Kecam Innocence of Muslims Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA,

0 comments

Kecam Innocence of Muslims


Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA, SAIFULIZAM MOHAMAD dan HUSSAINI AMRAN

pengarang@utusan.com.my




KUALA LUMPUR 20 Sept. - Majlis Tertinggi UMNO mengecam dan mengutuk kenyataan tidak bertanggungjawab Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mempertikai tindakan umat Islam bangkit membantah penyiaran filem anti-Islam Innocence of Muslims.




Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenyataan Koo Ham itu jelas memperlekeh umat Islam selain membuktikan DAP sebuah parti yang langsung tidak peka dengan isu-isu berkaitan dengan kepentingan masyarakat Islam.



Malah katanya, permohonan maaf yang dibuat Pengerusi DAP Perak itu hanya selepas teruk dikecam pelbagai pihak boleh dipersoal sejauh mana keikhlasan kerana sebagai pemimpin, beliau hairan mengapa Koo Ham tidak berfikir panjang sebelum membuat kenyataan itu.



Pada masa sama, Najib berkata, Majlis Tertinggi UMNO juga mengambil ketetapan mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan dan penyiaran filem Innocence of Muslims serta karikatur menghina Nabi Muhammad SAW oleh sebuah majalah Perancis.



"Kalau begitu kita pun buat kenyataan menghina dan kemudian minta maaf. Soalnya sejauh mana keikhlasan dia? Sepatutnya dalam isu agama mereka (pemimpin pembangkang) perlu lebih berhati-hati," katanya selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di sini hari ini.



Hadir sama Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; ketiga-tiga Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta semua ketua pergerakan.



Mengulas lanjut mengenai filem Innocence of Muslims serta karikatur menghina Nabi Muhammad SAW yang mencetus kemarahan umat Islam, Najib berkata, perbuatan tersebut tidak boleh diterima kerana ia mencemar kesucian agama Islam dan kemuliaan Rasulullah.



Jelas beliau, adalah menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam untuk mempertahankan agama Allah tetapi harus dilakukan dengan menggunakan pendekatan berhemah tanpa sebarang keganasan kerana Islam menolak keganasan.

"Kemarahan umat Islam ini adalah sesuatu yang dijangka dan tidak dapat dielakkan memandang mereka telah menghina Nabi Muhammad SAW. Ia perbuatan yang tidak boleh diterima walau apa alasan sekalipun termasuk atas nama kebebasan bersuara.



"Namun dalam mempertahan kesucian agama Allah ini, kita mestilah menggunakan pendekatan berhemah. Bantahan secara keganasan melampau sehingga membawa kematian bukan penyelesai masalah," katanya.

Najib sehubungan itu menggesa seluruh umat Islam hadir beramai-ramai untuk menyuarakan bantahan secara aman terhadap penyiaran filem dan karikatur tersebut bersama-sama Pergerakan Pemuda UMNO selepas solat Jumaat esok, di depan Masjid Jamek Kampung Baru.



Dalam isu berasingan, beliau yang juga Perdana Menteri mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada pihak yang bertanggungjawab mengibar bendera baharu bagi menggantikan Jalur Gemilang sama ada semasa Himpunan Janji Bersih atau di beberapa kawasan di Selangor.



Tegas beliau, bendera adalah lambang kepada maruah sesebuah negara dan tidak seharusnya mana-mana pihak bertindak mengibarkan bendera baharu bagi menggantikan Jalur Gemilang kerana ia satu perbuatan menghina negara sendiri.



"Ini satu lagi perbuatan yang kita kutuk kerana bendera adalah soal maruah negara, jadi saya berharap pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang bertanggungjawab menghina Jalur Gemilang," tegasnya.



Sementara itu Hishammuddin berkata, pihak polis telah menjalankan siasatan dan Pejabat Peguam Negara akan menentukan tindakan selanjutnya.








SUMBER: http://abnmulya.blogspot.com/2012/09/kecam-innocence-of-muslims-oleh-mohd.html
Read more »

Bill Gates kekal orang paling kaya di AS

0 comments



Bill Gates kekal orang paling kaya di AS, harta RM198b 20 September 2012 Bill Gates NEW YORK - Pengasas Microsoft, Bill Gates kekal sebagai orang paling kaya di Amerika Syarikat (AS) buat tahun ke-19 berturut-turut - nilai kekayaan meningkat sebanyak AS$7 bilion (RM21 bilion) tahun lalu. Kekayaan beliau buat masa sekarang dianggarkan bernilai AS$66 bilion (RM198 bilion).



Dalam pada itu, jumlah nilai kekayaan warga AS telah meningkat 13 peratus kepada AS$1.7 trilion dengan purata milik 400 orang paling kaya di negara itu dianggarkan lebih $400 juta (RM1.2 bilion) tahun ini. Mengikut senarai dikeluarkan oleh majalah Forbes, purata harta orang kaya dianggarkan AS$4.2 bilion (RM12.6 bilion).



Berikut 10 orang paling kaya di AS: -



-Bill Gates, pengasas dan pengerusi Microsoft (AS$66 bilion)

- Warren Buffett, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Berkshire Hathaway (AS$46 bilion)

- Larry Ellison, Pengasas Bersama dan Ketua Eksekutif (AS$41 bilion)

- Charles Koch, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Koch Industries (AS$31 bilion)

- David Koch, Pemilik bersama dan Naib Presiden Eksekutif Koch Industries (AS$31 bilion)

- Christy Walton & Keluarga, pewaris harta Walmart (AS$27.9 bilion)

- Jim Walton, pewaris harta Walmar dan Pengerusi Arvest Bank (AS$26.8 bilion)

- Alice Walton, pewaris harta Walmart (AS$26.3 bilion)

- S Robson Walton, pewaris Walmart (AS$26.1 bilion)

- Michael Bloomberg, pengasas dan pemilik utama Bloomberg LP (AS$25 bilion)

(Dari Sinar Harian).Posted by abnmulya at 12.45pm on September 20,2012.






Sumber:http://abnmulya.blogspot.com/2012/09/bill-gates-kekal-orang-paling-kaya-di-as.html
Read more »

Puteri Umno, JATI Kecam Kenyataan Ngeh Koo Ham Dalam Twitter

0 comments









Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Pergerakan Puteri UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan, Jalur Tiga (JATI) mengecam kenyataan Pengerusi DAP Perak,Datuk Ngeh Koo Ham dalam laman sosial twitternya yang mempertikaikan tindakan umat Islam membantah dan menentang filem 'Innocence Of Muslims'.



Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tindakan Ngeh yang menyatakan bahawa umat Islam membuang masa kerana memprotes tayangan video dan filem tersebut sebagai biadab dan tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam di negara ini.



"Di saat umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia merasa marah dengan penghinaan dalam filem tersebut, terlalu malang untuk seorang pemimpin di negara ini yang mengaku memperjuangkan nasib rakyat berbilang bangsa dan agama membuat kenyataan sebegitu rupa," kata Rosnah dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.



Katanya, kenyataan Ngeh itu juga memperlihatkan perangai sebenar pemimpin DAP yang tidak menghormati Islam selepas Pengerusi Kebangsaannya, Karpal Singh, menolak hukum hudud sebelum ini.



Menurut Rosnah lagi, lebih malang apabila tiada seorang pun pemimpin PAS bersuara terhadap kenyataan tersebut dan parti yang mengakui memperjuangkan Islam ini seolah-olah 'reda' dengan apa sahaja kenyataan pemimpin DAP yang menghina agama Islam.



-- BERNAMA






via SapdalKrew http://sskeruak.blogspot.com/2012/09/puteri-umno-jati-kecam-kenyataan-ngeh.html
Read more »

2,020 pengguna tuntut ganti rugi air percuma RM 1.1 juta.

0 comments


SHAH ALAM 19 Sept. - Seramai 2,020 pengguna air membabitkan kawasan Shah Alam dan Petaling Jaya hari ini memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM1.1 juta terhadap Menteri Besar, Tan Abdul Khalid Ibrahim atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Selain Abdul Khalid, plaintif, Kamarulzaman Kamarudin yang mewakili 2,019 pengguna air lain turut menamakan kerajaan negeri Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) sebagai defendan.


Mereka memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, pada pukul 9.45 pagi melalui Tetuan Kamarudin & Partners. - UTUSAN(UTUSAN ONLINE-DALAM NEGERI).Posted by abnmulya at 1325 hrs on Sept.,19,2012.








via SapdalKrew http://abnmulya.blogspot.com/2012/09/2020-pengguna-tuntut-ganti-rugi-air.html
Read more »

Bendera baru berkibar di Selangor Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR

0 comments

Bendera baru berkibar di Selangor


Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR dan MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN

pengarang@utusan.com.my


BENDERA merah putih Sang Saka Malaya dilihat dipasang di jejantas Bulatan Megawati, Seksyen 20, Shah Alam, Selangor, semalam.


KUALA LUMPUR 17 Sept. - Ketika rakyat seluruh negara menyambut Hari Malaysia semalam, terdapat pihak tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan biadab apabila mengibarkan bendera merah putih bagi menggantikan Jalur Gemilang di beberapa tempat di Selangor.


Menurut blog www.sel13.com, perbuatan tidak bertanggungjawab mengibarkan bendera selain Jalur Gemilang tersebut yang mula dilakukan pada malam sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka di sini 30 Ogos lalu, kini dikesan merebak di negeri itu sejak minggu lalu.


Dengan memaparkan beberapa gambar dalam entri bertajuk ‘Bendera Baru Berkibar Di Selangor Sambut Hari Malaysia’, pengendali blog berkenaan mendakwa pengibaran bendera itu boleh dilihat di Damansara, Subang dan Shah Alam.(Utusan online-dalam negeri)Posted by abnmulya at 8.51 am on Sept.,18,2012.


...





via SapdalKrew http://abnmulya.blogspot.com/2012/09/bendera-baru-berkibar-di-selangor.html
Read more »

JANJI ANWAR IBRAHIM KEPADA SARAWAK 16 SEPTEMBER 2012

0 comments



Jika sebelum ini Anwar Ibrahim berjanji untuk mengambilalih Putrajaya pada 16 September 2008, tetapi itu sekadar janji pemimpin yang kecewa. Setelah hampir 5 tahun Anwar Ibrahim membohongi rakyat Malaysia, kini tiba giliran rakyat Sarawak pula dijanjikan bulan dan bintang. Apakah rakyat Sarawak sedia untuk dibohongi Anwar Ibrahim?



Kehadiran Anwar Ibrahim ke Sarawak pada 16 September lepas hanya semata-mata mahu menabur janji kepada rakyat Sarawak. Jika benar Anwar Ibrahim mengambil berat tentang Sarawak, kenapa hanya berada di Sarawak tidak sampai 24 jam? Tidak sampai 24 jam, Anwar Ibrahim dan rombongan segera berlepas ke Kuala Lumpur.



Deklarasi Sarawak yang ditandatangani pemimpin Pakatan Pembangkang Pusat yang terdiri daripada Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang. Manakala, pemimpin Pakatan Pembangkang Sarawak terdiri daripada Baru Bian, Wong Ho Leng dan Adam Ahid.



Sepatutnya Anwar Ibrahim tidak perlu ke Sarawak dan mengadakan Deklarasi Sarawak sebaliknya fokus dalam menunaikan janjinya ke Putrajaya. Tetapi, tindakan lari ke Sarawak hanya untuk menandatangani Deklarasi Sarawak hanyalah helah bagi menutup keaiban janji-janji yang masih belum tertunai kepada rakyat.



Apakah sebenarnya Deklarasi Sarawak yang diusulkan Pakatan Pembangkang? Difahamkan, deklarasi itu tidak ubah seperti “janji-janji” Pakatan Pembangkang kepada seluruh rakyat Sarawak dan Sabah dalam memastikan rakyatnya hidup sejahtera.



Selama ini rakyat Sarawak dan Sabah hidup dalam aman dan sejahtera di bawah pentadbiran BN. Namun, kemasukan politik Pakatan Pembangkang di kedua-dua negeri Borneo itu telah mengubah landskap politiknya ke arah kemusnahan. Lihat saja sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 yang menyaksikan pergaduhan dan kempen keganasan yang dianjurkan Pakatan Pembangkang hingga menyebabkan rakyat mula takut untuk mengundi.








PERKARA 1: KERJASAMA BERSEKUTU

Kami akan memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sarawak dan Sabah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.



Ini suatu lagi janji yang belum pasti ditunaikan Pakatan Pembangkang kerana selama ini merekalah yang banyak membantah akan Perjanjian Malaysia yang telah dimetrai pada 16 September 1963. Dan, kini mula menunjukkan ‘hero’ kepada rakyat Sarawak bahawa mereka mengambil berat tentang Pejanjian Malaysia itu.





PERKARA 2: PERWAKILAN YANG ADIL

Kami akan mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.



Integrasi Nasional? Sememangnya pemimpin Pakatan Pembangkang yang mula-mula menjaja keganasan seperti yang mereka lakukan dalam Perhimpunan BERSIH dan Himpunan Hijaun. Akibat daripada itu, gejala itu mula merebak di Sarawak dan dipelopori Pakatan Pembangkang di Sarawak khususnya DAP. Inikah yang dinamakan Integrasi Nasional?





PERKARA 3: KEWARGANEGARAAN

Kami akan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.



Kerajaan telahpun menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menangani kemasukan pendatang tanpa izin dan isu kerakyatan. Sebenarnya janji Pakatan Pembangkang itu sudah ditakuk lama dan telahpun dilaksanakan. Sebaliknya, Pakatan Pembangkang harus menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat video seks Anwar Ibrahim dan keganasan Perhimpunan BERSIH.





PERKARA 4: PENGIKTIRAFAN HAK KE ATAS TANAH ADAT

Kami akan menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.



Kerajaan yang memerintah telahpun mengadakan beberapa langkah untuk menghormati dan mengiktiraf tanah adat Bumiputera mengikut undang-undang. Namun, langkah itu disalahertikan rakyat akibat hasutan pemimpin Pakatan Pembangkang khususnya DAP dan PKR yang cuba mengambil kesempatan dengan menyediakan perkhidmatan guaman secara berbayar biarpun diwar-warkan secara percuma.





PERKARA 5: KECEKAPAN DAN KEMANDIRIAN SARAWAK DAN SABAH

Kami akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh Setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.



Ini suatu lagi janji kosong Pakatan Pembangkang. Kerajaan telah cuba untuk memberikan sebanyak peluang kepada rakyat tempatan untuk mengisi jawatan penting dalam pentadbiran di jabatan dan agensi kerajaan. Namun, itu semua perlu dilaksanakan secara berperingkat dan mengambil masa. Cubaan Pakatan Pembangkang itu adalah bertujuan untuk menarik sokongan penjawat awam.





PERKARA 6: KEADILAN DALAM ISU MINYAK

Kami akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.



Sebelum Pakatan Pembangkang cuba membawa isu ini, pemimpin Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah telahpun mengemukakannya kepada Kerajaan Pusat. Dan, difahamkan, Kerajaan Pusat akan mempertimbangkannya mengikut kesesuaian dan keperluan.





PERKARA 7: PEMBANGUNAN SEKATA

Kami akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.



Ini suatu lagi janji yang belum pasti Pakatan Pembangkang. Bagaimana Kelantan yang telah diperintah selama 22 tahun masih belum maju dan kekurangan infrastruktur. Inikan pula nak memajukan infrastruktur di Sarawak dan Sabah?


Apakah rakyat Sarawak mahu ditipu lagi pemimpin Pakatan Pembangkang seperti Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng? Mereka hanya mahukan kuasa bukan untuk membela nasih rakyat Sarawak dan Sabah. Lihat bagaimana rakyat Selangor dan Pulau Pinang terseksa di negeri sendiri akibat kerakusan pemimpin Pakatan Pembangkang yang banyak melebihkan politik berbanding membela nasib rakyat. Atas sebab itu pemimpin Pakatan Pembangkang takut kepada ayat “Janji Ditepati”.






via SapdalKrew http://cetusankenyalang.blogspot.com/2012/09/janji-anwar-ibrahim-kepada-sarawak-16.html
Read more »

Idea paling bodoh dari Teck Lee

0 comments
Presiden

Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee berjanji untuk

mengeluarkan semula kad pengenalan khas yang membezakan warga Sabah

dengan penduduk lain di Malaysia, sekiranya berjaya membentuk kerajaan

pada pilihan raya akan datang.



Bekas ketua menteri itu berkata,

kad pengenalan berkenaan bertujuan untuk membezakan warga Sabah yang

tulen atau sebaliknya memandangkan



via SapdalKrew http://masdarwahid.blogspot.com/2012/09/idea-paling-boodh-pernah-saya-dengar.html
Read more »

7 inti penting deklarasi Kuching

0 comments
KUCHING 17 September 2012 : Deklarasi Kuching yang ditandatangani pemimpin

tertinggi Pakatan Rakyat (Pakatan) sempena sambutan Hari Malaysia

semalam antara lain bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah dan

Sarawak serta pembangunan kedua-dua negeri.





Deklarasi yang menggariskan tujuh perkara pokok bagi membela rakyat

di kedua-dua negeri itu adalah kotmitmen Pakatan untuk menghormati



via SapdalKrew http://masdarwahid.blogspot.com/2012/09/7-inti-penting-deklarasi-kuching.html
Read more »

Profil calon KEADILAN di Labuan

0 comments
Bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim

Menudin yang turut terlibat dalam membawa masuk parti itu ke negeri

berkenaan,pada 15 September 2012 membuat pengumuman menyertai KEADILAN.



Ia

dibuat depan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa

pemimpin utama parti itu pada satu majlis Kampung Batu Arang di sini,

kira-kira jam 3.30 petang ini.



via SapdalKrew http://masdarwahid.blogspot.com/2012/09/profil-calon-keadilan-di-labuan.html
Read more »

Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia sama penting NAJIB Tun Razak

0 comments

Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia sama penting



NAJIB Tun Razak bersama pemimpin Persekutuan dan negeri serta rakyat jelata berbilang kaum mengibarkan Jalur Gemilang meraikan sambutan Hari Malaysia Ke-49 di Bintulu, Sarawak, malam tadi. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN


BINTULU 16 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak tidak membandingkan status Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia memandangkan dua hari kebesaran negara itu merupakan tarikh keramat yang sama penting dan amat signifikan kepada seluruh warga Malaysia.


Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, tarikh 31 Ogos dan 16 September perlu dirai dan dihayati sepenuhnya setiap rakyat di negara ini tanpa mengira latar belakang.


Apa yang penting tambah beliau, rakyat perlu menerima pembaharuan dengan mengorak langkah ke hadapan bersama-sama kerajaan merealisasikan hasrat mencapai status sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.


“Tidak perlulah mempertikaikan mana yang lebih besar, sama ada 31 Ogos atau 16 September lebih bermakna kerana kedua-dua adalah tarikh keramat untuk negara dan paling penting, Sarawak sudah merdeka dalam Malaysia.


“Orang Barat kata, ‘no use looking back but let us looking forward’ (tidak ada guna bergerak ke belakang sebaliknya marilah bersama-sama menuju ke hadapan), dan ‘looking forward’ (menuju ke hadapan) itu menjadi negara Malaysia yang maju sepenuhnya dan berpendapatan tinggi," katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Hari Malaysia 2012 di Kampung Assyakirin, di sini hari ini.


Hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Masnah Rais.


Pada majlis yang dihadiri lebih 10,000 pengunjung itu, Najib turut merasmikan Padang Futsal Kampung Assyakirin serta menyampaikan sumbangan berupa wang tunai RM10,000 kepada empat buah kampung terpilih.


Dalam pada itu, kesanggupan orang ramai berbaris sepanjang kira-kira satu kilometer seawal 4 petang untuk menyambut ketibaan dan bersalaman dengan beliau turut menarik perhatian Najib.


“Kami mengambil masa 35 minit untuk sampai ke pentas kerana ramainya orang mahu bersalam dan perkara ini tidak ada dalam program.


“Kalau bersalam di sebelah kanan, yang kiri pula bertempik PM...PM. Malah, ada yang menjerit ‘I love u PM’, itu tidak mengapa jangan I ‘love u Najib’ takut jadi lain," seloroh beliau.(UTUSAN ONLINE-DALAM NEGERI) POSTED BY ABNMULYA AT 8.05 AM ON sEPT.,17,2012.







via SapdalKrew http://abnmulya.blogspot.com/2012/09/hari-kemerdekaan-hari-malaysia-sama.html
Read more »

Jalur Gemilang terbesar berjaya dinaikkan dfari dasar laut

0 comments




PULAU REDANG 16 Sept. - Sambutan Hari Malaysia hari ini lebih meriah selepas sembilan penyelam skuba Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) berjaya menaikkan Jalur Gemilang terbesar dari dasar laut.


Jalur Gemilang yang mempunyai ukuran 9.43 x 4.13 meter itu dinaikkan pada pukul 10 pagi oleh penyelam skuba berkenaan sambil dibantu oleh krew Pusat Selam Skuba Sea Monkey dari kedalaman 7 meter di pantai Teluk Kalong di sini.


Program sempena sambutan Hari Malaysia itu turut tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dan sekali gus memadamkan rekod terdahulu yang pernah dilakukan pada 2010.


Pengarah Program 'Malaysia Day Dive 2012' MPSepang, Mohamad Firdaus Mohamad Marji berkata, penganjuran program itu sedikit sebanyak memberi ingatan kepada para peserta mengenai kedaulatan negara selain kebanggaan Jalur Gemilang sebagai panji-panji Malaysia.


"Kejayaan yang kami lakukan ini menunjukkan apa pun terjadi, Jalur Gemilang yang menjadi kebangaan setiap rakyat Malaysia harus dipertahankan demi kedaulatan negara dalam apa jua situasi.


"Walaupun sukar seperti selam skuba, namun dengan usaha yang dijalankan, Jalur Gemilang berjaya dikibarkan (dinaikkan) dari dasar laut," katanya di sini hari ini.


Program ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Taman Laut, Kamaruddin Ibrahim dan dianjurkan bersama oleh Kelab Sukan dan Kebajikan MPSepang, Jabatan Taman Laut, Pusat Selam Skuba Sea Monkey dan diiktiraf oleh MBOR.


Keseluruhan laporan langsung program ini boleh diikuti secara langsung di Utusan Online-berita terkini). Posted by abnmulya at 12.24 am on Sept.,17,2012.










via SapdalKrew http://abnmulya.blogspot.com/2012/09/jalur-gemilang-terbesar-berjaya.html
Read more »

BN Sabah Tidak Tergugat Tindakan Yahya Lampong Sertai PKR

0 comments










Datuk Seri Musa Aman

BEAUFORT, 16 Sept (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menegaskan kekuatan dan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di Sabah tidak terjejas berikutan tindakan bekas Timbalan Menteri persekutuan Datuk Yahya Lampong dan tokoh korporat terkenal Tan Sri Ibrahim Menudin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).



"Itu hak masing-masing. Kita akan terus kuat dan mantap serta bersatu padu. Apa yang penting kami akan menghadapi pilihan raya umum dengan semangat berkobar-kobar bagi memastikan kejayaan besar BN di Sabah dan di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Beaufort di Dewan Pa Musa Beaufort, di sini hari ini.



Musa yang juga Pengerusi BN negeri berkata demikian ketika diminta mengulas perkara itu. Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Ibrahim dan Yahya masing-masing menyertai PKR di Labuan dan Dalit, Tuaran.



Pada pilihan raya umum lepas, BN hampir menyapu bersih 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta 25 kerusi Parlimen dan hanya tewas di kerusi DUN Sri Tanjung (Tawau) dan Parlimen Kota Kinabalu.



Musa berkata kerajaan BN akan terus membangunkan negeri ini demi kebaikan rakyat Sabah secara keseluruhannya.



Terdahulu dalam ucapannya, Musa meminta rakyat Beaufort menyokong sesiapa sahaja calon yang dikemukakan pucuk pimpinan parti pada pilihan raya umum akan datang.



"Kalau wakil rakyat daripada parti pembangkang...apa gunanya. Banyak tempat yang diwakili pembangkang tidak dapat berbuat apa-apa sebab tiada peruntukan dan tidak boleh berjumpa Perdana Menteri.



"Kalau wakil rakyat BN, Perdana Menteri ialah Pengerusi BN dan Ketua Menteri, Pengerusi BN negeri...senang berbincang. Jadi ini penting kita pastikan wakil rakyat BN supaya pembangunan dapat diteruskan di seluruh Sabah," katanya.



Parlimen Beaufort kini disandang bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin yang baru-baru ini, menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang.



Musa berkata pakatan pembangkang yang memerintah di empat buah negeri kini ketakutan kerajaan BN akan mengambil alih kuasa di negeri-negeri berkenaan.



"Sekarang mereka datang ke Sabah berlagak umpama mengajar itik berenang. Sebenarnya rekod pencapaian kerajaan BN di Sabah jauh lebih baik. Keadaan politik di tempat mereka kini terumbang-ambing dan kucar-kacir. Misalnya di Selangor...di sana sini ada masalah termasuk masalah air.



"Mereka juga menabur pelbagai janji yang tidak masuk akal. Saya sebagai Menteri Kewangan Negeri tahu Malaysia akan muflis jika semua diberi secara percuma. Ini satu pembohongan besar pembangkang...ini tidak betul," katanya.



Musa turut mempersoalkan :"Kalau semua diberikan percuma, mana untuk pembangunan? Sebagai contoh, di Sabah sahaja kerajaan negeri membayar emolumen atau gaji penjawat awam negeri sekitar RM700 juta setahun."



Beliau berharap rakyat Sabah tidak terpengaruh dengan janji manis pembangkang yang terdesak meraih sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13.



-- BERNAMA






via SapdalKrew http://sskeruak.blogspot.com/2012/09/bn-sabah-tidak-tergugat-tindakan-yahya.html
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog