PANAS - Pelajar Tahfiz Enggan Bersalam Dengan Rosmah Mansor Ternyata Satu Fitnah Jahat PAS.



Fitnah Fitnah Fitnah dan terus fitnah itulah mainan Pakatan Pembangkang yang selama ini cukup jijik dalam melaporkan berita fitnah keatas pihak disebelah pro Kerajaan. Perdana Menteri dan pemimpin lain cukup hebat dilemparkan fitnah malah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor juga cukup hebat diserang kiri dan kanan oleh puak Pembangkang ini.







Harakahdaily sebuah portal milik PAS telah melemparkan fitnah jahat keatas Datin Seri Rosmah apabila menyatakan bahawa pelajar Tahfiz enggan bersalam dengan Rosmah Mansor. Malah pekara itu cukup memualkan para pembaca apabila portal PAS ini menyerang keperibadian Rosmah Mansor secara bertubi tubi.



Namun demikian portal KL POS yang mana dikaitkan dengan artikel oleh Harakahdaily tampil memberikan penjelasan berhubung pekara tersebut yang mana gambar Datin Seri Rosmah Mansor bersalam dengan remaja pusat Tahfiz ada namun pihak pembangkang telah cuba SPIN isu tersebut dan tidak mengeluarkan gambar bersalam tersebut sebaliknya dua keping gambar yang memaparkan Rosmah Mansor dan remaja Tahfiz menghulurkan tangan sahaja dikeluarkan Harakahdaily.



Penjelasan Penuh KL POS Berhubung Fitnah Harakahdaily
KLIK DISINI













Inilah bala apabila sudah diasuh untuk melemparkan fitnah kepada pihak pro Kerajaan. Isu pelajar Tahfiz enggan bersalam dengan Rosmah Mansor nampaknya telah menjerat pihak pembangkang kerana mereka melemparkan fitnah secara jelas walaupun hakikatnya pelajar Tahfiz cukup mesra dan sayang pada Rosmah Mansor.



Gomo nak ingatkan kepada rakyat Malaysia bahawa dalam hidup kita ini jangan mudah untuk diperbodohkan oleh pihak tertentu terutama daripada pihak pembangkang. Banyak lagi siu yang penting buat rakyat untuk kita diperdebatkan dan diwar warkan dan bukannya cereka fitnah yang dimainkan sepertimana dilaporkan portal utama milik PAS ini.



Cukup cukup lah menyerang Rosmah Mansor wahai puak pembangkang. Jangan lah melemparkan fitnah bagi mewujudkan kebencian rakyat kepada isteri Perdana Menteri. Seeloknya puak pembangkang tumpukan pada usaha membela rakyat. Rosmah Mansor bukan nak bertanding untuk sebarang jawatan dalam politik sepertimana Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim. Tugas Rosmah Mansor adalah menjaga suaminya dan membantu Malaysia dalam peringkat global untuk terus menaikkan nama Malaysia ke peringkat lebih tinggi.







Rakyat perlu menolak Fitnah yang dimainkan oleh pihak pembangkang terutama Harakahdaily dalam isu ini. Dan pihak Harakahdaily sewajarnya membuat satu permohonan maaf keatas Datin Seri Rosmah Mansor atas artikel yang dilakukan sebelum ini. Sesungguhnya minta maaf adalah lebih baik untuk mendapat kepercayaan rakyat.



Lagi Bukti Fitnah Harakahdaily KLIK DISINI





Psssttt... Hangpa ingat pihak Harakahdaily PAS akan mohon maaf atas artikel fitanh mereka?
















via SapdalKrew http://www.papagomo.com/2012/09/panas-pelajar-tahfiz-enggan-bersalam.html

1 comments:

Anonymous at: 13 February 2013 at 16:22 said...

bersalam lelaki dan perempuan bukan muhrim sememangnya haram. kenapa nak tegakkan jugak benda yang terang2 salah. tak paham la. kita jgn terlampau nak ikut orang yang ada kuasa (pada masa ni je la) sampai dah tak tau apa yang boleh apa yang tidak, apa yang salah dan apa yang betul

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 • Sabah News by Sapdal Krew • Design by SApdalPBlog