunia, usaha Allahyarham hanya tinggal kenangan. Kumpulan yang menguasai PAS selepas itu membawa cita-cita Negara Islam yang “keras” berbanding semangat kerjasama dan hak saksama yang dibawakan oleh Fadzil.



DAP sekali lagi keluar daripada gabungan pembangkang. Dalam PRU 2004, PAS hilang 20 kerusi Parlimen yang dimenanginya dahulu, hanya tinggal 7 sahaja. Terengganu pula kembali ke pangkuan UMNO selepas PAS kalah teruk di negeri itu.



2008: Kemarahan rakyat, era baru pembangkang



Selepas PRU 2004, pergolakan politik lebih berkisar kepada UMNO. Mahathir bersara pada 2003 dan rakyat memberi mandat besar kepada Abdullah Ahmad Badawi kerana janji-janji reformasi. Tetapi apabila semua janji itu dimungkiri dan Abdullah pula dilihat sebagai takut kepada desakan kumpulan pelampau kaum (dan serangan Mahathir), maka rakyat menunjukkan kemarahan mereka terhadap UMNO-BN.



Dalam PRU 2008, BN kalah di DUN Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta mengekalkan Kelantan. Kuasa majoriti dua pertiga BN di Parlimen juga dinafikan oleh pembangkang yang kemudiannya bersetuju membentuk Pakatan Rakyat selepas keputusan PRU ke-12 itu diumumkan.

PAS bagaimanapun duduk di tangga ketiga pembangkang Parlimen selepas PKR yang mendapat 31 kerusi Parlimen dan DAP 28 kerusi Parlimen.



PAS tetap bernasib baik mendapat kerusi Menteri Besar Perak walaupun ia sebagai parti minoriti kerana perlembagaan negeri hanya membenarkan orang Melayu memegang jawatan itu. DAP mendapat 18 daripada 59 kerusi manakala PKR 7 dan PAS 6. PKR pula tidak mempunyai calon MB yang “layak”.



Namun, difahamkan ada kalangan pemimpin PAS tidak puas hati kerana tidak mendapat banyak jawatan. Tambahan pula media milik UMNO mula meniupkan api perkauman, selain pemimpin UMNO menawarkan kerjasama “kerajaan perpaduan” UMNO-PAS di pelbagai peringkat sejak selesai PRU12.



2013: Kecemerlangan Pakatan Rakyat, tsunami politik baru



Walaupun media kawalan UMNO memainkan isu perkauman dan sering mencabar PAS agar melawan Pakatan, ia tidak dipedulikan oleh ahli dan penyokong parti. Usaha perkauman UMNO ternyata gagal. Malah, semangat mahukan perubahan semakin ketara, khususnya di kalangan kaum-kaum bukan Melayu.



Hasilnya dalam PRU13 pada 2013, Pakatan mencatatkan kemenangan besar dari segi peratus pengundian di mana ia mendapat 51 peratus undi! Oleh kerana sistem persempadanan semula adalah tidak adil, maka BN terus menguasai kerusi Parlimen dan DUN.



Bagi PAS pula, ia adalah prestasi yang tidak memuaskan. PAS gagal mengekalkan kuasa di Kedah kerana kelemahan pentadbiran dan hilang kerusi Parlimen dengan mengekalkan 21 sahaja.



2014: Hasutan UMNO, mencabar PAS melaksanakan hudud walau UMNO sendiri tak berminat



Selepas itu semakin kuat hasutan UMNO melalui pelbagai cara. Sehinggakan UMNO berani mencabar PAS agar melaksanakan hudud sedangkan UMNO sendiri tidak berminat untuk melaksanakannya.



Buat masa ini, itulah yang sedang berlaku. UMNO melalui pelbagai media yang dikuasainya terus mengejek, menguji, mengusik, menyindir dan mencabar PAS.



Sejak 1960, UMNO mempermainkan PAS, dan agak berjaya juga permainan politik UMNO kerana UMNO yang sering “menang” dengan taktik kotornya itu.



Seperti yang pernah dijelaskan oleh pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, isu hudud – dilihat dalam konteks isu politik dan bukannya hukum agama – tidak akan memberi kemenangan kepada PAS dan Pakatan Rakyat yang mahu menjadikan Malaysia bersih dari rasuah, bebas dari kezaliman dan tidak lagi mengamalkan diskriminasi.



Sebaliknya, isu hudud bakal memberi kemenangan kepada UMNO kerana isu tersebut sudah pun membawa perbalahan sesama Pakatan dan mungkin membawa kepada perpecahan gabungan itu.



Di kalangan rakyat pula, sudah timbul perbalahan atas garisan Islam-bukan Islam dan Melayu-bukan Melayu sedangkan matlamat asal Pakatan ialah menggantikan BN untuk menjadi kerajaan yang lebih adil, saksama dan telus di mana rakyat menjadi tonggak, dan bukannya pemimpin dan kroni.



Malah, jika diteliti, apabila isu-isu agama dibangkitkan dalam pilihanraya, ia memberi kesan buruk kepada parti-parti pembangkang. Hanya apabila isu-isu bersama dibangkitkan – ekonomi, reformasi pentadbiran, hak rakyat di peringkat tempatan serta pendedahan kelamahan dan kezaliman UMNO-BN – ia menjamin kemenangan pembangkang.



Ini terbukti dalam PRU 1990, 1999, 2008 dan 2013. Malah keputusan 1990, 1999 dan 2008 banyak menguntungkan PAS secara relatif.



Terpulang kepada PAS untuk menilai sendiri apa yang UMNO telah lakukan kepadanya sejak lebih 50 tahun lalu yang kesemuanya memberi untung kepada UMNO semata-mata, walaupun ada sedikit cebis habuan kepada segelintir pemimpin PAS.



Jika Pakatan hancur, maka UMNO yang semakin angkuh sekarang akan kembali berkuasa sepenuhnya. Segala harapan untuk perubahan yang diharapkan sejak alaf baru akan lenyap sama sekali.



Dan pada masa yang sama, hudud tetap tidak akan dilaksanakan oleh UMNO. – Roketkini.com



SUMBER: http://ift.tt/RarPph
Read more »

Reduce dependence on cars to make city more liveable – PAM

0 comments
KOTA KINABALU: Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) Sabah Chapter chairman Ar Victor Wong has called for a reduction in […]



SUMBER: http://ift.tt/1kxdsUh
Read more »

PENGAWAS PEMILIHAN PKR CABANG BATANG SADONG AKUI MEMIHAK KEPADA SALAH SEORANG CALON TIMBALAN PRESIDEN PKR

0 comments




Jika dalam PRU-13, PKR lantang hingga sanggup memfitnah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam melaksanakan pilihan raya khususnya mengenai pengundi hantu, pengundi Bangladesh mahupun berlakunya black out.



Dan, seolah-olah terkena batang hidung sendiri apabila Pemilihan PKR 2014 yang sedang berlangsung kini diseliputi pelbagai masalah termasuklah keraguan yang munasabah.



PKR tidak pernah mengambil pendekatan penambahbaikan Pemilihan PKR 2010 dahulu yang mana objek seperti kerusi dan peti undi terbang disebabkan rasa tidak puas hati pengundi mahupun kumpulan calon yang bertanding.



Pemilihan PKR 2014 telah digemparkan dengan permasalahan sewaktu pengundi berlangsung seperti yang berlaku di Cabang Batang Sadong.



Semacam telah dirancang, kumpulan ‘pengawas’ yang mengawasi Pemilihan PKR 2014 Cabang Batang Sadong merupakan kumpulan penyokong salah seorang calon Timbalan Presiden PKR dan ini sangat meragukan.



Ini telah diberitahu sendiri oleh pengawas pemilihan ketika siasatan dijalankan dan pastinya suatu kegemparan.



Sehubungan itu, PKR memutuskan Pemilihan PKR Cabang Batang Sadong dibatalkan termasuklah menggantung pengawa yang bertugas semasa pemilihan sebelum ini.



Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR mendapati banyak unsur keraguan berlaku sepanjang proses pengundian dan sebab itu PKR memutuskan Pemilihan PKR Cabang Batang Sadong dibatalkan.






Antara keraguannya ialah jumlah keluar yang keluar mengundi tidak sama dengan jumlah kertas undi yang dikeluarkan dan corak tulisan pada kertas undi dikatakan ditulis oleh orang yang sama.





Inilah demokrasi PKR yang tidak pernah terlepas daripada 1001 macam permasalahan dan penipuan khususnya dalam pemilihan PKR dan ini juga berlaku dalam DAP dan PAS sebelum ini.





SUMBER: http://ift.tt/1hjONk6
Read more »

Kontrak Minyak dan Gas: Sabah Tidak Perlu Syarikat Broker

0 comments
APA yang sebenarnya betul adalah Sabah memberikan kontrak operasi minyak dan gas, bukan sebaliknya. Akan tetapi akibat ketimpangan PDA 1974 dan perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Sabah ditandatangi pada tahun 1976, menyebabkan berlaku bahawa Sabah terpaksa menangih kontrak; di mana sepatutnya Sabahlah yang memberikan kontrak.

Sebenarnya pada masa pemerintahan Berjaya, telah ditubuhkan sebuah syarikat yang berurusan dengan operasi minyak dan gas; namun entah apa yang menyebabkan, bahawa anak syarikat yang berkait dengan operasi minyak dan gas telah dijual oleh syarikat itu. Atas penjualan itu, maka syarikat milik kerajaan Sabah itu, hanya beroperasi secara token yang hanya melibatkan 2juta isipadu gas sehari di kawasan KKIP.



Di zaman pemerintahan PBS, anak syarikat Yayasan Sabah Innoprise Sdn Bhd, pernah menubuhkan syarikat yang berfungsi untuk operasi minyak dan gas, namun syarikat itu gagal ditengah jalan, atas sebab, Petronas kurang memberi sokongan.



Kini, kerajaan Sabah dilaporkan telah menubuhkan sebuah syarikat iaitu anak syarikat Bank Pembangunan Sabah(SDB) yang dipanggil M3Energy Sdn Bhd. Nama syarikat ini, disebutkan oleh Ketua Menteri Sabah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri penggal ke-2 tahun 2014 yang berakhir pada minggu ke-2 April.



Tujuan pengwujudan syarikat ini, dikatakan untuk mendapatkan kontrak daripada Petronas, dan kemudian kontrak-kontrak itu disub-kontrak dengan vendor-vendor tempatan.





SUMBER: http://ift.tt/1rLjl38
Read more »

Bulan Pesta Menuai Bermula Lagi

0 comments

Bulan Mei sejak sekian lama bagi negeri Sabah diistiharkan sebagai bulan Pesta Menuai. Tahun ini tuan rumah pelancaran pesta itu adalah Kota Marudu. Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Dr Musa Haji Aman melancarkannya. Maka bermulalah tradisi keunikan bagi negeri Sabah.

Pesta menuai sinonim dengan kaum Kadazan Dusun dan Murut, namun bukan kaum itu sahaja yang meraikannya, malah seluruh sukuan di negeri ini. Pada setiap acara, memang seluruh lapisan rakyat terlibat; tidak lagi mengira latar belakang kaum.



Puncak kepada sambutan pesta menuai adalah pada 31 Mei, dan biasanya diadakan di Hongkod koisan, Penampang. Pada hari itu, akan bakal dinobatkan Unduk Ngadau, yakni wanita tercantik bagi kaum KDM.



Melalui pesta menuai, bukan sahaja terwujudnya integrasi berbagai etnik, akan tetapi ianya juga menjadi wadah penyatuan, persefahaman, sehingga menguatkan lagi hubungan antara rakyat, kaum dan agama.



Keunikan budaya di Sabah, adalah pendorong kurangnya, malah tidak terdapatnya perbalahan antara agama, atas sebab itu, kalau mahu melihat apa itu erti 1Malaysia, datanglah ke Sabah.





SUMBER: http://ift.tt/1kw5VXD
Read more »

Feature Sabah and Sarawak’s natural, cultural backdrop in making films — Ahmad Shabery

0 comments
KOTA SAMARAHAN: Film producers should give priority to featuring the beautiful natural environment and culture in Sabah and […]



SUMBER: http://ift.tt/1nJwuMg
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog