JANJI ANWAR IBRAHIM KEPADA SARAWAK 16 SEPTEMBER 2012




Jika sebelum ini Anwar Ibrahim berjanji untuk mengambilalih Putrajaya pada 16 September 2008, tetapi itu sekadar janji pemimpin yang kecewa. Setelah hampir 5 tahun Anwar Ibrahim membohongi rakyat Malaysia, kini tiba giliran rakyat Sarawak pula dijanjikan bulan dan bintang. Apakah rakyat Sarawak sedia untuk dibohongi Anwar Ibrahim?



Kehadiran Anwar Ibrahim ke Sarawak pada 16 September lepas hanya semata-mata mahu menabur janji kepada rakyat Sarawak. Jika benar Anwar Ibrahim mengambil berat tentang Sarawak, kenapa hanya berada di Sarawak tidak sampai 24 jam? Tidak sampai 24 jam, Anwar Ibrahim dan rombongan segera berlepas ke Kuala Lumpur.



Deklarasi Sarawak yang ditandatangani pemimpin Pakatan Pembangkang Pusat yang terdiri daripada Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang. Manakala, pemimpin Pakatan Pembangkang Sarawak terdiri daripada Baru Bian, Wong Ho Leng dan Adam Ahid.



Sepatutnya Anwar Ibrahim tidak perlu ke Sarawak dan mengadakan Deklarasi Sarawak sebaliknya fokus dalam menunaikan janjinya ke Putrajaya. Tetapi, tindakan lari ke Sarawak hanya untuk menandatangani Deklarasi Sarawak hanyalah helah bagi menutup keaiban janji-janji yang masih belum tertunai kepada rakyat.



Apakah sebenarnya Deklarasi Sarawak yang diusulkan Pakatan Pembangkang? Difahamkan, deklarasi itu tidak ubah seperti “janji-janji” Pakatan Pembangkang kepada seluruh rakyat Sarawak dan Sabah dalam memastikan rakyatnya hidup sejahtera.



Selama ini rakyat Sarawak dan Sabah hidup dalam aman dan sejahtera di bawah pentadbiran BN. Namun, kemasukan politik Pakatan Pembangkang di kedua-dua negeri Borneo itu telah mengubah landskap politiknya ke arah kemusnahan. Lihat saja sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 yang menyaksikan pergaduhan dan kempen keganasan yang dianjurkan Pakatan Pembangkang hingga menyebabkan rakyat mula takut untuk mengundi.








PERKARA 1: KERJASAMA BERSEKUTU

Kami akan memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sarawak dan Sabah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.



Ini suatu lagi janji yang belum pasti ditunaikan Pakatan Pembangkang kerana selama ini merekalah yang banyak membantah akan Perjanjian Malaysia yang telah dimetrai pada 16 September 1963. Dan, kini mula menunjukkan ‘hero’ kepada rakyat Sarawak bahawa mereka mengambil berat tentang Pejanjian Malaysia itu.





PERKARA 2: PERWAKILAN YANG ADIL

Kami akan mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.



Integrasi Nasional? Sememangnya pemimpin Pakatan Pembangkang yang mula-mula menjaja keganasan seperti yang mereka lakukan dalam Perhimpunan BERSIH dan Himpunan Hijaun. Akibat daripada itu, gejala itu mula merebak di Sarawak dan dipelopori Pakatan Pembangkang di Sarawak khususnya DAP. Inikah yang dinamakan Integrasi Nasional?





PERKARA 3: KEWARGANEGARAAN

Kami akan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.



Kerajaan telahpun menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menangani kemasukan pendatang tanpa izin dan isu kerakyatan. Sebenarnya janji Pakatan Pembangkang itu sudah ditakuk lama dan telahpun dilaksanakan. Sebaliknya, Pakatan Pembangkang harus menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat video seks Anwar Ibrahim dan keganasan Perhimpunan BERSIH.





PERKARA 4: PENGIKTIRAFAN HAK KE ATAS TANAH ADAT

Kami akan menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.



Kerajaan yang memerintah telahpun mengadakan beberapa langkah untuk menghormati dan mengiktiraf tanah adat Bumiputera mengikut undang-undang. Namun, langkah itu disalahertikan rakyat akibat hasutan pemimpin Pakatan Pembangkang khususnya DAP dan PKR yang cuba mengambil kesempatan dengan menyediakan perkhidmatan guaman secara berbayar biarpun diwar-warkan secara percuma.





PERKARA 5: KECEKAPAN DAN KEMANDIRIAN SARAWAK DAN SABAH

Kami akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh Setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.



Ini suatu lagi janji kosong Pakatan Pembangkang. Kerajaan telah cuba untuk memberikan sebanyak peluang kepada rakyat tempatan untuk mengisi jawatan penting dalam pentadbiran di jabatan dan agensi kerajaan. Namun, itu semua perlu dilaksanakan secara berperingkat dan mengambil masa. Cubaan Pakatan Pembangkang itu adalah bertujuan untuk menarik sokongan penjawat awam.





PERKARA 6: KEADILAN DALAM ISU MINYAK

Kami akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.



Sebelum Pakatan Pembangkang cuba membawa isu ini, pemimpin Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah telahpun mengemukakannya kepada Kerajaan Pusat. Dan, difahamkan, Kerajaan Pusat akan mempertimbangkannya mengikut kesesuaian dan keperluan.





PERKARA 7: PEMBANGUNAN SEKATA

Kami akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.



Ini suatu lagi janji yang belum pasti Pakatan Pembangkang. Bagaimana Kelantan yang telah diperintah selama 22 tahun masih belum maju dan kekurangan infrastruktur. Inikan pula nak memajukan infrastruktur di Sarawak dan Sabah?


Apakah rakyat Sarawak mahu ditipu lagi pemimpin Pakatan Pembangkang seperti Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng? Mereka hanya mahukan kuasa bukan untuk membela nasih rakyat Sarawak dan Sabah. Lihat bagaimana rakyat Selangor dan Pulau Pinang terseksa di negeri sendiri akibat kerakusan pemimpin Pakatan Pembangkang yang banyak melebihkan politik berbanding membela nasib rakyat. Atas sebab itu pemimpin Pakatan Pembangkang takut kepada ayat “Janji Ditepati”.






via SapdalKrew http://cetusankenyalang.blogspot.com/2012/09/janji-anwar-ibrahim-kepada-sarawak-16.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog