Mufti Perak tegur Azalina kerana kenyataan jahil

0 comments
 
Kenyataan mesti dibuat berdasarkan hukum Allah bukan mengikut akal dan logik sahaja.


Azalina-Othman,-Harussani-Zakaria,-film-cencership


PETALING JAYA: Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said kerana membuat kenyataan jahil.

Katanya, kenyataan Azalina -adegan pasangan bercinta berpegangan tangan dan berpelukan tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat – tidak patut dikeluarkan oleh seorang bertaraf menteri.

“Baru sehari dua naik sebagai menteri dah keluarkan kenyataan tidak munasabah. Saya suka ingatkan menteri, timbalan menteri dan ahli Exco negeri, mereka telah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong atau Sultan untuk pegang jawatan berlandaskan kepada Perlembagaan dan mereka bersumpah dengan nama Allah untuk mempertahankan Perlembagaan.

“Perlembagaan menyatakan agama di negara ini adalah Islam. Maka, janganlah mereka sesekali mengejek dan memperkecilkan hukum Allah. Jika tidak, maknanya mereka melanggar sumpah,” katanya.

Beliau juga mengingatkan semua pemimpin supaya tidak melanggar sumpah, bagi mengelak dilaknat Allah.

“Saya nasihati (mereka) jangan melampau. Islam berdasarkan kepada iman. Iman itu boleh diukur berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan. Jadi, tidak boleh keluarkan kenyataan secara akal atau logik kerana ia adalah hukum Allah.

“Akal dikawal oleh nafsu dan ia dipengaruhi oleh syaitan. Jangan beraja dengan nafsu dan komen tidak tentu hala.

“Seorang menteri Islam wajib mengamalkan amar makruf nahi mungkar, atau dalam bahasa senang difahami menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kejahatan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sebelum ini Azalina telah ditegur oleh penceramah terkenal, Kazim Elias dan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim kerana membuat kenyataan itu.



SUMBER: http://ift.tt/1M2Cdrv
Read more »

MB Johor bengang budaya rasuah, DAP sedia kerjasama

0 comments
chin tong khalid
Roketkini.com

KUALA LUMPUR: DAP sentiasa membuka pintu untuk mana-mana pihak, termasuk pemimpin dan ahli UMNO yang anti-rasuah, yang mahu menyelamatkan Malaysia daripada dirosakkan oleh penyelewengan, perkauman dan salahguna kuasa.

Dalam isu terbaru, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin, menyuarakan marahnya terhadap budaya rasuah dalam parti, dan mahu pemimpin dan ahli parti “mengambil langkah ke hadapan”.

Sehubungan itu, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, menasihatkan pimpinan dan anggota UMNO supaya bermuhasabah diri terlebih dahulu.

Katanya, jika UMNO benar-benar jujur, tentunya ia sebagai sebuah parti yang telah menerajui negara sejak lebih 60 tahun dahulu akan menolak politik perkauman, skandal penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Ini termasuklah dalam hal penerimaan ‘derma RM2.6 bilion’ kepada UMNO bagi memenangi pilihanraya menerusi akaun peribadi Perdana Menteri yang turut merupakan Presiden UMNO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Kluang mengulas status Facebook rasmi Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin, yang dimuat naik pagi tadi. Status tersebut dipercayai berkaitan dengan krisis dalaman UMNO berhubung skandal 1MDB serta kesan politik kotor pucuk pimpinan parti itu.

khalid norden prnt

Dalam status itu, Khaled menulis:

“UMNO tidak lagi boleh hanya jadi pemerhati, bila bangsa masih bergelumang dengan kemiskinan dan jurang keberadaan. UMNO tidak boleh berdiam diri, kalau rasuah jadi budaya atau misalnya amanah dikhianati.

“UMNO tidak boleh hanya membisu bila parti tidak lagi mengutamakan perjuangan bangsa Melayu tetapi digunakan untuk membela golongan tertentu atas nama kesetiaan pada parti atau disiplin kepartian mentaati pemimpin. Sudah sampai masanya UMNO bergerak beberapa langkah ke hadapan. Lebih proaktif dan lebih dominan.”

Menurut Chin Tong, DAP menyedari masalah yang sedang dihadapi UMNO yang turut menyebabkan golongan sederhana dalam parti itu tidak senang dengan keputusan dan tindakan pucuk pimpinan.

“Dalam hal ini, DAP Johor bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak, termasuk UMNO Johor, yang berusaha ke arah merealisasikan Impian Malaysia.

“Impian Malaysia adalah cita-cita sebuah Malaysia yang bebas rasuah, pengurusan sosioekonomi yang sihat dan adil, tadbir urus yang cekap dan amanah, serta demokrasi yang sihat,” ujar beliau. – Roketkini.com




SUMBER: http://ift.tt/1IJBV7W
Read more »

Umno bahagian Shafie batal undangan pada Najib

0 comments
MALAYSIAKINI


 
 
 
Umno Semporna membatalkan undangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan mesyuarat agung tahunannya yang dijadual pada 15 Ogos ini.

Sumber-sumber yang rapat dengan ketua bahagiannya Datuk Seri Shafie Apdal, yang digugurkan sebagai menteri sebelum ini, mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini.

“Pembatalan dibuat atas kehendak ahli akar umbi.

“Kami takut keadaan menjadi tidak terkawal jika jemputan itu diteruskan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau enggan menyatakan sebabnya, bagaimanapun dipercayai susulan reaksi balas terhadap pengguguran ketua mereka, yang juga salah seorang naib presiden Umno.

Sumber juga berkata pertimbangan lain diambil kira termasuk soal keselamatan Najib serta senario semasa.

“Kepimpinan Umno bahagian sudah membuat persiapan lengkap menunggu kehadiran presiden; namun ia perlu disesuaikan semula kerana tidak mahu ada nanti provokasi dari pihak luar yang akan mengambil kesempatan daripada isu semasa,” katanya.

Pada rombakan kabinet Selasa lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pengguguran Shafie sebagai menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Selain Shafie, Najib turut menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan tiga lagi timbalan menteri.

Shafie pulang bersambut

Pengguguran Shafie dan Muhyiddin dikaitkan dengan kelantangan mereka dalam isu 1MDB yang menjadi duri dalam daging pentadbiran Najib.

Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Semporna Datuk Nasir Tun Sakaran ketika dihubungi hanya enggan memberi sebarang sebarang maklum balas.

Beliau sebaliknya meminta Malaysiakini menunggu esok selepas mereka mengadakan mesyuarat, dijangka bagi membincangkan perkara itu, esok.

“Saya tak nak komen, takut akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya hanya dapat sahkan selepas mesyuarat esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Shafie dilapor pulang ke Semporna semalam dan disambut sekumpulan penyokongnya di  Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Kepulangan itu yang pertama selepas disingkir daripada kabinet minggu lepas. 
 
 
 


SUMBER: http://ift.tt/1IlVXSa
Read more »

Mufti: Pemberian kerana kedudukan itu rasuah

0 comments
MALAYSIAKINI

 


Pemberian kepada seorang penguasa yang mempunyai kaitan dengan tindakannya serta mengganggu amanahnya dikira sebagai rasuah, kata Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin.

“Maka, seseorang penguasa atau pegawai atau petugas hendaklah merenung dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipegangnya atau tidak.

“Jika ada kaitan yang akan mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya, maka itu adalah rasuah.

“Kesan itu sama ada secara langsung atau secara tidak langsung,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika pemberian itu ikhlas atas dasar persabahatan atau kenalan dan tiada ruang untuk untuk penyalahgunaan kuasa maka ia hanya berupa hadiah.

“Jumlah ataupun nilai pemberian yang luar biasa kepada seorang penguasa ataupun pegawai yang pasti tidak diberikan jika tidak kerana kedudukannya, maka itu pasti rasuah,” katanya.

Asri tidak merujuk secara langsung kes tertentu dalam tulisannya di blog hari ini.

Ia bagaimanapun dilihat sebagai panduan umat Islam selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menjelaskan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan penderma.

Ia, kata suruhanjaya itu lagi, bukan berpunca daripada dana syarikat pelaburan negara 1MDB. 




SUMBER: http://ift.tt/1E5N8dz
Read more »

SHAFIE PULAK BUAT PAKATAN MEROYAN!!!

0 comments
Senasib dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kali ini giliran Datuk Seri Shafie Afdhal pulak yang menjadi mangsa fitnah rekaan yang sengaja dijaja oleh puak - puak Pakatan Haramjadah ni.

Jika semalam, puak - puak Pakatan Haramjadah tu dilihat sengaja nak menaburkan fitnah dan memburuk - burukkan imej Tan Sri Muhyiddin Yasin. Kini giliran Shafie Afdhal pulak yang difitnah.

Mereka kata kononnya Datuk Seri Shafie Afdhal akan menyertai parti Pembangkang di Sabah selepas digugurkan dari jawatan Menteri setelah rombakan kabinet dibuat baru - baru ini.

Namun ternyata dakwaan itu hanya sekadar khabar angin yang cuba difitnahkan terhadap Datuk Seri Shafie apabila ianya dinafikan oleh Tuan Punya Badan dalam satu kenyataan media semalam.
SEMPORNA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan beliau merancang untuk menyertai sebuah parti pembangkang.

"Ia adalah satu pembohongan. Selepas saya digugurkan, beberapa pihak mula menyebarkan cerita bahawa saya akan meninggalkan Umno dan menyertai Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO Baru)," kata Shafie.
Jelas, fitnah itu berlaku hanya kerana semata - mata puak - puak Pakatan Haramjadah tu cuba nak mencetuskan perbalahan didalam UMNO dengan melaga - lagakan pemimpin - pemimpin tertentu.

Hasrat puak - puak Pakatan Haramjadah ni ialah supaya ianya dapat melemahkan UMNO dari dalam. Mereka sangka, hanya dengan cara itu sahaja mereka dapat menumpaskan UMNO.

Tapi ternyata, ianya tidak mampu untuk menggugat keperibadian serta prinsip utama pemimpin - pemimpin UMNO seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Datuk Seri Shafie Afdhal.

Hanya mereka yang lemah semangat dan mudah kecewa dengan perjuangan UMNO sahaja yang akan mengambil tindakan untuk meninggalkan parti serta menyertai organisasi lain ni.

Cuma orang yang lemah Iman dan hanya bergantung kepada nafsu Syahwat macam puak - puak Pakatan Haramjadah tu je yang suka mengkhianati dasar perjuangan parti mereka sendiri.

Itu pasal lakita tengok Si Ketua Penipu, Si Mat Sabu dan konco - konco Geng Haprak Baru tu semuanya mudah sangat meroyan tak tentu arah. Sebab diorang semua hanya sekadar Gila Kuasa. Tu pasal la diorang mudah hilang akal bila kena pecat!!!


SUMBER: http://ift.tt/1N5Nypg
Read more »

Pelantikan Salleh terajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia adalah tepat

0 comments
PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak adalah orang yang sesuai menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia, kata bekas menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Ahmad Shabery berkenaan pelantikan Salleh tepat kerana bekas Ketua Menteri Sabah itu pernah menjadi Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) pada 2011 yang pastinya arif tentang industri kandungan. “Datuk Salleh […]

SUMBER: http://ift.tt/1MHxU5J
Read more »

Koperasi artis lesapkan duit pelabur

0 comments
NOR AZIHAN ND GHAZALI
 
 
Koperasi artis lesapkan duit pelabur
Para usahawan IKS yang ditipu mendesak pihak berkuasa SKM dan PDRM campur tangan dan selesaikan kes melibatkan koperasi itu.

KUALA LUMPUR - Seramai 38 usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) Bumiputera mendakwa ditipu sebuah koperasi melibatkan seorang artis terkenal membabitkan barangan bernilai RM4.8 juta yang sehingga kini belum dilunaskan bermula Februari lalu.

Bayaran itu tidak termasuk wang deposit RM3,000 yang harus dibayar setiap usahawan bagi setiap jenis produk yang dianggarkan berjumlah 85 produk yang rata-ratanya terdiri daripada makanan seperti lempeng pisang, tepung kek, pes asam pedas Melaka, pes kuah laksa dan sebagainya.

Wakil kepada 38 usahawan itu, Shamsul Shah Sulaiman berkata, koperasi itu menawarkan kepada usahawan untuk membantu memasarkan produk ke sebuah pasar raya terkenal di negara ini bagi tempoh setahun.

"Kami ditugaskan menyiapkan produk masing-masing mengikut jumlah yang dikehendaki serta membayar deposit RM3,000 bagi setiap produk kepada koperasi itu.

"Kami begitu teruja memandangkan inilah peluang kami untuk memasarkan produk, tanpa syak apa-apa kami tandatangan surat perjanjian pada 4 Februari lalu," katanya kepada Sinar Harian dalam satu Sidang Media khas semalam.

Menurutnya, pihak koperasi berjanji akan membayar produk yang dibekalkan itu dalam tempoh 30 hingga 45 hari namun hingga kini mereka gagal melunaskannya.

"Dalam masa tuntutan dibuat, mereka secara tiba-tiba memaklumkan kontrak bersama pasar raya berkenaan dibatalkan atas alasan yang tidak munasabah.

"Mereka kemudiannya mengaku berjaya mendapat kontrak dengan sebuah pasar raya lain di Sabah dan berjanji akan pasarkan produk kami di sana," dakwanya.

Beliau berkata, pada awalnya semua usahawan tidak mengesyaki sesuatu yang tidak kena.

"Sehinggalah terdapat di kalangan usahawan yang menerima cek bayaran namun kecewa dan terkilan selepas mendapati cek berkenaan adalah cek tendang.

"Selepas menunggu lama, pada 26 Mei lalu, kami ke pejabat koperasi itu di Damansara Damai untuk menuntut  penjelasan.

"Kami kecewa apabila dihalang daripada berjumpa dengan Ahli Lembaga koperasi oleh beberapa lelaki  ala-ala gengster hingga menyebabkan saya ditahan di lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya selama sehari atas tuduhan mengugut.

"Kami cuma nak dapatkan hak kami melalui cara yang profesional namun mereka gagal beri maklum balas yang sebaiknya, bila kita nak jumpa elok-elok, mereka buat laporan polis kata kami ugut walhal usahawan yang pergi sana semua golongan wanita berusia 45 tahun ke atas," katanya.

Shamsul Shah berkata, sudah lebih lima bulan usahawan menunggu koperasi melunaskan bayaran namun hingga kini gagal.

"Ekoran itu, semua usahawan buat laporan polis di balai yang berbeza namun tiada tindakan hingga memaksa kami membuat laporan di Bukit Aman dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk tindakan lanjut.

"Justeru itu, kami berharap SKM, PDRM, KPDNKK, dan BPA mengambil tindakan tegas terhadap koperasi yang cuba memperdaya kami agar tiada lagi usahawan lain yang diperdaya mereka," katanya.

Beliau turut mendesak agar pihak SKM memperkasa pemantauan supaya setiap Ahli Lembaga koperasi tidak menyalahgunakan kuasa.

Sungguh menyedihkan apabila terdapat di kalangan usahawan IKS itu terpaksa membuat pinjaman ah long sebagai modal untuk menyiapkan barangan itu dan mereka kini diburu Ah Long gara-gara gagal membayar semula pinjaman.

Mereka kini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, sudahlah produk habis diambil koperasi malah duit yang menjadi harapan gagal dipulangkan.

Bekas kakitangan kerajaan, Norhafiza Zainal Abidin, 33,  berkata, dia dan suami amat teruja dengan tawaran itu dan kerana tidak cukup modal terpaksa meminjam ah long sebanyak RM3,000.

"Memandangkan bayaran itu gagal dilunaskan, kami dicari Ah Long sepanjang masa hingga menyebabkan kami terpaksa tumpang di rumah emak dan saudara lain.

"Lebih menyedihkan rumah kami di Keramat jadi sasaran disimbah cat," katanya yang menghasilkan produk kicap Char Kuew Tiow.

Seorang lagi usahawan yang menghasilkan lempeng pisang, Roziah Wagini, 57, terpaksa meminjam wang berjumlah RM13,000 daripada saudara maranya sebagai modal menghasilkan produk itu.

Dia yang tinggal di Sungai Buloh berkata, dia kini terpaksa menebalkan muka apabila gagal membayar semula pinjaman itu kepada mereka mengikut tempoh yang dijanjikan.

"Kami amat sedih, barang kami diambil mereka dan duit gagal dipulangkan.

"Raya kali ini amat tidak bermakna dengan keadaan yang kami lalui ini sepanjang tempoh 10 tahun terlibat dengan perniagaan IKS," katanya sebak.

Sementara itu, Sinar Harian cuba menghubungi Ahli Lembaga koperasi yang berpangkat Pengarah Urusan bagaimanapun beliau mengakui sudah diberhentikan daripada koperasi berkenaan sejak April lalu.

Beliau yang dilantik Pengarah Urusan koperasi hanya selama empat bulan mengakui sudah tidak ada kena mengena dengan koperasi itu.

Wartawan juga gagal menghubungi pengerusi koperasi yang juga seorang pelakon terkenal untuk mendapatkan penjelasan.



SUMBER: http://ift.tt/1MFKAKh
Read more »

Kabinet baru atau kerajaan campuran?

0 comments
Oleh Awang Azman Awang Pawi

Pembersihan kabinet daripada unsur-unsur penentangan khususnya dalam isu IMDB merupakan langkah berani dan tegas daripada Perdana Menteri. Sebelum itu, terdapat persepsi beliau lemah dan tidak tegas, walaupun  beliau sudah  beberapa kali menegaskan dan mengingati  akan keturunannya sebagai pahlawan Bugis.

Kata beliau ketika di Sarawak, “darah dalam diri saya ini bukan darah sembarangan, saya mungkin dilihat adakalanya bersemangat diplomatik, tapi semangat kepahlawanan tetap ada dalam diri saya….Jangan pandang rendah saya, saya akan terus berjuang…” Di Sabah pula beliau membacakan falsafah Bugis bagi menegaskan  pendiriannya itu yang berbunyi, “Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan.” (Malaysiakini, 10 Mei, 4 Mei, 2015).

Ternyata keberanian dan ketegasan menangani pihak berani bersuara dalam kabinet tersebut dan seterusnya membawa pengguguran ahli kabinet itu dapat diukur berdasarkan beberapa aspek.


Yang pertama, sudah menjadi pengetahuan umum Umno dan BN bukanlah parti yang kuat pada masa kini. Buktinya,  dibawah penguasaannya, beliau hanya mendapat 133 kerusi pada tahun 2013 berbanding era Pak lah  yang mendapat 140 kerusi dalam pilihan raya 2008.  Era itulah beberapa tokoh politik penting berstatus menteri Umno dan MCA  tewas seperti Mohd Ali Rustam, Abdul Ghani Othman, Raja Nong Chik, Kong Cho Ha dan Chor Chee Heung.

Berbeza dengan era Dr Mahathir dalam pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. BN masih menang mempunyai 148 kerusi dan cuma merosot 8.6 peratus pada pilihan raya 1999. BN juga menang dalam semua pilihan raya negeri kecuali di Kelantan dan Terengganu.

Namun sekiranya Mahathir tidak berundur pada tahun 2003, diramalkan keputusan PRU dijangka lebih teruk daripada keputusan pilihan raya 1999. Rakyat marah dan benci kerana beliau memecat Anwar Ibrahim  sebagai Timbalan Perdana Menteri. Mahathir sedar akan kemarahan dan kebencian itu. Sebab itu, beliau berundur dan memberi laluan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Akibat, marah dan benci terhadap Mahathir, rakyat memberikan sokongan dan kepercayaan tinggi kepada Pak Lah  hingga berjaya mendapat undi majori terbesar sejak tahun 1978 dalam pilihan raya Mac 2004.
Tun Musa Hitam pula meletak jawatan dengan memberikan lima sebab dan bukannya dipecat pada 27 Februari 1986.

Seterusnya, beliau berundur terus dari dunia politik. Jadi, kurang protes daripada rakyat khususnya ahli Umno. Ketika itu, juga kadar celik politik pada era tersebut masih lagi rendah. Internet melalui media sosial seperti youtube, blog, whatsApp belum lagi wujud. Masyarakat masih bergantung kepada akhbar cetak dan risalah-risalah politik. Jadi, Mahathir dapat mengawal apa-apa gerakan politik melalui media.

Mahathir juga dianggap ‘diktator media terpimpin’ Malaysia yang di bawah kepimpinannya mengubal Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Dengan kata lain apa-apa urusan percetakan, penerbitan di bawah kawalan kerajaannya dan ini  berupaya mengekang penerbitan akhbar parti pembangkang. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga digunakan untuk menahan aktivis dan pemimpin politik pada tahun 1987. Kesannya, rakyat menjadi gerun untuk menentangnya kecuali pada akhir pemerintahannya setelah pemecatan Timbalan Perdana Menteri.

‘Keterbukaan’ Najib dan dunia tanpa sempadan

Namun pada era kepimpinan Najib berbeza dengan kepimpinan Dr Mahathir. Najib  dilihat sebagai mesra media sosial. Malah, beliau mempunyai akaun Facebook dan Twitter. Najib juga mengumumkan ISA dimansuhkan bersama-sama Akta Buang Negeri 1959. ISA digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional, Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA, Akta Pencegahan Keganasan (POTA) juga diperkenalkan secara lunak kepada masyarakat walaupun terdapat kebimbangan akan disalahgunakan. 

‘Kelonggaran’ atau ‘keterbukaan’ Najib ini dibimbangi para penyokongnya yang menganggap ia mungkin akan memakan dirinya sebagaimana pernah berlaku kepada era Pak Lah pada PRU 2008. Pak Lah terkenal sebagai era permulaan ‘keterbukaan’ media yang mengakibatkan kepada  pengundurannya sebagai Perdana Menteri dalam tempoh yang agak singkat.

Namun apa pilihan Najib? Beliau tidak akan mengikut jejak Negara China yang menyekat akses kepada google, wikipedia, youtube, twitter dan facebook atas pertimbangan menjaga keselamatan negara.

Terdapat kecenderungan negara yang mengharamkan media sosial seperti youtube akhirnya menarik balik pengharaman tersebut akibat tekanan rakyat dan desakan pihak antarabangsa. Jadi, langkah ini dianggap tidak demokratik dan menyekat kebebasan bersuara.

Kuasa Perdana  Menteri

Pengguguran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar  Datuk Seri Mohd Shafie Apdal merupakan kuasa mutlak Perdana Menteri kerana sesiapapun yang berkuasa tidak akan membiarkan suara-suara seolah-olah  meragui kepimpinaannya semakin mewabak.

Bagi pihak Perdana Menteri sekiranya beliau meletak jawatan, ia akan memburukkan lagi suasana kerana ia bagaikan sudah didapati bersalah sedangkan penyiasatan terhadap 1MDB masih lagi dijalankan.

Sekiranya  ini berlaku, seolah-olah  pihak yang mendesak itu menang dalam isu persepsi sedangkan dari segi hukum  undang-undang ialah tidak bersalah hingga didapati bersalah.

Situasi dalam BN khususnya dalam Umno kini kelihatan seolah-olah wujud dua kem, iaitu kem pro-PM dan kem pro-Tun Mahathir.  Sudah pasti gerakan pro-PM akan memperkuatkan kedudukan mereka dalam koridor kuasa dan  mengambil langkah-langkah yang perlu.

Sedangkan pro-Tun M hanya berbekalkan suara-suara kritikan Mahathir dan tidak disokong secara terbuka kebanyakan ahli-ahli parlimen UMNO.

Hakikatnya, yang kritis terhadap kepimpinan Najib dalam Umno cumalah segelintir. Selebihnya lebih ramai berdiam diri. Adakah ini tanda menyokong penuh atau memprotes? Manakala ahli korporat pula lebih ramai mendiamkan diri kecuali adiknya sendiri, Dato Seri Nazir Abdul Razak.. 

Mahathir sendiri mendakwa kini pemimpin Umno beralih arah dan sangat komited kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak. Adakah ini kenyataan sinis atau sebaliknya?
 
Kerajaan Campuran dalam Bayangan?

Dalam politik apa-apa sahaja boleh berlaku. Datuk Seri Zahid Hamidi sendiri pernah dianggap orang penting Anwar,  beralih arah sebagai orang kuat Dr Mahathir, kemudian menjadi orang kepercayaan Pak Lah seterusnya menjadi orang paling kanan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Adakah pergolakan politik semasa masa kini akan menyebabkan berlakunya pembentukan kerajaan campuran? Hal ini  boleh berlaku sekiranya pihak penyokong mantan Timbalan Perdana Menteri dan penyokong Datuk Shafie Apdal bergabung dan membawa sekumpulan 37 ahli parlimen BN dari pelbagai negeri dan bergabung dengan 89 ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan campuran. Malah dengan kurang daripada angka tersebut, ia akan dapat membentuk  kerajaan campuran.

Adakah pengakuan Muhyiddin beliau Umno totok dan tidak akan meninggalkan parti itu suatu jaminan yang terbaik dalam situasi politik semasa? Atau, adakah Pakatan Rakyat lebih selesa mengidam peluang dalam PRU akan datang?

Sebenarnya, pelantikan Zahid Hamidi memberikan peluang baru bagi membantu Najib menangani isu dengan lebih jitu bukan sahaja isu dalaman Umno atau BN sahaja. Sebaliknya, memulihkan keyakinan rakyat kerajaan yang ada sekarang mampu menangani masalah rakyat semasa. Yang penting segala isu nasional seperti kos hidup semakin tinggi, IMDB dan Felda dan sebagainya ditangani dengan bijaksana serta berupaya mendapat kembali keyakinan dan sokongan rakyat kepada BN yang kini semakin pudar.
 
Bersikap lunak

Zahid mempunyai pengaruh yang tinggi dalam Umno yang dibuktikan dengan jumlah undi tertinggi diperoleh dalam pertandingan Naib Presiden pada pemilihan Umno yang lalu perlu bersikap lunak. Beliau perlu mengambil pendekatan mesra menangani kemungkinan-kemungkinan penentangan dalaman Umno akan tercetus dengan lebih besar.

Dalam keadaan genting seperti ini, sekiranya semakin ditekan para penentang dalaman, maka semakin tinggilah suhu kemarahan, protes  dan ketidakpuasan hati rakyat.

Sudah tentulah strategi memburuk-burukkan si penentang, menekan, menjauhkan diri atau memulau bukanlah strategi bijaksana untuk menjernihkan  suasana politik dalaman yang boleh menjadi barah dan mewabak dalam parti.

Di luar lingkaran parti, rakyat kini semakin celik politik dan bijaksana dalam setiap lapangan kehidupan mereka ceburi. Mereka semakin dapat menilai perbezaan antara intan dan batu kelikir yang tidak berharga.
Mereka tahu kaitan isu  seperti kos hidup, rasuah dan kesan kepada nilai masyarakat. Harapan  tinggi mereka sesuai dengan peredaran zaman.

Mereka  juga mampu menilai secara kritis kewibawaan ahli politik mereka dalam berhujah secara matang dan bijaksana dalam isu nasional. Setiap patah kata atau kenyataan yang dikeluarkan akan dijadikan kayu ukur untuk dinilai sama perlu diterima atau ditolak dalam bentuk peti undi pada pilihan raya tidak lama lagi.

Jadi, kabinet baru yang dibentuk ini perlu menghindari ‘taboo politik’ yang merosakkan agar tidak menjadi cerita rakyat moden yang tersebar dalam pelbagai bentuk media sosial seterusnya menjadi viral.
Ketika ini majoriti rakyat tidak sabar lagi untuk membuat keputusan di peti undi! Faktor ini didorong peningkatan kematangan berpolitik dalam kalangan mereka.

* Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi adalah ahli akademik di Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak.




SUMBER: http://ift.tt/1MGtxbK
Read more »

MUHYIDDIN TERUS BUAT PAKATAN MEROYAN!!!

0 comments
Heh! Nampak gayanya usaha yang dilakukan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu nak mejahanamkan nama baik Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi tidak berhenti biar sehingga ke hari ini.

Walaupun Tan Sri Muhyiddin bukan lagi seorang Timbalan Perdana Menteri, namun puak - puak Pakatan Haramjadah tu dilihat seakan - akan mempunyai dendam yang tak berkesudahan.

Ianya berikutan beberapa dakwaan liar yang dibuat terhadap Tan Sri sehingga membangkitkan isu KONONnya beliau akan mencetuskan huru hara dan menggulingkan Kerajaan.

Hakikatnya, dakwaan sedemikian hanya sekadar membuktikan bahawa puak - puak Pakatan Haramjadah ni semakin hari semakin terdesak untuk menggulingkan Kerajaan dengan cara Demokratik.

Diorang ingat dengan mengadu domba dan menyebarkan fitnah bagi mencetuskan perbalahan dalaman parti seperti itu mampu untuk memudahkan mereka menumbangkan Kerajaan?

Jangan mimpi la!!! Pemimpin dalam Kerajaan Barisan Nasional hari ini bukannya sama macam pemimpin Pakatan Haramjadah tu. Pantang tak dapat jawatan sikit je, mula la meroyan tak tentu arah macam orang Gila Kuasa. Itu pasal la diorang mudah sangat Hilang Akal!!!
PETALING JAYA - Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan bahawa beliau ingin menumbangkan kerajaan.

Katanya, tohmahan pihak tertentu terhadap dakwaan berkenaan juga tidak munasabah kerana sebagai orang nombor dua dalam parti, beliau akan terus membantu memperkukuh kerajaan.
“Sekarang saya sudah ada masa untuk isteri dan anak-anak, namun, saya akan kekal, selagi tanggungjawab ada, saya akan bantu Presiden dan tidak lepaskan tanggungjawab.
“Kita kena susun langkah untuk mengatasi pelbagai masalah negara seperti beban kos hidup rakyat dan hal-hal berkaitan keselamatan,” katanya yang dipetik daripada Mstar Online.
Dalam ucapannya ketika merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kluang, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau mengulangi janji akan terus membantu Najib untuk mengukuhkan parti dan pada masa akan menyuarakan pandangan sendiri terhadap kelangsungan parti itu.


SUMBER: http://ift.tt/1ISN4oJ
Read more »

Bila DAP, PKR, Suaram dan Bersih nak akui terima dana dari judi haram, PAP dan CIA?

0 comments

Satu cadangan Dato Najib yang baik.
DAP beranikah dedahkan jumlah yang Pap Spore beri.

Pernah kami dedahkan Kit Siang "cuti" duit sumbangan Pap masuk akaun sendiri sejumlaj RM150 juta yang disimpan dalam akaun bank di luar negara.


Kini DAP membina dana perang untuk pilihanraya dari kegiatan judi haram. Maka inilah sebab Dato Zahid mahu dibenteras kegiatan haram DAP yang merosakkan masyarakat serta alif ba ta.

PKR pula memang diketahui ramai duìt dari Soros dan US Covert Op.

Berani ke mereka berdua dedahkah?


Sudahlah keling, sila dedahkan sumber wang Suaran dan Bersih.

BERSIH Chairperson Maria Chin Abdullah, denied yesterday (pic) that they are being funded by NED - only by the NDI and the OSI.

The NED, the overt arm of the CIA, is widely suspected of "regime change" activities and protecting USA interests overseas - hence the virulent denial by BERSIH that it is NED funded. 

Who wants to be accused of receiving funds from a group known to subvert democracy and cause (many times, violent) regime change, right?

 Ukraine, China and all the Arab Spring countries can tell you all about the NED,

 Unfortunately, what BERSIH did not tell you is that the funds from NDI comes from NED!  NED itself says (http://ift.tt/1DkGghb) it has a "special relationship with four core U.S. grantees that represent the building blocks of a democratic society" - one of it is the "NATIONAL DEMOCRATIC INSTITUTE FOR INTERNATIONAL AFFAIRS (NDI)" "

"Each of these four grantees receives an equal portion of NED’s grant budget – and each program is carefully developed with NED program staff and approved by NED’s board of directors, just like any other grantee.".

 This means that 25% of NED's annual grant budget given by the USA govt is given to the NDI, which then funds BERSIH.

 As for the OSI (Open Society Institute) mentioned by BERSIH, it is now known as the Open Society Foundation (OSF). http://ift.tt/1N21dxG It was founded by George Soros in 1993 and was reported to have spent USD11 billion (RM41b) so far on the same goals as NED.

 (George Soros' foundations also owns 29% of MalaysiaKini)

 In fact, both organizations are closely linked and normally works together. There is much information and proof about their close collaboration.

 George Soros was the person who attacked Malaysia's economy in 1997-1998 and famously said to Tun M to "See you at 5" - meaning he was going to attack us until the Ringgit is 1USD = RM5.

 Therefore, BERSIH is funded by the overt arm of the CIA for regime change and the person who has attacked Malaysia's economy and profited from it.

Don't be naive!

These people fund you because you are doing exactly what they want you to do. They don't just throw money around for no reason.

 Two days ago, BERSIH had said it will hold simultaneous BERSIH 4.0 overnight rallies in Kuala Lumpur, Sabah and Sarawak on 29-30 Aug. ((http://bit.ly/1JWvDOH).

 Word is that they target 1 million protesters.  

Ex-BERSIH chairperson Ambiga had also threatened Malaysia two days ago that we must "form a temporary non-partisan govt NOW or face Sri-Lanka style street protests." via BERSIH 4.0. (http://on.fb.me/1KGDGSH)

 If threatening us to dissolve our current govt and form a new temporary govt is not considered as regime change, then I don't know what is - and this aim is consistent with BERSIH's own admitted funder, the NDI and OSI and in default, the NED.

This threat is why Ambiga is being investigated by PDRM under Section 124 of the Penal Code for activities detrimental to parliamentary democracy (aka toppling govt) and her statement was recorded yesterday (http://bit.ly/1JBTaZv).

 This could also be the reason why PM Najib, when addressing the Haj Pilgrims who was sponsored by 1MDB, said this yesterday:  "Please pray the country is safe, pray for the leaders, where the people would determine who would be in government and who would fall, not outsiders or foreigners," (http://ift.tt/1KERwF8)

 If you may like or dislike Najib but our democracy and our sovereign rights should not be determined by foreign agents and foreign nations who fund traitors in our midst.

 Being led by them and supporting their acts is as good as supporting treason. Spread the word on this. Malaysians determine our own destiny - Not "them".

 --- A slightly more detailed version of my post on BERSIH and NED below - with more pictures, links and explanations including a very revealing video is here: http://ift.tt/1N21dxI

SUMBER: http://ift.tt/1DkGghd
Read more »

JIKA RM2.6B UNTUK DANA PILIHANRAYA, KENAPA AKAUN BANK NAJIB DITUTUP?

0 comments

shahbudindotcom



Siapa bodoh? Siapa diperbodohkan? Dan siapa merelakan dirinya dibodohkan?

Jawapan kepada semua persoalan itu mungkin akan diketahui oleh kita semua tidak berapa lama lagi.

Tetapi ketika itu adakah yang berani menunjalkan seseorang sebagai bodoh atau lebih rela memperbodohkan diri sendiri sebagai bodoh sekali lagi?

Ketika mula-mula The Wall Street Journal atau WSJ membuat dakwaan mengenai wang RM2.6 bilion yang dikatakan mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak, sementara ramai mahu tahu kebenaran dakwaan itu, kumpulan pro beliau pantas mengatakan ia adalah fitnah dan dusta.

Pelbagai hujah dan alasan dicari, termasuk ejaan nama Najib pada slip bank yang dikatakan tidak betul juga diambil kira untuk mengukuhkan dakwaan itu tidak benar belaka.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan pantas menafikan dakwaan WSJ itu dengan mengatakan Perdana Menteri tidak begitu bodoh untuk berbuat demikian

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysian Insider, beliau berkata, "Perdana Menteri bodoh mana yang akan mengambil RM2.67 bilion daripada dana kerajaan untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

"Ia tidak munasabah langsung. Jika benar, ia adalah kebebalan yang terlalu amat sangat," katanya lagi.

Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din turut mengatakan kemasukan dana ke dalam akaun peribadi tidak masuk akal, sebaliknya mengatakan jika Najib mahu melakukannya, ia pasti disalurkan melalui akaun rahsia.

Semakin lama isu itu menjadi mainan media dan perbualan ramai, ditambah dengan Najib tidak berani tidak berterus terang mengenainya, sebaliknya hanya berkata "tidak pernah menggunakan wang 1MDB untuk kepentingan peribadi", ia kemudian bertukar sebagai konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan menggulingkan kerajaan pula.

Berdegar-degarlah "burung belatuk"  mengulangi cakap-cakap bahawa konspirasi ini sebenarnya juga bermatlamat menjatuhkan kepimpinan Melayu dan Islam di negara ini. Ayoyo....

Susulannya Sarawak Report disekat oleh SKMM dan akhbar perniagaan The Edge digantung permitnya. Tuntutan penjelasan juga dikemuakan kepada WSJ , cuma belum diketahui khabar beritanya sehingga ini sama ada saman akan dikemukakan atau tidak.

Apabila Muhyiddin Yassin membangkitkan isu tersebut  di mesyuarat perwakilan UMNO Cheras dengan meminta Najib sendiri memberi penjelasan mengenainya sehingga akhirnya dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, apa pula "entah burung jenis apa"  berbunyi mengatakan wang dalam akaun Najib adalah hak peribadinya dan Muhyiddin atau sesiapa saja tidak berhak untuk ambil tahu tentangnya.

Menteri yang baru dilantik, Azalina Othman Said pula berkata, wang RM2.6 itu bukan isu benar kerana ia hanya melibatkan penderma dan penerima saja.

Ehh...daripada fitnah, Najib bukan bodoh dan konspirasi dan berbagai hujah pembelaan lain, tiba-tiba semuanya bertukar nada seolah-olah wang RM2.6 bilion itu benar-benar pernah masuk dalam akaun Perdana Menteri.
Sehari dua ini, ia bertukar lagi. Wang itu dikaitkan pula sebagai dana politik kepada seorang ketua parti untuk mengurus pelbagai perkara seperti pilihanraya, pentadbiran dan sebagainya.

Sekali lagi Azalina dan Abdul Rahman Dahlan tampil bersuara. Azalina mengatakan, mana-mana ahli politik bebas menerima sumbangan atau dana daripada luar, manakala Abdul Rahman pula berhujah bahawa perlembagaan UMNO membenarkan akaun amanah atas nama presiden.
Najib pula, walaupun belum berani mengakui kemasukan wang itu ke dalam akaun peribadinya, juga berkata sedia mendedahkan penyumbang dana untuk UMNO jika parti-parti pembangkang juga sanggup berbuat demikian.

Tidak sukar memahami jalan cerita yang sedang dikarang mengenai isu RM2.6 bilion ini susulan babak pemecatan Muhyiddin, pertukaran Peguam Negara, perlantikan ramai daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menganggotai kabinet dan penangkapan tiga orang pada semalam atas dakwaan menjalankan aktiviti mengganggu demokrasi berparlimen.

Penutup ceritanya juga mungkin sudah boleh dijangka oleh sesiapa saja selepas ini.

Cuma, yang menjadi kemusykilan dan tanda tanya ialah mengapa dua akaun bank milik Najib sebagaimana yang disahkan oleh Gani Patail itu sudah ditutup?

Kalau ia akaun amanah atas nama presiden UMNO dan dibenarkan oleh perlembagaan, kenapa perlu ditutup? Bukankah ia perlu dikekalkan?

Bagaimana penderma mahu menderma lagi untuk pilihanraya ke 14 nanti jika akaunnya sudah ditutup? Atau kena buka akaun lain pula?

Kenapa baru sekarang mahu mengaitkannya dengan dana pilihanraya? Kenapa tidak sejak awal lagi? Baru terfikir agaknya dan siapa yang memberi idea ini?

Sebab itu, Najib semalam mengatakan beliau lebih memerlukan kesetiaan daripada kecerdikan, walaupun rakyat hakikatnya mengharapkan pemimpin yang mengurus negara ini lebih pandai dan cerdik daripada mereka.

Kesetiaan secara logiknya sentiasa boleh diperbodohkan jika tanpa kecerdikan, manakala kecerdikan tidak mudah diperkotak-katikkan dan dijadikan kesetiaan kalau tidak disertai kebenaran.
Jika mengikut logik Ahmad Maslan, kiranya terbukti wang RM2.6 bilion itu benar-benar wujud dan diakui betul tidak lama lagi tetapi bertukar kononnya sebagai dana pilihanraya, siapa yang bodoh sebenarnya?

Harapnya kita semua tidak bodoh ketika mana tiba waktunya untuk membuat pilihan nanti. 


SUMBER: http://ift.tt/1IRSHnf
Read more »

Muhyiddin: Saya tak akan 'membisu' mengenai 1MDB

0 comments
Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz
 
Post Pic
 
 
KLUANG : Tan Sri Muhyiddin Yassin berikrar untuk terus bersuara mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun menanggung risiko digugurkan sebagai Timbalan Presiden Umno setelah dipecat daripada Kabinet  Selasa lalu.
 
Ketika merasmikan mesyuarat agong Umno Kluang di sini, Muhyiddin berkata beliau menolak nasihat rakan-rakannya supaya “membisu” mengenai isu 1MDB.
 
“Mereka kata saya bukan lagi Timbalan Perdana Menteri lagi, jadi buat apa nak cakap pasal 1MDB. Saya kata, biarlah.”
 
“Mereka kata, manalah tahu selepas saya tidak lagi dalam jawatan kerajaan, ada pihak nak cari salah supaya jawatan saya sebagai Timbalan Presiden digugurkan,” kata beliau.
 
"Jadi, bagaimana saya nak cakap... Tutup mulut dan berdiam diri? Takkan saya nak membisu... Saya harus bercakap, kerana ini tugas."
 
"Kalau orang politik tidak boleh bercakap, dia tidak boleh jadi ketua,” tambah beliau.
 
Muhyiddin berkata beliau membicarakan isu 1MDB secara terbuka bukan dengan “berniat jahat tetapi berniat baik.”
 
"Apa yang saya lakukan selama ini (adalah) supaya perjuangan parti terus kekal."
 
"Selama 41 tahun bersama UMNO dan 37 tahun dalam kerajaan, (setelah) menghadiri ribuan majlis dan memberikan pelbagai ucapan, memang sukar untuk saya mendiamkan diri,” kata Muhyiddin.
 
Ahli Parlimen Pagoh itu digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran setelah beliau secara terbuka menuduh kerajaan dan Datuk Seri Najib Tun Razak lembab dalam menangani isu 1MDB.
 
Syarikat milik penuh kerajaan itu dibeban hutang RM42 bilion ringgit dan menjadi senjata politik pembangkang untuk menjatuhkan pentadbiran Najib.
 
Perdana Menteri sebelum ini menegaskan beliau tidak dapat menerima tindakan pemimpin kerajaan untuk melontar tohmahan terhadap  isu 1MDB di pentas terbuka  dan bukan menggunakan saluran parti dan kerajaan.
 
Turut digugurkan daripada Kabinet Najib adalah Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang juga lantang mengungkit isu 1MDB di forum terbuka.
 
Perdana Menteri  menolak tanggapan kerajaan berpeluk tubuh menangani isu 1MDB.  Siasatan ke atas pengurusan kewangan syarikat itu sudah pun dimulakan oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Akaun Kira-kira Awam (PAC).
 
Selain itu kerajaan juga sedang melaksanakan pelan pemulihan 1MDB bertujuan mengatasi beban hutang syarikat itu. Pelan itu dijangka membuahkan hasil dalam enam bulan.     
 
Dalam ucapannya Muhyiddin berkata beliau akan terus berucap mengenai isu 1MDB kerana “"sebagai timbalan presiden parti saya bertanggungjawab dengan amanah ini."
 
Beliau menolak tanggapan bahawa komen-komennya mengenai isu 1MDB selaku timbalan presiden Umno boleh menggugat kestabilan politik negara.
 
"Takkan suara saya seorang boleh menjatuhkan kerajaan?
 
"Sejak bila saya nak jatuhkan kerajaan? Dua hari selepas digugurkan, saya tidak pergi mana-mana. Duduk sahaja di rumah. Orang ramai datang. Tetapi tidak ramai ketua bahagian datang,” kata beliau.
 
Muhyiddin menyifatkan penggugurannya daripada Kabinet sebagai “ketentuan” Allah SWT mahu meringankan beban yang dipikulnya selama ini.
 
"Sebagai seorang Islam, kita sudah ditentukan dengan beberapa ujian...mungkin Allah mahu meringankan beban saya sedikit. 
 
" Kalau dulu saya tidak mempunyai masa langsung untuk isteri tetapi sejak beberapa hari ini lain," katanya
 
 


SUMBER: http://ift.tt/1DkrJlE
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog